Twenty years from now you will be more disappointed by the things that you didn't do than by the ones you did do. So throw off the bowlines. Sail away from the safe harbor. Catch the trade winds in your sails. Explore. Dream. Discover.

Wednesday 31 October 2012

Pengilat jambul jenama Giant


Di dalam sebuah hutan yang dikenali sebagai Hutan Jambulku bukan Jambulmu, tinggal Nivea, Rexona serta kaum kerabat ayam ayam yang lain. Sebagai ayam jantan yang sedar hidup mereka bukan untuk sehari dua, tetapi untuk satu jangka masa yang mengambil tahun juga selagi nyawa mereka belum ditarik Sang Pencipta, mereka juga mempunyai keperluan keperluan tertentu untuk hidup.

Antara salah satu keperluan hidup mereka ialah JAMBUL.
Ya, jambul.

Sebagai ayam jantan yang telah melepasi tempoh matang, mereka perlukan jambul yang berkilat untuk terus mendiami sesebuah kawasan.
Ayam jantan yang lebih berkilat jambulnya lebih berhak menguasai kawasan yang dikehendakinya.

Beberapa bulan lagi, genaplah umur Nivea dan Rexona untuk dikira sebagai matang.
Dengan menggunakan masa yang berbaki itu, mereka sentiasa beriktiar untuk mencari produk yang berkualiti untuk membuatkan jambul mereka lebih berkilat dan tahan lama.

Pada suatu hari, sedang mereka berjalan jalan, mereka terjumpa sebotol pengilat jambul berjenama Gucci. Pabila dilihat pada belakang botol, mereka ternampak label yang tertera “SESEEKOR YANG MENJUMPAI BOTOL INI DIPERSILAKAN AMBIL BUAT SELAMANYA”.  
Pabila dibelek lagi, ketahuilah mereka pengilat jambul berjenama Gucci tersebut merupakan latest edition. Wah wah, siapa yang tak mahu nyah!


Untuk pengetahuan penghuni penghuni hutan sekalian, Rexona telah pun memiliki sebotol pengilat jambul berjenama Gucci second edition yang tak kurang hebatnya manakala Nivea hanya memiliki pengilat jambul berjenama Giant di rebannya.

Sudah semestilah Nivea sangat memerlukan pengilat jambul yang mereka jumpa itu untuk menutup cela cela jambulnya yang tak dapat ditutup oleh jenama Giant itu tadi. Dia terlalu mengharapkannya kerana jambulnya bukan sesuatu yang boleh dimain mainkan, malah penentu masa depan kaum kerabat spesiesnya!

Mereka tidak boleh berkongsi pengilat jambul tersebut kerana setelah dibuka penutupnya, ianya hanya available untuk satu user sahaja kerana ia memiliki no siri unik. Sekiranya mereka berkongsi juga, kandungan botol tersebut mengeras dan tidak dapat digunakan lagi. Hal ini membawa berita sedih buat mereka.

Setiap hari pun Nivea sentiasa terdengar ayam ayam lain menyebut kelebihan Gucci latest edition tersebut.
Tahan lama lah, kalis air lah, lembut di tangan lah, dan yang penting WANGI :’D

Meronta ronta hati Nivea tak mahu beralah dengan Rexona kerana mengenangkan Rexona telahpun memiliki sebotol pengilat rambut Gucci.

Namun, mungkin telah tertulis Giant hanya untuk Nivea. 
Suratan takdir membawa dirinya kekal si ayam jantan yang bukanlah paling berkilat jambulnya.
Dia pasrah….

Nivea berharap, meskipun jambulnya bukanlah paling berkilat antara mereka, meskipun dia tidak dapat menguasai sesuatu kawasan kegemarannya, dia berharap moga setiap langkah kakinya yang masih bersisa di bumi ini beriring restu dan barakah…



p/s: tak lawak? Memang ni bukan entry lawak pun. Terpulanglah nak merungkai cemana pun misteri cerita. Yang penting, ianya kiasan, bukan hiasan :’)

Tuesday 30 October 2012

sejauh manakah kebenaran ini?

selalu jugak aku dengar, lelaki ni pantang dicabar.
mata aku nampak ada la sesetengah golongan tu....
eh ke SEMUA mereka?

adakah sebab ego?

tertanya jugak aku...

(nanti mesti ada orang marah, cakap perempuan takda EGO ke?)

Monday 29 October 2012

Aku dan Addmath

tebiat aku nya, tak reti nak buat pendahuluan so aku consider ayat pertama perenggan pertama tu as pendahuluan lah kan! haaa ayat tadi tu dah pendahuluan. yes yess dah lepas azab yes! -.-

eh tak ingat bagi salam.
k start balik start balik.

Assalamualaikum.
(yeay dah buat pendahuluan! HAHA)

Addmath.
start belajar masa Form 4.
eii of course la start masa Form 4 kita ni bukannya Adi Putra nak start dari tadika. heh.

semua orang pun kata addmath susah. addmath pening pala. addmath gila talak sampai banyak sangat X. lepas tu suruh orang cari X dia pulak. eii tak reti move on ke?

tapi, dengan hadirnya seorang cikgu addmath yang sempoi lagi berkualiti, nahh barulah!
addmath telah menjadi senang.....TAK!

tapi cikgu Zihan dah buat aku jatuh cinta pandang perseribu kali untuk addmath <3
setiap hari pun dambakan addmath...
tak jemu lah belajar addmath walaupun dia bangsa yang suka sangat suruh orang cari X dia.
bila dapat jumpak X dia, fuh lega yang amat. rasa nak botak kepala 5 tahun.
bila tak jumpak X dia, satu persatu rambut aku gugur nasib tak botak.

