Twenty years from now you will be more disappointed by the things that you didn't do than by the ones you did do. So throw off the bowlines. Sail away from the safe harbor. Catch the trade winds in your sails. Explore. Dream. Discover.

Monday 31 December 2012

entry respond to fasy's

2012.

19.
Palam.
E9.
JANDA BAIK :)
mcd (sekarang dah boikot lol)
breakfast.
bukit raja.
john carter.
blog ini terkantoi aha.
gitar.
wishes-written-origami
noche de nana amor.
PMC.
econsave.
Sabah.
Pasar Filipina.
ikan bakar.
roti canai.
lukisan.
S III :'(
kambing grill.
SEDO thingy ^\o.O/^
naruto.
char koey teow.
germany.
pian.
SJ camp.
bengkel KI.
Teluk Cempedak.
MRSM Kuantan.
steamboat.
awan nano.
dan penutup tirai, flickr (sorry kawan :P)

memang tak berniat pun nak letak nama orang.
oh jap ada sorang.
cari sendiri :P

harapnya 2013 membawa bahagia buat aku.
bahagia yang berkat.
tu dah cukup :')

(sorry kalau rasa entry ni nak macam fasya dah dah. kata entry respond boooo!)

Wednesday 26 December 2012

tutuplah aib sendiri dan orang lain


Terdapat satu kisah seorang lelaki Bani Israil telah bermaksiat kepada Allah selama 40 tahun. 
Dia tidak pernah meninggalkan maksiatnya itu dan tidak pernah pula sekalipun dia bertaubat.

Diizinkan Allah, datang suatu tahun yang kemarau sangat panjang. Hujan tidak lagi turun, ternakan kurus kering, tanaman semuanya mati, sungai pun menampakkan dasarnya yang kering kontang.

Maka Bani Israil pun berkata kepada Nabi Musa a.s. : "Ya Musa, berdoalah kepada Allah supaya menurunkan hujan."

Maka Nabi Musa a.s. pun mengumpulkan semua Bani Israil seraya berdoa bersama : "Ya Allah turunkanlah hujan...Ya Allah turunkanlah hujan..."

Hujan masih jua belum turun. Nabi Musa a.s.selanjutnya berbicara dengan Allah : "Ya Tuhanku, mengapakah hujan masih belum turun?"

Maka Allah SWT mewahyukan kepada Nabi Musa : "Aku tidak akan turunkan hujan kerana ada seorang lelaki di antara kamu yg telah bermaksiat kepada-Ku selama 40 tahun. Kerana maksiatnya itu, aku menahan hujan dari turun."

Maka Nabi Musa berkata : "Jika demikian, apa harus aku lakukan?"

Maka firman Allah : "Keluarkannya dari tempat ini."

Maka Nabi Musa pun berkata kepada kaumnya :"Wahai Bani Israil, di antara kita ini ada seorang yang telah bermaksiat kepada Allah selama 40 tahun. Dan kerana maksiatnya itulah Allah telah menahan hujan dari turun. Dan Dia tidak akan menurunkan hujan sehinggalah si pemaksiat itu keluar meninggalkan kita. Maka, keluarlah dari sini siapa pun kamu wahai pemaksiat!"

Orang yang melakukan maksiat itu pun sedar dialah yg dimaksudkan itu. Dia pun melihat sekelilingnya, mengharapkan ada seorang lain darinya akan keluar. Tetapi tiada seorang pun keluar.

Maka si pemaksiat ini pun mula bermunajat kepada Allah : "Ya Tuhanku, aku telah bermaksiat kepada-Mu selama 40 tahun... Kau menutup maksiatku itu dari pengetahuan ramai... Dan jika aku keluar pada hari ini, maka akan terbongkarlah aibku... Aku berjanji kepada-Mu aku tidak akan kembali lagi melakukan maksiat ini... Ampunilah aku ya Allah... Tutupilah aibku ya Allah..."

Maka dengan kehendak-Nya, hujan pun mula turun.
Nabi Musa pun menjadi hairan, "Ya Rabb, Kau telah turunkan hujan, tetapi tiada seorang pun yang keluar meninggalkan kami."

