Twenty years from now you will be more disappointed by the things that you didn't do than by the ones you did do. So throw off the bowlines. Sail away from the safe harbor. Catch the trade winds in your sails. Explore. Dream. Discover.

Thursday 21 February 2013

Kota Bharu - KL hanya 5 minit!!!!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Suara Latar : Kota Bharu - KL hanya 5 minit?
biar betik?

ya, BETUL!

Suara Latar : eh kenapa anda kata begitu?

na na na.
kisahnya begini.

tadi saya menaiki flight dari KB ke LCCT.
dalam tiket ya memang perjalanan mengambil masa sejam.
dan ya, perjalanan nya memang sejam pun.

eh sejam ke 5 minit ni? baik awak cakap betul betul. saya tumbuk kangg.

nanti dulu. baik awak peram tumbuk awak tu sampai berulat. tak pun buat tumbuk masak lemak. nampak gayanya, drama wajib bas dah merebak ke drama airbus pula.
heronya ialah pasti  mana mana pokcik.
heroin pastilah aku.
pegang watak sampingan kang tak cukup lah gaji i nak tanggung you nanti. kekeke.

perjalanan terasa amat singkat kerana pokcik kat sebelah aku begitu ramah sekali.
tak lah terasa poreber elon sangat. oh abang sebenarnya. sebab umur dia 36. tapi muka baya dah 50 opsss. eh dia sendiri yang mengaku okayy.

abang ni ada company sendiri. dia datang kelantan sebab ada kerja kat hospital. katanya company dia membekalkan alat alat khas untuk pembedahan jantung. dan company tu adalah antara sebilangan kecil yang membekalkan alat alat untuk jantung ni. so dia kena ada dalam bilik bedah terbabit untuk make sure yang doktor pakai alat yang betul. LOL.

katanya lagi, agak kerap jugak dia datang kelantan. dalam sebulan ada 2 kali. dan dia jugak ada pi negeri negeri lain. bercerita mengenai keluarga, dia dah ada 5 orang anak weii! tak koser aku nak ngorat. bhahahaha. kadang aku ni pesen lagi stranger lagi lah best layan. tak perlu drama drama sebab nanti bukan jumpa dah pun. YES!

universal betul topik yang kami bincangkan.
nurse-sister-medical.
juru ukur bangunan.
politik!
facilities di kelantan, terengganu, penang.
tiket flight.
stewardess.
facebook.
anak.
uban LOL.
anak buah.
baja-foliar.
praktikal & teori.
student nowadays.

dan banyak laaagiiiiiiiii!
seminit pun mulut dan telinga aku ni tak rest tauuu.
buat gaya macam pakcik sendiri dah. eh abang. LOL.

sebab aku nampak dia ni jenis yang banyak experience, aku tanya laa cemana nak terjun masuk dalam sesuatu bidang tuu. dia cakap kita kena pandai cari peluang. takleh teori saja. kena praktikal sama. tapi kena sedar kemampuan diri lah. dah aku tak reti nak explain cemana pakcik abang tu cakap. tapi aku paham lah apa dia cakap. tak tau you olls paham ke idok. 

bila ditanya apa nama company dia, beratus alasan diberi. bila diminta business card berdalih sana sini. kau tipu aku ke ni pokcik? nahh terus aku panggil pokcik. dalam hati jelah.

Suara Latar : motip entry nih?

hye pokcik pokcik yang baik di luar sana, kalau jumpa saya, jom buat drama?

Wednesday 20 February 2013

Apa itu Draw Something?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

dah sebabkan hati murah agaknya hari ini, terasa nak promote satu mobile game developed by Omgpop ni. yang pakai produk Apple tu mesti ada game ni. dengan android devices pung boleh nak main. bagi aku yang pakai Phone-Cikai-Tapi-Cikai-Pun-Sayang ni, aku main kat laptop jelah. 

bagi yang nak download terus masuk mobile devices macam Android phones & tablets, iPhone, iPad dan iPod Touch, boleh cekik daud kat SINI.

bagi yang senasib dengan aku, jom lah kita main kat SINI sahaja. 

oh nama game?
ada kat tajuk. malas nak type banyak kali =)

konsep dia, kau kena lukis bila sampai turn kau. orang pertama yang dapat teka dengan betul akan dapat 3 marks. orang seterusnya hanya 1 marks. yang teka haram satu pun tak betul ofcourse lah telur ayam saja layak buat lu. kau pulak dapat 2 marks. kemudian masa turn orang lain melukis, kau pulak kena teka! asyik kau je lukis lemak lah weii.