berbalik pada cikgu Zihan ni aka Mama Zehan (shuwitt giteww) beliau teramatlah sempoi.
masuk class sentiasa muka ceria. senyum lebar sampai habis had (sampai telinga tu over tau!)
time marah pun ceria tau!
cubit cubit itu amalan manja.
kena perli itu amalan mulia demi menyedarkan anak anak muridnya yang tak sedar diri.

yang paling buat aku sangat lerr terharu tahap tujuh petala cinta,
kami ni bila exam je, fail. 
kalau tak fail pun, ada la dalam 40 ++ gitu.
kami tu kami lhaa. bukan stok Tikah, stok Acap tuuu..

ni stok aku.
jangan kata nak A,
B pun jeling sampai juling.

setiap exam pun macam tu lah.
bukan dia tak tegur, dia tegur.
aku pun bukannya tak usaha, usaha. mungkin tak banyak. hmm bukan mungkin, memang tak banyak pun!!

bukan sorang dua markah rendah.
bukan sekali dua exam.
tapi beliau tak pernah pun putus asa dengan kami.
bila ditanya soalan, mesti jawab.
pastu tanya lagi kami, 'kamu paham tak ni?'
bila aku buat muka blur sikit, terus ajar semula sampai aku paham.

walhal nya di rumah, bila adik aku tanya je addmath atau math, ye aku ajar.
tak paham sekali, aku ajar lagi.
tak paham kali kedua, aku ajar lagi.
kali ketiga tak faham , aku dah start tinggi suara.
sampai adik aku gi belajar dengan kawan dia sebab aku garang sangat.

tu yang ada pertalian darah.
yang kes Mama Zehan dengan kami nih?
besarnya pengorbanan beliau.

lawak tak payah cakap.
ada satu class ni masa dia tengah menulis kat whiteboard, aku tak nampak sebab silau.
aku pun salin lah dari buku member sebelah.
dia perasan.
dia pun cakap, 'Kau rabun eh Lina? balik cuti ni baik kau buat spec. kau tak buat, siap kauu!!'
semenjak itulah, aku pakai spec :'D

nampak tak sebelah tangan dia rangkul lengan aku, sebelah lagi atas bahu aku nampak takkkk?!

bila nak panggil aku, mesti dia sebut 'Hei perempuan!' selalu sangat -.-
takpun sikit sikit sebut 'isk kau ni macam maid aku la Lina'. ni pun selalu -.-

dia pernah cakap,
'zaman kau ni payah dah nak cari laki baik. Laki aku sorang je'
LOL.

lagi satu, aku pernah tanya dia kenapa dia pakai Honda Accord, laki dia pakai Kancil?
dia cakap, 'Accord ni dia yang punya. tapi laki tak boleh bagi pakai kereta besar besar, nanti perempuan lain nampak'.

LULS serious sporting dan lawak habes lhaa!

dengan Inche Suami

yang aku tak boleh lupa, bila bilik guru pun kecoh bila dia marah aku pasal duit buku.
malu aku kat cikgu cikgu lain -.-'

dulu form 4 ngan form 5 aku dilantik jadi bendahari class.
tapi aku ni bukan seorang yang garang untuk mintak semua orang bayar pada masanya.
kadang dah mintak banyak kali, diorang tak bayar jugak. aku pun terus malas nak mintak lagi.
kadang tu masa diorang nak bayar, aku pulak tak bawak buku catitan.
boleh tahan sakai dan gelabah jugak aku ni.
ya, aku mengaku. aku seriously annoying gila tak berkaliber lansung.
tak terurus lansung duit duit tu.
tak terurus bukan bermakna aku makan duit tu, TAK!
cumanya, yes tak terurus.
bercampur baur duit kimia bio bi bm pai math semua bagai gaul gaul jadi budu =..=

lepas keluar emaresem, aku sangatlah allergic dengan yang namanya BENDAHARI.
AKU. TAK. SUKA.
jangan lantik aku lagi.

yes aku suka pegang duit, tapi bukan duit orang.
kahwin nanti laki aku kot pegang duit. eh ke mak mertua? hasyudahhh

nak espiem strunggle habes lah ni...

*result keluar*
Bahasa Malaysia -checked
Bahasa Inggeris -checked

*mata scroll down cari Addmath*

nahh biar betik??

*terus call Mama Zehan yang masa tu dah pindah ke MRSM Tawau masa kami SPM*

MZ: 'Kau jangan nak tipu aku Lina'
Aku: 'betul teacher! Addmath A+'
MZ: 'mata kau salah ni. kau tengok betul betul. aku tak percayalah addmath kau A+'
Aku: 'eii teacher ni betul lah. tak tipu. thank you teacher sebab ajar saya selama ni!'

dan sekarang membataknya aku rindu nak belajar math T.T

Friday 26 October 2012

cerita di pagi 10 Zulhijjah

25 Oktober 2012 bersamaan 9 Zulhijjah 1433M.

Kak Tan : 'Lina, esok kamu bas pukul berapa?'
Aku: 'Pukul 9, tapi saya bertolak dari rumah dalam 7.30. naik bas luar'
Kak Tan: 'jom la ikut saya sekali. nak hantar Kak Kia pukul 5.45 naik kereta'
Kak Nisa: 'gi lah ikut. nanti kalau takda bas cemana?'
Aku: 'haa, boleh jugak!'

bapak awal 5.45 pagi dah nak gerak. bas aku 9. apa aku nak buat kat situ sementara bas datang?
dah la aku sorang....

