Twenty years from now you will be more disappointed by the things that you didn't do than by the ones you did do. So throw off the bowlines. Sail away from the safe harbor. Catch the trade winds in your sails. Explore. Dream. Discover.

Monday 30 April 2012

Mimpi cuma Mimpi


Assalamualaikum . 


lukis pakai paint dalam kelas


Tersebutlah kisah ada satu malam yang tak berapa nak hening , aku termimpilah pasal budak budak kelas aku kat palam , eynine . 
okay ada TER sebab aku tak mintak pun nak dapat mimpi tu kan .  
tahap kepelikan aku kasi 8/10 . 
maybe tidur tak basuh kaki kot . 
kaki penuh dengan taik ayam taik kambing manalah tau . 
dia ni sebelum tidur rompak reban ayam kandang kambing ke hape ?


Semangat gila enn sampai lukis lukis bagai . 
aku bukan apa , kalau tak lukis camnih haramnya aku nak ingat apa aku mimpi . 
even yang sweet sweet pun aku tak ingat . 
Cuma aku boleh ingat sama ada tu mimpi yang best ataupun sedih . 
tu je . 
yang lain hilang ingatan habeh .


bangun pagi terus cari laptop nak lukis menda alah ni . 
tengok semangat tak semangat budak lina ni .


okay meh aku nak story . 
semua watak watak dalam ni terpaksa dirahsiakan identiti kerana dikhuatiri mengundang  keaiban . 
sapa sapa yang volunteer nak terasa tu dipersilakan .


di kotak pertama *refer kotak yang paling atas left side  . ada ke orang baca dari bawah naik ke atas ?

hari tu hari persekolahan macam biasa . ya , sekolah . 
walaupun hakikatnya eynine tu class aku kat university , aku pun taktau macam mana tetiba kami boleh ada dalam bilik darjah macam secondary school punya tuh haha . 
pastu ada lah dua orang mamat class aku yang lambat datang class . 
salah sorangnya yang dilabel L1 tu . 
L1 ni maybe sebab kalut sangat sampai tak sempat nak pakai seluar . 
dia datang pakai boxer je pastu seluar panjang yang dia nak pakai tu dia pakai dalam kelas .

warna dan design boxer tu segar bugar lagi dalam ingatan aku ni haa . 
belang belang kaler merah ngan putih pastu boxer tu macam dah lusuh sikit . 
tak ke haru kau pakai seluar dalam class weh ? 
dah la L1 tu duk sarung seluar dia kat meja second dari depan. 
Tetiba P2 jalan nak ke depan and nampak lah mamat ni terhegeh hegeh tengah dok cover cover apa yang patut . 
apalagi , P2 ni sengih je sambil kutuk kutuk dalam hati .


lepas dah pakai seluar beliau , L1 ni baru perasan dia takde kerusi nak duduk . 
beliau pun pergilah kelas lain nak cari kerusi . 
masa lalu nak bawak kerusi tu pergi kat meja , dia pergi letak tangan dia atas kepala P2 . apa motif pun tak tahu . 
maybe si L1 nak balas dendam kat P2 yang gelakkan dia sebelum tu kot .

P2 terasa bengang . 
dengan sepantas kilat buku yang berada di atas meja dicapai lalu dihayun ke arah L1 and terkenalah bahu si L1 . 
dengan slumber badaknya sambil berkata “ LAWA BOXERRR “ .  

dalam keriuhan yang tak berapaa nak riuh tu ( bukan main terajang teranjang pun nak riuh ) ,
KLAK KLAK KLAK


bunyi tapak kasut semakin menghampiri .


“selamat pagi semua . saya guru baru di sini. mulai hari ini saya akan mengajar anda semua *nada serious* 
saya nak sorang wakil datang ke hadapan untuk lead bacaan ikrar ."


Settai gila cikgu ni sebelum start class nak baca ikrar -,-


keluarlah L3 ke depan . 
yang tak tahannya tetiba tak semena mena kat blackboard tu dah ada ayat ayat ikrar . tinggal nak baca je . 
ntah jin mana yang tolong tuliskan .
L3 garu garu kepala . 
tak tahu nak baca yang mana satu . 
dah terang lagi bersuluh atas tu ada tulis IKRAR . 
baca lah yang tu . 
jin yang tolong tulis ikrar tu kot dah tutup mata dia sampai tak nampak apa apa haha . 
still jugak dia tak tau nak baca yang mana .


satu kelas dah start tahan gelak . 
P4 yang dah hilang sabar lalu dengan berjalan terjengket jengket menhampiri L3 . 
ntah la kenapa dia jalan macam tu . 
maybe jatuh basikal kot . dia kan suka naik basikal *opsss terbagi hint pulak


YANG NI LAA !  “ , kata P4 sambil tunjuk ke arah ayat yang patut dibaca .
TIBA TIBA …



























































































~ THE END ~

aku pun terjaga -..-

Kisah cinta dua dunia


Perkahwinan antara dua darjat .

Pandangan please .

Bagi aku , tak salah pun dua orang yang berlainan darjat bercinta . dah nama pun cinta . tak kenal erti perbezaan . bahkan perbezaan itulah yang menjadikan mereka saling melengkapi .

TAPI .
ya , ada tapi di situ .

nanti apa kata orang ?

Arghh persetankan kata orang . sampai bila nak hidup dengan cakap orang . yang nak kahwin tu kita . yang nak bina masjid tu kita . bukan diorang .

Okay wait seminit . look kita hidup bermasyarakat kan ? saling bergantung dan memerlukan . tak best ah gaduh gaduh kan . nanti kalau ada apa apa masalah , kat sapa lagi kita nak mintak tolong kalau bukan jiran jiran kita ? kalau kita takde kat rumah , kat sapa lagi kita nak mintak tolong tengok tengokkan rumah tu ?

Tu dah melebih la sampai nak kahwin pun nak kena ikut cakap orang . ni bab kahwin okay . KAHWIN .

