so here's part 2 Bicara Selebriti 7 story.
eh story kee?
aku cuma nak kongsi apa input yang aku dapat sepanjang majlis berlansung.
moga manfaat :)
Amin Idris (moderator)
beliau bukak majlis dengan satu cerita. ceritanya lebih kurang begini.
pada zaman dahulu, ada sorang paderi kristian yang petah berkata kata dan hebat berdebat. pada suatu hari, dia telah menganjurkan pertandingan debat dan menawarkan puterinya yang cantik sebagai isteri buat pemenang. tatkala berita pertandingan itu tersebar ke telinga seorang pengembala kambing yang miskin, si pengembala mengambil keputusan untuk turut serta. katanya, kalau menang tak apa, tak menang pun tak apa. asal cuba.
pergilah si pengembala ke kediaman si paderi tadi. sebelum memulakan debat, si paderi telah menetapkan syarat iaitu mereka tidak boleh mengeluarkan suara. si pengembala lalu terkejut. eh bagaimana mahu berdebat tanpa suara? tetapi dengan keazaman yang tinggi, si pengembali itu tetap mahu mencuba juga.
pertandingan antara si paderi dan si pengembala pun dimulakan. dengan menggunakan jari, paderi membuat angka satu. pengembala membalas dengan menunjukkan angka dua. paderi membidas dengan angka 3. pengembala lantas menunjukkan angka enam. paderi yang tak mahu mengalah membuat simbol bulatan dengan mendepakan kedua dua tangannya. pengembala lalu menunjukkan penumbuk di hadapan muka paderi. paderi pula terus mencapai tongkatnya dan membuat aksi menghayun tinggi tongkat itu ke arah pengembala. tanpa berlengah, pengembala mengambil tongkat itu dan melemparnya ke tanah.
paderi lalu membuka suara,
'ya, aku mengaku kalah. kamu menang!'
semua orang yang berada di tempat kejadian hairan dengan apa yang berlaku. samalah seperti orang yang sedang membaca nih mesti satu haprak pun tak paham kan? hiuhiuhiu (jadah gelak ceni?)
datang seorang hamba Allah bertanya pada paderi mengenai apa yang berlaku sebenarnya. jawab si paderi, 'ketika aku berkata bahawa kristian adalah agama yang satu, pengembala berkata Islam punya dua tonggak iaitu Allah dan Rasul.' aku membidas, 'tapi kami ada tiga tuhan! pengembala menjawab mereka berpegang teguh pada 6 rukun iman.' lalu aku mendakwa, 'kristian telah menguasai seluruh dunia! pengembala mencelah dengan mengatakan Islam lagi berkuasa! (simbol penumbuk)'. aku yang tak berpuas hati menjawab, 'tak, kristian sekarang berada di kedudukan yang tinggi! pengembala berhujah bahawa Islam lebih luas empayarnya!'. aku sudah tiada idea untuk membidas lagi. disebabkan itu, pengembala itu menang.
mereka masih tak berpuas hati lalu menanyakan pengembala mengenai apa yang terjadi. jawab si pengembala sambil kebingungan, 'mula mula paderi tu kata nak seekor kambing aku. aku pun katalah nak dua pun boleh bagi. kemudian dia cakap kalau nak tiga boleh tak? aku jawab enam pon boleh aku boleh bagi. tapi tiba tiba dia cakap nak semua kambing aku. aku pun marah la. sebab tu aku tunjuk penumbuk kat muka dia. dia pun ambil tongkat dia nak pukul aku. aku pun apa lagi, ambik tongkat tu dan campak ke tanah sebab takut kena pukul!'
nampak tak dua dimensi cerita di sini? hehe.
waktu beliau cerita nih memang lawak habes aa sebab dia guna bahasa kelantan. so macam lawak arr. pandai pandai ah korang korek sendiri apa motif di sebalik cerita nih. kata dah besar panjang, pandai pandai ehh :D
sejujurnya, saat pertama kali lirik mata ini jatuh pada sang wajah, lalu rasa indah turun ke hati. bapak jernih kot muka! nasib baik dah kawin heh heh :)
Azizul Hasni Awang (Pelumba basikal trek negara)
beliau memulakan lafaz bicara mengenai size badan rakyat Malaysia yang agak kecil berbanding penduduk di negara negara lain bukanlah penghalang bagi seseorang itu untuk mencapai kejayaan. katanya lagi, semangat yang lebih penting.
saat menceritakan mengenai kemalangan yang dialami olehnya suatu ketika dahulu semasa perlumbaan saingan akhir di Manchester membuatkan para hadirin berkata 'eiiiiii sakitnyaa'. haha aku pulak gimik lebih.
Ia bermula dengan pelumba Sepanyol, Juan Peralta Gascon tergelincir sebelum terlanggar Azizulhasni yang mewakili pasukan trek profesional negara, Yayasan Sime Darby (YSD) diikuti dua pelumba lagi terjatuh, Kamil Kuczynski (Poland) dan Edward Dawkins (New Zealand) namun keempat-empat mereka bangkit meneruskan perlumbaan dengan cara yang berbeza. Azizulhasni bangkit semula sambil dibantu jurulatihnya, John Beasley untuk meneruskan perlumbaan.
masa dah lepas garisan penamat tu, dia rasa kaki kiri dia teramatlah sakit dan sakit tu belum pernah dia rasa sebelum ni. dia usha kaki kiri dia. dia nampak ada serpihan kayu menusuk betis. dia macam tak percaya dan ingatkan yang dia khayal ke apa. dia tengok lagi sekali. sah betul! bila dibawa ke hospital, doktor cakap tak boleh operate lagi sebab takut melibatkan saluran darah utama. bayangkan dia kena tunggu sampai esok pagi dengan kayu bertembus di kaki! setelah di scan, doktor mengesahkan kayu tu menusuk sedalam 23 cm! dan kayu tu betul betul berada di tengah tengah antara dua tulang.
sakit tak sakit pun pingat gangsa hoi! dia juga berjaya muncul juara keseluruhan Piala Dunia Klasik dan berada di ranking nombor 1 dunia. wa salute sama lu brader!
macam detail la pulak aku cerita. sah sah takda orang nak baca. arghh gasak ah aku nak cerita jugak!
tapi kat part 3 lah.
boleh?
(aku tanya sapa hentah)
4 comments:
Sakit gila
tau takpa. aku tengok video lagi lah grrr
susah la aku post komen takleh nak tau ko balas ke tak ==
aku balas lhaa. kau jgn risau. komen jee sesukahatimuu
Post a Comment