teringat balik station bas tu masa beli tiket.
gang gang laki batak merata ceruk alam asyik suit suit.
takda tempat menunggu yang proper. just kerusi kerusi kayu selamber badak gitu je.
kawasan yang terlindung dari pandangan awam. means kalau orang belah timur tengah joget lambak, orang barat taktau pun.

kalau ada teman, boleh lagi aku nak gagah pun.
tapi aku sorang pun, gagah la jugak.
setakat katil double decker tu main main je aku kuis dengan jari kelinking.

gelisah pulak bila fikir segala kemungkinan yang bakal berlaku.
kepala hotak aku ni memang. selalu imagine benda pelik pelik. setiap masa dan ketika -.-
so, aku amik keputusan takmau tidur.
takut nanti tidur terbangun lambat pulok. baju pun tak siap packing lagi. dengan otak fenin macam takda harapan lansung nak lelap. setakat baring sampai lebam tu juara lah kot.

sembang pungpangpungpang dengan paklang, nahh Subuh!

26 Oktober 2012 bersamaan 10 Zulhijjah 1433M.

6 baru gerak sebab Kak Kia terlajak tidur -.-

pegi amik kereta. start engine, terus lampu lambang minyak menyala.
means takda minyak.
Kak Tan dah gelabah takut tak sempat sampai station minyak. dia bawak gear dua ja hoi dari Batu 10 sampai Batu 7!

nak tergelak jugak aku.
tapi risau lebih mengatasi.
kereta dah mula mengiau manja.
lalu satu station minyak, tutup. lalu dua, tutup.
hasyudah mati tengah jalan ni mampuih kesian kat Kak Kia terlepas bas kang.
masa tu, hanya pada Allah tempat bergantung harap.
kalau nak mati pun, tolonglah mati betul betul depan station minyak.

*insert bunyik enjin mengaum garang selepas mengiau manja*

mata terpana pada Petronas. dan Alhamdulilah bukak!
Terima Kasih Malaysia! #tetibe

sampai station bas.
( pergh macam selo pulak pergerakan cerita. arghh lantaklah. for the sake of my memory <3 )

kaki melangkah membawa haluan mengikut kata sang hati.
akhirnya terhenti di sebuah kerusi kayu usang.
duduk.
kuperhatikan ada seorang lelaki pertengahan umur berkopiah, berbaju T-shirt gelap dan seluar jeans disenteng sehingga ke bawah lutut mengampiri.

(ini gaya cucu A.Samad Said bercerita pulok)
hipokrit sungguh, sila kembali ke Lina yang asal...

ghupernya pakcik tu nak tanya nak gi mana, sebab dia jual tiket ke Lahad Datu.
lepas tanya tuh terus duduk depan aku tak pakai helmet.
serta merta dunia belakang umpama terhapus, dan hanya wujud aku dan dia sahaja di situ.
bercerita kisah hidup masing masing.

aku takut gak mula mula. yang hang tiba tiba nak ramah dengan aku nih buang tebiat ke hape.
tapi, aku cuba untuk berprasangka baik cuba menjawab semua soalan dia.
nama apa, duduk mana, sekolah mana blablabla potpetpotpet.
dia pun cerita pasai dia, padahal bilanya aku tanya kau HAHA.

baru aku sedar,
bilamana watak seorang Lina masuk je sebuah bangunan yang dipanggil station bas,
mesti wujud punya seorang watak pakcik yang akan ramah dengan aku.

serious weh serious!
selalu pun macam tu lah! dah banyak kali dah aku ditemuramah oleh pokcik pokcik strangers so aku macam tak kisah mana pung.

bila pokcik tu angkat je punggung, aku terus bawak keluar keepci semalam hari punya.
sebelah ada dua pokcik. depan ada tiga pokcik.
dengan selamber badaknya aku makan ayam keepci tu melantak sorang sorang tak jemput pun mereka
haaa biar kau terliur nahh nahh rasakan.

kfc luggage polo kotak lazada

sambil makan tu, barang barang aku sentiasa dikepit.
teringat ada pisau dalam kotak.
beranii la kau datang. kena hunus pisau jangan tanya kenapa.
nak gi buang sampah pun dengan luggage semua aku seret.

dahaga pulak.
usha belakang, ada kedai makan. masuk situ.
nampak sorang mamat ni usha pelik dah.
gua cuba untuk kelihatan tenang.
untuk elakkan dari duduk dekat dengan dia, aku rela duduk kat meja yang dipenuhi tahik cicak. kiri kanan pun ada. bau lagi.
aku teguk milo nai ping tu dengan buat buat tak nampak kewujudan tahik tuh.

*tengok jam*
 lambat lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!

customer masuk silih berganti.
aku still kat situ buat macam kawasan sendiri lak.
macam macam pesen ada.

sekali tiba tiba pokcik yang tegur aku mula mula tu lari ke arah aku.
dia cakap bas dah datang!

gelabah gelabah aku bayar duit milo ais tuh.
RM2.50

terbaiklah! terasa macam haku sedang berada di hotel lima bintang pulok.
gua tak puas hati. gelas senonet apekes sampai dua hengget lima posen.
aku tanya makcik tu.

dengan satu riak muka yang tak dapat dikenalpasti, makcik tu jawab, 'dik, kak kerja dengan orang. bos yang arahkan macam tu. kak tak boleh nak buat apa.nanti dikata memandai pulok'

tanya aku lagi, 'tapi kenapa mahal sangat ni kak? milo ais je ni kan?'
bidas hakak ituh 'kalau adik minum saja tak makan apa apa, jadi 2.50. kalau sekali dengan makan, jadi 2.00'

pun boleh hoi.
rasa nak je report kat Persatuan Pengguna haih.
tapi ni Lina, lepas bayar, terus blah. tak berani aku nak marah orang.