Ya , aku pun tau kahwin tu bukan benda main main . kalau boleh kita nak seperfect yang boleh untuk rumahtangga kita . dan aku yakin semorang nak kahwin sekali tu je ,  tak nak cerai cerai dah melainkan cerai mati . tapi kita kena ingat . kita still ada mak ayah . insan mulia yang bertanggungjawab menjaga kita dari kecik lagi . kenalah jugak tanya pendapat diorang . restu mak ayah tu penting . takde restu , jangan harap perkahwinan tu nak bahagia tau .

Okay ni kita cuba tengok dari side yang up sikit family standard diorang . ni bergantung jugak pada tahap ke-kisah-an mak mertua dan ayah mertua anda ye pembaca pembaca sekalian . kalau mak dan ayah dia jenis tak kisah pasal pangkat dan harta , so boleh tadah tangan ucap syukur . bagi diorang , kebahagian anak anak adalah segalanya .

Tapi kalau mak ayah dia jenis kisah pasal pangkat keturunan ni , hurmm paham paham jelah . yang sama standard jelah yang boleh masuk line kan .

Jumm kita tengok pulak dari side yang low sikit family standard . dua benda yang pasti , SETUJU atau TAK SETUJU .

Bagi yang setuju tu , maybe mak ayah dia paham what’s going on dan nak tengok anak anak dia bahagia . mereka faham darjat tak menjadi soal dalam rumahtangga . tapi ada jugak segelintir manusia yang sering menjadikan anak anak mereka sebagai taruhan untuk mengikis harta harta si kaya . segelintir je okay , segelintir . tu pun masyarakat negara lain . aku tau rakyat rakyat Malaysia ni takdenye sikap macam tu . aku percaya . yang dalam tv tu semua drama je . dusta belaka semua tu . heh -.-‘

Bagi yang tak setuju pulak , bukan bermakna mereka tak nak tengok anak anak diorang bahagia . tapi mungkin mereka khuatir pihak sana akan mengambil kesempatan di atas kedaifan mereka ataupun mereka sendiri yang akan  dituduh akan mengambil kesempatan di atas kekayaan pihak sana . dan mungkin juga mereka tidak sanggup berdepan dengan pandangan pandangan sinis masyarakat sekeliling . ya , mungkin juga .

Habis tu kalau dua dua pihak tak setuju , kena putus macam tu jelah ?

Huishh . masa bercinta bukan main janji nak sehidup semati lah . tiada pengganti dan kaulah satu satunya pujaan hati lah bagai . bila ada problem sikit macam ni senang senang nak give up ? come on lah brader . bulat air kerana pembetung , bulat manusia kerana muafakat . bawak berbincang . cakap baik baik dengan dua dua pihak . dan kalau boleh , temukan family si laki dengan si perempuan .

Dan yang penting skali , DOA . solat istikharah . lepas dah betul betul yakin dia lah jodoh kita , cuba yakinkan family kita dan family dia .

Macam mana pulak kalau masyarakat yang tak dapat terima ?

Nanti masa kau kahwin , jangan masak nasik minyak je . kau guna duit si kaya tu buat nasi beriyani paha kambing , tenderloin steak , lamb chop , nasi lemak kepala rusa , unta masak lemak , laksa ikan paus . untuk air pulak kau kutip semua buah buahan yang ada kat alam semesta ni tak kisah la dari marikh sekalipun pun (kalau ada) , kau blend semua skali . nahh jadilah Jus Buah Berasa Rasa (JBBR) . pastu jangan lupa pesan kat makcik makcik kepoh tu takyah bawak hadiah masa datang makan . sebab nanti masa makcik makcik kepoh tu nak balik , kau hulurlah seploh hengget namploh sen sorang . lepas tu aku boleh jamin , senyap ah mulut mulut bising tu (?)

Kalau laki kau jutawan , buat ah camtu . kalau tak , kau buat derk je . lama lama , tutup lah tu mulut orang . gunung pun kalau tarah , rata jugak . sama macam mulut . lama lama cakap , reti jugak lenguh .

Zzz so pehal kau lina tetiba nak cakap pasal kawin tak semena mena takde angin takde ribut takde kemarau ni ?

Hello sapa kata takde ? ada okay . nak tau cerita ? adalah beberapa malam lepas kan kan kan . aku mimpi lah sorang mamat ni . aku kenal lah jugak dia ni . setelah scene yang aku tak ingat tu di cut cut , tiba tiba JENG JENG JENG !!

AYAH DIA KASI AKU 9 RIBU !! . 9 ribu ye kawan kawan .  jumm bukak mata luas luas . dia laki . dan aku perempuan of course . pastu ayah pihak laki kasi 9 ribu kat pihak perempuan . tak ke rasa macam err err … ? okay dah dah . stop kan apa yang berada di fikiran anda semua tu ya . selama ni bila masa lina pernah percaya kat mimpi mimpi karut beliau -.-‘

Well kalau aku tak mimpi macam tu pun , tak salah rasanya aku nak bercakap pasal kahwin kahwin ni meskipun aku tau aku tak layak pun nak cakap pasal benda ni . setiap orang kan ada hak kebebasan bersuara . even baby yang baru lahir kat hospital kerajaan tu pun ada hak nak nangis buat bising tengah tengah malam buta tau . takkan kau nak pi cari kapas sumbat kat mulut baby tu sebab takut kacau baby sebelah yang kononnya senior sebab lahir seploh minit awal dari dia ? haaa merapu lah tu lina ;/

Aku just nak bagi pandangan aku . aku sedar , aku takde pun lagi  ciri ciri isteri solehah ( akan ada ) . aku bukan paksa pun kau orang semua telan sejebon apa yang aku tulis kat sini . hurmm , apalah sangat isi remaja 19 tahun pasal isu kahwin kan . tak matang , tiada huraian lagi membosankan . like I care -__-

aku tau , nanti bila aku dah betul betul layak nak berhujah pasal bina bina masjid ni , aku mesti tergelak baca balik apa yang aku meraban kat atas ni :)


Akhir kata ,
Kalau takut dilambung ombak rindu ,
Jangan mengada nak buat banglo kat tepi pantai .
Dan
Kalau tak reti nak terbang tinggi ,
Jangan gedik nak mimpi terbang dengan si enggang .




