Twenty years from now you will be more disappointed by the things that you didn't do than by the ones you did do. So throw off the bowlines. Sail away from the safe harbor. Catch the trade winds in your sails. Explore. Dream. Discover.

Thursday 31 January 2013

10 Tahun Sebelum Merdeka | Fahmi Reza



atas satu rasa yang bukan berpaksi pada idea nak berpolitik atau apa, aku hanya nak share video 10 Tahun Sebelum Merdeka arahan Fahmi Reza ni.

bagi aku, filem dokumentari pendek ni boleh memberi gambaran keseluruhan tentang gerakan yang dibentuk 10 tahun sebelum merdeka. kenapalah aku tak tengok filem ni dari masa 2007 dulu pfttt. sebab lepas aku tengok ni, aku macam baru paham apa yang sebenarnya buku teks sejarah tingkatan 2 dan 3 merepek apa. seriously.

aku bukanlah seorang yang minat sejarah macam si Asilah tuu. tapi lepas tengok ni, baru aku rasa yang orang zaman dulu memang hebat! cuba kau letak diri kau pada zaman sebelum merdeka. kau rasa dengan diri kau yang macam sekarang ni, yang memang takda semangat lansung tu, kau mampu ke lihat betapa 31 Ogos 1957 tu sebagai satu tarikh keramat? kau mampu ke pegang gerakan gerakan nak tuntut merdeka? nak yakinkan orang lain percaya pada apa yang kita fikir?

antara kata kata Yahya Nasim, timbalan bendahari PKMM dalam filem tersebut, 'sesetengahnya takut, sesetengahnya benci, dia tak tahu pun MERDEKA tu apa benda pada dia.' sambung Majid Salleh, Presiden Johor PTU pula, 'awak ni gila ke?' 'nak merdeka ni, awak tahu ke siapa awak ni?' 'orang Melayu ni siapa?' 'tak tahu orang putih kapal terbang ada, kapal laut ada, kapal selam ada, itu nak kita lawan?.' itulah suara yang selalu mereka dengar bila perjuangan mereka diutarakan.

nampak tak, sama kan dengan realiti hari ini? suara yang sama bertempik memekak seisi halwa telinga mempersoalkan kenapa itu tak perlu, kenapa ini tak perlu, kita dah sempurna, kita tak perlu berubah blablabla (nak kaitkan dengan apa sekalipun dipersilakan, tiada bantahan)

ya, mereka dilabel sebagai radikal.
ya, mereka mengamalkan dasar tidak bekerjasama dengan British,
ya, mereka membuat penentangan secara terbuka.
ya, mereka jugalah yang bebaskan Tanah Melayu dari penjajahan British!

benda yang berada di kiri tak semestinya negatif.
ingat tuu!!!

mintak mintak Fahmi Reza tak baca blog guwa.
kang tak pasal dilabel anak muda tak bersemangat hahahaha.
ni pun aku sudah hampir hampir diherdik oleh A Samad Said kerana selalu tweet merapu di twitter. har har har.

baidewei, aku hanya ulas pasal 10 Tahun Sebelum Merdeka, bukan pasal Fahmi Reza. 
aku tau ramai tak suka dia,
tapi dia takda kaitan pun dengan aku.
sekian.

Assalamualaikum.

Tuesday 29 January 2013

Stalker kah aku?

tengah syok bergayut dari satu gambar ke gambar lain dalam folder lama, 
terjumpak ni!



kehkehkeh (semua wajib gelakk!!!)

apahal laa aku tak buang lagi benda nih haha.
lama dah kot printscreen sebagai bukti la kengkonon.
takut orang tu delete account ni so nak la simpan bukti masa tu.
masa tu laa.
pastu terus terbiar sampai sekarang haha.

so, stalker kah aku?

well, aku nih jenis curious sikit.
serba serbi nak tau.
anak muda yang bertempiaran adrenaline dalam pembuluh darah lah katakan.
YEYEARHHHHGGGGG *gaya AMUK*

tapi, perempuan kah aku?

ngehngehngeh :D

Assalamualaikum!

Sunday 27 January 2013

Dia yang berbaju hijau


Rahsia ini
Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti


lirik lagu kat atas takda kaitan dengan cerita kat bawah.
cuma nak letak sebab sedap kot suara Black erghhh tension pulak guwa adeh.

so, dia takda lah cerita.
cuma nak luah isi hati cececeh.

dia macam, kau tak jumpa orang tu dalam tempoh yang agak lama,
dalam kes aku 5 tahun,
kena pulak 5 tahun sebelum tu memang ada kisah,
antara aku dan dia,
bila ternampak tu macam,
oh dah besar ye kau sekarang.

pastu sampai ke malam orang tu termuncul muncul di kepala hotak,
pastu macam terfikir,
oh nanti nak lalu lagi ah kat tempat tu.

PUAHAHAHAHAHAHAHAHA *gelak mencari kepuasan*

#inibukanentrynakal#

Saturday 26 January 2013

RENTETAN PENGALAMAN DI HARI HARI TERAKHIR


             Menjelang asar, Hajar mula rasa bahang. Dia minta dimandikan. Panasnya kuat dibahagian dada. Dan terasa semua badan sakit2. Saya terdiam. Saya rasa, dia dah mula nak nazak. Waktu tu saya berdiri membelakangkan tingkap. Dia suruh saya beralih kedudukan. Dia nak pandang keluar tingkap. Saya tanya, nak tengok apa? Katanya : nak tengok Allah. Saya terkedu lagi. Katanya : "Allah marah sebab tak dakwah sungguh2. Tak mahu cari jalan lain, bila dakwah terhalang." Saya jawab “Mintalah ampun dan banyakkan beristigfar pada Allah,” Angguk.Tak lama lepas tu, dia kata, matanya dah mula kabur. Saya membisikkan agar dia terus mengingati Allah. Angguk.

Dalam termengah2 dia berkata "mak, izinkan akak pergi dulu, tapi akak tak nampak jalan" “ Ya, mak izinkan, mak doakan agar Rasulullah datang tunjukkan jalannya. Sekali lagi dia mengejutkan saya, bila dia kata dia dah tak boleh nampak, lalu bola matanya bergerak ke atas. Segera saya talkinkan berulang kali. Doktor dan  nurse mula berkejar datang nak menyelamatkan. Saya disuruh keluar. Mereka mula memasang topeng oksigen, dan  menaikkan tekanan darah.



