Twenty years from now you will be more disappointed by the things that you didn't do than by the ones you did do. So throw off the bowlines. Sail away from the safe harbor. Catch the trade winds in your sails. Explore. Dream. Discover.

Monday 2 December 2013

Celup Celup Crew

5.00 pagi.
fuh siap pun poster APK.
subuh.
dan tido.
dan yeay kelas mula 5.30 petang. sorga dunia.

oh, baju belum berbasuh!
derrr -.-


jika saja aku burung, mahu saja aku terbang menuju hatimu. eh melalut pula.

Saturday 30 November 2013

Sem 3

sama je.
perlukan sesuatu yang berbeza.
ya, harus aku usahakan sem depan!


fieldtrip Ulu Dusun :)

Monday 2 September 2013

apa itu PERKASA?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

phewww!
setelah 3 bulan lebey tak hupdate, harini terbukak jugak hati nak bertanya kabar sang belog.
nasib masih ingat jalan ke sini.
nasib juga belum lupa password.
ni kira satu kemenangan besar dah la ni.

*tepuk tangan berjemaah*

nak kata busy, busy la jugak.
tapi seminggu dua ni lah baru busy.
yang tak berhupdate sekian lama tu atas satu sebab je, MALAS.
penyakit yang dah tak boleh buat apa dah la khonn.

sekarang ni aku terlibat dengan Minggu Suai Mesra.
dah jadi hakak lina khonn.
hakak lina yang comels giteww. heh.

minggu lepas terlibat dengan Perkasa.
Perkasa ni macam kursus untuk faci faci yang akan bertugas dan membuat persiapan menyambut student baru di yuemes.

yuemes tu ape weyyyyyy *suara suara belakang*

berbanding dengan unit unit lain, unit aku ni macam femes gak arr.
takde kami, orang takleh wat keje.
senang cerita, kalau kami ada, semua orang akan senang hati, riang gembira dan boleh bergelak ketawa walau hati di dalam duka nestapa. gitu.

siapa kami?

KAMILAH UNIT JAMUAN DAN SANTAPAN.
*berdiri tegak tepuk dada*


harharhar poyo lina poyooooooo.
ui ui kutuk aku ni taknak makan keeeeeeeeeeee *ayat femes sejak semenjak dua tiga menjak ni*

ok lah dah taktau nak bebel apa.
terasa awkward di belog sendiri. tssk.

moga kita sentiasa di bawah lindunganNYA.
dan semoga urusan kita dipermudahkanNYA jua. amin ^_^

bye!

terasa macam takda motip lansung entry nih.

Friday 24 May 2013

Parenting : Early Marriage?




Hari ini, selepas pulang dari melawat Safwan, anakanda Nazir dan Solehah yang disahkan menghidap choroid plexus carcinoma di HTAA, saya terus bergegas ke kelas Parenting. Inilah istimewanya UIA. They teach us how to become a good parents. Most of my friends yang DQ, tak ambil kelas Parenting, they take tahfiz class. Saya? Sudah penat mengulang untuk pointer. Saya lebih senang mujahadah dan mengulang tanpa gesaan pointer. Sudah penat mengulang sebab taknak repeat. Saya ajar diri untuk mengulang sebab ia kewajipan. Tapi dalam kes ni, its depend pada individu. Prinsip saya,begitu. Anda? Terpulang pada diri sendiri. Kita lebih kenal siapa diri kita.

Agak bergegas. Selepas Asar,meeting pula habis lambat. Pukul 7 petang saya bersama peneman yang setia dan berhati mulia tiba di HTAA. Agak lewat dan rushing. Dah lama bertangguh hajat nak ziarah. Bimbang terabai hak keatas muslim kalo tak diusahakan juga untuk ziarah. Ziarah orang sakit ni adalah salah satu hak muslim ke atas muslim. Bila dengar orang sakit ke, sahabat demam ke, kena ajar diri cepat-cepat pergi ziarah. Itu akhlak terpuji. ;)

Kisah ziarah Safwan,sudah saya nukil di laman FB dan Instagram. Sungguh saya syahdu melihat ujian Allah buat mereka sekeluarga. Itulah hikmah Allah suruh kita ziarah orang sakit. Sebagai muhasabah dan peringatan buat diri kita yang sehat walafiat. Kak Solehah dan Nazir, dua-dua masih belajar. Kiranya mereka kawen diusia muda. Tidak pelik situasi ini di UIA. Malah, common dan menarik. Saya kagum dengan survival parents Safwan. Dalam keadaan final year, banyak taklifan, mereka senyum dalam ujian. Mereka tetap mengukir senyuman. Subhanallah,kagum,sungguh kagum.

Dalam perjalanan pulang,saya bergegas,agak laju untuk ke kelas. Parenting. Oh. Parenting.

Oh, sebenarnya saya mahu share sesuatu dari lecturer yang saya hormati. Dalam kelas tadi, ada seorang sahabat bertanya,

"Doktor rasa sesuai tak kawen muda masa tengah belajar?"

Jawapan Doktor sangat menarik bagi saya.