Hampeh

i felt special until i saw you say it to everyone else hampeh

betui la tuh . 

Sunday 29 April 2012

Pian

Pian .

Siapakah beliau ?
Anak pak cik jual burger sedap sebab letak sos thai kah ?
Penjaga unta di padang pasir kah ?
Atau bapak mertua kepada seorang penternak penguin di gunung Himalaya ?

Yang tau tu taulah . yang taktau ni mai cek nak habaq mai kat hampa .
Aku kan . err . aku . err . sebenarnya aku pun tak kenal siapakah gerangan si pian ni .
Tetiba jaa dia boleh hadir dalam hidup aku (?)
misteri tak misteri tak ? -..-

isk betul lah aku pun tak kenal . tak pernah pernah setakat aku hidup ni aku ada member nama pian .
bila first time dengar nama PIAN , isk rasa suka pulak kat nama tu . well , setakat gedik gedik nak jatuh cinta kat nama orang HAHA . so , kat mana aku dengar nama tu ? hurmm act bukanlah dengar , tapi baca . KALAU ADA JODOH . pian lah pegang watak hero dalam novel ni . kena pulak si pian ni ada lah jugak tempias ciri ciri lelaki yang aku suka . rambut panjang , pandai main gitar dan minat lagu lama .


sawah padi vespa gitar
ni haa novel tu ;)


what ? lina minat lagu lagu lama ? apa barang lagu lama . takde keelasss lansung .

apa kau cakap ? lagu lama takde keelasss ? ni dengar baik baik aku nak cakap . takde lama , takde baru tau . cubalah bukak sikit mata tu . tengok satu satu lirik lagu lagu lama . tak setanding tau dengan lagu lagu baru yang kononnya up to date sangat lah kan . ohh ya sebelum aku gi lagi jauh , aku ni tengah cakap dengan insan insan yang buta nak menilai permata  yang ada kat depan mata . yang rasa dirinya tak berkenaan tu , tutuplah mata kejap ye . ni aku nak cerita pasal lagu lagu lama . yang tanok tutup mata tu aku paham , korang mesti kipas susah mati (die hard fan ) lagu lagu rock kapak 80 90 an kan . yeay sep sep !

siapalah ku ini untuk memintal buih yang memutih ,
menjadikan permaidani seperti mana yang tertulis dalam novel cinta .
juga mustahil bagiku ,
menggapai bintang di langit menjadikan hantaran
syarat untuk milikimu semua itu sungguh aku tak termampu .

overlah tu kan nak pintal pintal buih segala .

tu lah kau . kan aku dah kata . bukak mata luas luas . bahasa orang dulu dulu kita ni unik . berkias kias .
dalam setiap patah kata tu mesti ada seni . hurmm aku bukanlah nak kata lagu lagu sekarang takde seni . seni tu tetap ada tapi tak semua dan tak se-ummphh lagu dulu (Y) sebut je penyanyi and band mana . semua aku tau . awie wings search stings spring screen scoin rahmat nadia olan may iklim hattan ekamatra damasutra thomas arya BPR AXL mega dan yang ni mesti semua orang tau amy search . and yadha yadha yadha . aishh kalau semua rakyat Malaysia macam aku ni , tak lapuk budaya dek zaman nihh haha . bangga nihh prime minister kita dengan aku -..-

okeh okeh kita berbalik kepada niat asal aku nak cerita pasal pian tak habis habis lagi nih . tulah , sapa suruh drag aku masuk topic lagu lama . aku semangat sikit bab bab tu . sampai aku pernah bercita cita nak jadi sasterawati negara .  dah dah stop gelakkan aku meh kita sambung …

dalam aku tengah angau nak jumpa orang nama pian (eh bukan orang angau lepas dah jumpak ke ? lantakk ah . aku tak jumpak pun dah angau ) , satu hari tu termimpilah aku akan seorang mamat ni . mamat ni buatlah aksi sekian sekian dalam mimpi aku tu . jangan pikir pelik pelik eh berdosa .  yang peliknya , mamat ni aku pernah lah aku jumpak sekali dua je sebelum tu . esoknya tu , pagi pagi lagi tuppp terjumpa mamat tu kat depan lab . masa lunch hour , tuppp jumpak lagi kat tangga . arghh apakah semua ini ?

disebabkan aku tak kenal mamat tu dan masa tu zaman aku tengah angau nama pian , aku namakanlah mamat tu pian . haha sukati je aku letak nama orang . dua tiga hari lepas tu aku jumpak gambar gambar mamat tu kat fb . dua tiga hari lagi lepas tu aku jumpak pulak fb mamat tu . setelah dibelek belek , ternyata dia bukanlah pian yang ku cari . hampa ;'(

sehinggalah ke hari ini , 29 April 2012 pian yang ku cari belum muncul muncul . so , kepada pian pian di luar sana , silalah datang mengadap menyembah duli . walaupun bak kata syer nama pian agak kekampungan , tidak mengapa ku tak kisah . dan bak kata clah , pian yang akan muncul dalam hidup aku tak semestinya nama pian . eh ? 

rumah bentuk piano dan gitar
google image "PIAN DAN GITAR" . cingg keluarlah piano dan gitar . pon boleh -,-

p/s : ada datuk yang nak bagi rumah macam ni tak kat aku ?

welcome to my blog syaf !

again , WELCOME TO MY BLOG SYAF :)

one and the only one person yang aku kasi link blog nih . so hang kena bangga taw taw . okaylah aku bagi kembang 3 seconds .
1  -..-
2  -..-
3  -..-
k dah kecut balik !