*****


boleh baca kisah penuh yang ditulis sendiri oleh ibu kepada al-marhumah Siti Hajar Binti Ahmad Sabir di SINI. semoga al-marhumah ditempatkan di kalangan orang orang beriman di sana dan semoga kisahnya menjadi iktibar buat kita semua. AMIN.

Friday 25 January 2013

Loudspeaker

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


*****

#btw, Nurlina Nordin, you inspired me much in drawing. as soon i saw THIS , i feel like hey, why doncha im wasting my time in drawing instead of dreaming without no ending ? . LOL

*****




alang alang Hajar Saufi dah puji aku, 
aku pun macam terfikir,
hey why doncha im wasting my time drawing her face instead of my face without no ending? LOL

so here we go!




aku harap kau suka Hajar,
walaupun aku lukis bukanlah cantik mana.
kalau cantik pun sebab muka kau maybe?
ahah!

btw, dreaming in lecture is a lot better than sleeping kot!
aku laa tu ~..~

Aku dan Sukan (episod 3)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

di sekolah pulak,
aku suka join pertandingan lumba lari.
aku tau bahawa aku bukanlah anak tiri Usain Bolt, tapi aku nak jugak lari!
selalunya aku join lari pecut 100m.
takpun pass baton.

bagi yang kenal aku selepas tahun 2006 (tingkatan 1) mesti tak percaya dengan apa yang aku cerita sejak episod 1.
sukahati lah nak percaya ke tidak.
tak effect aku punn *buat muka sedo*

so, pengalaman aku masa lumba lari amatlah menarik.
eceh claim cerita sendiri sebagai menarik itu umpama buat status sendiri like. heh.
kalau kau tengok ada sekumpulan manusia tengah lari tengah padang,
tiba tiba ada sorang budak nih tertinggal kasut sekolah tengah padang usah kau tanya lagi siapa!
akulah tu orangnya hiuhiuhiu.

bukan sekali dua, tapi selalu!
sampai aku dah lali dengan gelak ketawa budak budak nih (termasuk junior. cisss)

sebabnya,
kasut sekolah aku tiap tiap tahun pun longgar macam apa lagi.
eh itu tak bermakna aku tukar kasut tiap tiap tahun.
kaki aku tak membesar maybe?

sejajar dengan fizikal aku yang kecil ini, sebab tu lah kasut selalu tak kena dengan saiz kaki.

selain itu (penanda wacana itu penting ye anak anak)
aku aktif bola baling.
petang petang rela jalan kaki (jarak dari rumah 1 km) sebab nak praktis bola baling.
sampai sekarang ingat lagi muka muka yang selalu main dengan aku dulu.
Nabilah Azhar, Afikah Hizan, Arif Zakuan (yes, main campur dengan budak laki).

kokurikulum pun aku aktif jugak.
dulu aku join Puteri Islam (sukan ke ni?)
anggap jelah sukan sebab ada kawad bagai.
aku tak pernah miss perjumpaan sampaikan masa hujung tahun aku dapat Hadiah Kedatangan daripada Ustazah.
lupa pulak aku nama ustazah tu.
yang aku ingat, ada sorang ni jealous dan mempertikaikan kenapa aku yang dapat.
kenapa kenapaaaaaaaaa?
tak perlu kot aku sebut nama dia heh heh.

masuk sekolah menengah,




bersambung....


Aku dan Sukan (episod 1) >>>>
Aku dan Sukan (episod 2) >>>>

Wednesday 23 January 2013

Bila waktu sesuai berkahwin?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


kahwin marriage



KAWIN SAMBIL BELAJAR ATAUPUN SELEPAS BELAJAR?


"Ustazah, mana lagi baik ya, nikah masa belajar atau nikah lepas belajar?" 


Soalan 'femes' itu ditanya oleh moderator selepas tamat forum.


"Hmm. Ustaz Tengku Rasyid banyak pengalaman. Lebih layak menjawabnya." 



Saya 'pass' soalan itu kepada Pensyarah yang duduk di tepi suami saya. Saya sedia maklum dengan kewibawaannya. 


Wajah kebapaan itu lama terdiam. Di meja makan VIP , moderator menanti-nanti jawapan. 

Saya yakin diamnya berfikir jauh merentas teori dan pengalaman. Ada 'mutiara' yang bakal dia hulurkan.


"Akhi pernah tengok orang lawan bola?" tanya Ustaz Tengku Rasyid.


"Ya."


"Masa lawan tu, dia baru nak berlatih atau masa tu dia dah sedia dengan latihan sebelum perlawanan?" 

  
"Mesti kena berlatih dulu."


"Ya. Perkahwinan itu medan. Ia perlukan 'latihan' dan 'persiapan' sebelum masuk ke medan."

Siapa siapkan diri cepat, bolehlah nikah cepat. Pilihan di tangan anda. Tiada paksaan. :)

{Fatimah Syarha}

Broadband bengkok

Assalamualaikum dan salam sejahtera.                                                                          

setelah ditambah tolak darab bahagi, lebih kurang dah 9 bulan aku pakai broadband cap __________. satu bulan pertama, di suatu hari yang indah lagi bijaksana, ketika sang puteri aku hendak masuk ke kamar beradu bilik, aku telah tersepak wayar charger laptop.

lalu?

lalu laptop guwa yang tengah sedap bertenggek di atas katil itu pun mencium lantai.
masa tu broadband cap _______ tengah tercucuk (?) di laptop.
seakan akan mengerti dirinya begitu rapuh, laptop tersebut menyembah bumi dengan bahagian yang terpasang broadband jatuh dahulu.

maka?

maka jadilah broadband itu seperti?

seperti ini


dengan secuak tenuknya, aku try connect dengan internet.
eh boleh guna lagi!!!
ku joget sepuas hati.

masa tu kan cuti, so takda siapa pun nak mempersoalkan rupa paras broadband cap _________ (padahal hint jenama dah ada dalam gambar) selain family aku.

selepas masuk degree, ramai member member yang bertanyakan keadaannya.
aku hanya mampu tersenyum.

sehinggalah tiba pada suatu hari semasa group aku tengah buat poster di cafe,
datang sorang member laki anak jati Semporna lantas ternampak broadband tersebut,
dia lalu bertanya,

'Lina, broadband mu menghadap kiblat ka yarr?'