"Kalau saya ada anak perempuan yang minta kawen masa belajar, akhlaknya bagus, pengurusan dirinya tersusun, hubungan dengan Allah terjaga, saya akan kawenkan dia terus. Lebih lagi kalo satu kelas atau satu universiti. Tapi kalo anak perempuan saya yang minta nak kawen tu, hidupnya dengan TV, akhlaknya entah kemana, solatnya di hujung waktu, tentu saya tak bagi."

"Why?" soal saya dalam hati. Kemudian hati saya jawab kembali, "Yelah. Tak bersedia la tu."

Tapi jawapan Doktor cukup berbeza.

"Kalau anak perempuan saya tu, akhlak tak jaga dan saya bagi dia kawen. What do you expect from her husband? A very good husband? Sedang janji Allah lelaki yang baek adalah untuk oerempuan yang baek. Anak perempuan saya belum cukup baek,saya bimbang dia bawa balik calon yang juga tidak baek."

Jawapan yang ringkas,tapi bermakna buat yang ingin bermuhasabah diri.
Saya suka pendekatan Dr Ridhwan.

Antara tip laen yang saya berjaya kaut adalah pesanan Dr pada kami.

"lepas ni bila u all kawen, ada isteri/suami,then suami/isteri u all buat masalah/sakit.. Benda pertama yang u all kena buat adalah solat taubat. Sebab dosa kita,buleh jadi sebab isteri/suami/anak jadi nakal, tak dengar orang dan sebagainya"

Reflecting. It is the concept. Sebelum kita nak tuduh orang laen salah,kita tengok diri kita sendiri dulu bagaimana. Terbaek tips Dr!

Semoga Allah beri yang terbaek untuk kita semua. Selepas selesaikan semuanya, bertawakkallah kepada Allah. Semoga Allah memberkatimu. ;)

Tuesday 16 April 2013

Status di facebook

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

wahai sekalian manusia yang sedang ke arah mengubah diri menjadi lebih baik.
kau pernah tak berdepan dengan situasi yang mana ada si polanah binti si polan buat status pasal islamik islamik atau kata kata motivasi then dia tag kawan dia dua tiga orang? kau pun kawan dia jugak. tapi dia tak tag kau pun?

kau, ye KAU!
kau tak terasa ke?
sikit pun tak?
betul?

kau kan nak berubah jugak.
kau pun nak orang kasi kata kata motivasi kat kau jugak.
kau pun nak jugak tahu ada orang sedang satu arah dengan kau.

jap, TUNGGU.

aku bukan nak jadi batu api kat sini nak suruh kau terasa terasa.
aku cuma nak cakap.
kau pun, kau pun kalau nak buat status yang membina semangat, motivasi motivasi diri, islamik islamik ni, aku rasa kau patut TAK tag beberapa orang kawan kau saja.
okay aku patut guna KITA, bukan KAU saja.

ye, tak patut!
nak tag, tag semua.
kalau malas, tak payah tag sesiapa. biar semua baca sendiri.
biar takda yang berkecil hati.

haaa mudah kan?

oh lupa nak cakap, kalau selain dari status yang dimensi di atas seperti status mintak puji, mintak like, mintak kaki, boleh rasanya kau nak tag atuk kau seorang sahaja. tu pun kalau atuk kau ada facebook lah.

Tuesday 9 April 2013

Manifesto Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional

Assalamualaikum.

setelah dibolak-balik aku baru sedar kat blog aku ni sejentik pun takda pasal politik. sempena musim PRU yang tengah hot meletop kekebabomwasapwasapyoww ni, moh lerr sesamew kiteww amik tau lah jugak kan JANJI JANJI yang mohon ditepati dari Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional. yelerr, kita anak muda ni kan pemangku masa depan. kang guwa kata lu buta politik kang lu marah guwa pulak.




Pakatan Rakyat

Baca manifesto PR sepenuhnya di sini [ Manifesto PR ]





Barisan Nasional

Baca manifesto BN sepenunya di sini [ Manifesto BN ]


p/s 1: mohon yang boleh mengundi fikir masak masak sampai rentung pun takpa. 
p/s 2: tau sabau nau tunggu nextu pilihau rayau

Monday 8 April 2013

Pak Soekarno






hmmmm......















BERI AKU 10 PINGGAN CHAR KOEY TEOW, 
NISCAYA 10 PEMUDA LALU PUN AKU TAK PANDANG.

Tuesday 26 March 2013

Sebelum Ku Pergi





Sebelum ku pergi,
Ku pahat puisi sebagai pengganti,
Kerna amat sukar meluah rasa,
Seindah budi sehalus bicara,
Madah ku utus sebagai tanda.

Sebelum ku pergi, 
Mekarlah wahai serumpun bunga damai,
Disiram air nurani,
Dibaja kemanusiaan,
Mencambahkan pucuk bahagia,
Memikul bebuah kebahagiaan ranum,
Jangan kau sapa lagi wahai mortar,
Meratah rakus jiwa manusia.