Maka kata Allah SWT, " Wahai Musa, Aku turunkan hujan kerana kegembiraan Ku dengan taubat hamba-Ku yang telah bermaksiat selama 40 tahun itu."

Maka kata Nabi Musa : "Tunjukkanlah aku siapa orang itu, supaya dapat aku sampaikan berita gembira ini."
Kata Allah SWT : "Wahai Musa, dia telah bermaksiat kepada-Ku selama 40 tahun dan aku menutup maksiatnya itu. Maka adakah pada hari dia kembali kepada-Ku aku mendedahkan siapa dia?"


**********


Jika Allah SWT telah menutup aib seorang hamba-Nya yang telah melakukan maksiat selama 40 tahun dan mengampunkan dosa-dosanya ketika mana dia bertaubat, kenapakah kita tidak boleh menutup aib saudara-saudara kita ?

Rasulullah SAW bersabda, maksudnya : “Orang yang menutupi aib orang lain di dunia, Allah akan menutupi (aib)nya pada hari kiamat.” 
(Hadis Riwayat Muslim)

kat sini jugak aku nak kongsi dua doa yang bolehlah diamalkan selalu.

tahukan Allah memberi kelebihan kepada orang orang soleh yang mana they can see what others can't see? 
tengok je muka, ZASSS terus tahu dah si polan bin si polan ni perangai macam mana. 
telek je tangan ZASSS tahu dah si polan binti si polan ni subur ke tak, nak laki macam mana haaa kau jangan main main.

amalkan doa ni, Allah hummas tur 'uyubana bisitrikal jamil....
Ya Allah tutupilah aibku dengan penutup yang indah.

mudah- mudahan aib kita tidak akan tersingkap di depan orang soleh InsyaAllah.

doa kedua ni pulak adalah doa bagi memohon pertolongan daripada Allah SWT supaya memelihara kita dan menutup pandangan orang lain daripada melihat kita. 

Mungkin masa tu malam, kau pondan perempuan pulak tu. jalan sensorang diri di sebuah lorong sempit untuk pergi ke kedai membeli sepeket gula buatan Perlis. hajat di hati mestilah kita seboleh bolehnya memang taknaklah kan menjadi mangsa orang jahat. takkan nak buat macam NI lagi kot? aha.

ini doanya, dipetik dari Surah Yaasiin ayat kesembilan, 


doa ghaib doa yassiin


Kalau baca ni, hati kena yakin dengan niat memohon pertolongan daripada Allah, bukan dengan menganggap ayat ini ayat tangkal. InsyaAllah jika kita lalu di depan orang yang kita nak elakkan tu, orang tu tak nampak kita lalu atau tak perasan. 

moga bermanfaat.
All the best untuk semua rakan rakanku yang bakal menghadap final exam tak lama lagi tu.
Peace be upon you :)

Saturday 22 December 2012

Bahaya maggi


sapa hentah rajin sangat nak buat komik ni.
maaflah, Lina dan megi umpama enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing masing.
#EH


Monday 10 December 2012

Plan rahsia guwa

aku dah ada plan shantekk punyaa untuk cuti sebulan aku nanti.

plan apa?

rahsia .....

nanti dah betul betul on,
guwa membajet lah di sini yosh ^^

harap harap lerr jadi.
dan aku istiqamah.
kang hangat hangat tahik ayem sahaja kang lebur lah harapan guwa.

mesti adik adik shonok hiks :D

Friday 7 December 2012

Program Vaksinasi HPV untuk Wanita

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Apa itu HPV?

HPV ialah Human Papillomavirus yang merupakan penyebab utama kanser serviks yang disebarkan melalui hubungan seks.

wahai baby baby wanita 93' sekalian, sudah ambik suntikan HPV belum?
kalau belum, sila cepat cepat menyibukkan diri di mana mana 58 Klinik Nur Sejahtera LPPKN. enam klinik bergerak LPPKN seluruh negara jugak ada disedikan tau.

nanti bila dah masuk 1 Januari 2013, turn baby gegirl 94' lah pulak yo.
haaa korang hengat korang terlepas ke.... harapan!