Aku dan Sukan (episod 2)


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Agilent Technologies ni adalah satu company yang terletak kat Jalan Seagate.
padahal kalau tak silap aku, Seagate tu adalah nama satu syarikat yang terletak sebaris dengan Agilent Technologies kat jalan yang sama.
jalan ni betul betul tepi laut.


pantai seagte jambatan pulau pinang kedua ke batu maung
Pantai Seagate
nota gambar : Jambatan Pulau Pinang Kedua sedang dalam proses pembinaan ke Batu Maung (sebelah kampung guwa)

dulu abah aku selalu bawak kami se-family datang sini makan makan sambil sedut bayu laut sambil tengok budak budak main layang layang.
oh nostalgia!
straight dari jalan nih boleh ke Queens Bay Mall (kiri) dan ke kampung aku (kanan) dan kalau straight lagi boleh sampai ke Bayan Lepas (?)


so nak dikontotkan cerita (walaupun dah terpanjang tadi)
company nih selalu buat program kat kampung aku.
boleh kata setiap kali cuti sekolah mesti ada.
sebagai seorang yang aktif (masa tu),
tak pernah pun sekali aku tak join.

dan kalau join, mesti bukan satu pertandingan.
dan seingat aku lah, setiap kali ada program macam tu, mesti sangkut punya hadiah kat mana mana.
kalau bukan dekat melukis dan mewarna, ada kat tiup tepung, pecah belon, isi air dalam botol, pancing botol, kerusi musik.

sampaikan ada satu masa tu, aku ingat lagi,
jiran aku menangis sebab dia tak dapat apa apa, sedangkan aku menang dua hamper hadiah.
heh heh aku harap dia tak baca entry nih.

hadiah dia pulak, macam bukan bagi kat budak budak.
kan selalunya hadiah untuk budak budak ni balik balik kotak pensel, takpun buku cerita Thumbelina.
i dah buhsann you tau takk?

i dapat hamper maknokss.
besar puloks tuh.
kenyang aku seminggu tak payah makan nasi yeayy!

di sekolah pulak,





bersambung...



Aku dan Sukan (episod 1) >>>>
Aku dan Sukan (episod 3) >>>>

Tuesday 22 January 2013

Aku dan Sukan (episod 1)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

bersukan sport


tak sangka pulak aku, bahawa ada jugak orang yang prihatin pasal life style aku.
maksud aku, dari segi bersukan.

ya aku admit,
yang aku bukanlah kaki sukan.
baik dari segi bersukan itu sendiri, ataupun ambil tau perkembangan sukan.
kalau game The Red Warrior boleh pulak aku hupdate kan.
hurmm aku pun musykil jugak nii.

kalau nak diikutkan,
tebiat malas nak bersukan ni bukanlah terjadi sebab terbiasa dari kecik.
tapi terbiasa dari besar.

ya ya,
maksud aku, masa aku kecik kecik dulu (sampai tingkatan 1) aku suka kot bersukan!

hakikat yang patut diterima oleh seorang kakak yang ada dua orang adik lelaki.
tiap tiap hari aku join geng geng adik aku main.
lumba lari, ting ting, galah panjang, rounders, you name it.
boleh rujuk ENTRY NI untuk tau apa jee yang aku suka main dolu dolu.
anggap jelah tu bersukan yosh.

kena pulak, kampung aku masa tu, adalah kampung angkat Agilent Technologies.




bersambung...


Aku dan Sukan (episod 2) >>>>
Aku dan Sukan (episod 3) >>>>

Monday 21 January 2013

Bicara Selebriti 7 (part 3)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

from part 2 lets move to part 3 bebeh!

Pierre Andre (Pengarah dan pelakon)
'sejak kecil saya memang menanam minat untuk menjadi seorang pengarah filem. setiap kali bangun tidur memang itu yang saya fikirkan. makan filem, tidur filem, mandi filem. pada umur 21 tahun, setelah dapat menjadi seorang pengarah, saya dapat rasakan eh ini bukan yang saya nak. saya duduk dan berfikir apa sebenarnya yang saya mahu dalam dunia ini.'

'apabila saya menghadiri satu majlis di Markas Petaling, ada satu hamba Allah ini bertanya satu soalan, "Kamu pasti tak esok kamu akan hidup lagi?". detik itulah membawa titik hijrah dalam hidup saya.'

katanya lagi, 'Hidayah itu milik Allah dan saya mendapat inspirasi untuk membuat kebaikan apabila menonton filem filem tertentu contohnya My Name Is Khan'.

ingat tak lagi pada saat ketika Pierre naik ke pentas Anugerah Skrin 2012 dan mengucapkan kalimah 'Lailahaillallah'?

ceritanya, 'selepas berhijrah dengan lebih mendekati Islam, saya terfikir patutkah saya berhenti dari industri seni hiburan? apabila sudah buntu, saya berdoa pada Allah, "Ya Allah, berikanlah aku petunjuk. berikanlah aku kemenangan".

lebih kurang macam tu laa. hotak aku nih bukan boleh simpan semua data majlis sepanjang 2 jam tu.

sambungnya lagi, 'beberapa minggu kemudian, pihak tv3 menelefon saya dan telah memberitahu bahawa saya telah menang. masa tu saya bersyukur sangat dan menantikan saat 'live' itu untuk mengingatkan kawan kawan saya yang belum sedar tentang kehebatan kalimah Lailahaillallah. bukan anugerah itu yang saya nak, tapi keyakinan di sebalik itu. sepanjang berada dalam majlis itu, saya berasa amat muak melihat ada yang pakai baju tak cukup kain, ada yang terdedah sana sini.'

berkenaan isu tidak solat di lokasi pengambaran, Pierre sering mengajak krew krew nya meninggalkan segala benda duniawi dan solat dahulu apabila masuk waktu dan mengingatkan bahawa pedulikan pangkat apa yang kita pegang, tapi pentingkan 'apa yang Allah lihat di dalam hatinya.'

pierre andre dan oki setiana dewi bicara selebriti 2013



Oki Setiana Dewi (Pelakon Ketika Cinta Bertasbih)
lafaznya didahului dengan kecek klate. sangat la lawak tapi respect sama effort anda!