Sebelum ku pergi,
Tak ku harap ramai teman di sisi,
Seorang pun sudah mencukupi,
Yang bisa mengingatkan diri ini,
Tujuan aku menjejak bumi,
Kau tak segera mengundur diri,
Tak memesongkan malah mengajari,
Tak menindas malah melindungi.

Sebelum ku pergi,
Ku ingin kau mengetahui,
Duhai dua cinta ku yang telah mati,
Betapa hati ini melonjak merindui,
Namamu di bibir sentiasa meniti,
Sejak kau berlalu pergi,
Sebuah harapan menggunung di hati,
Moga berjumpa kita di sana nanti.

Sebelum ku pergi,
Harap dapat kuhirup,
Pemberian kemaafan,
Penamat salam,
Melabuh tirai,
Satu perhubungan.

Sebelum ku pergi,
Inginku miliki semua,
Hati kudus manja,
Seorang insan bernama lelaki,
Rela meluah bahagia,
Menelan duka nestapa,
Menyejukkan jiwa kedukaan,
Menaikkan semangat dengan alunan melodi indah,
Di bawah payung Ilahi.

Sebelum ku pergi,
Pilihlah aku sebagai tetamuMu,
Di bumi yang dilimpahi barakah,
Berhimpun melaksanakan rukun Islam kelima,
Bermunajat mengharap cinta dariMu,
Menadah bekas-bekas syahdu,
Mengumpul bau harum rumahMu.

Sebelum ku pergi,
Sebelum lidahku kaku dan kelu,
Kutabur bunga impian,
Izinkan ku bisa berkata,
Sebaris kalimah terulung,
Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah,
Agar tenang aku di sana.

Nurlina Nordin
26 Mac 2013

Friday 15 March 2013

His Name Is Burn


'bestnya kalau dapat bela.'

'amik la kat hang, aku bagi.'





thanks Ira :')

Thursday 21 February 2013

Kota Bharu - KL hanya 5 minit!!!!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Suara Latar : Kota Bharu - KL hanya 5 minit?
biar betik?

ya, BETUL!

Suara Latar : eh kenapa anda kata begitu?

na na na.
kisahnya begini.

tadi saya menaiki flight dari KB ke LCCT.
dalam tiket ya memang perjalanan mengambil masa sejam.
dan ya, perjalanan nya memang sejam pun.

eh sejam ke 5 minit ni? baik awak cakap betul betul. saya tumbuk kangg.

nanti dulu. baik awak peram tumbuk awak tu sampai berulat. tak pun buat tumbuk masak lemak. nampak gayanya, drama wajib bas dah merebak ke drama airbus pula.
heronya ialah pasti  mana mana pokcik.
heroin pastilah aku.
pegang watak sampingan kang tak cukup lah gaji i nak tanggung you nanti. kekeke.

perjalanan terasa amat singkat kerana pokcik kat sebelah aku begitu ramah sekali.
tak lah terasa poreber elon sangat. oh abang sebenarnya. sebab umur dia 36. tapi muka baya dah 50 opsss. eh dia sendiri yang mengaku okayy.

abang ni ada company sendiri. dia datang kelantan sebab ada kerja kat hospital. katanya company dia membekalkan alat alat khas untuk pembedahan jantung. dan company tu adalah antara sebilangan kecil yang membekalkan alat alat untuk jantung ni. so dia kena ada dalam bilik bedah terbabit untuk make sure yang doktor pakai alat yang betul. LOL.

katanya lagi, agak kerap jugak dia datang kelantan. dalam sebulan ada 2 kali. dan dia jugak ada pi negeri negeri lain. bercerita mengenai keluarga, dia dah ada 5 orang anak weii! tak koser aku nak ngorat. bhahahaha. kadang aku ni pesen lagi stranger lagi lah best layan. tak perlu drama drama sebab nanti bukan jumpa dah pun. YES!

universal betul topik yang kami bincangkan.
nurse-sister-medical.
juru ukur bangunan.
politik!
facilities di kelantan, terengganu, penang.
tiket flight.
stewardess.
facebook.
anak.
uban LOL.
anak buah.
baja-foliar.
praktikal & teori.
student nowadays.

dan banyak laaagiiiiiiiii!
seminit pun mulut dan telinga aku ni tak rest tauuu.
buat gaya macam pakcik sendiri dah. eh abang. LOL.

sebab aku nampak dia ni jenis yang banyak experience, aku tanya laa cemana nak terjun masuk dalam sesuatu bidang tuu. dia cakap kita kena pandai cari peluang. takleh teori saja. kena praktikal sama. tapi kena sedar kemampuan diri lah. dah aku tak reti nak explain cemana pakcik abang tu cakap. tapi aku paham lah apa dia cakap. tak tau you olls paham ke idok. 

bila ditanya apa nama company dia, beratus alasan diberi. bila diminta business card berdalih sana sini. kau tipu aku ke ni pokcik? nahh terus aku panggil pokcik. dalam hati jelah.

Suara Latar : motip entry nih?

hye pokcik pokcik yang baik di luar sana, kalau jumpa saya, jom buat drama?