im smiling but inside im dying

semua orang nampak aku senyum , tapi syaf akan nampak aku menangis .
semua orang nampak aku ketawa , tapi syaf akan nampak aku berduka .
semua orang nampak aku gembira , tapi syaf akan nampak aku merana .


yeah i'm smiling but inside i'm crying . bila aku sedih , aku akan cuba untuk cover segala bukti yang mampu tunjuk kesedihan tu dengan senyuman . bukan hipocrite , tapi berkorban . dua benda yang berbeza . macam aku cakap sebelum ni , gunung pun kalau tarah , rata jugak . sama jugak dengan tangki ayaq mata . kalau penuh , bocoq jua . ehh ada kaitan ka haha .

bila tangki tu dah bocoq , syaf aku cari . dialah penyuntik semangat aku . tak jemu jemu dia tabuq segala kata nasihat . THANKS Syaf . tak mampu aku balas jasa hang . aku nak hang tau , aku bukan cari hang masa susah jaa . masa senang pun aku cari jugak kan ? simpan lah segala rahsia aku elok elok . aku tau , kalau aku tak pesan pun , rahsia tu hang siap kunci ketat ketat pastu hang lempaq kunci tu jauh jauh sebab takmau bagi sapa sapa tau enn . yes , i trust you babe :)

sesungguhnya jarak tak mampu nak pisahkan ikatan ini . ikatan yang terbina pada tarikh 10 feb 2009 . namun tiada tarikh luput . moga pertambahan waktu membawa pertambahan mekar dalam ikatan yang suci kudus ini .

aku bukan sasterawan negara ,
yang mampu mengarang puitis puitis indah buatmu .

aku bukanlah si jutawan ,
yang mampu membelikan hadiah hadiah mewah buatmu .

aku bukanlah sang pilot ,
yang mampu membawamu ke mana mana yang kamu suka .

aku hanyalah manusia biasa , 
yang tak punya apa apa , 
selain kalungan TERIMA KASIH buat kamu yang sudi menerangi hari gelapku , 
meriuhkan hari sepiku . 
TERIMA KASIH .


syaf
teringat gambaq nih . takdak satu pon yang aku boleh bukak mata senirik . kena tarik ngan jari baru boleh bukak haha !



Tuesday 17 April 2012

sorok bau budu


Nik Arif : Puconyo satu jah . puconyo mung malu nok guno dialek klate , bahaso perut mung . doh tu mung terpakso korbe kae persahabate , persaudarae denge ore ore hok satu negeri denge mung , ore ore satu kapong denge mung . mung korbe kae makane masakae ma mung hok membesar kae mung . mung korbae kae budayo hok jadi jati diri mengukuhkae mung slamo ni mung tahu .

Deris : Aku nok maju . budayo hok aku hidup slamo ni aku hidup kat klate dok sesuai untuk aku guno kat kolupor nih . maso tu aku dok mikir .

Nik Arif : Meme mung dok mikir . mung dok penoh pikir .  mung tahu dok , ore jepun capa kemajue denge tanpo dio tolok bahaso nge budayo dio mung tahu . meme baguh mung nok maju , mung  blaja nok maju meme baguh tapi hok salohnyo bilo mung bue ,  mung tolok bahaso nge budayo mung . sepatutnya mung sipe , mung tamboh lagi hok baru . buke mung tolok , buke mung bue . tu hok dok moleknyo .

Aku sokong kau 1111 percent Arif ! nak berjaya tak perlu mengorbankan budaya , bahasa dan asal usul kita . sebenarnya benda benda tu lah yang boleh dijadikan pendorong untuk kita berjaya . contohnya kalau ada sorang ni terlalu cintakan tempat asal usul dia , dia mesti rasa nak belajar betul betul , nak majukan tempat tanah tumpah darah dia . kan ?

Lepas tengok ja cerita SOROK BAU BUDU ni , semangat apa ntah dah masuk dalam diri aku ni. Rasa nak sayang klate lebih daripada sebelum sebelum ni . biarlah orang lain nak kata klate ni negeri termiskin ka apa ka , bagi aku klate memang DAEBAK ! 

mana nak cari pemimpin yang terlalu humble dan tak bermegah dengan pangkat yang dia ada dan dalam masa yang sama layak nak jadi imam dalam solat untuk rakyat rakyat dia ? 
mana nak cari warisan warisan budaya yang tak luput dek zaman ? 
mana nak cari rakyat rakyat yang sangatlah unite dan cakna pasal negeri sendiri ? 
mana nak cari satu dialek yang unik bagi aku ? 
mana nak cari makanan makanan yang sedap and at the same time murah ? 
mana nak cari papan iklan tepi jalan yangmostly  tutup aurat ? 
okay pergi cari kat Kelantan sekarang ! jamin akan jumpa :)

Bila dah pergi palam kan , aku rasa aku lagi sayang kat klate . 
sebab ? 
sebab kat sana tak ramai budak klate . lagi lagi kelas aku . ada lily , sya ngan salmi je . pastu kena pulak geng aku semua orang utara . bila dah duk ngan geng utara , mesti la aku nak cakap utara ja kan . but don’t worry meh . semangat kekelantanan tu masih menebal dalam diri aku . tapi tapi budak rumah aku semua budak Kelantan dan ini namanya ohsem wacakaplu ! kat situlah aku berjaya mengimprovekan vocab vocab dan belajar perkataan baru . contohnya KELEBUK dan ramai lagi .

Pelik kan ? kenapa bila kuantiti yang asal kelantan tu sikit , tapi aku kata semangat kekelantanan tu makin menebal ? 
mungkin sebab aku mampu tunjuk walaupun sikit , tapi masih mampu survive kot ? 
ye la kot kan . 

ditambah pulak page group budak klate uitm palam aktif dan asyik post pasal klate . tambah pulak masa dua sem tu lah banyak kontreversi pasal klate . lagi lagi part yang asyik kata klate negeri termiskin. Jangan kata tergugat , aku lagi sayang ada lah . 

so , wahai orang orang yang tak puas hati dengan puak kami diluar sana tu , lain kali buatlah lagi ye . kau ingat kau mampu nak goyang kami eh ? MIMPI !