katanya Oki, 'bertudung saja tidak cukup. kita perlu menuntut ilmu untuk mendekatkan diri dengan Islam. menjadi selebriti bukan bermakna mereka tidak baik, tetapi mereka mereka inilah yang bertanggungjawab menghasilkan karya karya yang boleh membwa kesedaran dan menarik artis artis lain ke arah Islam.'

masa dia cakap tu, hati aku terdetik, 'eh betul jugak eh. kalau mereka mereka ni meninggalkan industri seni, kang tinggal lah sek sek hanyut tu. siapa yang nak ingatkan mereka?' maaf jika bahasa saya agak kasar errr.

masa Oki cakap tu pun, aku nampak Pierre angguk angguk kepala tanda setuju.

dia juga ada hasilkan 3 buah buku dan otw nak masuk yang keempat dah. bolehlah menerjah mana mana kedai makan buku untuk mendapatkan MELUKIS PELANGI, SEJUTA PELANGI & CAHAYA DI ATAS CAHAYA.

selepas Ustaz Zamri berbicara (nanti lepas nih aku cerita), Amin Idris telah membuka ruang soal jawab. masa tu aku nampak ada sorang perempuan tak bertudung menapak ke microfon. dan kelihatannya dia seperti non-muslim. aku heran dah ni rupanya ada jugak non-muslim datang ke majlis macam ni.

dia lalu membuka suara, 'Madam Syarifah, let me speak'. aku renung muka dia lama lama, 'Eh BAWANI!'. semorang dah tercengang cengang dah. rupanya slot soal jawab tu cuma gimik nak tunjukkan kemunculan dia la. kemudian dia naik atas stage dan mula bersyarah soal free education.

yang aku sempat ingat, dia ada cakap, 'dah 55 tahun kita merdeka, tetapi suara mahasiswa sentiasa disekat. mahasiswa patut diberi pilihan untuk memilih. kita patut memberi peluang kepada kedua dua pihak iaitu pihak kerajaan dan pihak pakatan tampil dan mendengar suara mahasiswa. dan biar mahasiswa yang memilih.' 

pastu dia ada la pumpangpumpang pasal free education. aku malas nak ulas lanjut pasal tu. korang nak tau, bolehlah melawat belambak lagi blog blog yang sudi mengulas isu nih. satu yang aku setuju bilamana dia cakap, 'ramai pihak yang mempersoalkan kenapa kita mahu compare kan Malaysia dengan negara lain. jika kita tidak compare, macam mana kita nak tahu sesuatu benda tu mendatangkan kebaikan atau tak'.

ya, ini guwa setuju! tapi dalam konteks yang luas lah. universal. bukan free education semata mata.

dia ada jugak cakap, dia tak mintak pun Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin minta maaf kat dia dan semua mahasiswa. katanya, kalau setakat minta maaf tapi takda perubahan sistem, nak buat apa. kalau click kat nama Sharifah tu korang boleh tengok satu berita dari Sinar Harian yang  menyatakan Sharifah telah memaafkan Bawani dan dia turut memaafkan kenyataan pemimpin-pemimpin politik negara yang mengutuknya dengan pelbagai dakwaan, yang dibuat secara sengaja atau tidak sengaja. 

whatt? dia buat lawak agaknya. dan aku tak nampak kaitan video tu dengan dadah, masalah sosial, pembuangan bayi, HIV, Aids, rogol, isu-isu politik semasa seperti isu keagamaan, hak lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dan krisis air di Selangor seperti yang dia cakap dalam dua perenggan terakhir. dia memang suka bagi contoh contoh tak relevan ehh? maaf jika saya terkasar.

dan satu yang aku perasan, kalau kita tengok video listen listen kat youtube tu kan, kita nampak macam nada suara Bawani agak kasar dan meninggi. bila dia dah cakap depan depan ni, aku rasa dia bukan sengaja nak meninggi suara. memang suara dia macam tu. suara bersemangat waja giteww. bila dah habis cakap tu, dia ada laung suruh kami ikut. 'HIDUP HIDUP! HIDUP RAKYAT!'

aku terasa seperti berada di dalam majlis politik pula errr. kendian terus boleh duduk kat seat vip. wah wah kau Bawani, mentang mentang dah femes kan. aku pun kau lupa. tsk tsk *kesat hingus di lengan baju*


Ustaz Zamri 'Mantop'

ustaz zamri mari mengaji bicara selebriti 2013


'hiburan itu sendiri adalah fitrah. contohnya, ibnu akwa - pelari pecut. kalau lari kaki boleh sampai ke belakang tengkuk, Hassan b. Tsabit - menghasilakn puisi puisi dan karya karya tentang Islam, Syarifah Kassim - alunan Al Quran'.

katanya lagi, jika bacaan Al-Quran itu dihiasi, mesti kita rasa syok nak dengar. titik seni dan hiburan itu berada pada shariah compliance. terdapat 2 konteks Islah. pertama mencari platform yang sesuai. kedua, mengambil kaedah 'selagi tak boleh nak ubah semua, jangan tinggal semua'. dan konteks yang kedua ini lebih  sesuai digunapakai.

Ustaz Zamri jugak ada berkongsi bahawa Surah Taha ayat 1-5 dapat melembutkan hati yang keras. contohnya boleh juga ditiup pada anak kecil yang berterusan menangis tanpa henti untuk menenangkannya. bicaranya lagi, dunia glamour bukanlah seindah yang disangka. beliau menyatakan bahawa ada seorang ustaz (tak ingat nama) telah menarik diri daripada satu slot ceramah di IKIM kerana hadith ini :