Wednesday 20 February 2013

Apa itu Draw Something?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

dah sebabkan hati murah agaknya hari ini, terasa nak promote satu mobile game developed by Omgpop ni. yang pakai produk Apple tu mesti ada game ni. dengan android devices pung boleh nak main. bagi aku yang pakai Phone-Cikai-Tapi-Cikai-Pun-Sayang ni, aku main kat laptop jelah. 

bagi yang nak download terus masuk mobile devices macam Android phones & tablets, iPhone, iPad dan iPod Touch, boleh cekik daud kat SINI.

bagi yang senasib dengan aku, jom lah kita main kat SINI sahaja. 

oh nama game?
ada kat tajuk. malas nak type banyak kali =)

konsep dia, kau kena lukis bila sampai turn kau. orang pertama yang dapat teka dengan betul akan dapat 3 marks. orang seterusnya hanya 1 marks. yang teka haram satu pun tak betul ofcourse lah telur ayam saja layak buat lu. kau pulak dapat 2 marks. kemudian masa turn orang lain melukis, kau pulak kena teka! asyik kau je lukis lemak lah weii.

The player with the most points at the end wins!

nak tanya aku, aku memang suka habis arr game nih. sesungguhnya aku suka melukis. 
oh itu tak bermakna aku PANDAI melukis.
ciss.

setakat main 3 hari dah dapat 30 gold 7 silver 5 bronze medals.
ngehngehngeh.

so dah ni pun game online, musuh musuh kita tu tentulah datangnya dari seluruh pelosok dunia.

datangnya mereka tentu sekali membawa hajat.
ada yang memang betul betul nak main. 
ada yang nak mengorat je keje ngko.
dan ada yang mencari perhatian mungkin? contohnya macam yang sempat aku printscreen ni.





sampai je turn mamat (aku agak jelah dia laki) ni, dia tak lukis pun apa yang sepatutnya kena lukis. segala jenis memes dia nak tunjuk. tapi dia lukis lawa kot! dan cepat. uwuwuwuw.

nama pun MeGusta hurm hurm.





ni lagi satu yang sempat aku printscreen. ada lagi yang dia lukis. tak sempat pulak aku printscreen dah. cukup cukup lah tu wei aku bagi perhatian kat kau.

siap ada request dari player lain suruh lukis memes forever alone pulak tuh.

so dah kenapa aku bulatkan nama Draw Something kat tab tu? hah dengan adanya game ini, facebook, twitter, blog, running man semua tak perlu!

tak kurang juga, ada tangan tangan yang terlalu senonoh sukati kau je nak main dengan kami yang tangan gempa bumi 7 skala richter ni. 




dah tak boleh nak 3D lagi ka woii. 

eh aku lukis pun 3D gak tau.






*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*






kesian pada yang dok teka plane ngan aeroplane tu wakaka.

Monday 18 February 2013

Cuti ke Penang #2

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

untuk hari kedua pula, kami ke Teluk Tempoyak. 
tempat aku membesar dulu dulu.

teringat kata kata big cousin aku masa makan char koey teow malam tadi,

'ke mana pun kita pergi, kalau laut asal kita, ke laut jugak lah destinasi akhir kita'

berbekalkan akal yang ada, aku cuba fikir apa maksud di sebaliknya.
tetapi, tak tercerna pula.
biarlah, suatu hari nanti aku fahamlah tuu.
hewhew dasar malas nak fikir!

sesampai saja di sana, aktiviti pertama ialah?

pantai teluk tempoyak jeti nelayan jambatan pulau pinang kedua
mestilah snap gambarz barang sekeping dua!

eh salah tuu!
perkara pertama yang selalunya kami buat jika sampai ke Teluk Tempoyak wajib ziarah kubur dahulu!

gambar kubur

di sini saya nak pohon jasa baik kalian untuk sedekahkan Al-Fatihah buat arwah,
Nordin bin Ahmad.
terima kasih, semoga Allah balas jasa baik kalian :)

kemudian baru lah menapak ke pantai.
tempat peberet i poreber <3

pantai teluk tempoyak jeti nelayan jambatan pulau pinang kedua

tetibaa ada seketul (?) perahu jatuh dari langit. (sila compare dengan gambar first)
isk banyak sangat tengok drama kau ni Lina -.-
hey, did you notice the Penang Second Bridge? >.<

kendian saja lepak lepak kat kedai kopi tepi laut tu.
datang sorang pokcik yang memperkenalkan dirinya sebagai kawan abah aku.
banyak betul topik yang dia bukak.
antara yang mampu aku ingat, dia ada kata,

'buat hal dengan manusia lebih payah daripada buat hal dengan Allah. buat hal dengan Allah, kemudian bertaubat, Allah terima, dosa terhapus. buat hal dengan manusia, tak semua hati manusia lembut untuk memaafkan.'

'untung jadi anak solah ni. lepas solat sedekahkan Al-Fatihah untuk kedua ibu bapa kita.'