The player with the most points at the end wins!

nak tanya aku, aku memang suka habis arr game nih. sesungguhnya aku suka melukis. 
oh itu tak bermakna aku PANDAI melukis.
ciss.

setakat main 3 hari dah dapat 30 gold 7 silver 5 bronze medals.
ngehngehngeh.

so dah ni pun game online, musuh musuh kita tu tentulah datangnya dari seluruh pelosok dunia.

datangnya mereka tentu sekali membawa hajat.
ada yang memang betul betul nak main. 
ada yang nak mengorat je keje ngko.
dan ada yang mencari perhatian mungkin? contohnya macam yang sempat aku printscreen ni.





sampai je turn mamat (aku agak jelah dia laki) ni, dia tak lukis pun apa yang sepatutnya kena lukis. segala jenis memes dia nak tunjuk. tapi dia lukis lawa kot! dan cepat. uwuwuwuw.

nama pun MeGusta hurm hurm.





ni lagi satu yang sempat aku printscreen. ada lagi yang dia lukis. tak sempat pulak aku printscreen dah. cukup cukup lah tu wei aku bagi perhatian kat kau.

siap ada request dari player lain suruh lukis memes forever alone pulak tuh.

so dah kenapa aku bulatkan nama Draw Something kat tab tu? hah dengan adanya game ini, facebook, twitter, blog, running man semua tak perlu!

tak kurang juga, ada tangan tangan yang terlalu senonoh sukati kau je nak main dengan kami yang tangan gempa bumi 7 skala richter ni. 




dah tak boleh nak 3D lagi ka woii. 

eh aku lukis pun 3D gak tau.






*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*






kesian pada yang dok teka plane ngan aeroplane tu wakaka.

Monday 18 February 2013

Cuti ke Penang #2

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

untuk hari kedua pula, kami ke Teluk Tempoyak. 
tempat aku membesar dulu dulu.

teringat kata kata big cousin aku masa makan char koey teow malam tadi,

'ke mana pun kita pergi, kalau laut asal kita, ke laut jugak lah destinasi akhir kita'

berbekalkan akal yang ada, aku cuba fikir apa maksud di sebaliknya.
tetapi, tak tercerna pula.
biarlah, suatu hari nanti aku fahamlah tuu.
hewhew dasar malas nak fikir!

sesampai saja di sana, aktiviti pertama ialah?

pantai teluk tempoyak jeti nelayan jambatan pulau pinang kedua
mestilah snap gambarz barang sekeping dua!

eh salah tuu!
perkara pertama yang selalunya kami buat jika sampai ke Teluk Tempoyak wajib ziarah kubur dahulu!

gambar kubur

di sini saya nak pohon jasa baik kalian untuk sedekahkan Al-Fatihah buat arwah,
Nordin bin Ahmad.
terima kasih, semoga Allah balas jasa baik kalian :)

kemudian baru lah menapak ke pantai.
tempat peberet i poreber <3

pantai teluk tempoyak jeti nelayan jambatan pulau pinang kedua

tetibaa ada seketul (?) perahu jatuh dari langit. (sila compare dengan gambar first)
isk banyak sangat tengok drama kau ni Lina -.-
hey, did you notice the Penang Second Bridge? >.<

kendian saja lepak lepak kat kedai kopi tepi laut tu.
datang sorang pokcik yang memperkenalkan dirinya sebagai kawan abah aku.
banyak betul topik yang dia bukak.
antara yang mampu aku ingat, dia ada kata,

'buat hal dengan manusia lebih payah daripada buat hal dengan Allah. buat hal dengan Allah, kemudian bertaubat, Allah terima, dosa terhapus. buat hal dengan manusia, tak semua hati manusia lembut untuk memaafkan.'

'untung jadi anak solah ni. lepas solat sedekahkan Al-Fatihah untuk kedua ibu bapa kita.'

'semasa Nabi Muhammad masih dalam kandungan, tiba tiba semua pokok boleh bercakap. nampak tak barakah yang dibawa oleh baginda. sebab tu kita kena selalu berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW.'

'istighfar panjang 11 kali setiap hari.'

'selawat shifa selepas solat.'

dan lain lain. eden tak ingat T.T

kendian pula aku gi melawat guru mengaji adik aku, merangkap jiran tok aku, merangkap tok kepada kawan aku. banyak yang tok ndak cerita. dah ramai dah penduduk kampung ni yang dah meninggal termasuklah guru mengaji aku.

innalillahiwainnailaihirojiun
Al-Fatihah buat Mak Njang Milah (tak tau nama penuh herrr)

kendian lagi berkunjung pula ke rumah Bo'on.
dulu kami kira segeng sekali dengan Bodah, Boliya, Boyon ngan Boyah.
dan aku, Bona. cute tak nama kami? harharhar.

satu lagi nama lain aku ialah Dewi.
sebab muka aku nak sama macam makcik jual sayur kat pasar. nama makcik tu Dewi -_-

sembang boleh sekilometer dua, aku pun mintak diri.
dah tahu bukan selalu balik sini pun masih juga tak ingat mahu snap gambar bersama.
oh takpalah.
kan ku simpan mu dalam hatiku.
ewwah.

masa begitu cepat berlalu.
sedar sedar aku dah tengah pening pening dalam kereta pulang ke rumah.
saat detik waktu ketika (?) itu baru aku perasan rupa rupanya kami tiga beradik semuanya mabuk kereta.
mahunya tak rare.
HAHA.