BETUL . . .
AKU AKAN JADI SEPERTI WAU BULAN YANG TIDAK MUNGKIN LEPASKAN TALI DARIPADA TERAJUNYA .
TIDAK MUNGKIN . . .

STOP



limit and stop


Kalau sampai limit kena stop kan ?

Kbye tu je nak cakap .

jasa


Bila mana diri serba kekurangan dan tibalah satu ketika dimana ada insan yang ternampak secebis kelebihannya lantas memujinya , hati mulalah nak berbunga bunga umpama taman bunga terbesar di Malaysia yang dipenuhi bunga dari pelbagai species , warna dan saiz . 

kalau suruh lakukan hari hari pun aku sanggup kalau beginilah rasanya dihargai . 
kalau disuruhnya buat dari pagi ke petang , petang ke malam , ahh aku sanggup . 

bila kita ni yang tak selalu nak berjasa pada orang , dan skali skali dah bagi tangan , rasa bangga sikit dalam diri tambah tambah bila jasa tu orang tak boleh nak balas . 

bukan bangga apa pun , cuma rasa diri tu ada lah jugak guna pada orang kan . padahal isunya kecik ja , tapi impak dalam diri tu yang penting .

Cakap pasal jasa , aku banyak terhutang jasa . pada mak , abah , adik adik , sedara mara , kawan kawan . satu yang aku tahu , wang ringgit tak mampu nak balas jasa jasa mereka . insyaAllah selagi roh masih bersatu jasad , akan ku usaha sehabis baik untuk menabur jasa jasa aku pada mereka kembali . jika bukan dari segi kudrat atau ilmu , insyaAllah doa mengiringi . 

terima kasih semua kerana pernah hadir dalam hidup ini lantas melengkapkan hidup ini seperti mana sekarang . 

tanpa kalian , siapalah diri ini . 

aku kecewa



Ohoii berita harian . lu tau tak wa manyak kiciwa sama lu . apa pasal lu talak pilih wa jadi pelakon perempuan popular 2012 hah . lama sudah wa tunggu , tapi talak dapat dapat :'( 

wa ini kalau nak banding sama itu maya karin ka , rozita che wan ka , wa duploh kali ganda lagi hebat dari itu orang lu tahu . wa berlakon lagi gempak lah ! 

mana ada orang lain nak berlakon dalam panas , banyak nyamuk , depan orang dia sayang lagi .
tapi wa , MAMPU ! 
tengah tengah malam buta yang mana sumorang dah patutnya berair liur basi setebal dua inchi dah . tapi wa , wa terpaksa berlakon demi mengelakkan diri daripada dicekup pihak pihak yang bertanggungjawab itu . 


bermodalkan rambut yang kusut masai , wa tabahkan jua hati . langkah diayun lemah gemalai bagi mengelakkan sebarang bunyi bunyi terhasil . kalaulah lakonan wa kantoi itu malam , 
habislah malu wa , MALU ! 
itu lah wa sudah cakap , wa ini pelakon hebat . buktinya sekarang ini wa mampu angkat muka tinggi tinggi jalan dada mendabik tanpa ada rasa malu , tanpa ada rasa segan lu tahu . err .

Okay itu satu . 
lakonan kedua wa beberapa hari lepas . di hadapan budak yang masih mentah 8 tahun pun wa pakai topeng . 5 inchi punya topeng wa tibai . soalan itu budak manyak menyentapkan hati gua . wa pun talak bersedia mahu ditanya soalan sepedas itu . alahai budak , mudahnya kau berkata kata . sokay budak , wa pun jawab lancar je bukan ? 


itulah wa sudah bilang . wa ini pelakon tiada tanding . kalaulah pada ketika itu dadaku dibelah , nescaya penonton penonton yang menjadi saksi bual bicara itu akan bertempiaran lari kerana terkejutkan apa yang bakal dilihat . 
sang hati menangis teresak esak minta simpati namun tak ada yang sudi mengelap air matanya ;(

Episode ketiga pula di mana wa dan si dia yang ku sayangi .
kami berkongsi satu rasa yang sama . pihak di sebelah sini tahu apa rasa di sana tetapi pihak sana sikitpun tidak tahu apa rasa di sini . 
pahitkah ? masamkah ? atau manis ? 


almaklumlah , pihak sini pandai menutup lubang lubang bocor yang mana kalau terdedah, akan mengguris hati orang di sana . biarlah aku berkorban sedikit demi kebahagian pihak sana . tapi wa bagi pinjam kejap je tau . nanti wa tuntut balik kebahagian tu . lu tunggu . wa pun tengah tunggu . nanti bila kebahagian tu datang balik pada wa , wa harap sangat lu tak rasa macam apa yang wa rasa sekarang ni . 
lu kan sabar orangnya ? kata kawan wa ? kawan wa semua wa dah didik jadi orang orang yang reti erti sabar :)

Okeh episode seterusnya . 
dalam episode nih wa pegang dua watak . satu watak tu wa pegang dah tujuh tahun dah . satu watak lagi wa pegang lima tahun . lama kan ? wa tahu , wa akan pegang dua dua watak tu sehingga habis hayat wa . tapi wa tak kisah . wa tahu , semua yang berlaku ada hikmah . dan kalau kita tengok dalam tv mostly cerita mesti nak sedih sedih masa awal pastu last last tu happy ending . wa pun harap story line wa macam tu jugak . AMIN .