yang lahir sebelum 93' tu, aku rasa memang terlepas dah pun.
takpa takpa, kasi can.
aku hengat lagi, batch korang dulu banyak gakk kena suntik suntik dah kan?
mwahahaahaha *gelak sopan*

eh penting tau suntikan HPV ni!
vaksinasi ni boleh mencegah kanser serviks akibat jangkitan HPV.
kat Malaysia ni, kanser ni adalah kanser ketiga paling kerap dihidapi wanita selepas kanser payu dara dan kanser kolorektum.

jangan memain haaa!

bak kata orang kampung aku,

An ounce of prevention is better than a pound of cure.

kalau nak tau kat mana ada Klinik Nur Sejahtera LPPKN kat tempat korang, boleh cek kat SINI.

tapi kena ingat, sebelum nak pergi disuntik, haruslah memenuhi kriteria kriteria terlebih dahulu.
yang aku paling pasti, kau wajib lah GEGURL. pondan tak boleh!

untuk keterangan lanjut, boleh rujuk risalah ni.


klik gambar untuk tumbesaran

klik gambar untuk tumbesaran

ataupun kalau dah rakus sangat, boleh terjah terus ke ke LAMAN WEB RASMI LPPKN.

dan yang paling paling paling penting, vaksinasi adalah PERCUMA!
bolehlah korang simpan duit korang tu untuk beli lipstick kat awek mak ^^

Thursday 6 December 2012

watch your words bro

ya.
memang kadang kadang aku cakap Penang.
kadang kadang aku cakap Kelantan.
depends pasa siapa aku sedang bercakap.

and you called me SAWAN?
pemanjangan, pembesaran? 
apa nii wei? 

aku dah la baru nak start bercakap dengan orang kat sini.
hampa buat aku macam ni.

mungkin benda macam kecik, tapi entah la kenapa aku terasa gila bila aku terbaca comment comment tu.
ya, hampa tak sebut nama.
based on 'SAWAN KEDAH-KELANTAN' tu aku tau hampa tujukan kat aku.
memang orang selalu ingat aku orang kedah pun.

sedih arr macam ni.



tetamu tetamu rumah

Assalamualaikum dan salam sejahtera adik kakok.

dah nak masuk 4 bulan dah rupanya aku kat bumi Sabah ni.
dalam sebulan lebih lagi habislah 1 sem!

bapok cepat.
baguslah.
hoho.

sepanjang keberadaan aku kat sini, nak ler jugak aku cerita perihal rumah aras 1 no 1 yang aku sedang duduki nih.
tak sangka pulok ramei nau tetamu yo.

antaranya adalah....


1) SAKA

so, what's wrong with the face huh?
cool beb, cool.

sungguh. tak. ku. sangka.
seriously, ni semua dugaan.
first time aku face dengan benda macam ni.

tiba tiba nangis. 10 saat kemudian gelak. 10 saat lagi marah. 10 saat lagi cakap philippines. kemudian cakap sarawak pulak.

13/10.
13/11.

*mata terpandang kalendar*

dem 13/12 lagi seminggu.
aku pun tak sure adakah 13 itu suatu kebetulan atau apa.
yang aku tau, aku patut lebih bersedia.

jap jap cop, bukan aku tau, roomate aku.
sejak kejadian kali pertama, senior akan bukak lampu masa tidur. mencik mencik -,-
dan kejadian macam ni sebenarnya ujian dari Allah supaya kita ni tak lalai dari mengingati DIA.
seriously bila aku cam gegel sikit, aku hanya meletakkan harapan aku hanya pada Allah.
eh tak gegel pun kena ada harapan pada Allah tau!


2) BELALANG PALESIT

lepas kejadian di atas, dalam dua tiga kali gak la aku nampak belalang pesen bukan cam belalang biasa dalam rumah.
bunyinya pulak nyaring dan lamaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.
please believe me on that 'lama' part.
aku try google.
dalam tu ada la dia cerita ciri ciri belalang tu yg mempunyai badan agak tirus dan berbunyi nyaring.
nak tau lebih, google sendiri ye nak.
memang kalau aku jumpa belalang atau cengkerik dalam rumah, selamat tinggal lah!

tapi aku cam ragu ragu sikit la betul ke tidok selagi takda orang yang betul betul cakap betul.
(sila susun ayat anda sendiri)