'semasa Nabi Muhammad masih dalam kandungan, tiba tiba semua pokok boleh bercakap. nampak tak barakah yang dibawa oleh baginda. sebab tu kita kena selalu berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW.'

'istighfar panjang 11 kali setiap hari.'

'selawat shifa selepas solat.'

dan lain lain. eden tak ingat T.T

kendian pula aku gi melawat guru mengaji adik aku, merangkap jiran tok aku, merangkap tok kepada kawan aku. banyak yang tok ndak cerita. dah ramai dah penduduk kampung ni yang dah meninggal termasuklah guru mengaji aku.

innalillahiwainnailaihirojiun
Al-Fatihah buat Mak Njang Milah (tak tau nama penuh herrr)

kendian lagi berkunjung pula ke rumah Bo'on.
dulu kami kira segeng sekali dengan Bodah, Boliya, Boyon ngan Boyah.
dan aku, Bona. cute tak nama kami? harharhar.

satu lagi nama lain aku ialah Dewi.
sebab muka aku nak sama macam makcik jual sayur kat pasar. nama makcik tu Dewi -_-

sembang boleh sekilometer dua, aku pun mintak diri.
dah tahu bukan selalu balik sini pun masih juga tak ingat mahu snap gambar bersama.
oh takpalah.
kan ku simpan mu dalam hatiku.
ewwah.

masa begitu cepat berlalu.
sedar sedar aku dah tengah pening pening dalam kereta pulang ke rumah.
saat detik waktu ketika (?) itu baru aku perasan rupa rupanya kami tiga beradik semuanya mabuk kereta.
mahunya tak rare.
HAHA.

Sunday 17 February 2013

Cuti ke Penang #1

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

dah adik ambe pun cuti seminggu, maka kami berpakatlah mahu datang ke Penang menjenguk adik beradik (saudara mara) di sini. ya, orang utara panggil saudara mara tu dengan adik beradik. argh, bangsa unik memanglah begitu (Y)

kami gerak of course lah pakai bas. nak harap aku drive dari kelantan ke penang memang harapanlah. brek dengan minyak pun boleh tertukar walaupun akan memegang lesen kekal menjelang hujung tahun ini harharhar.


tiket bas
customer setia kenderaan bernama BAS! (bas-tanda seru, bukan basi)


zahirnya diriku di stesen bas bermakna aku tak akan terlepas dari drama yang wajib berlaku setiap kali aku nak naik bas. boleh baca di SINI untuk bukti. kfoine kau malas nak baca kat situ, meh aku kopipes masuk sini sikit.



kuperhatikan ada seorang lelaki pertengahan umur berkopiah, berbaju T-shirt gelap dan seluar jeans disenteng sehingga ke bawah lutut mengampiri.

ghupernya pakcik tu nak tanya nak gi mana, sebab dia jual tiket ke Lahad Datu.
lepas tanya tuh terus duduk depan aku tak pakai helmet.
serta merta dunia belakang umpama terhapus, dan hanya wujud aku dan dia sahaja di situ.
bercerita kisah hidup masing masing.      

                                                                                                                                          kisah penuh




seraya adik aku bangun dari bangku menuju tandas, duduknya diganti oleh seorang lelaki bermisai, berkulit gelap, umur sekitar 40-an. pokcik itu lalu membuka suara,

'nok gi mano ni dik?'

maka berlansunglah perbualan kami sehingga adik aku sudah pulang (?) dari tandas lalu join aku bersembang dengan pokcik yang menggelar dirinya abang itu.

just because he is polite does not mean he is flirting :)

Alhamdulilah seat selesa sebab space yang luas. sebabkan aku duduk depan sekali di tingkat atas, terasa macam akulah driver bas skydeck tu haha. cuma benang kat tudung aku asyik tertarik ja kerana struktur kulit kerusi itu yang telah terkopak di bahagian support kepala. eceh yang tu pun nak mengadu poorahh.



bas transnational skydec tingkat atas
rempitz yukkk~! tingkap pun 'claring'

very the detail ya'a'awwww.

sampai sampai ke rumah makcik terus tenaga telah dikerah untuk membuat kerja. eh eh tak mengapa. kalau ku tak sudi, ku sudah tidak datang ke sini :D

malam tu cousin ajak lepak uptown.

yahuuu yabeda beduu. tak pernah jejak uptown sejujurnya. 
kita malam malam duk rumah jaa hiks.

tetapi, ya ampun tak padan dengan laki.
semua kedai kau nak singgah.
kau usha lawi ayam pun nak dekat sejam.
tu belum minyak lintah lhaa, barang antik whatsoever tu campur pemetik api zaman jaafar belum tonggek campur aku terkapai kapai cari kau menghilang singgah ke kedai ultraman pulak agaknya.


char koey teow kampung pelet penang

sakit pinggang terubat pabila perut diisi char koey teow.
cousin laki baik yang dah kahwin semua order biasa, aku sorang jee amik LARGE PLATE. haha kesah pulak haku meja sebelah nak kata apa pun. asal perut aku puas.
HAHAHAHAHAHA *ketawa tak ingat dunia, ingat akhirat*