Kalau lah wa cerita semua episode kat sini , matahari timbul pastu tenggelam , timbul balik dan tenggelam selama seribu tahun pun tak habis episode episode wa berlakon nih . 
nahh hebat bukan ? 
ahmad idham kalau tahu lah bakat bakat terpendam aku ni , mahu nya dicari aku dalam setiap filem filem beliau nihh . nanti bagi I berlakon dengan aaron aziz pulak eh ? tak dapat aaron , bagi shaheizy sam pon jadilah -.-

Dengar baik baik ohoii berita harian ni wa cakap sama lu . wa KICIWA lah dengan lu . wa tak kira . tahun depan lu kena jugak bagi wa naik stage pegang itu trophy pelakon wanita popular 2013 . gunalah apa apa cara sekalipun . wa bagi setahun untuk lu buat tugasan ni . cukup kan masa ? kalau tahun depan lu talak langsaikan kerja wa kasi ni , wa kasi bako je semua surat surat khabar berita harian yang ada kat rumah gua . takpun wa buat alas nasi lemak atau pelapik punggung wa duduk . lu ada dengar ?

Monday 9 April 2012

Engkaulah awan itu yang ku mahu


hafiz awan nano
Hafiz - Awan Nano


Lihat ke arah sana
Serakan warna dan berarakan
Awan
Pabila terik panas
Segera hadirnya memayungi diri


Pabila kau dahaga
Sesegera turun hujan melimpahkan kasihnya
Pabila kau katakan
Akulah awan itu yang kau mahu


Begitulah awan nano
Setia melindungi diri
Tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu


Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu


Kasihnya
Kasih tiada banding
Setia tiada tara
Bagaimanapun jua


Awan kekasih sebenarmu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu


Lihat diriku ini
Yang sesekali pernah kau bagaikan awan
Sehingga tak mungkin terlupa
Berikan belas sedari dulu


Sehingga tak mungkin termampu saksi
Setitis pun air matamu kasihku
Sehingga kau katakan
Akulah awan itu yang kau rindu


Akulah awanmu yang sedia
Melindungi dirimu tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu


Akulah awanmu yang sering kau rindu
Dan tak terduga hadirmu walau tak tercapai jejarimu


Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu


Begitulah awan nano
Setia melindungi diri tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu


Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu


okay ni nak tanya . sapa perasan AWAN NANO and AWAN NINA ? put your hands up please ! 
KRIK KRIK KRIK ...
oh okay tak mengapa kalau tak perasan . kesilapan comel yang bisa dimaafkan . sebenarnya memang ada kaitan pun . ramai yang tanya , kenapa AWAN NINA ? *oh memang ramai sangat pun yang tanya -.-*

SATU , sebab aku pencinta awan :) 
sejauh mata memandang

kalaulah ada awan awan yang terbentuk comel depan aku , dan kau ada sebelah aku masa tu , aku boleh jamin kau akan rasa annoying gila dengan tebiat aku yang akan renung awan tu sampai macam boleh tembus awan tu lalu hujan pun mencurah curah ke bumi -.-

okay ni fakta . buktinya fasya dan cousin aku . bila aku snap snap gambar awan , mulalah bising dan buat muka . bukan banyak pun aku amik , setakat 15 keping tu apalah sangat -.-
sampaikan fasya cakap " Lina , nanti dah dapat anak , kalau dia laki , kasi nama Muhammad Awan kalau perempuan kasi nama Nur Awana " tengoklah dulu kalau ayah dia bagi eh :) 

ntah la . kalau aku tengok awan kan , aku rasa sejuk je perut . ceh , bajet macam aku mengandungkan awan tu nak sejuk sejuk perut -.- tapi betul lah . sejuk mata , sejuk hati . geram pun ada . rasa nak pinjam kapal terbang Wright Brothers pastu laju laju pergi kat awan tu dan lompat dari awan ke awan sampai lah awan awan tu semua dah bosan dengan tingkahlaku aku lalu wakilnya berkata " hey you , sepandai pandai kau melompat di atas kami , akhirnya jatuh ke tanah jua taw " imaginasi itu penting -..-

KEDUA , aku rasa lagu Awan Nano ni sedap . 
ddukbokki makanan korea
ddukbokki
ya, awan nano itu sesedap ddukbokki . sedap macam mana tu ? ntah aku pun taktau . aku main taram je cakap sedap sebab dah lama aku teringin nak makan mendalah ni . running man ngan family outing punya pasallah ni .

tak tak . aku merapu saja aduihh kamu ni . bagi aku lah kan , suara Hafiz ni sedap . ditambah pulak lirik lagu tu yang mana bila aku hayati satu satu , boleh buat aku senyum sorang sorang :)

tadi aku google maksud tersirat daripada lirik dia , dan ni yang aku jumpa .


Awan apabila memutih di langit, tak ramai yang menghargai akan kewujudannya. Hadirnya sekecil zarah nano yang halus. Kalau ada, adalah. Kalau tiada, tak mengapa. Hanya apabila terik mentari membakar pipi, ketika itulah kita tercari-cari lindungan redupnya. Hanya apabila mendung menyelubungi hari, ketika itulah kita ternanti-nanti kemunculan lingkaran peraknya.
Sayangilah mereka selama masih mereka di depan mata. Jangan tunggu sehingga awan nano merajuk membawa pergi hujan jauh dari bumi lantas membiarkan mentari membakar kulit.

WHOA . ten thumbs up lah aku kasi kat Budi Hekayat , penulis lirik Awan Nano ni . izinkan kite jadi anak didik awak boleh ? kite pon nak jadi sweet macam awak . kite pun nak tulis lirik ohsem ohsem macam ni jugak . nak kasi kat dia :)

eh japp , Awan apabila memutih di langit, tak ramai yang menghargai akan kewujudannya ?
oh noes . itu kalau tujukan kat orang lain memang boleh pakai . tapi kalau tujukan kat aku , memang aku taruk bawah tilam je sebab AKU SANGATLAH MENYEDARI KEWUJUDAN AWAN WALAU DI MANA SAHAJA SETIAP WAKTU DAN KETIKA SEKIAN TERIMA KASIH . 