pegi kat bas, tengok kat depan tu ada display 8.00AM.
ada jugak nak kena sekeh ni -.-
pakcik tu ingat bas aku pukul 8 huk aloh.

menunggu pulok aku.
kiri kanan depan belakang semua stok stok lelaki belaka.
pesen rambut cacak.
tindik telinga.
rambut karat.
rantai emas.
hisap rokok like a boss.
mata liar membataknya pandang orang atas bawah rasa nak korek ja bijik mata tuh dengan pisau aku fuh puas haku!

aku paling tak puas hati dengan yang merokok ni.
sorang datang depan hembus blah.
dua datang belakang hembus blah.
tiga datang tepi hembus blah.
hampa ni ada petandingan pass pass asap kat aku kaa hoii?
nak merokok tu aku tak kisah, telan asap sekali boleh..??

tak habis lagi cerita aku nih.
panjang la pulok doh.
macam dora the explorer la pulok.
cuma versi aku takdala tanya, 'kita patut ikut jalan mana? A menuju sungai. B menuju ladang. C menuju rumah. mari kita jawab sama sama'

bas tiba. 9.30 baru nak bertolak.
atas alasan sembahyang raya.
padahal macam aku taktau sini habis awal.

sida bus station sandakan kotak lori

haaa masa dia nak tagging luggage tu, dia letak salotep seconet je.
pastu dia tulis apehentah atas tuh tapi sampai terkena kot marker kat luggage merah tu.
panas pulak haku. sebab tu bukan luggage aku. member aku punya. kena marah hasyudahhh.

disebabkan tak tidur lagi, seminit je bas tu gerak, aku dah pengsan.
mujur lah jugak
jalan sandakan nih bukan cam semenanjung.
bontot bas belum lagi habes pusing, kepala bas dah pusing ke kona lain.
ni lebih teruk dari ular kena palu yang kena sawan dan heart attack sebab gepren punya kucing meninggal.

*****

sampai Kota Kinabalu.
Alhamdulilah :)

p/s: entry ni sikit pun bukan keluhan. ni namanya pengalaman. eiii tak reti beza kee...??

Friday 19 October 2012

ilebyou budu!

budu tempoyak asam limau cili hijau


+

jantung pisang budu


=

makan mee gelojoh budu
  

aku bukan tahap mengidam budu, tahap meroyan tenuk dah ni.
nasib tak collapse sambil mulut berbuih. LULS.

level meroyan tu sampai,
tadi masa tengah lepak lepak, aku cakap kat member aku,

'weh nanti kau balik rumah kan raya haji, tolong beli budu untuk aku'.

DIA- 'palotak hang. sejak bila TAWAU ada budu?'
(dia cakap dalam bahasa sabah dia ah)

-________________________-

tunggu semetar, ni ambo nok tanyo adik kakok nih, tahu ko dok bakpo budu sohor sangat ni? 
(tiba tiba tercekek klate bila teringat budu)

1kandungan budu memiliki Gluthaione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser.

2. berpotensi untuk melawan radikal bebas sehingga dapat menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif seperti aterosklerosis, koroner jantung, diabetes, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal.

3. budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab diare, penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi. Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna, diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain.

4. mampu mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit diare kronis akibat kurang zat pada tubuh.

5. mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diare kronis ini serta menyembuhkannya dalam waktu singkat.

6. dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya, kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron2 yang lemah.

7. bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab utama gejala flatulensi dan kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa.

8. Secara saintifik, budu merupakan penyumbang utama vitamin B12 yang dihasilkan oleh bakteria klebsiella pneumoniae dan Citrobacter frundiin – yang mana Vitamin B12 ini tidak dimiliki dari mana-mana sumber makanan laut, ikan-ikan dan daging-daging lain. Ianya perlu untuk pembentukan sel darah merah, di mana kekurangan vitaman ini mengakibatkan terjadinya penyakit anemia perisiosa (pucat), sakit perut dan berat badan menurun.

#kajian para ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika, Australia, New Zealand dan Jerman#

aku syak apek teguk sebotol budu sebelum turun padang. LULS.

Friday 12 October 2012

Cerpen: Bila Kamu Menghina Rasulullah Aku

cc:  Hilal Asyraf 


Aku terdengar kekecohan itu. Seperti dunia sedang bergegar dan gunung ganang menangis. Aku melihat dari jendela kesibukan hidupku. Rupanya kekasihku dihina lagi yang entah buat kali ke berapa. Dan ummat baginda menjadi marah, lantas timbul kekecohan di sini dan di situ.
Aku menghela nafas. Sebak itu wujud.
Menutup mata. Aku dapat rasa ada cecair sejuk mengalir pada pipi di bawah mata.
Aku terkilan dengan kedua-duanya. Kepada yang membina video itu dan kepada yang merosakkan wajah Islam dengan sikap mereka.
Aku lantas melihat semula ke belakang. Kepada susuk tubuh itu yang kini abadi di atas helaian-helaian kertas di dalam kitab-kitab mukhtabar. Berusaha untuk mencari sesuatu.
Buat mereka yang menghina Rasulullah SAW aku itu.
Dan buat mereka yang berakhlak buruk, dalam mempertahankan Rasulullah SAW aku itu.