Monday 11 February 2013

Ikan Kekek Mak Iloi Iloi

mengantuk
 ↓
ambil keputusan nak terus tidur tanpa makan
 ↓
dalam hati fikir mesti Syam bangga aku tidur awal
 ↓
keluar bilik
 ↓
adik offer popia basah 
 ↓
fikir sejenak
 ↓
tak sedar termakan popia
 ↓
makcik offer nasi kenduri
 ↓
fikir panjang
 ↓
tak sedar dah ambil pinggan
 ↓
letak nasi dua ciput
 ↓
habis makan rasa sedap lah pulak gulai daging
 ↓
tambah nasi
 ↓
makan lagi
 ↓
nasi habis
 ↓
ratah daging dan kentang dalam gulai
 ↓
pinggan licin
 ↓
tambah daging sikit lagi
 ↓
pinggan licin
 ↓
tak sedar tangan gagau buah langsat
 ↓
dan sekarang
 ↓




























terpaksa tidur lambat sebab nak tunggu makanan hadam

memang ikan kekek mak iloi iloi betei -.-

Friday 8 February 2013

UITMPP

eden guno kamera henset biaso yo. kenangan seminggu orientasi di UiTM Pulau Pinang :)

Kenapa harga dan keberkesanan hanya 99?


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pernah tengok tak iklan produk kecantikan atau ikut lah produk baja tahi ayam sekalipun, dia nanti cakap, “DIJAMIN BERKESAN 99 PERATUS!”

Tipulah kalau tak pernah tengok kan. 
Sebab kalau boleh semua jenama pun nak beriya berkempen berkesan 99% tu.
Kau pernah terfikir tak kenapa bukan 100%? 
Ala lagi satu nombor je nak kena tambah. 
Apahal la kau kedekut sangat nombor weii. Haktuihpuih *lap balik*

Macam poyo je kan sikit sikit 99. Sikit sikit 99. 100 kang jeles tak pasal lah sebab dia lagi tinggi, tapi market takda. Sad life is sad, katanya.

Wait.
Mari kita ambil satu jenis produk kecantikan rambut. 
Contohlah syampoo anti-kelemumur. 

Bayangkan ni, dia berkempen, “BERKESAN 100%”. 
Kau pakai sekali je pastu terus lesap kelemumur kat kepalahotak kau 100%. Rasa rasa bulan depan kau beli lagi ke tak syampoo tu? Memang tak arr kan sebab rambut kau dah takda pun kelemumur. Aku mampu keluar rumah dengan daya keyakinan yang unggul *flips hair*

Kalau sekali pakai pastu dah takda orang nak beli, kang bankrupt lah kan syarikat tu.

Tahukah anda, jika benar sekalipun syampoo itu dapat menghapuskan 99% kelemumur pada waktu itu, 1 percent yang tinggal di kepala kamu itu agak agak apa jadi? Kelemumur adalah sejenis kulat yang mampu merebak. 1% akan bertukar menjadi 100% kelemumur dalam sekelip mata sahaja. Maka, kaya lah syarikat itu yang tak pernah putus putus orang membeli produk mereka kahkahkahkahakah eden kayo!! 





Beralih kepada harga pula, pernah kan anda tengok harga sesuatu barang tu berakhir dengan 99 cent. jangan marah saya jika saya katakan ini semua ada agenda tersembunyi. Mari kita hayati teori yang akan saya bentangkan. Cececeh.

Contohnya barang X berharga RM3.99. bagi yang prihatin, ya mungkin mereka akan perasan harganya adalah RM4 (setelah diburdarkan). 
Bagi mereka yang tengok-harga-depan-terus-masuk-troli  tu, memang diorang takkan perasan punya. Pastu bila member ke , sanak saudara ke, ex bf ke tanya, 

‘Eh Joyah, X tu berapa harga dia eh? Macam gojes je aku tengok muka ngko lepas pakai produk tu. minggu lepas aku datang muka kau berpasir lagi’  

Katanya Joyah, ‘oh X ni 3 riyar lebih jah abe dio wehh.’

Banyaklah kau punya 3 ringgit lebih Joyah oii.
RM3.10 pun 3 ringgit lebih jugak.

Walaupun bezanya macam tak ketara, kalau masuk bab bab harga barang macam ni ramai yang tak boleh compromi. Kedai A jual barang sama kualiti sama dengan harga RM3.50. kedai B RM4. Sejujurnya aku pergi akan kedai A weh tak tipu!

Ketiga, pernah masuk laman web dan tetiba popped out something lebih kurang gini, “CONGRATULATION! YOU ARE THE 999999TH VISITOR! CLICK HERE”.

Banyaklah kau punya 999999th. Aku masuk tahun depan karang pun 999999th lagi.
Kenapa? Mengapa?

Kerana nak menonjolkan sesuatu iklan tersebut. Konon nak nampak unik, rare dan outstanding.
apa apa jelah jemah.

itu saja kot? 
bye!