3) ANAK ULAR TEDUNG

alkisahnya, masa tu tinggal sorang je housemate aku dalam rumah.
yang lain semua ada class.
tiba tiba dia nampak something yang panjang warna hitam sebelah katil dia.
tau dia ingat apa?

tali kasut!

nasib dia tak gi kutip belai belai la.
hamboih curlass ngko belai tali kasut. bhaha!

terus menjerit baq hang panggil pokcik yang kebetulan mesin rumput kat luar tu datang tolong.
waktu pokcik tu halau pakai penyapu, baru ular tu naikkan kepala dia.
dan, pakcik tu halau jelah.
tak bunuh pun :3

dan yang ni aku tak sure ada kaitan ke tak dengan ular jadian atau apa semua semua tu.
malas sudah aku nak fikir segala kemungkinan.

4) TIKUS

pagi.
masa bukak laci almari, terkezut hazab aku nampak tikus tengah syok landing baek punya atas baju aku.
lepas dia dah lari aku buat dunno jelah.
petang tu, rumet aku bukak pulak laci alamari aku satu lagi sebab dengar bunyi nyet nyet (argh pedulik la tikus bunyi cemana pong)

tikus yang sama buat show bagai tiada hari esok!

bila tikus tu lari, terus rumet aku pijak sampai mati.
LOL.

rupanya, dia dah berak menonong atas baju baju aku.
kesian i kena basuh baju 2 baldi -_________-

5) dan lain lain.



by the way, rumah i tak kotor okay.
every week kami take turn bersihkan rumah dan sental toilet.
(incase ada yang terdetik sebegitu di awal hikayat)

Tuesday 4 December 2012

Ikan jadian

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

TERGEMPAR!

ikan menyerupai manusia telah dijumpai seorang nelayan baru baru ini!
ada mata, hidung, dagu, mulut dan telinga.
tapi berbentuk ikan dan ada ekor!

agak agak cemanalah en bentuk ikan tersebut?

check it out!


blob fish




scary tak adik kakok sekalian?
*buat buat gigil*

okay saya mentipu sahaja tadi.
ini bukan ikan jadian.
ini memang ikan betul betul betul punya ikan.

nama beliau ialah BLOBFISH.

ya, ikan ni memang wujud.
ikan ni hidup di laut dalam di Australia dan Tasmania.
tapi terapung.

pandai pandai lah kau cerna sendiri laut dalam, tapi terapung tu.

tau sebab apa dia terapung?
kalau korang tengok badan dia pun lembik cam pondan sikit en?
haaa, sebab dia takda muscle (hurmmm memang cam pondan)
sebabkan dia takda muscle, so dia ringan lagi lagi ringan daripada air laut.
that's why they don't sink!


blobfish new zealand and tasmania


kelebihan ikan ni ialah, mereka tak boleh berenang!
maka, mereka hanya akan terapung dan static sahaja di permukaan air.
kalau ada ombak, bergeraklah mereka.
jika tiada ombak, static la mereka di situ sampai reput.

eh kenapa saya kata ianya suatu kelebihan?

haa haaaaaaaa.

hal ini kerana, mereka tidak perlukan energy yang banyak untuk mencari lauk pauk untuk mengisi perut.
mereka akan menyedut apa sahaja yang kebetulan lalu di hadapan mulut mereka!
lagi satu, mereka ni kurang air sacs.
so, bayangkan kalau mereka dapat menyelam ke dasar lautan, pommmmm meletoplah badan mereka menjadi kepingan kepingan debu tak berbau due to the greater pressure at the ocean floor.

maka, tolonglah adik kakok sekalian, tolong tolong tolong JANGAN BUANG SAMPAH ke dalam laut!
mahukah spesies yang jarang sekali dijumpai ini lansung tak boleh dijumpai terus?
ndak mahu bukan?
ayuhlah kita jangan buat benda yang jangan.


blobfish australia tasmania




blob-fish



australia tasmania blobfish


p/s: agak agak kalau aku bela ikan ni dalam rumah, tikus berani tak nak jejak rumah aku? hew hew

lagi satu p/s: aku tarik balik kata kata aku pasal pondan tu. tak baik tuduh sembarangan pada makhluk Allah yang memang tak mintak pun dijadikan begini kan? peace yawrrr (^_^)V