okay dan sebab KETIGA , hurmm yang ni tak cerita boleh tak ? biar aku sorang je tawu boleh ? eleh , kalau cerita kat sini pun , aku sorang jugak je yang tawu -_- 
okaylah aku kasi hint sikit . sebabnya ada kaitan dengan kau di laman muka buku :)

mulai hari ini , sesungguhnya diri ini dah reti nak cover cover kat sini sebab adalah dua orang hamba Allah ni dah mintak mintak link blog ni . maka , tapis tapisan dan langkah berjaga jaga akan berkuat kuasa mulai hari ini ! 

eh dah tu kenapa NINA ? kenapa tak letak sejebon NANO ataupun nama sendiri LINA ? 
* again ramai sangat yang bertanyakan perkara ini * -.-

hurmm , aku pun ada akal kan ? takkan lah nak letak nama blog awan nano ? slalunya nama blog mestilah nak kena ada kecenderungan kepada isi isi blog kan ? dah kalau aku letak awan nano , semua entry entry kat sini mestilah nak kena tercenderung kepada cerita pasal adik beradik awan , atuk cucu moyang laki crush dia semua semua lah . contohnya nama blog kau www.gitar.blogspot.com . kau tak rasa ke orang yang bukak blog kau tu espect kau untuk cakap pasal gitar gitar ? kau tak rasa ke dia akan blah dari situ bila dia tengok entry entry kau semua penuh dengan rebana dan takde satu pun pasal gitar ? well , tu just pendapat aku lah kan . 

dahtu kenapa NINA instead of LINA ? okay ni aku nak tanya . AWAN NINA and AWAN LINA mana lagi sedap dan senang sebut ? mestilah AWAN NINA kan ? lagipun nina tu nama aku jugak . cousin aku Izzat panggil aku camtu . lagi satu , hurmm benda ni ada kaitan dengan kau jugak . kau mananya nak perasan . aku kan setakat awan nano je kat mata kau :(

oh ya , sebelum aku lupa , tahniah Hafiz atas kemenangan kau tadi sebagai Penyanyi Lelaki Popular dalam ABPBH . sengih je aku tengok kau naik stage tadi :)

awan bentuk love
engkaulah awan itu yang ku mahu <3

Sunday 8 April 2012

Assalamualaikum Cinta , Waalaikumussalam Rindu


Tengok jam . baru 12.30 am . too awal for me untuk masuk tidur . teringat petang tadi ada copy movies daripada cousin . TAPPP terus bukak laptop cari TUJUH PETALA CINTA . 
kalau ada 5 bintang , aku kasi 3 bintang . kira okaylah jugak cerita ni . berunsur islamik .  yang best pasal cerita ni , aku rasa the whole script boleh buat quotes . bagus betul script writer dia . setiap buah bicara  yang dilontarkan pelakon pelakon dia aku rasa sangat mendalam maksud dia .  okay ni haaa aku nak kasi sinopsip sikit pasal cerita TUJUH PETALA CINTA ni .


fizo omar shima anuar diana amir ariel zafrel tujuh petala cinta
yg pakai purdah tu aku la -.-


Cerita ni start dengan pertunangan antara Muhammad Hamka Ibni bin Syed Fadlan lakonan Fizo Omar dengan Siti Saidah lakonan Shima Anuar . lepas beberapa hari pertunangan tu , Hamka telah berangkat ke Yaman untuk menyambung pengajiannya di Universiti Dar Al Mustafa . 


satu hari tu sampailah sepucuk surat dari Hamka buat adiknya , Hilma Aqila lakonan Diana Amir mengatakan dia akan pulang . lalu Hilma pun ajaklah Saida pergi pekan sebab nak beli barang barang untuk sambut kepulangan Hamka nanti . dah habis beli barang kat pekan tu , depa pun balik la rumah . sampai sampai ja kat rumah , depa dengar berita kat tv kata ada letupan berlaku kat bandar raya Yaman yang meragut nyawa 18 orang . 16 orang dah jumpak tapi ada dua orang lagi tak jumpak termasuklah Hamka .


Kawan tu frust lah . siang malam jaa asyik nangis . dalam masa yang sama , Abi ngan Ummi cuba nak satukan Saida ngan Ahmad Fakaruddin Attar , lakonan Ariel Zafrel . 


Attar ni dulu penjenayah . satu hati tu masa dia kena kejar dengan polis , dia lari sembunyi dalam masjid . bila polis tanya Abi yang tengah zikir dalam masjid tu , Abi kata takde orang pun masuk masjid tu . lepas polis tu dah blah , Abi pun nasihatkan Attar supaya berubah . Attar pun menyesal dan bertaubat atas kesilapan lalu dia . lepas pada tu , Attar pun berubah jadi baik dan tinggal kat Madrasah Qal Bunsalin tu  .


Selalu la jugak  bila Attar ngan member member dia nak masuk rumah , mesti ada makanan ngan nota kat bawah pintu . Attar, Soleh ngan Luqman ni ingatkan Saida yang bagi . Soleh ngan Luqman pun pi lah cakap terima kasih kat Saida tanpa check dulu betul ke tak Saida yang masakkan makanan tu . 


waktu berlalu dan pintu hati Saida telah terbukak untuk Attar setelah setahun dia bersedih atas kehilangan Hamka .


tapi tiba tiba muncul pulak watak Nida . Nida ni dia dah susun rancangan nak perangkap Attar . maybe sebab dia nak balas dendam kat bekas suami dia yang jual dia kat bapak ayam kot . aku pun tak berapa nak sure sebab apa dia nak buat camtu kat Attar . Nida buat buat macam dia dah berzina dengan Attar . bila dah kena tangkap tu , Attar kena halau dari madrasah . Nida pun rasa bersalah kat Attar sebab Attar takde tempat tinggal dan saudara mara selain daripada kat madrasah tu . dia pun pergilah cerita hal sebenar kat orang kampung . malam tu jugak Soleh ngan Luqman pergi cari Attar . nasib baik jumpak , tu pun lepas Attar kena belasah teruk dengan Naufal , geng masa dia jadi penjenayah dulu .


