Terdapat satu kisah seorang lelaki Bani Israil telah bermaksiat kepada Allah selama 40 tahun.
Dia tidak pernah meninggalkan maksiatnya itu dan tidak pernah pula sekalipun dia bertaubat.
Diizinkan Allah, datang suatu tahun yang kemarau sangat panjang. Hujan tidak lagi turun, ternakan kurus kering, tanaman semuanya mati, sungai pun menampakkan dasarnya yang kering kontang.
Maka Bani Israil pun berkata kepada Nabi Musa a.s. : "Ya Musa, berdoalah kepada Allah supaya menurunkan hujan."
Maka Nabi Musa a.s. pun mengumpulkan semua Bani Israil seraya berdoa bersama : "Ya Allah turunkanlah hujan...Ya Allah turunkanlah hujan..."
Hujan masih jua belum turun. Nabi Musa a.s.selanjutnya berbicara dengan Allah : "Ya Tuhanku, mengapakah hujan masih belum turun?"
Maka Allah SWT mewahyukan kepada Nabi Musa : "Aku tidak akan turunkan hujan kerana ada seorang lelaki di antara kamu yg telah bermaksiat kepada-Ku selama 40 tahun. Kerana maksiatnya itu, aku menahan hujan dari turun."
Maka Nabi Musa berkata : "Jika demikian, apa harus aku lakukan?"
Maka firman Allah : "Keluarkannya dari tempat ini."
Maka Nabi Musa pun berkata kepada kaumnya :"Wahai Bani Israil, di antara kita ini ada seorang yang telah bermaksiat kepada Allah selama 40 tahun. Dan kerana maksiatnya itulah Allah telah menahan hujan dari turun. Dan Dia tidak akan menurunkan hujan sehinggalah si pemaksiat itu keluar meninggalkan kita. Maka, keluarlah dari sini siapa pun kamu wahai pemaksiat!"
Orang yang melakukan maksiat itu pun sedar dialah yg dimaksudkan itu. Dia pun melihat sekelilingnya, mengharapkan ada seorang lain darinya akan keluar. Tetapi tiada seorang pun keluar.
Maka si pemaksiat ini pun mula bermunajat kepada Allah : "Ya Tuhanku, aku telah bermaksiat kepada-Mu selama 40 tahun... Kau menutup maksiatku itu dari pengetahuan ramai... Dan jika aku keluar pada hari ini, maka akan terbongkarlah aibku... Aku berjanji kepada-Mu aku tidak akan kembali lagi melakukan maksiat ini... Ampunilah aku ya Allah... Tutupilah aibku ya Allah..."
Maka dengan kehendak-Nya, hujan pun mula turun.
Nabi Musa pun menjadi hairan, "Ya Rabb, Kau telah turunkan hujan, tetapi tiada seorang pun yang keluar meninggalkan kami."
Maka kata Allah SWT, " Wahai Musa, Aku turunkan hujan kerana kegembiraan Ku dengan taubat hamba-Ku yang telah bermaksiat selama 40 tahun itu."
Maka kata Nabi Musa : "Tunjukkanlah aku siapa orang itu, supaya dapat aku sampaikan berita gembira ini."
Kata Allah SWT : "Wahai Musa, dia telah bermaksiat kepada-Ku selama 40 tahun dan aku menutup maksiatnya itu. Maka adakah pada hari dia kembali kepada-Ku aku mendedahkan siapa dia?"
**********
Jika Allah SWT telah menutup aib seorang hamba-Nya yang telah melakukan maksiat selama 40 tahun dan mengampunkan dosa-dosanya ketika mana dia bertaubat, kenapakah kita tidak boleh menutup aib saudara-saudara kita ?
Rasulullah SAW bersabda, maksudnya : “Orang yang menutupi aib orang lain di dunia, Allah akan menutupi (aib)nya pada hari kiamat.”
(Hadis Riwayat Muslim)
kat sini jugak aku nak kongsi dua doa yang bolehlah diamalkan selalu.
tahukan Allah memberi kelebihan kepada orang orang soleh yang mana they can see what others can't see?
tengok je muka, ZASSS terus tahu dah si polan bin si polan ni perangai macam mana.
telek je tangan ZASSS tahu dah si polan binti si polan ni subur ke tak, nak laki macam mana haaa kau jangan main main.
amalkan doa ni, Allah hummas tur 'uyubana bisitrikal jamil....
Ya Allah tutupilah aibku dengan penutup yang indah.
Ya Allah tutupilah aibku dengan penutup yang indah.
mudah- mudahan aib kita tidak akan tersingkap di depan orang soleh InsyaAllah.
doa kedua ni pulak adalah doa bagi memohon pertolongan daripada Allah SWT supaya memelihara kita dan menutup pandangan orang lain daripada melihat kita.
Mungkin masa tu malam, kau pondan perempuan pulak tu. jalan sensorang diri di sebuah lorong sempit untuk pergi ke kedai membeli sepeket gula buatan Perlis. hajat di hati mestilah kita seboleh bolehnya memang taknaklah kan menjadi mangsa orang jahat. takkan nak buat macam NI lagi kot? aha.
ini doanya, dipetik dari Surah Yaasiin ayat kesembilan,
Kalau baca ni, hati kena yakin dengan niat memohon pertolongan daripada Allah, bukan dengan menganggap ayat ini ayat tangkal. InsyaAllah jika kita lalu di depan orang yang kita nak elakkan tu, orang tu tak nampak kita lalu atau tak perasan.
moga bermanfaat.
All the best untuk semua rakan rakanku yang bakal menghadap final exam tak lama lagi tu.
Peace be upon you :)
5 comments:
pernah guna ayat dalam surah yasin tu, masa helmet kena curi. lepas tu, naik moto tanpa helmet, sambil baca ayat tu.. then potong org jabatan keselamatan (usm) selamba je... dia x perasan kot.. hehehe
mungkin orang tu nampak motor saja bergerak so dia tak berani tegur kot haha.
saya ad ayat sambungan ayt ni boleh pm sya sapa pndai terjemahkn arab ke rumi. 0195952598.
best replica bags online replica bags china high quality designer replica
o9w44o3p55 y3v87y6z69 k5f01t9n94 i2w55d2a34 g5f25b9z29 b1z21f0p80
Post a Comment