Daripada Abu Zaid Usamah Bin Zaid Bin Haristah Radhiallahu 'Anhuma berkata: "Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Akan didatangkan seorang lelaki pada hari kiamat nanti lalu dilemparkan ke dalam api neraka sehingga terkeluarlah isi perutnya kemudian lalu ia berpusing (ditengah-tengah unggunan api neraka) seperti berpusingnya seekor keldai di tempat penggilingan gandum. Para penghuni neraka terkejut melihat kejadian ini lalu mereka segera berhimpun di sekelilingnya sambil berkata kepadanya: ''Hai Fulan! Mengapa engkau jadi begini? Bukankah dahulu (sewaktu di dunia) engkau suka menyuruh orang berbuat kebaikan dan melarang mereka daripada kemungkaran?.'' Lalu orang itu menjawab: ''Ya benar, dahulunya saya suka menyuruh orang lain berbuat kebaikan, tetapi saya tidak melakukannya, dan saya suka melarang orang lain daripada kemungkaran. tetapi saya sendiri melakukannya." (Hadith Riwayat Bukhari & Muslim)

baginya, tanggungjawab itu sungguh berat. seperti satu lontaran dialog di dalam cerita Spider Man, "With great power comes great responsibility"

"memberi adalah syarat menerima", ujar Ustaz Zamri sebagai menutup bicaranya.

last sekali, moderator dan panelis membuat performance masing masing. Pierre baca puisi yang berkisar jangan gugup sekali melangkah. Oki membaca 2 buah sajak yang berkisar kenapa dia suka datang ke kelantan dan mendoakan kesihatan TGNA. Ustaz Zamri mengalunkan ayat Al quran. Amin Idris menyanyi lagu Aku Cinta Allah yang pertama kali dipersembahkan di khalayak. Azizulhasni Awang pula menurunkan tandatangan pada baju dan basikal anak anak muda yang menyertai C4R (Cycling For Royalty).

c4r cycling for royalty bicara selebriti 2013


perjalanan c4r cycling for royalty kota bharu klcc

tak silap aku, diorang berbasikal sejauh 700km ++ dari Kota Bharu sampai KLCC untuk menuntut Royalti. kemon kemon. bukan royalti Kelantan saja, diorang memperjuangkan royalti Terengganu dan Pahang juga.


Bicara Selebriti 7 part 2 >>>>> 

Bicara Selebriti 7 (part 2)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

so here's part 2 Bicara Selebriti 7 story.
eh story kee?
aku cuma nak kongsi apa input yang aku dapat sepanjang majlis berlansung.
moga manfaat :)

Amin Idris (moderator)

amin idris moderator biacara selebriti


beliau bukak majlis dengan satu cerita. ceritanya lebih kurang begini.

pada zaman dahulu, ada sorang paderi kristian yang petah berkata kata dan hebat berdebat. pada suatu hari, dia telah menganjurkan pertandingan debat dan menawarkan puterinya yang cantik sebagai isteri buat pemenang. tatkala berita pertandingan itu tersebar ke telinga seorang pengembala kambing yang miskin, si pengembala mengambil keputusan untuk turut serta. katanya, kalau menang tak apa, tak menang pun tak apa. asal cuba.

pergilah si pengembala ke kediaman si paderi tadi. sebelum memulakan debat, si paderi telah menetapkan syarat iaitu mereka tidak boleh mengeluarkan suara. si pengembala lalu terkejut. eh bagaimana mahu berdebat tanpa suara? tetapi dengan keazaman yang tinggi, si pengembali itu tetap mahu mencuba juga. 

pertandingan antara si paderi dan si pengembala pun dimulakan. dengan menggunakan jari, paderi membuat angka satu. pengembala membalas dengan menunjukkan angka dua. paderi membidas dengan angka 3. pengembala lantas menunjukkan angka enam. paderi yang tak mahu mengalah membuat simbol bulatan dengan mendepakan kedua dua tangannya. pengembala lalu menunjukkan penumbuk di hadapan muka paderi. paderi pula terus mencapai tongkatnya dan membuat aksi menghayun tinggi tongkat itu ke arah pengembala. tanpa berlengah, pengembala mengambil tongkat itu dan melemparnya ke tanah. 

paderi lalu membuka suara,
'ya, aku mengaku kalah. kamu menang!'

semua orang yang berada di tempat kejadian hairan dengan apa yang berlaku. samalah seperti orang yang sedang membaca nih mesti satu haprak pun tak paham kan? hiuhiuhiu (jadah gelak ceni?)

datang seorang hamba Allah bertanya pada paderi mengenai apa yang berlaku sebenarnya. jawab si paderi, 'ketika aku berkata bahawa kristian adalah agama yang satu, pengembala berkata Islam punya dua tonggak iaitu Allah dan Rasul.' aku membidas, 'tapi kami ada tiga tuhan! pengembala menjawab mereka berpegang teguh pada 6 rukun iman.' lalu aku mendakwa, 'kristian telah menguasai seluruh dunia! pengembala mencelah dengan mengatakan Islam lagi berkuasa! (simbol penumbuk)'. aku yang tak berpuas hati menjawab, 'tak, kristian sekarang berada di kedudukan yang tinggi! pengembala berhujah bahawa Islam lebih luas empayarnya!'. aku sudah tiada idea untuk membidas lagi. disebabkan itu, pengembala itu menang.

mereka masih tak berpuas hati lalu menanyakan pengembala mengenai apa yang terjadi. jawab si pengembala sambil kebingungan, 'mula mula paderi tu kata nak seekor kambing aku. aku pun katalah nak dua pun boleh bagi. kemudian dia cakap kalau nak tiga boleh tak? aku jawab enam pon boleh aku boleh bagi. tapi tiba tiba dia cakap nak semua kambing aku. aku pun marah la. sebab tu aku tunjuk penumbuk kat muka dia. dia pun ambil tongkat dia nak pukul aku. aku pun apa lagi, ambik tongkat tu dan campak ke tanah sebab takut kena pukul!'

nampak tak dua dimensi cerita di sini? hehe.
waktu beliau cerita nih memang lawak habes aa sebab dia guna bahasa kelantan. so macam lawak arr. pandai pandai ah korang korek sendiri apa motif di sebalik cerita nih. kata dah besar panjang, pandai pandai ehh :D

sejujurnya, saat pertama kali lirik mata ini jatuh pada sang wajah, lalu rasa indah turun ke hati. bapak jernih kot muka! nasib baik dah kawin heh heh :)


Azizul Hasni Awang (Pelumba basikal trek negara)
beliau memulakan lafaz bicara mengenai size badan rakyat Malaysia yang agak kecil berbanding penduduk di negara negara lain bukanlah penghalang bagi seseorang itu untuk mencapai kejayaan. katanya lagi, semangat yang lebih penting.

saat menceritakan mengenai kemalangan yang dialami olehnya suatu ketika dahulu semasa perlumbaan saingan akhir di Manchester membuatkan para hadirin berkata 'eiiiiii sakitnyaa'. haha aku pulak gimik lebih. 