********

Baginda kelihatan tersangat letih. Dengan darah yang menjadi warna tubuhnya ketika itu. Luka-luka menghiasi diri. Di sisinya Zaid bin Harithah berusaha memberikan yang terbaik kepada tubuh suci itu, tanpa menghiraukan dirinya yang turut luka-luka hasil jamahan batu-batu dari penduduk Ta’if.
Ketika itulah baginda berdoa kepada Allah SWT. Menyatakan akan usahanya, dan memohon ampun jika ini semua berlaku kerana kelemahannya. Menyatakan betapa lemahnya baginda, dan kepadaNya sahaja tempat baginda mampu bergantung harap.
Meruntun dunia mendengar doa itu, hingga malaikat turun memberikan tawaran. Jika mahu, gunung di Ta’if itu akan diangkat lalu dengannya Kaum di Ta’if itu dihancurkan. Namun di tengah luka dan kepedihan, di tengah kesedihan dan ketidak upayaan, Rasulullah SAW aku itu berkata:
“Jangan, moga daripada mereka, akan lahir orang-orang yang beriman kepadaNya.”
Aku yang tidak berada di sana, namun berdiri di tempat itu dengan dihubungkan helaian-helaian Sirah itu pada hujung jemariku, menangis.
Inilah Muhammad SAW yang dibenci itu.
Mengapa ini tidak diceritakan di dalam cerita mereka itu?
Mengapa ini tidak dicontohi oleh mereka yang mahu mempertahankan baginda itu?

*******

Baginda ketika itu dalam saat yang genting. Manusia-manusia rakus dari kumpulan kaafir Quraisy sedang berlumba untuk menamatkan nyawa baginda. Barisan tentera Muslimin di Medan Uhud yang hancur akibat ketidak patuhan sebahagian tentera, membuatkan tentera-tentera musuh berjaya menerobos ke benteng terakhir. Semua dahagakan darah baginda.
Yang ada di sisi baginda pada saat cemas itu hanyalah Sa’ad bin Abi Waqqas dan Talhah bin Ubaidillah. Mempertahankan Rasulullah SAW dengan segala kemampuan yang mereka ada, sebelum para sahabat yang lain tiba.
Ketika itu Ibn Qami’ah dari pasukan lawan berjaya menerobos dan melandaskan pukulan. Bahu baginda menjadi mangsa, dan kemudiannya pipi baginda. Hingga tali pengikat keledar besi yang dipakai baginda, terperusuk masuk ke pipi baginda. Beberapa batang gigi baginda patah, dan mengalirlah kemudiannya darah. Hingga baginda menakung dengan tangan suci baginda darah itu.
Saat ini, apa yang keluar daripada mulut baginda?
“Wahai Tuhanku, ampunkanlah kaumku itu, sesungguhnya mereka tidak mengetahui.”
Dan bersegeralah Abu Ubaidah yang telah sampai berusaha mencabut tali pengikat keledar itu, hingga giginya pula yang tercabut. Datang pula Abu Talhah, Abdurrahman bin Auf dan Abu Bakr mempertahankan baginda dan memukul musuh agar meninggalkan kawasan itu.
Suasana itu sangat mengharukan. Aku tidak berada di sana. Namun aku seakan wujud di sana. Bergetar hati ini ‘melihat’ suasana itu.
Mengapa ini tidak pula diceritakan?
Dan mengapa sikap itu tidak pula menjadi contohan?

*******

Kelihatan baginda mesra berlumba lari dengan Aisyah yang dicintainya. Kelihatan baginda menyantuni isteri-isteri baginda di rumah. Kepada Hafsah, kepada Ummu Salamah, kepada Zainab binti Jahsy dan lain-lain dari Ummahatul Mukminin, baginda mengasihi semuanya. Bahkan masih memuji dan mengingati isteri pertamanya Khadijah dengan penuh kasih dan cinta.
Seorang yang walaupun sibuk menerima tentangan, peperangan, memberikan penyampaian, keluar memerhatikan sahabat dan rakan, tetap pulang ke rumah dalam keadaan yang tidak membawa tekanan dan masih ada masa bermesra dengan isteri dan anak-anak baginda, membantu menguruskan hal ehwal rumahtangga.
Bagindalah juga yang menunjukkan contoh yang cantik kepada isteri-isteri baginda. Kala roti yang dibawa oleh Aisyah terjatuh, baginda adalah yang mengutipnya, meniupnya, dan memakannya. Tiada pembaziran di sisi baginda. Kala Aisyah cemburu kepada madunya Zainab, hingga menampar hidangan yang datang daripadanya, baginda adalah yang tenang dan sekadar lembut mengajak Aisyah mengutipnya semula, meminta Aisyah menghantarkan hidangan balas buat madunya.
Jika benarlah tubuh yang suci itu merupakan seorang yang gila seks, merupakan seorang yang sukakan seks dengan kanak-kanak, melakukan penderaan seksual, maka mengapa isteri-isterinya bahagia dan kemudian menjadi antara paksi penyebaran ajaran yang dibawa oleh baginda?
Baginda adalah yang mengangkat hak para wanita, para isteri, yang selama ini dianggap sekadar tempat melempiaskan nafsu dan melakukan kerja-kerja seperti hamba. Baginda adalah yang memuliakan para wanita dan menghormati baginda. Tiada baginda membentak isterinya kala makanan tiada, tiada pula baginda adalah yang bising kala makanan tidak kena dengan seleranya.
Maka mengapa itu semua tidak diceritakan?
Dan mengapa, dari kalangan ummat baginda, yang mengaku beriman dengan baginda, tidak mencontohi keadilan ini kepada wanita mereka?
Aku tidak berada di sana, tidak wujud kala baginda wujud, namun aku sentiasa tidak pernah gagal merasa hidup dengan kehidupan baginda. Kutekap buku sirah yang berhubung dengan tanganku ke wajah, kalaulah dari tulisan-tulisan itu dapat kuhidu haruman tubuh baginda.
Air mata ini mengalir.

