Twenty years from now you will be more disappointed by the things that you didn't do than by the ones you did do. So throw off the bowlines. Sail away from the safe harbor. Catch the trade winds in your sails. Explore. Dream. Discover.

Friday, 24 May 2013

Parenting : Early Marriage?




Hari ini, selepas pulang dari melawat Safwan, anakanda Nazir dan Solehah yang disahkan menghidap choroid plexus carcinoma di HTAA, saya terus bergegas ke kelas Parenting. Inilah istimewanya UIA. They teach us how to become a good parents. Most of my friends yang DQ, tak ambil kelas Parenting, they take tahfiz class. Saya? Sudah penat mengulang untuk pointer. Saya lebih senang mujahadah dan mengulang tanpa gesaan pointer. Sudah penat mengulang sebab taknak repeat. Saya ajar diri untuk mengulang sebab ia kewajipan. Tapi dalam kes ni, its depend pada individu. Prinsip saya,begitu. Anda? Terpulang pada diri sendiri. Kita lebih kenal siapa diri kita.

Agak bergegas. Selepas Asar,meeting pula habis lambat. Pukul 7 petang saya bersama peneman yang setia dan berhati mulia tiba di HTAA. Agak lewat dan rushing. Dah lama bertangguh hajat nak ziarah. Bimbang terabai hak keatas muslim kalo tak diusahakan juga untuk ziarah. Ziarah orang sakit ni adalah salah satu hak muslim ke atas muslim. Bila dengar orang sakit ke, sahabat demam ke, kena ajar diri cepat-cepat pergi ziarah. Itu akhlak terpuji. ;)

Kisah ziarah Safwan,sudah saya nukil di laman FB dan Instagram. Sungguh saya syahdu melihat ujian Allah buat mereka sekeluarga. Itulah hikmah Allah suruh kita ziarah orang sakit. Sebagai muhasabah dan peringatan buat diri kita yang sehat walafiat. Kak Solehah dan Nazir, dua-dua masih belajar. Kiranya mereka kawen diusia muda. Tidak pelik situasi ini di UIA. Malah, common dan menarik. Saya kagum dengan survival parents Safwan. Dalam keadaan final year, banyak taklifan, mereka senyum dalam ujian. Mereka tetap mengukir senyuman. Subhanallah,kagum,sungguh kagum.

Dalam perjalanan pulang,saya bergegas,agak laju untuk ke kelas. Parenting. Oh. Parenting.

Oh, sebenarnya saya mahu share sesuatu dari lecturer yang saya hormati. Dalam kelas tadi, ada seorang sahabat bertanya,

"Doktor rasa sesuai tak kawen muda masa tengah belajar?"

Jawapan Doktor sangat menarik bagi saya.

"Kalau saya ada anak perempuan yang minta kawen masa belajar, akhlaknya bagus, pengurusan dirinya tersusun, hubungan dengan Allah terjaga, saya akan kawenkan dia terus. Lebih lagi kalo satu kelas atau satu universiti. Tapi kalo anak perempuan saya yang minta nak kawen tu, hidupnya dengan TV, akhlaknya entah kemana, solatnya di hujung waktu, tentu saya tak bagi."

"Why?" soal saya dalam hati. Kemudian hati saya jawab kembali, "Yelah. Tak bersedia la tu."

Tapi jawapan Doktor cukup berbeza.

"Kalau anak perempuan saya tu, akhlak tak jaga dan saya bagi dia kawen. What do you expect from her husband? A very good husband? Sedang janji Allah lelaki yang baek adalah untuk oerempuan yang baek. Anak perempuan saya belum cukup baek,saya bimbang dia bawa balik calon yang juga tidak baek."

Jawapan yang ringkas,tapi bermakna buat yang ingin bermuhasabah diri.
Saya suka pendekatan Dr Ridhwan.

Antara tip laen yang saya berjaya kaut adalah pesanan Dr pada kami.

"lepas ni bila u all kawen, ada isteri/suami,then suami/isteri u all buat masalah/sakit.. Benda pertama yang u all kena buat adalah solat taubat. Sebab dosa kita,buleh jadi sebab isteri/suami/anak jadi nakal, tak dengar orang dan sebagainya"

Reflecting. It is the concept. Sebelum kita nak tuduh orang laen salah,kita tengok diri kita sendiri dulu bagaimana. Terbaek tips Dr!

Semoga Allah beri yang terbaek untuk kita semua. Selepas selesaikan semuanya, bertawakkallah kepada Allah. Semoga Allah memberkatimu. ;)