Ia bermula dengan pelumba Sepanyol, Juan Peralta Gascon tergelincir sebelum terlanggar Azizulhasni yang mewakili pasukan trek profesional negara, Yayasan Sime Darby (YSD) diikuti dua pelumba lagi terjatuh, Kamil Kuczynski (Poland) dan Edward Dawkins (New Zealand) namun keempat-empat mereka bangkit meneruskan perlumbaan dengan cara yang berbeza. Azizulhasni bangkit semula sambil dibantu jurulatihnya, John Beasley untuk meneruskan perlumbaan.

masa dah lepas garisan penamat tu, dia rasa kaki kiri dia teramatlah sakit dan sakit tu belum pernah dia rasa sebelum ni. dia usha kaki kiri dia. dia nampak ada serpihan kayu menusuk betis. dia macam tak percaya dan ingatkan yang dia khayal ke apa. dia tengok lagi sekali. sah betul! bila dibawa ke hospital, doktor cakap tak boleh operate lagi sebab takut melibatkan saluran darah utama. bayangkan dia kena tunggu sampai esok pagi dengan kayu bertembus di kaki! setelah di scan, doktor mengesahkan kayu tu menusuk sedalam 23 cm! dan kayu tu betul betul berada di tengah tengah antara dua tulang. 

azizulhasni awang kemalangan di manchester

sakit tak sakit pun pingat gangsa hoi! dia juga berjaya muncul juara keseluruhan Piala Dunia Klasik dan berada di ranking nombor 1 dunia. wa salute sama lu brader!

macam detail la pulak aku cerita. sah sah takda orang nak baca. arghh gasak ah aku nak cerita jugak! 
tapi kat part 3 lah.
boleh?
(aku tanya sapa hentah)

Friday 18 January 2013

Bicara Selebriti Siri 7 (2013)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


yang tengah ada dalam area Kelantan tu, jom lah kita meramaikan majlis.
rupanya dah siri ke 7 pun.
apahal lah aku baru tau zzz -.-

Moderator tetap :
Amin Idris [gambar paling kiri]

Panelis (dari kiri) :
1. Pierre Andre, Pelakon dan Pengarah Filem
2. Ustaz Zamri Mantop
3. Oki Setiana Dewi, Heroin KCB
4. Azizul Hasni Awang, Pelumba Basikal Trek Negara

tarikh dan tempat ada dalam poster :)



*****


masih ingat lagi Pelan Rahsia Guwa?
okay sekarang aku akan bongkarkan.
sebenarnya cuti sebulan nih aku nak asah skill memasak.
tu je heh heh.

so, tadi aku dah try buat PUDING KARAMEL.
gambar?
er.
er.

tak perlu kot?
macam lah tak pernah tengok kan.

cecece padahal puding tu melekat kat tepi dulang so macam burok siket.
korang kan suka judge dari rupa luaran.
heh heh.

tapi sedap je tauu!
hiuhiuhiu.

so insyaAllah esok asam pedas ikan pari dan aiskrim goreng pulok :)


Bicara Selebriti 7 part 2 >>>>
Bicara Selebriti 7 part 3 >>>>

Thursday 17 January 2013

Mari meneka siapakah gerangannya

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

ni hah, ambe nak suruh hampa teka siapakah gerangan wanita melayu terakhir perempuan di bawah ini.


nurlina nordin perempuan bertudung



dah cuti pun lama en, daripada aku merempit,
baiklah aku terperuk dalam bilik asah sikit skill skill melukis nih.
kang berkarat kang, pakai clorox pun tak tanggal acanoo.

well well ini baru percubaan kedua.
tolong sabar sikit boleh tak?
tau arr tak lawaaaaaaaa *emo tetibaaa*

agak agak korang lah sapa huh minah ni?
kalau aku reveal korang jangan terkejut eh.
janji? (pergh gedik seyhh)

taraaaaaaaaaaaaa

























































































































tak boleh taruk gambar besar besar.
Perdana Menteri tak bagi. tiba tiba pula kan.

Monday 14 January 2013

AJL 2013 - rock never dies!

pergh pergh best kot!



Gempar | budak lelaki dihempap beg 8 kg

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

adapun halnya semalam, sampai dah lcct around 11.30 pm and next flight pukul 8.25am esok harinya.
berbekalkan semangat yang kental dan jitu,
guwa bermalam lah kat airport tu seorang diri atas nama perempuan.
heh heh.

padahal.....
~..~

guwa pilih surau sebagai tempat bertapa.
bolehlah golek golek sikit en.
nahh, bergolek lah hengkau sampai pagi.
mataku dambakan pelempangku agaknya.

masa nak bersihkan diri pagi tu baru guwa sedar guwa tak bawak balik pung ubat gigi.
maka, pencuci muka jadi mangsa.
ini kali lahhhhhh!!

brush your teeth with face cleaner


ilham gambar 99 percent dari blog dani ni haaa.
aku tinggal lukis balik je mengikut tutorial yang dia ajar kat blog dia.
dia lukis, pergh superextramega shantekk kot.
tak percaya klik link tu tengokkk!

berbalik kepada cerita guwa,
lepas dah siap siap semua, aku baru perasan yang jam masih 5.30 pagi kot.
malas dah aku nak nunggu lelama, aku pun keluar dari surau pi cari tempat lepak lain pulak.

*video dipercepatkan pada babak nak turun dari flight dah*
haha banyak betul scene dah skip. malas cerita punya pasal.

masa tu aku nak amik beg sandang aku yang aku letak kat atas, dalam bag storage.
disebabkan beg tu seberat hampir 8kg, jadi velocity beg tu meluncur ke bawah amatlah laju.
it's not that beg tu terlepas dari tangan aku,
aku still pegang, cuma aku tak perasan ada budak kecik belakang aku,
dan beg tu telah merempuh kepalanya seperti tidak punya perasaan.



beg jatuh atas kepala


aku dengar satu suara perempuan cakap dari belakang,

'haa tulaa ma oyak doh jange duk situ'

aku berpaling ke belakang,
aku nampak sorang lelaki tengah mengusap ngusap kepala seorang budak.

berderau darah aku.
kalau bapak dia sound aku depan tu malu kot!

pada masa yang sama,
aku baru perasan begitu banyak mata mata yang memerhati simpati pada budak itu, dan memerhati kejam (?) pada aku.

tanpa membuang masa,
aku pun join bapak dia usap kepala budak tu sambil cakap,

'sorry dik'

banyak kali.

slow slow aku undur dan blah dari situ sambil berharap yang aku tak jumpa family tu dah....


p/s: rasa bersalah aku mendalam sebab, aku sandang beg tu 5 minit pun dah lenguh bahu.
ni apatah jatuh atas kepala. kalau jadi kat sharuto, aku rasa dia dah qiyaw lama dah.
haha!