*******

Apakah orang ramai mengenali Abdullah ibn Ubai ibn Salul? Kepala munafiq. Antara yang menyebarkan cerita fitnah akan kecurangan Aisyah RH. Antara yang membuatkan 300 orang dari 1,000 orang tentera Uhud berpatah semula ke Madinah. Antara yang berkata di kalangan orang ramai tanpa segan silu bahawa dia akan menghalau Muhammad keluar dari Madinah.
Hingga Umar RA yang terkenal pantas melindungi baginda ingin memenggal kepala celaka itu. Tetapi apa yang Rasulullah SAW lakukan?
Dihalangnya Umar, dan berkata:
“Apakah engkau ingin nanti manusia berkata, bahawa Muhammad membunuh saudaranya?”
Dan kala Abdullah ibn Ubai ibn Salul ini mati, baginda dengan penuh kasih, ingin melaksanakan Solat Jenazah kepadanya dan mendoakan kebaikan buatnya. Tetapi Allah SWT sendiri menghalang baginda. Hingga turun ayat:
 “Kamu memohonkan ampun bagi mereka atau tidak kamu mohonkan ampun bagi mereka (adalah sama saja). Kendati pun kamu memohonkan ampun bagi mereka tujuh puluh kali, namun Allah sekali-kali tidak akan memberi ampun kepada mereka. Yang demikian itu adalah karena mereka kafir kepada Allah dan Rasul-Nya. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang fasik.” Surah At-Tawbah ayat 80.
Tetapi kasihnya baginda, baginda berkata: “Maka aku akan memohon ampun buatnya lebih dari 70 kali.”
Dan kemudiannya Allah memberikan penegasan akan maksud ayat tadi:
“Dan janganlah kamu sekali-kali menyembahyangkan (jenazah) seorang yang mati di antara mereka, dan janganlah kamu berdiri (mendoakan) di kuburnya. Sesungguhnya mereka telah kafir kepada Allah dan Rasul-Nya dan mereka mati dalam keadaan fasik.” Surah At-Tawbah ayat 84.
Membuatkan Rasulullah SAW memahami bahawa memang tiada keampunan, buat yang mati tanpa bertaubat dari dosa-dosanya.
Namun kasihnya Rasulullah SAW itu terpancar pada tindakannya ketika itu. Walau Abdullah ibn Ubai Ibn Salul itu kerjanya hanyalah untuk melukakan baginda dari hari ke hari. Dari masa ke masa. Dari waktu ke waktu. Tetapi lihatlah bagaimana Rasulullah SAW melayannya. Berusaha hingga ke akhirnya agar seluruh ummatnya masuk ke dalam syurgaNya.
Mengapa ini tidak diceritakan oleh mereka?
Mengapa keindahan dan kecantikan sikap ini tidak pula dicontohi oleh mereka yang ingin mempertahankan baginda?
Aku tidak berada di sana. Tetapi kisah-kisah ini hidup bersama diri. Aku sentiasa mencari di mana semua ini dalam kehidupan hari ini, terutama di dalam diri.
Di manakah baginda yang dikatakan kita cinta itu, di dalam kehidupan kita ini?

********

Kala tentera berzirah lengkap itu bergerak dari empat penjuru Makkah, menggegarkan kota suci itu dengan derap kaki dan tunggangan, semua yang wujud di dalam kota itu bergetaran. Bermain semula segala seksaan, hinaan, usaha untuk pembunuhan, kempen untuk peperangan, yang mereka laksanakan ke atas Rasulullah SAW.
Semua masuk ke rumah masing-masing, ada yang bersembunyi di Masjidil Haram, dan Abu Sufyan bersembunyi bersama keluarganya di dalam rumah. Kerana Rasulullah SAW yang mulia itu sebelum datang bersama 10,000 tenteranya, telah mengembalikan Abu Sufyan ke Makkah dengan mesej penuh kemanusiaan:
“Barangsiapa yang masuk ke rumah Abu Sufyan, dia akan selamat. Barangsiapa yang masuk ke rumah masing-masing, dia akan selamat. Barangsiapa yang masuk ke dalam masjid, dia akan selamat.”
Dan kemudian pecahlah panggilan agar semua berkumpul di sekitar Rasulullah SAW. Ada mata-mata yang sempat melihat bagaimana baginda masuk dengan menungganginya untanya. Tidak pula tubuh mulia itu mendabik dada pada hari dia sepatutnya melaksanakan sedemikian. Bahkan tubuh mulia itu menunduk, hingga kepalanya hampir menyentuh belakang untanya. Mulut terkumat kamit merendahkan diri baginda kepada Yang Esa atas kejayaannya.
Kala seluruh Makkah senyap hendak menerima keputusannya, baginda yang mulia itu bertanya:
“Sangkaan kamu, apakah yang aku akan lakukan?”
Berkatalah yang hampir dengan baginda:
“Kami mengenalimu sebagai orang yang baik, maka kami yakin engkau akan melakukan kepada kami yang baik-baik sahaja.”
Tersenyum baginda ketika itu, dan kemudian baginda yang pernah diseksa, dihina, diusahakan untuk dibunuh oleh penduduk Makkah itu berkata:
“Pada hari ini, aku berkata kepada kalian sebagaimana Yusuf berkata kepada saudara maranya: Pada hari ini tiada cercaan buat kalian, moga-moga Allah mengampuni kalian dan Dia itu adalah Yang Maha Penyayang dari kalangan Penyayang(Surah Yusuf ayat 92)
Ya. Aku tidak wujud pada hari itu. Tiada di sana ketika itu. Namun aku dapat merasa getaran kasihnya baginda. Bagaimana seorang gila darah dan peperangan boleh melaksanakan tindakan sedemikian rupa? Bagaimana seorang gila seks mampu berakhlak sebegitu rupa?
Mengapa ini tidak diceritakan oleh mereka?

