Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Pernah tengok tak iklan produk kecantikan atau ikut lah
produk baja tahi ayam sekalipun, dia nanti cakap, “DIJAMIN BERKESAN 99 PERATUS!”
Tipulah kalau tak pernah tengok kan.
Sebab kalau boleh semua
jenama pun nak beriya berkempen berkesan 99% tu.
Kau pernah terfikir tak kenapa bukan 100%?
Ala lagi satu
nombor je nak kena tambah.
Apahal la kau kedekut sangat nombor weii. Haktuihpuih
*lap balik*
Macam poyo je kan sikit sikit 99. Sikit sikit 99. 100 kang
jeles tak pasal lah sebab dia lagi tinggi, tapi market takda. Sad life is sad,
katanya.
Wait.
Mari kita ambil satu jenis produk kecantikan rambut.
Contohlah
syampoo anti-kelemumur.
Bayangkan ni, dia berkempen, “BERKESAN 100%”.
Kau pakai
sekali je pastu terus lesap kelemumur kat kepalahotak kau 100%. Rasa rasa bulan
depan kau beli lagi ke tak syampoo tu? Memang tak arr kan sebab rambut kau dah
takda pun kelemumur. Aku mampu keluar rumah dengan daya keyakinan yang unggul
*flips hair*
Kalau sekali pakai pastu dah takda orang nak beli, kang bankrupt
lah kan syarikat tu.
Tahukah anda, jika benar sekalipun syampoo itu dapat
menghapuskan 99% kelemumur pada waktu itu, 1 percent yang tinggal di kepala
kamu itu agak agak apa jadi? Kelemumur adalah sejenis kulat yang mampu merebak.
1% akan bertukar menjadi 100% kelemumur dalam sekelip mata sahaja. Maka, kaya
lah syarikat itu yang tak pernah putus putus orang membeli produk mereka
kahkahkahkahakah eden kayo!!
Beralih kepada harga pula, pernah kan anda tengok harga
sesuatu barang tu berakhir dengan 99 cent. jangan marah saya jika saya katakan ini
semua ada agenda tersembunyi. Mari kita hayati teori yang akan saya bentangkan.
Cececeh.
Contohnya barang X berharga RM3.99. bagi yang prihatin, ya
mungkin mereka akan perasan harganya adalah RM4 (setelah diburdarkan).
Bagi mereka
yang tengok-harga-depan-terus-masuk-troli
tu, memang diorang takkan perasan punya. Pastu bila member ke , sanak
saudara ke, ex bf ke tanya,
‘Eh Joyah, X tu berapa harga dia eh? Macam gojes je
aku tengok muka ngko lepas pakai produk tu. minggu lepas aku datang muka kau berpasir lagi’
Katanya Joyah, ‘oh X ni 3 riyar lebih jah abe dio wehh.’
Banyaklah kau punya 3 ringgit lebih Joyah oii.
RM3.10 pun 3 ringgit lebih jugak.
Walaupun bezanya macam tak ketara, kalau masuk bab bab harga
barang macam ni ramai yang tak boleh compromi. Kedai A jual barang sama kualiti
sama dengan harga RM3.50. kedai B RM4. Sejujurnya aku pergi akan kedai A weh
tak tipu!
Ketiga, pernah masuk laman web dan tetiba popped out
something lebih kurang gini, “CONGRATULATION! YOU ARE THE 999999TH
VISITOR! CLICK HERE”.
Banyaklah kau punya 999999th. Aku masuk tahun
depan karang pun 999999th lagi.
Kenapa? Mengapa?
Kerana nak menonjolkan sesuatu iklan tersebut. Konon nak nampak
unik, rare dan outstanding.
apa apa jelah jemah.
itu saja kot?
bye!
No comments:
Post a Comment