Friday 11 January 2013

Final exam versi degree

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

ye ye saya janji entry ni takdak typo dah macam entry lepas sebab sekarang saya ada kawan si backspace tu :P
aku pun tak paham sebab apa entry tu bertajuk one in a million.
haha.

jam menunjukkan 4.43 PM.
exam plant nutrition habih pukul 4 tadi.
masuk masuk rumah ja terus terpa laptop yang ada kat ruang tamu ni.

43 minit jugak aaa tudung tak bukak, baju tak salin.
nak update blog punya pasai :P

excited hoi!
tadi pagi sebelum exam, masa dok ralit ralit baca slide notes,
ralit tu cam khusyuk aaa,
terpandang jadual exam.

tengok ada 1 paper ja lagi lepas subject yang aku tengah baca masa tu.
pastu loading jap, aku ni balik bila ha?

bila teringat ESOK, terus terjerit kecil namun mampu mengejutkan senior dari lena yang tak berapa nak panjang.
sorry kak nisa :P

selama minggu exam ni, serious tidur tak cukup.
itulah kau Lina, study week jadi movies week.
haaa kan dah merana hengkau padanlah muka eden ni haa.

dah 3 ke 4 hari hentah aku tak tidur ni.
kalau tidur pun adalah sejam dua lepas exam.
bangun, sambung balik study.

tapi aku tak rasa result sem 1 aku ni gempak sebabnya study pun last minute.
kalau wujudlah Queen of Procrastination , tolonglah bagi kat aku.
i deserved it.
haha.

tu belum study aku berselang segala mak nenek bahan lagha lagha di laman sosial nih.
eh eh, minta diperbetulkan.
macam apa yang Ustaz Azhar Idrus kata, hukum sesuatu benda tu jatuh harus pada asalnya.
cara dikendalikan yang buat wujud hukum selepasnya.

sebagai contoh, main gitar tak haram.
yang haram bila orang yang main gitar tu terlalu memuja artis atau buat dia jadi lalai dari menjalankan ibadah.

sama pada situasi aku bilamana aku kata laman sosial tu lagha la penuh dengan tipu daya muslihat bagai api dalam sekam bagai musuh dalam selimut melepaskan pucuk masing masing apa kejadah so what ever tu, ayat aku tak boleh diterima pakai.
yang bagi jadi lagha tu siapa?
yes, aku.
okay okay aku.

nampak tak anak anak kesan tak tidur malam?
haa macam ni lah!
macam ni tu macam mana?
macam ni aaaa!

selama minggu exam juga,
baju tak terbasuh,
katil tak terurus,
daki tak berberus,
makan tak teratur,
perasaan sering berbaur baur.
muka dah macam sayur,

esok guwa terpaksa merempat seorang diri di airport zzzzz.
takpa, nikmat rumah tu lebih indah bukan?
:)

LAST PEYYPERR
LAST PEYYPERR
LAST PEYYPERR
*gaya johan dalam lawak ke der*


PEACE YOO!!!

Thursday 10 January 2013

one in a million

Assalamulaikum dan salam sejahtera.

entry kali nih aku macam nak gak arr en try type tanpa henti tanpa tekan backspace mendalah tu. aku pun takda idea dah tulih menatang apa at hah itu dia type pertama dah muncul ! zzz nak calap typo sebenarnya. ni mesti manghagin tadi punya pada pasal lah aku nak cakap aduih. aku rasa level aku tak masuk kelas lansung dan masuk kelas sama je pun.

maksud aku juga, aku masuk ke, tak masuk ke, sama je tak boleh nak jawb. eh tak biasalah tulis jawb, kena tulis jawab! lina ni kan skema sikit so dia kena tulis penuh JAWAB!

kau bayang jelah,
dia bagi tulisan cina sut suruh buat ayat . aku manalah paham . dulu aku mula mula keluar ke dunia ni pun abah aku iqamat, takdaklah cakap cina ngan aku.

hurm hurm jap nak mengaku jap. tadi sebenarnya aku tertekan backspace sekali.
biasa arr beliau memang sahabat aku kat dunia.

argh aku nak cakap apabenda nih. aku aku aku sebenarnya cuba menaip selaju mungkin nak test arr apa je ay yang ada kat kepalahotak aku sekarang nih. sila abaikan typo sebab aku tak pedulik pun. nanti habis type baru aku nak baca balik apa aku tulih nih.

hurm lusa aku nak balik kelantan dah. argh seronok h gila baq hanggg!
setelah berapa lama aku bertapa di sini, akhirnya hidungku mama mampu disumbat kembali bayu bayu dari tanah dan laut kelantan.
alahi tu belum lagi zarah zarah dari laut di teluk tempoyak sana lagi lah hatiku rindu omomo!

terpada terpandang typo alahi tuh. hurm hurm alahai sebenarnya. jap jap apa lagi dah taktau dah tulis. kejang sememeh da tangan tuan hamba inih.

hai sekalina m lol sekalian sebenarnya. aku nih suka study dalam sunyi sunyi. so tolonglah kalau nampak aku bukak buku tu terus mur mutela k zzzz mutelah aku nak cakap! geram pulak takleh tekan backspace zzz. dah la aku ni nak pegang buku pun payah so silalah beramai ramai kita pakat pakat bagi dia study dengan rasa selesa, tu beum belum nak hafal. sepuluh kali ulang ayat sama pun belum tentu dapat hafal. apalah otak aku nih. itulah, tak makan kismis sangat. aduih salahkan kismis pulak..

hai hai saya nak cakap pasal adik saya pulak.
dia kan tak hensem. tapi nasib baik rajin lah boleh tahan.
baju aku semua dia yang sidai puahahahahahaha.

dah boleh kot aku nak berhenti sekarang.
kang terlucut benda lain dari tangan aku nih trouble tri troun trouble...

boleh tahan mereng jugak arr otak aku sekarang nih.
biasalah, baru lepas manghahgin ennnnn. jangan tanya aku apa yang aku tulih tadi..
kalaua kalau rasa annotinh anny annoying apa yang akhu aku merepek nih sila lah tekan pangkah kat atas sinn nuh lagipun aku dah ba habis tulis pun.

haha bye!

