Tengok jam . baru 12.30 am . too awal for
me untuk masuk tidur . teringat petang tadi ada copy movies daripada cousin .
TAPPP terus bukak laptop cari TUJUH PETALA CINTA .
kalau ada 5 bintang , aku kasi 3 bintang . kira okaylah jugak cerita ni . berunsur islamik . yang best pasal cerita ni , aku rasa the whole script boleh buat quotes . bagus betul script writer dia . setiap buah bicara yang dilontarkan pelakon pelakon dia aku rasa sangat mendalam maksud dia . okay ni haaa aku nak kasi sinopsip sikit pasal cerita TUJUH PETALA CINTA ni .
kalau ada 5 bintang , aku kasi 3 bintang . kira okaylah jugak cerita ni . berunsur islamik . yang best pasal cerita ni , aku rasa the whole script boleh buat quotes . bagus betul script writer dia . setiap buah bicara yang dilontarkan pelakon pelakon dia aku rasa sangat mendalam maksud dia . okay ni haaa aku nak kasi sinopsip sikit pasal cerita TUJUH PETALA CINTA ni .
![]() |
| yg pakai purdah tu aku la -.- |
Cerita ni start dengan pertunangan antara Muhammad Hamka Ibni bin Syed Fadlan lakonan Fizo Omar dengan Siti Saidah lakonan Shima Anuar . lepas beberapa hari pertunangan tu , Hamka telah berangkat ke Yaman untuk menyambung pengajiannya di Universiti Dar Al Mustafa .
satu hari tu sampailah sepucuk surat dari Hamka buat adiknya , Hilma Aqila lakonan Diana Amir mengatakan dia akan pulang . lalu Hilma pun ajaklah Saida pergi pekan sebab nak beli barang barang untuk sambut kepulangan Hamka nanti . dah habis beli barang kat pekan tu , depa pun balik la rumah . sampai sampai ja kat rumah , depa dengar berita kat tv kata ada letupan berlaku kat bandar raya Yaman yang meragut nyawa 18 orang . 16 orang dah jumpak tapi ada dua orang lagi tak jumpak termasuklah Hamka .
Kawan tu frust lah . siang malam jaa asyik nangis . dalam masa yang sama , Abi ngan Ummi cuba nak satukan Saida ngan Ahmad Fakaruddin Attar , lakonan Ariel Zafrel .
Attar ni dulu penjenayah . satu hati tu masa dia kena kejar dengan polis , dia lari sembunyi dalam masjid . bila polis tanya Abi yang tengah zikir dalam masjid tu , Abi kata takde orang pun masuk masjid tu . lepas polis tu dah blah , Abi pun nasihatkan Attar supaya berubah . Attar pun menyesal dan bertaubat atas kesilapan lalu dia . lepas pada tu , Attar pun berubah jadi baik dan tinggal kat Madrasah Qal Bunsalin tu .
Selalu la jugak bila Attar ngan member member dia nak masuk rumah , mesti ada makanan ngan nota kat bawah pintu . Attar, Soleh ngan Luqman ni ingatkan Saida yang bagi . Soleh ngan Luqman pun pi lah cakap terima kasih kat Saida tanpa check dulu betul ke tak Saida yang masakkan makanan tu .
waktu berlalu dan pintu hati Saida telah terbukak untuk Attar setelah setahun dia bersedih atas kehilangan Hamka .
tapi tiba tiba muncul pulak watak Nida . Nida ni dia dah susun rancangan nak perangkap Attar . maybe sebab dia nak balas dendam kat bekas suami dia yang jual dia kat bapak ayam kot . aku pun tak berapa nak sure sebab apa dia nak buat camtu kat Attar . Nida buat buat macam dia dah berzina dengan Attar . bila dah kena tangkap tu , Attar kena halau dari madrasah . Nida pun rasa bersalah kat Attar sebab Attar takde tempat tinggal dan saudara mara selain daripada kat madrasah tu . dia pun pergilah cerita hal sebenar kat orang kampung . malam tu jugak Soleh ngan Luqman pergi cari Attar . nasib baik jumpak , tu pun lepas Attar kena belasah teruk dengan Naufal , geng masa dia jadi penjenayah dulu .