*******
Mereka menghina susuk tubuh suci itu, tanpa menyedari betapa baginda mengasihi akhi-akhi dari kalangan para Nabi. Sering dididik kepada ummat baginda, bahawa Musa itu saudaranya, bahawa Isa itu saudaranya.
Mereka menghina susuk tubuh suci itu, tanpa pernah ambil peduli betapa baginda sering berpesan kepada tenteranya agar tidak mencantas pokok sesuka hati, agar tidak menganggu orang yang berada di dalam rumah dan rumah-rumah ibadat. Sejarah sendiri mengakui betapa Salahuddin Al-Ayubi adalah bukti kepada indahnya ajaran baginda ini, menakhluk Baitul Maqdis dengan aman menyantuni ahli-ahlinya, sedang penakhluk Baitul Maqdis dari kalangan Tentera Salib menumpahkan darah hingga ke paras lutut kuda.
Kadangkala aku menjadi amat hairan dengan bagaimana mereka mempermainkan susuk tubuh mulia ini. Dikatakan kalau betul lelaki suci ini baik, maka mengapa ummat Islam ada yang melakukan keganasan.
Ya. Aku hairan apabila muslim melakukan kesalahan, yang disalahkannya adalah Islam.
Aku ingin bertanya, akan nuklear yang diturunkan ke Hiroshima dan Nagasaki. Apakah itu ajaran Injil? Apakah agama Kristian bersalah?
Aku ingin bertanya akan pengambilan Palestin dan penubuhan tanah haram Israel, pembunuhan demi pembunuhan di sana, kezaliman demi kezaliman di sana, apakah itu ajaran di dalam Taurat? Apakah boleh aku mahu menghina agama Yahudi akan kesilapan ini?
Islam dipersalahkan atas perlakuan Muslim, maka apakah mereka ini boleh menerima jika aku menyalahkan Kristian atas perbuatan penganutnya, dan Yahudi atas perbuatan penganutnya?
Pastinya atas dasar hak asasi manusia, kamu akan bising dan memarahi aku. Tetapi lihatlah kamu!
Saban waktu tanpa segan mereka menghina Rasulullah SAW, Islam, keEsaan dan keSucian Allah SWT, tanpa kajian dan pemerhatian yang menyeluruh. Gila seks, gila darah, itu sahaja tomahan mereka. Tomahan demi tomahan yang tidak langsung dilihat oleh mereka sisi-sisi lain kehidupan baginda.
Bagaimana baginda melayani cucu-cucunya yang bermain di atasnya kala dia sedang solat.
Bagaimana baginda bergurau bermesra dengan perempuan yang lebih tua, bertaraf nenek.
Bagaimana baginda duduk dengan orang-orang miskin sehingga yang datang melihat tidak mampu membezakan baginda dengan mereka.
Bagaimana amanahnya baginda, bagaimana belas kasihannya baginda dalam menjatuhkan hukuman, bagaimana bencinya baginda dengan kezaliman.
Mengapa ini semua tidak diungkit dan diangkat?
Dan yang buat aku lebih hairan, mengapa ini semua tidak dicontohi dengan baik oleh mereka yang mengaku mempertahankan baginda?
********
Aku membuka mata. Keluar dari lautan imbasan. Kuletakkan kitab-kitab yang menceritakan susuk indah itu, dan kuhela nafas.
Rasulullah SAW aku itu, yang mulia dan cantik peribadinya itu, tidak pernah membunuh orang yang tidak sepatutnya dibunuh. Jika ada yang bersalah, maka yang bersalah sahaja menerima hukumnya. Di dalam Islam, tidak diajar bahawa anak mewarisi dosa ibu bapanya, orang lain mewarisi dosa orang lain.
Maka tiada di dalam akhlak Islam, tiba-tiba dibom bangunan, dibunuh orang yang tidak berdosa, atas kesilapan dan kerosakan yang dilakukan oleh orang lain kepada Islam kita.
Namun di sebelah pihak sana, tidakkah intelektual yang dicanangkan wujud pada diri mereka ini tidak terfikir, siapalah yang tidak marah dan terganggu emosinya kala orang yang dikasihinya melebihi diri sendiri dihina?
Justeru, mengapa mula mencari fasal?
Apakah tidak cukup sebelum-sebelum ini segala video yang menghina tatacara kehidupan Islam, Rasulullah SAW, bahkan Allah SWT sendiri dihina dengan rakus? Tidak cukupkah?
Dan kepada saudara maraku, entah aku fikir berapa kali kita menerima provokasi sebegini. Tidak kita belajarkah? Memang mereka sengaja mahu buat kita marah dan kemudian beraksi sebagaimana aksi-aksi yang tidak sepatutnya, agar perjalanan dan perjuangan mereka untuk memburukkan nama Islam menjadi lebih mudah.
Aku sentiasa berfikir bagaimana hendak mengubah suasana ini.
Lantas akhirnya aku tengok diriku.
Hei, kenapa aku masih duduk di sini?
Lantas aku berdiri, bergerak melaksanakan kerja-kerja.
Telefon pintarku kuangkat, Umar Mita sahabat karibku, videografer dan fotografer yang pakar, kudail nombornya.
“Assalamu’alaikum Umar, jom buat video. Nabi kita dihina. Kita pulangkan sesuatu kepada mereka, dengan cara yang selayaknya.”
Kemudian aku buka komputerku, kulihat pada laman sosial yang aku sertai, ternampak Ameen Misran sahabatku, hebat berpuisi di dalam Bahasa Inggeris. Lantas aku hantarkan mesej:
“Ameen, buat satu poem, tunjukkan kecintaan kepada Rasulullah SAW. Ada orang menghina Nabi kita. Mari kita pulangkan sesuatu kepada mereka, dengan cara yang selayaknya.”
Kemudian aku terlihat saudara seIslamku dari eropah telah membuat puisi yang hebat, dengan rasa gembira aku share.
Aku teringat akan sahabatku Uzair yang merupakan seorang pelajar agama yang cerdik, lantas aku hubungi dia: “Uzair, ada orang hina Nabi kita. Tulislah artikel, nota, untuk kita ulas isu ini sebaiknya.”
Aku yang ada kebolehan menulis cerita, menulis sedikit cerita.
Kemudian selesai, aku keluar dari rumah. Menyantuni masyarakatku seperti biasa. Memanggil ahli-ahli usrahku berkumpul, duduk di dalam bulatan bagi membersihkan fikrah kami, kemudian berdiskusi akan hal ini.
“Dakwah itu perlu digencarkan lagi. Sampaikan keindahan Islam, dan membentuk lagi peribadi-peribadi yang indah bagi menjadi duta kepada Islam buat masyarakat. Hingga sampai satu saat kita mampu membina sistem kita sendiri, dan merobohkan sistem yang rosak ini. Mengangkat keadilan dan membasmi kezaliman. Agar lebih ramai lagi mencintai deen ini, Tuhannya, dan Rasulnya.”
Ya. Itu respon aku.
Dan aku berharap nanti, Allah pertemukan aku dengan kekasihku yang dihina itu.
Aku mahu mampu berkata di hadapan baginda nanti:
“Sesungguhnya aku telah membelamu, dengan akhlakmu wahai kekasihku.”
Ya. Inilah yang aku akan lakukan, bila kamu menghina Rasulullah aku.