Tuesday 8 January 2013

Terima kasih hadir dalam mimpiku

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

semalam aku tidur.
termimpi lah satu babak nih.
kalau boleh, aku takmaulah gelak.
tapi dah lawak kan, aku gelak jelah.


lecturer mengajar dalam kelas


alkisahnya masa tu kelas dah bermula.
dalam 10 minit pon lebih kurang. tak ingat pulak aku nak tengok jam.
yang pasti, memang lecturer/cikgu dah start potpetpotpet dah.


tiba-tiba....
kelantangan suara guru tersebut dicelahkan oleh bunyi kuakan pintu dari depan.
semua orang berpaling ke arah sumber bunyi.
aku pun tak ketinggalan nak usha siapa pulak kali nih yang lambat masuk kelas.
selalunya orang tengok muka aku je.


seraya mengangkat muka, aku terpandang.......








*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*







superman pakai seluar tak ketat



sengaja aku tak letak muka sebenar. identiti perlu dirahsiakan.
yang penting, dia orang yang aku kenal!
wkwkwkwkwkwk.


dah la lambat, pakai baju superman pulok tu.
tapi seluar dia tak pakai yang ketat tu.
universiti/sekolah aku tak bagi kot.


mukanya yang blur itu masih terngiang ngiang di kepalahotakku ini......


Friday 4 January 2013

Jom Tak Merokok?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

ada lah satu malam tu,
bosan punya pasal, sajalah aku try test buat survey.

ramai jugak la yang macam heran.
apekehey minah ni takda pelangi malam malam tiba tiba nak tanya pasal LELAKI MEROKOK ni en?
masing masing takmau kalah duk tanya sebab apa aku tanya macam tu.
crush aku merokok la, assignment laa ...
padahal saja saja ja.

lawak tahu?
mari kita tengok apa pendapat rakan rakan fb aku mengenai hal ini.



rokok
 ni lecturemate. tapi tak pernah pong sembang depan depan. sembang kat alam maya ja.
sila abaikan nama Pian di situ.
aku tanya, sempat lagi perli aku balik ciss -.-




rokok
ni pulak classmate.
**** nama comel. 
****** nama hawt.
so dia macam nak kata kalau perempuan yang merokok, senang sikit la nak stop?
gitu?
ntah. HAHA.



rokok
ni pun classmate. yeah the truth lies in a simple answer.
saja tak sensored kan nama beliau sebab beliau sendiri blogger.
boleh cari beliau kat PENHIJAUPENPINK.BLOGSPOT.COM
ingat lagi dulu masa aku baru kenal blog moyang hajar ni.
kemain lah aku type pen biru pen merah pen purple pen kuning pen hitam sebab tak ingat url blog dia pen apa. HAHA!



rokok
pada aku, haram tetap haram.
mengapa perlu dipertikaikan teruk tak teruk atau menilainya sebagai hentaman.
kan?



rokok
ni bestfriend aku kat UMS ni.
hamboii kau jujur betul siap mention bf dia haha.



ni namanya soalan dijawab dengan soalan.
aduh aduh, kata kachak?



nampak tak kawan - kawan?
merokok tak macho hokay!




berbelit otak aku nak cerna apa dia cakap.
rupanya typo...
haha!


tadi tak cool, tak macho... sekarang tak hensem.
hah dah reti menilai?


oh sebelum tu nak cakap,
aku bertanya pada pelbagai jenis peringkat.
baik perempuan, baik lelaki, baik yang tak merokok, dan baik yang memang merokok.
mari kita ikuti apa kata orang yang merokok sendiri.
JENG JENG JENG....



pendapat seorang perokok

banyak lagi ni dia merepek hape hentah.
aku kerat la separuh buat evidence. heh.
doakan lah mereka mereka ini mendapat hidayah.

SO,
dah nama pun pendapat kan?
maka kesahihan cerita belum tentu pada kadar 100%.
mari kita tinjau pula dari perspektif Islam sendiri.

Para Ulama' juga pada awalnya mempunyai pandangan yang berbeza tentang hukum rokok. 
Ini kerana rokok mula wujud pada zaman ini dan tiada nas-nas khusus dalam al-quran yg menyatakan rokok itu haram. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa contoh ayat-ayat dalam al-Quran yg memberikan petunjuk secara menyeluruh dan menggunakan kebijaksanaan kita serta memohon petunjuk dari Allah tentang mana yang betul dan sebaliknya. Para cerdik pandai Islam telah menggunakan kebijaksanaan dan pertimbangan mereka utk membentuk satu fatwa baru mengenai hukum merokok. 

Bersesuaian dgn firman ALLAH yang bermaksud:

“(yaitu) orang-orang yang mengikut rasul, nabi yang ummi yang (namanya) mereka dapati tertulis di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka, yang menyuruh mereka mengerjakan yang ma'ruf dan melarang mereka dari mengerjakan yang mungkar dan menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang jelek dan membuang dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada mereka. Maka orang-orang yang beriman kepadanya. memuliakannya, menolongnya dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya (Al Quran), mereka Itulah orang-orang yang beruntung” ( Q.S Al-A’raff : 157)

untuk fatwa tentang hukum rokok boleh dirujuk di SINI.
untuk ayat –ayat dalam al-qur’an yang menunjukan bahwa rokok itu dilarang boleh dirujuk di SINI.


p/s: aku mengutarakan LELAKI merokok dalam soalan dan bukan PEREMPUAN sebab kebanyakan perokok datangnya dari golongan berhalkum (termasuk pondan). tetapi hukum tetap sama pada kedua duanya dan jantina yang disebut hanyalah sebagai isu. get it? dah jangan tanya dah.
.