nak dijadikan cerita , lepas Attar dah sembuh , dia pergilah jumpak Saidatul Nafisah dan pulangkan balik semua surat surat yang kononnya Saida bagi kat dia yang dihantar skali ngan makanan tu . pastu Saida buat muka heran . aku pun dah jadi double triple heran la kan kenapa yang dia buat muka terkejut camtu . kalau buat muka sedih tu relevan lah jugak kan . bila dia baca surat surat tu rupa rupanya semua surat tu datang daripada Hilma . makanan makanan tu pun . rupa rupanya Hilma ada hati dengan Attar . tapi dia sanggup lepaskan Attar demi Saida .
lepas daripada peristiwa tu , Nida bertaubat dan tinggal kat madrasah tu . pada hari Saida dan Attar nak disatukan , masa Attar baru nak shake hand dengan Abi ,
TIBA TIBA jeng jeng jeng !!!
kalau nak tau , sila dapatkan TUJUH PETALA CINTA ini !
frust tak ? frust tak ? HAHA .
sebenarnya part ni masa last last dah . saja tanok cerita . nak kasi saspen sikit . lagipun kalau aku cerita , nanti dah tak saspen la . nanti dah takde orang nak pergi tengok cerita ni . pastu macam mana industri perfileman negara nak laku kalau macam tu . KAN ?
okayfoine kau cakap dengan siapa lina ? dan kau tulis ni untuk siapa lina ? okfoine -__-
dan sini jugak aku nak kongsi antara script script dia yang menarik yang aku duk gebang gebang sangat kat atas skali tuhh .
2. Ya Allah , peluklah hati ini .
di saat aku mulai rasa gelisah . dalam penantian penuh kesabaran ini . rindu
ini keranaMU Ya Ilahi . – Saidatul Nafisah
3. Ilmu itu ibarat haiwan liar .
dan tali pengikatnya ialah catatan . – Saidatul Nafisah
4. Duhai bakal imamku . jangan
biarkan hadirmu sekejap mata . dan jangan biarkan kebersamaan kita hanyalah
sementara – Saidatul Nafisah
5. Tuhan pernah berjanji .
perempuan yang baik untuk lelaki yang baik . macam itu jugak sebaliknya .
itukan janji Allah – Attar
6. Mana ada penjenayah masuk rumah
Allah . yang masuk ke rumah Allah orang yang baik baik , orang yang mencari
keredhaan Allah , orang yang menjunjung titah perintah Allah . orang yang masuk
ke rumah Allah , orang yang mahu membersihkankan diri dan bertaubat kepada
Allah nak . sesiapapun yang masuk ke rumah Allah ini dia sebenarnya adalah
tetamu Allah nak –Abi
7. Sebesar manapun dosa yang kita
lakukan , sesungguhnya pengampunan Allah itu seluas langit yang tidak bertepi ,
seluas lautan yang tidak berpenghujung . dengar ya , kalaulah jalan semua telah
tertutup untukmu , carilah jalan Allah . kerana jalan Allah itu seluas 7 petala
langit , 7 petala bumi – Abi
8. Kau mendakap orang yang
mendekatiMU ya Allah . kau sayang orang yang menyayangiMU ya Allah . kau sambut
orang yang mendekatiMU ya Allah . terimalah aku menjadi hambaMU ya Allah - Attar
9. Sebab itulah cinta bukanlah
melemahkan , tapi menguatkan . cinta juga bukan menyedihkan , tapi
menggembirakan kita – Hamka
10.
Apa yang awak tahu tentang diri
saya , tak lebih dari satu matan , satu perenggan dalam satu bab . awak tak
rasa apa yang saya rasa – Saidatul Nafisah
11.