Sunday 17 February 2013

Cuti ke Penang #1

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

dah adik ambe pun cuti seminggu, maka kami berpakatlah mahu datang ke Penang menjenguk adik beradik (saudara mara) di sini. ya, orang utara panggil saudara mara tu dengan adik beradik. argh, bangsa unik memanglah begitu (Y)

kami gerak of course lah pakai bas. nak harap aku drive dari kelantan ke penang memang harapanlah. brek dengan minyak pun boleh tertukar walaupun akan memegang lesen kekal menjelang hujung tahun ini harharhar.


tiket bas
customer setia kenderaan bernama BAS! (bas-tanda seru, bukan basi)


zahirnya diriku di stesen bas bermakna aku tak akan terlepas dari drama yang wajib berlaku setiap kali aku nak naik bas. boleh baca di SINI untuk bukti. kfoine kau malas nak baca kat situ, meh aku kopipes masuk sini sikit.



kuperhatikan ada seorang lelaki pertengahan umur berkopiah, berbaju T-shirt gelap dan seluar jeans disenteng sehingga ke bawah lutut mengampiri.

ghupernya pakcik tu nak tanya nak gi mana, sebab dia jual tiket ke Lahad Datu.
lepas tanya tuh terus duduk depan aku tak pakai helmet.
serta merta dunia belakang umpama terhapus, dan hanya wujud aku dan dia sahaja di situ.
bercerita kisah hidup masing masing.      

                                                                                                                                          kisah penuh




seraya adik aku bangun dari bangku menuju tandas, duduknya diganti oleh seorang lelaki bermisai, berkulit gelap, umur sekitar 40-an. pokcik itu lalu membuka suara,

'nok gi mano ni dik?'

maka berlansunglah perbualan kami sehingga adik aku sudah pulang (?) dari tandas lalu join aku bersembang dengan pokcik yang menggelar dirinya abang itu.

just because he is polite does not mean he is flirting :)

Alhamdulilah seat selesa sebab space yang luas. sebabkan aku duduk depan sekali di tingkat atas, terasa macam akulah driver bas skydeck tu haha. cuma benang kat tudung aku asyik tertarik ja kerana struktur kulit kerusi itu yang telah terkopak di bahagian support kepala. eceh yang tu pun nak mengadu poorahh.



bas transnational skydec tingkat atas
rempitz yukkk~! tingkap pun 'claring'

very the detail ya'a'awwww.

sampai sampai ke rumah makcik terus tenaga telah dikerah untuk membuat kerja. eh eh tak mengapa. kalau ku tak sudi, ku sudah tidak datang ke sini :D

malam tu cousin ajak lepak uptown.

yahuuu yabeda beduu. tak pernah jejak uptown sejujurnya. 
kita malam malam duk rumah jaa hiks.

tetapi, ya ampun tak padan dengan laki.
semua kedai kau nak singgah.
kau usha lawi ayam pun nak dekat sejam.
tu belum minyak lintah lhaa, barang antik whatsoever tu campur pemetik api zaman jaafar belum tonggek campur aku terkapai kapai cari kau menghilang singgah ke kedai ultraman pulak agaknya.


char koey teow kampung pelet penang

sakit pinggang terubat pabila perut diisi char koey teow.
cousin laki baik yang dah kahwin semua order biasa, aku sorang jee amik LARGE PLATE. haha kesah pulak haku meja sebelah nak kata apa pun. asal perut aku puas.
HAHAHAHAHAHA *ketawa tak ingat dunia, ingat akhirat*

Monday 11 February 2013

Ikan Kekek Mak Iloi Iloi

mengantuk
 ↓
ambil keputusan nak terus tidur tanpa makan
 ↓
dalam hati fikir mesti Syam bangga aku tidur awal
 ↓
keluar bilik
 ↓
adik offer popia basah 
 ↓
fikir sejenak
 ↓
tak sedar termakan popia
 ↓
makcik offer nasi kenduri
 ↓
fikir panjang
 ↓
tak sedar dah ambil pinggan
 ↓
letak nasi dua ciput
 ↓
habis makan rasa sedap lah pulak gulai daging
 ↓
tambah nasi
 ↓
makan lagi
 ↓
nasi habis
 ↓
ratah daging dan kentang dalam gulai
 ↓
pinggan licin
 ↓
tambah daging sikit lagi
 ↓
pinggan licin
 ↓
tak sedar tangan gagau buah langsat
 ↓
dan sekarang
 ↓




























terpaksa tidur lambat sebab nak tunggu makanan hadam

memang ikan kekek mak iloi iloi betei -.-

Friday 8 February 2013

UITMPP

eden guno kamera henset biaso yo. kenangan seminggu orientasi di UiTM Pulau Pinang :)

Kenapa harga dan keberkesanan hanya 99?