tajuk kau fikir sendiri ah


Disebabkan kemalasan merajai segenap alam si badan, maka aku longgok semua aktiviti yang aku dah join selama sebulan aku kat ums ni dalam satu entry.

Err bukanlah malas, tapi jimat.

Tenaga dan data broadband. Lebih afdal bukan? Hiks >.<

1.Minggu suai mesra.

MSM tu orientasi lah. Biasa ah, nak glam sikit panggil MSM kan. Macam biasa, taklimat taklimat taklimat dan taklimat. Dah la semua aktiviti ni dibuat di Dewan Cancelor. Kami yang duk kampung AB dan CD ni kena jalan kaki ke sana setiap pagi dan malam. Ada dalam 2km gak arr. Habis ar body aku naik muscle :O

Tapi yang bestnya, abe MSM encem.

Okay joke. Abe MSM tu abe yang conduct MSM dan selalu kena bercakap kat depan blablabla pasal MSM kat junior junior tercinta dia ni. Nama dia Abang Jo. Memang terbaik ah dia. Ada je teknik dan lawak dia yang buatkan kami tak jadi untuk tak bersemangat dalam minggu tu. Dengan segala macam mak nenek tepuk.  Tepuk semangat, tepuk mancis, cumma cumma kiss kiss, tepuk dinding, tepuk mencakar, tepuk terima kasih,  dan banyakkkkkkkk lagi sampai aku lupa sebab dah sebulan tak tepuk cenggitu. Pun bole kan. 

Dan encem. 
Again. 
Kbai.

Bagi aku, otak, hati dan perasaan aku banyak bekerja ah minggu ni.

Kita kat tempat yang sangat asing. Member yang kenal pun sorang je. Melayu jadi minority. Okay mesti kau fikir lahhh apa barang en benda kecik benda simple macam ni pun nak nak kasi berat kan. 

Bendanya, aku bukan macam kau nak peramah senang nak cari geng hari pertama kenal buat gelak buat kentut depan depan pun tak malu. Makanya, sepanjang minggu tu aku kawan dengan chinese SAHAJA sebab bangsa aku tak peduli kat aku. 
Sadis bukan?

Sebelum berpindah ke Sandakan, kami dibawa ke pantai UMS.  

Buat pertama dan terakhir kali.

Hmm bukan terakhir kali kot. Mungkin aku akan ke kk lagi kot. Mungkin dan kot. 
Hmmm.

*insert ze picture*





*insert ze caption*

Subhanallah lawa betul ciptaan Alllah. Kena pulak masa nak balik tu sunset. 
Terbaik lah dah la aku suka sunset.

Buat group ikut bulan lahir. Main sambung sambung straw siapa paling panjang. Dari mata kasar nampak group aku paling panjang, tapi bila kira straw, bulan hapehentah paling banyak. Jin pantai tolong pegang straw mereka mungkin :O

Nah hamekkau kata malas, kat orientasi saja dah selonggok cerita takda gambar pulak tu. 

Der der, isu sensitip gambar gambar ni. Gua punya folder UMS baru sahaja terdelete. Permanently. 
Gua tengah frust lagi ni *perah hingus ke dalam baldi yang dah separuh penuh*

Yang lain tu jumpak entry lain lah eh! Tak jadi nak longgok semua kat sini. Nanti kang overload orang perli kita ni obesity pulak kan :P