Kenapa harus menolak untuk
berjumpa kekasih abadi – Hilma
12.
Manusia macam awak ni kalau dah
berbau busuk , pakailah wangian banyak mana sekalipun , akan tetap berbau macam
bangkai . sayang bukan ? perangai awak sikit pun tak macam nama awak – Saidatul
Nafisah
13.
Takkan ada lelaki di dunia ini
yang mahu mengorbankan harga diri untuk menjadi suami kepada orang yang telah
menolaknya – Abi
14.
Attar , mungkin saya tidak
seperti Saidatina Fatimah – Saidatul Nafisah .
aku bukan Saidina Ali – Attar
15.
Izinkan saya menjadi jindera
jiwa buat puteri Abi , Saidatul Nafisah – Attar
16.
Telah Abi duga , malaikat pun
akan tunduk malu dan bidadari akan terasa cemburu dengan kebesaran jiwamu ,
Attar – Abi
17.
Kerana cintakan saudara ,
sahabat menafkahkan jiwa – Hilma
18.
Di antara tujuh petala langit
dan tujuh petala bumi ada tujuh petala cinta – Hamka
19.
Wahai Engkau yang melumpuhkan
hatiku . Tiada yang lebih baik daripada pilihan Tuhan . mungkin kebaikan itu
bukan pada yang terpilih , tetapi pada jalan yang Kau pilih . semoga cinta ini
bukanlah sebuah nasib . – Hamka
Aku ingat woo satu satu .
susunan nombor tu siap ikut story line lagi . hebat tak aku ? hebat tak ?
BOOOO !!
padahal aku pasang cerita tu pastu bila datang part yang dia nak cakap ayat best tu , aku pun pause .
sampai cousin aku pun dah tanya tak letih ke ulang cerita ni banyak banyak kali . HAHA .
biarlah lah aku . asalkan ada benda nak buat . nanti aku pergi rempit kang ramai yang risaukan aku pulak :P
tapi sebenarnya ni semua untuk KEPUASAN DIRI SENDIRI .
dah nama pun diri sendiri , kau mana paham kan ? heh -.-
oh btw aku paling suka ayat keempat and second last :)
and and kalau perasan mostly datang daripada Saida kan ?
jurr apalah kau . dah nama pun Saida main actor ;//
ohh ya satu lagi . sapa perasan tajuk entry Assalamualaikum Cinta Waalaikumussalam Rindu ?
ada tak ada tak ?
BOOOO !!
padahal aku pasang cerita tu pastu bila datang part yang dia nak cakap ayat best tu , aku pun pause .
sampai cousin aku pun dah tanya tak letih ke ulang cerita ni banyak banyak kali . HAHA .
biarlah lah aku . asalkan ada benda nak buat . nanti aku pergi rempit kang ramai yang risaukan aku pulak :P
tapi sebenarnya ni semua untuk KEPUASAN DIRI SENDIRI .
dah nama pun diri sendiri , kau mana paham kan ? heh -.-
oh btw aku paling suka ayat keempat and second last :)
and and kalau perasan mostly datang daripada Saida kan ?
jurr apalah kau . dah nama pun Saida main actor ;//
ohh ya satu lagi . sapa perasan tajuk entry Assalamualaikum Cinta Waalaikumussalam Rindu ?
ada tak ada tak ?
KRIK KRIK KRIK …
Okayfoine takde . takpe
takpe . kalau sapa yang tengok cerita ni , tau la :)
p/s : semalam tengok cinta
kura kura . tapi rasa macam malas nak cerita . sebab takde KEPUASAN DIRI
SENDIRI kot ? cehh .
dann lepas tengok cerita tu , setiap masa asyik nak sebut PENYU APAKK KAU !!
dann lepas tengok cerita tu , setiap masa asyik nak sebut PENYU APAKK KAU !!