Keceriaan Jumaat

yeayy KE balas tweet guwa! ahakz!



have a blissful Friday oulss :)


p/s : nampaknya post Makanan Pelik Di Malaysia tak dapat nak publish sebab aku takda idea lalu merepek sakan mengalahkan bunyi motor kapcai Pak Kasim belakang kedai kopi sebelah balai raya Kampung Siput Sedut Tertelan Kaca. pulak dah.

Assalamualaikum!

Thursday 31 January 2013

10 Tahun Sebelum Merdeka | Fahmi Reza



atas satu rasa yang bukan berpaksi pada idea nak berpolitik atau apa, aku hanya nak share video 10 Tahun Sebelum Merdeka arahan Fahmi Reza ni.

bagi aku, filem dokumentari pendek ni boleh memberi gambaran keseluruhan tentang gerakan yang dibentuk 10 tahun sebelum merdeka. kenapalah aku tak tengok filem ni dari masa 2007 dulu pfttt. sebab lepas aku tengok ni, aku macam baru paham apa yang sebenarnya buku teks sejarah tingkatan 2 dan 3 merepek apa. seriously.

aku bukanlah seorang yang minat sejarah macam si Asilah tuu. tapi lepas tengok ni, baru aku rasa yang orang zaman dulu memang hebat! cuba kau letak diri kau pada zaman sebelum merdeka. kau rasa dengan diri kau yang macam sekarang ni, yang memang takda semangat lansung tu, kau mampu ke lihat betapa 31 Ogos 1957 tu sebagai satu tarikh keramat? kau mampu ke pegang gerakan gerakan nak tuntut merdeka? nak yakinkan orang lain percaya pada apa yang kita fikir?

antara kata kata Yahya Nasim, timbalan bendahari PKMM dalam filem tersebut, 'sesetengahnya takut, sesetengahnya benci, dia tak tahu pun MERDEKA tu apa benda pada dia.' sambung Majid Salleh, Presiden Johor PTU pula, 'awak ni gila ke?' 'nak merdeka ni, awak tahu ke siapa awak ni?' 'orang Melayu ni siapa?' 'tak tahu orang putih kapal terbang ada, kapal laut ada, kapal selam ada, itu nak kita lawan?.' itulah suara yang selalu mereka dengar bila perjuangan mereka diutarakan.

nampak tak, sama kan dengan realiti hari ini? suara yang sama bertempik memekak seisi halwa telinga mempersoalkan kenapa itu tak perlu, kenapa ini tak perlu, kita dah sempurna, kita tak perlu berubah blablabla (nak kaitkan dengan apa sekalipun dipersilakan, tiada bantahan)

ya, mereka dilabel sebagai radikal.
ya, mereka mengamalkan dasar tidak bekerjasama dengan British,
ya, mereka membuat penentangan secara terbuka.
ya, mereka jugalah yang bebaskan Tanah Melayu dari penjajahan British!

benda yang berada di kiri tak semestinya negatif.
ingat tuu!!!

mintak mintak Fahmi Reza tak baca blog guwa.
kang tak pasal dilabel anak muda tak bersemangat hahahaha.
ni pun aku sudah hampir hampir diherdik oleh A Samad Said kerana selalu tweet merapu di twitter. har har har.

baidewei, aku hanya ulas pasal 10 Tahun Sebelum Merdeka, bukan pasal Fahmi Reza. 
aku tau ramai tak suka dia,
tapi dia takda kaitan pun dengan aku.
sekian.

Assalamualaikum.

Tuesday 29 January 2013

Stalker kah aku?

tengah syok bergayut dari satu gambar ke gambar lain dalam folder lama, 
terjumpak ni!



kehkehkeh (semua wajib gelakk!!!)

apahal laa aku tak buang lagi benda nih haha.
lama dah kot printscreen sebagai bukti la kengkonon.
takut orang tu delete account ni so nak la simpan bukti masa tu.
masa tu laa.
pastu terus terbiar sampai sekarang haha.

so, stalker kah aku?

well, aku nih jenis curious sikit.
serba serbi nak tau.
anak muda yang bertempiaran adrenaline dalam pembuluh darah lah katakan.
YEYEARHHHHGGGGG *gaya AMUK*

tapi, perempuan kah aku?

ngehngehngeh :D

Assalamualaikum!

Sunday 27 January 2013

Dia yang berbaju hijau


Rahsia ini
Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti


lirik lagu kat atas takda kaitan dengan cerita kat bawah.
cuma nak letak sebab sedap kot suara Black erghhh tension pulak guwa adeh.

so, dia takda lah cerita.
cuma nak luah isi hati cececeh.

dia macam, kau tak jumpa orang tu dalam tempoh yang agak lama,
dalam kes aku 5 tahun,
kena pulak 5 tahun sebelum tu memang ada kisah,
antara aku dan dia,
bila ternampak tu macam,
oh dah besar ye kau sekarang.

pastu sampai ke malam orang tu termuncul muncul di kepala hotak,
pastu macam terfikir,
oh nanti nak lalu lagi ah kat tempat tu.