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pernah tengok tak iklan produk kecantikan atau ikut lah produk baja tahi ayam sekalipun, dia nanti cakap, “DIJAMIN BERKESAN 99 PERATUS!”

Tipulah kalau tak pernah tengok kan. 
Sebab kalau boleh semua jenama pun nak beriya berkempen berkesan 99% tu.
Kau pernah terfikir tak kenapa bukan 100%? 
Ala lagi satu nombor je nak kena tambah. 
Apahal la kau kedekut sangat nombor weii. Haktuihpuih *lap balik*

Macam poyo je kan sikit sikit 99. Sikit sikit 99. 100 kang jeles tak pasal lah sebab dia lagi tinggi, tapi market takda. Sad life is sad, katanya.

Wait.
Mari kita ambil satu jenis produk kecantikan rambut. 
Contohlah syampoo anti-kelemumur. 

Bayangkan ni, dia berkempen, “BERKESAN 100%”. 
Kau pakai sekali je pastu terus lesap kelemumur kat kepalahotak kau 100%. Rasa rasa bulan depan kau beli lagi ke tak syampoo tu? Memang tak arr kan sebab rambut kau dah takda pun kelemumur. Aku mampu keluar rumah dengan daya keyakinan yang unggul *flips hair*

Kalau sekali pakai pastu dah takda orang nak beli, kang bankrupt lah kan syarikat tu.

Tahukah anda, jika benar sekalipun syampoo itu dapat menghapuskan 99% kelemumur pada waktu itu, 1 percent yang tinggal di kepala kamu itu agak agak apa jadi? Kelemumur adalah sejenis kulat yang mampu merebak. 1% akan bertukar menjadi 100% kelemumur dalam sekelip mata sahaja. Maka, kaya lah syarikat itu yang tak pernah putus putus orang membeli produk mereka kahkahkahkahakah eden kayo!! 





Beralih kepada harga pula, pernah kan anda tengok harga sesuatu barang tu berakhir dengan 99 cent. jangan marah saya jika saya katakan ini semua ada agenda tersembunyi. Mari kita hayati teori yang akan saya bentangkan. Cececeh.

Contohnya barang X berharga RM3.99. bagi yang prihatin, ya mungkin mereka akan perasan harganya adalah RM4 (setelah diburdarkan). 
Bagi mereka yang tengok-harga-depan-terus-masuk-troli  tu, memang diorang takkan perasan punya. Pastu bila member ke , sanak saudara ke, ex bf ke tanya, 

‘Eh Joyah, X tu berapa harga dia eh? Macam gojes je aku tengok muka ngko lepas pakai produk tu. minggu lepas aku datang muka kau berpasir lagi’  

Katanya Joyah, ‘oh X ni 3 riyar lebih jah abe dio wehh.’

Banyaklah kau punya 3 ringgit lebih Joyah oii.
RM3.10 pun 3 ringgit lebih jugak.

Walaupun bezanya macam tak ketara, kalau masuk bab bab harga barang macam ni ramai yang tak boleh compromi. Kedai A jual barang sama kualiti sama dengan harga RM3.50. kedai B RM4. Sejujurnya aku pergi akan kedai A weh tak tipu!

Ketiga, pernah masuk laman web dan tetiba popped out something lebih kurang gini, “CONGRATULATION! YOU ARE THE 999999TH VISITOR! CLICK HERE”.

Banyaklah kau punya 999999th. Aku masuk tahun depan karang pun 999999th lagi.
Kenapa? Mengapa?

Kerana nak menonjolkan sesuatu iklan tersebut. Konon nak nampak unik, rare dan outstanding.
apa apa jelah jemah.

itu saja kot? 
bye!

Keceriaan Jumaat

yeayy KE balas tweet guwa! ahakz!



have a blissful Friday oulss :)


p/s : nampaknya post Makanan Pelik Di Malaysia tak dapat nak publish sebab aku takda idea lalu merepek sakan mengalahkan bunyi motor kapcai Pak Kasim belakang kedai kopi sebelah balai raya Kampung Siput Sedut Tertelan Kaca. pulak dah.

Assalamualaikum!