Twenty years from now you will be more disappointed by the things that you didn't do than by the ones you did do. So throw off the bowlines. Sail away from the safe harbor. Catch the trade winds in your sails. Explore. Dream. Discover.

Saturday 24 November 2012

Resepi Jagung Rebus & Tips Menyedapkannya

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

di musim winter ini, sedap jugak ye kiranya makan jagung rebus.

JAGUNG REBUS?

bunyi rebus di situ nampak macam simple.
nampak macam amik air letak jagung.
rebus.
siap.

duhai adik kakok abe weh,
tahukah anda bahawa bukan semua jagung adalah semulajadi manis?
maka, dengan murah hatinya saya ingin mengongsikan tips mendapatkan jagung rebus yang lebih manis, berkilat dan sedap.

Bahan - bahan :
jagung opkos
air (dalam kuantiti yang akan meneggelamkan jagung)
garam
gula
marjerin
susu pekat manis

Cara - cara :
1. jagung dibuang kulit tebal di luar. tinggalkan kulit nipis di dalam.
2. masukkan jagung dan air ke dalam periuk. bukak api yang kuat.
3. masukkan garam dan gula secukup rasa. nak masin lebihkan garam. nak kencing manis, lebihkan gula.
5. biar selama 25 minit dan kemudian angkat.
6. sapu marjerin dan susu pekat manis ke batang jagung.
7. jikalau terlebih rajin, boleh asingkan jagung dari batangnya dan gaul bersama marjerin dan susu pekat. (rasanya SOHIH sama macam makan direct dari batang percayalahh)


siapa perasan tertinggal no. 4 meh nak sep sep bom bom sikit meh!


Tips :
1. bulu dan janggut jagung jangan disepahkan keliling rumah. tak pasal pasal kena bebel kangg guwa tak tanggung. menurut blog NI, bulu dan janggut jagung boleh direbus. ianya baik untuk urination, orang yang mengalami masalah kencing kotor / kencing tak lawas, kencing berdarah, darah tinggi dan kencing manis.

2. kata orang orang tua, gula dan garam JANGAN diletak di awal rebusan. tunggu sehingga jagung hampir empuk baru dimasukkan. hal ini bagi mengelakkan isinya bertambah liat. kang tengah makan jagung ada yang  tertinggal gigi di batang jagung ni.

3. JANGAN rebus lama sangat. kok mawu main farm ville pasanglah alarm ke hape ke. kalau overcooked, ini boleh mengakibatkan jagung berkedut. terus hilang seri. terus rasa macam terbeli jagung tua. terus tak berselera makan. terus sedih. terus mintak crush pujuk. argh melalut pula.

4. garam yang ditambah memberikan rasa lemak lemak masin. gula pula......... aduih manis la, takkan pahit pulok. tu pun nak kena cakap ke eiii. marjerin pula bertujuan memberi kilatan pada jagung selain menambah rasa lemak lemak manis.


HASILNYA?


*
*
*
*
*
*
*
*
*



24 comments:

Unknown said...

Jagung opkos? jagung apa tu? jenis barukah? hahaha

Bolbol Hayran said...

Alif Hilmi : Gua rasa jagung opkos= Jagung of course

Awan Nina : Lebih prefer isi jagung dibuang daripada btgnya.Lebih mudah untuk makannya.hehhe

Awan Nina said...

Alep: ha'ah betul lah tu kata Saudara Bolbol Hayran. Jagung of course :D
Bolbol Hayran: saya prefer makan panas panas. so rasa macam malas nak kikis jagung sebab nak pegang batang jagung tu pun panas. eh paham tak? haha. eh saudara ni pemilik blogserius tu kee?

Bolbol Hayran said...

haha.Maksud saya kikis dulu la jagung sebelum kukus or buat apa2.Buat cam cupcorn gitu.Tak,BlogSerius bukan saya punya.

Nak guna anonymus tak tergamak plak.Terpaksa jadi Semi-Anon dgn letak link BlogSerius sbab saya xda acc google,blogger or sbgnya.
Jumpa blog Awan Nina ni masa random blog-walking.

p/s: Saya selalu blog-walking n jadi silent reader jer. Jarang2 komen. Maafla jika saya menyemak di blog Awan Nina ni. (panjang plak merepek)


Awan Nina said...

oh macam tu. makanan bujang ceni lah, simple simple je HAHA.

eh siapa kata menyemak? comment lah lagi, comment lah laaagiiii!

atleast macam tau oh ada yg sudi hoho ^^

Pha Is said...

pergh.. terus rasa nk makan jagung rebus.. heheh

Awan Nina said...

Pha is: alaa beli ja kat tepi jalan nak p pcb tu berderet kedai...

Jagung Manis said...

keren penyajiaanya. biasanya makan jagung ketika malam tahun baru.

alierasso said...

ko ni klako le..

Farah Deeb said...

Tak nyesal baca resepinya kt sini. Kalau tak mmg hengat campak dlm air je rebuih agaga... Salam ukhwah!

Mohd Salleh said...

alamakkkk.....dah buh garam gula baru baca tips kat bawah tu la pulak...adoiiiii....

Unknown said...

TRima kasih untok perkongsian hihi

Unknown said...

Trma ksh

Unknown said...

jagung lebih sedap dikukus dari di rebus sebab rasa manis jagung masih segar,jagung nampak cantik dan sedap.

Anonymous said...

berapa minit nak rebus tu

phit said...

terus suruh crush pujuk terus tak jadi nak merebus sbb gelak sakan dulu πŸ˜‚

SuhaimiMS said...

Kalau saya tak letak gula pun dah ok, asalkan letak garam dah cukup. Manis dari jagung tu sendiri akan keluar. Boleh cuba rebus dan bandingkan mana yang lebih sedap. Sama ada letak garam dan gula atau letak garam sahaja. Selamat mencuba...

Anonymous said...

kalau leta garam tu elok selepas jagung tu masak, dah kenapa dekat step tu suruh letak terus garam tu...hmmmmmmmmmmmmmmmmm

Unknown said...

Betul... Lain kali buh dekat akhir nk masak.. Apa laπŸ˜›

yanmaneee said...

balenciaga
curry 6
yeezy boost
kevin durant shoes
yeezy
supreme clothing
yeezy boost 350 v2
bape hoodie
russell westbrook shoes
kobe basketball shoes

Joker388 said...
This comment has been removed by the author.
Joker388 said...

Fafaslot
.
Fafa Slot
.
Fafaslot
.
Club388
.
Joker123
.
Joker388
.
Club388
.
Joker Gaming
.
Joker388
.
Joker123

tentangdeposit24jam said...


Joker Slot
.
Agen S128
.
Sv388
.
Idnplay
.
Club388
.
Maxbet88
.
Joker128
.
Maxbet
.
Judi Slot Via Dana
.
Judi Slot Via Ovo

POKER DEPOSIT said...

jenis game baru sekali
Daftar Slot
.
Agen Joker
.
Agen Joker123
.
Play1628
.
Situs Slot
.
Joker1919
.
Sv388
.
Maxbet88
.
Agen IdnPlay
.
Joker Online