PUAHAHAHAHAHAHAHAHA *gelak mencari kepuasan*

#inibukanentrynakal#

Saturday 26 January 2013

RENTETAN PENGALAMAN DI HARI HARI TERAKHIR


             Menjelang asar, Hajar mula rasa bahang. Dia minta dimandikan. Panasnya kuat dibahagian dada. Dan terasa semua badan sakit2. Saya terdiam. Saya rasa, dia dah mula nak nazak. Waktu tu saya berdiri membelakangkan tingkap. Dia suruh saya beralih kedudukan. Dia nak pandang keluar tingkap. Saya tanya, nak tengok apa? Katanya : nak tengok Allah. Saya terkedu lagi. Katanya : "Allah marah sebab tak dakwah sungguh2. Tak mahu cari jalan lain, bila dakwah terhalang." Saya jawab “Mintalah ampun dan banyakkan beristigfar pada Allah,” Angguk.Tak lama lepas tu, dia kata, matanya dah mula kabur. Saya membisikkan agar dia terus mengingati Allah. Angguk.

Dalam termengah2 dia berkata "mak, izinkan akak pergi dulu, tapi akak tak nampak jalan" “ Ya, mak izinkan, mak doakan agar Rasulullah datang tunjukkan jalannya. Sekali lagi dia mengejutkan saya, bila dia kata dia dah tak boleh nampak, lalu bola matanya bergerak ke atas. Segera saya talkinkan berulang kali. Doktor dan  nurse mula berkejar datang nak menyelamatkan. Saya disuruh keluar. Mereka mula memasang topeng oksigen, dan  menaikkan tekanan darah.



*****


boleh baca kisah penuh yang ditulis sendiri oleh ibu kepada al-marhumah Siti Hajar Binti Ahmad Sabir di SINI. semoga al-marhumah ditempatkan di kalangan orang orang beriman di sana dan semoga kisahnya menjadi iktibar buat kita semua. AMIN.

Friday 25 January 2013

Loudspeaker

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


*****

#btw, Nurlina Nordin, you inspired me much in drawing. as soon i saw THIS , i feel like hey, why doncha im wasting my time in drawing instead of dreaming without no ending ? . LOL

*****




alang alang Hajar Saufi dah puji aku, 
aku pun macam terfikir,
hey why doncha im wasting my time drawing her face instead of my face without no ending? LOL

so here we go!




aku harap kau suka Hajar,
walaupun aku lukis bukanlah cantik mana.
kalau cantik pun sebab muka kau maybe?
ahah!

btw, dreaming in lecture is a lot better than sleeping kot!
aku laa tu ~..~

Aku dan Sukan (episod 3)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

di sekolah pulak,
aku suka join pertandingan lumba lari.
aku tau bahawa aku bukanlah anak tiri Usain Bolt, tapi aku nak jugak lari!
selalunya aku join lari pecut 100m.
takpun pass baton.

bagi yang kenal aku selepas tahun 2006 (tingkatan 1) mesti tak percaya dengan apa yang aku cerita sejak episod 1.
sukahati lah nak percaya ke tidak.
tak effect aku punn *buat muka sedo*

so, pengalaman aku masa lumba lari amatlah menarik.
eceh claim cerita sendiri sebagai menarik itu umpama buat status sendiri like. heh.
kalau kau tengok ada sekumpulan manusia tengah lari tengah padang,
tiba tiba ada sorang budak nih tertinggal kasut sekolah tengah padang usah kau tanya lagi siapa!
akulah tu orangnya hiuhiuhiu.

bukan sekali dua, tapi selalu!
sampai aku dah lali dengan gelak ketawa budak budak nih (termasuk junior. cisss)

sebabnya,
kasut sekolah aku tiap tiap tahun pun longgar macam apa lagi.
eh itu tak bermakna aku tukar kasut tiap tiap tahun.
kaki aku tak membesar maybe?

sejajar dengan fizikal aku yang kecil ini, sebab tu lah kasut selalu tak kena dengan saiz kaki.

selain itu (penanda wacana itu penting ye anak anak)
aku aktif bola baling.
petang petang rela jalan kaki (jarak dari rumah 1 km) sebab nak praktis bola baling.
sampai sekarang ingat lagi muka muka yang selalu main dengan aku dulu.
Nabilah Azhar, Afikah Hizan, Arif Zakuan (yes, main campur dengan budak laki).

kokurikulum pun aku aktif jugak.
dulu aku join Puteri Islam (sukan ke ni?)
anggap jelah sukan sebab ada kawad bagai.
aku tak pernah miss perjumpaan sampaikan masa hujung tahun aku dapat Hadiah Kedatangan daripada Ustazah.
lupa pulak aku nama ustazah tu.
yang aku ingat, ada sorang ni jealous dan mempertikaikan kenapa aku yang dapat.
kenapa kenapaaaaaaaaa?
tak perlu kot aku sebut nama dia heh heh.

masuk sekolah menengah,




bersambung....


Aku dan Sukan (episod 1) >>>>
Aku dan Sukan (episod 2) >>>>