nak dijadikan cerita , lepas Attar dah sembuh , dia pergilah jumpak Saidatul Nafisah dan pulangkan balik semua surat surat yang kononnya Saida bagi kat dia yang dihantar skali ngan makanan tu . pastu Saida buat muka heran . aku pun dah jadi double triple heran la kan kenapa yang dia buat muka terkejut camtu . kalau buat muka sedih tu relevan lah jugak kan . bila dia baca surat surat tu rupa rupanya semua surat tu datang daripada Hilma . makanan makanan tu pun . rupa rupanya Hilma ada hati dengan Attar . tapi dia sanggup lepaskan Attar demi Saida .


lepas daripada peristiwa tu , Nida bertaubat dan tinggal kat madrasah tu . pada hari Saida dan Attar nak disatukan , masa Attar baru nak shake hand dengan Abi , 
TIBA TIBA jeng jeng jeng !!! 


kalau nak tau , sila dapatkan TUJUH PETALA CINTA ini !
frust tak ? frust tak ? HAHA . 
sebenarnya part ni masa last last dah . saja tanok cerita . nak kasi saspen sikit . lagipun kalau aku cerita , nanti dah tak saspen la . nanti dah takde orang nak pergi tengok cerita ni . pastu macam mana industri perfileman negara nak laku kalau macam tu . KAN ? 
okayfoine kau cakap dengan siapa lina ? dan kau tulis ni untuk siapa lina ? okfoine -__-


dan sini jugak aku nak kongsi antara script script dia yang menarik yang aku duk gebang gebang sangat kat atas skali tuhh .

1. Setiap wanita mempunyai attar dalam hatinya – Saidatul Nafisah 
     
     2. Ya Allah , peluklah hati ini . di saat aku mulai rasa gelisah . dalam penantian penuh kesabaran ini . rindu ini      keranaMU Ya Ilahi . – Saidatul Nafisah
  
     3. Ilmu itu ibarat haiwan liar . dan tali pengikatnya ialah catatan . – Saidatul Nafisah

     4. Duhai bakal imamku . jangan biarkan hadirmu sekejap mata . dan jangan biarkan kebersamaan kita hanyalah sementara – Saidatul Nafisah
     
     5. Tuhan pernah berjanji . perempuan yang baik untuk lelaki yang baik . macam itu jugak sebaliknya . itukan janji Allah – Attar

     6.  Mana ada penjenayah masuk rumah Allah . yang masuk ke rumah Allah orang yang baik baik , orang yang mencari keredhaan Allah , orang yang menjunjung titah perintah Allah . orang yang masuk ke rumah Allah , orang yang mahu membersihkankan diri dan bertaubat kepada Allah nak . sesiapapun yang masuk ke rumah Allah ini dia sebenarnya adalah tetamu Allah nak –Abi

     7. Sebesar manapun dosa yang kita lakukan , sesungguhnya pengampunan Allah itu seluas langit yang tidak bertepi , seluas lautan yang tidak berpenghujung . dengar ya , kalaulah jalan semua telah tertutup untukmu , carilah jalan Allah . kerana jalan Allah itu seluas 7 petala langit , 7 petala bumi – Abi

     8.  Kau mendakap orang yang mendekatiMU ya Allah . kau sayang orang yang menyayangiMU ya Allah . kau sambut orang yang mendekatiMU ya Allah . terimalah aku menjadi hambaMU ya Allah - Attar
            
    9. Sebab itulah cinta bukanlah melemahkan , tapi menguatkan . cinta juga bukan menyedihkan , tapi menggembirakan kita – Hamka
  
    10.   Apa yang awak tahu tentang diri saya , tak lebih dari satu matan , satu perenggan dalam satu bab . awak tak rasa apa yang saya rasa – Saidatul Nafisah
   
     11.   Kenapa harus menolak untuk berjumpa kekasih abadi – Hilma

     12.   Manusia macam awak ni kalau dah berbau busuk , pakailah wangian banyak mana sekalipun , akan tetap berbau macam bangkai . sayang bukan ? perangai awak sikit pun tak macam nama awak – Saidatul Nafisah
   
     13.   Takkan ada lelaki di dunia ini yang mahu mengorbankan harga diri untuk menjadi suami kepada orang yang telah menolaknya – Abi

     14.   Attar , mungkin saya tidak seperti Saidatina Fatimah – Saidatul Nafisah . 
           aku bukan Saidina Ali – Attar

     15.   Izinkan saya menjadi jindera jiwa buat puteri Abi , Saidatul Nafisah – Attar

     16.   Telah Abi duga , malaikat pun akan tunduk malu dan bidadari akan terasa cemburu dengan kebesaran jiwamu , Attar – Abi

     17.   Kerana cintakan saudara , sahabat menafkahkan jiwa – Hilma

     18.   Di antara tujuh petala langit dan tujuh petala bumi ada tujuh petala cinta – Hamka

     19.   Wahai Engkau yang melumpuhkan hatiku . Tiada yang lebih baik daripada pilihan Tuhan . mungkin kebaikan itu bukan pada yang terpilih , tetapi pada jalan yang Kau pilih . semoga cinta ini bukanlah sebuah nasib . – Hamka


Aku ingat woo satu satu . susunan nombor tu siap ikut story line lagi . hebat tak aku ? hebat tak ? 
BOOOO !! 
padahal aku pasang cerita tu pastu bila datang part yang dia nak cakap ayat best tu , aku pun pause . 
sampai cousin aku pun dah tanya tak letih ke ulang cerita ni banyak banyak kali . HAHA . 


biarlah lah aku . asalkan ada benda nak buat . nanti aku pergi rempit kang ramai yang risaukan aku pulak :P 
tapi sebenarnya ni semua untuk KEPUASAN DIRI SENDIRI . 
dah nama pun diri sendiri , kau mana paham kan ? heh -.- 


oh btw aku paling suka ayat keempat  and second last :)
and and kalau perasan mostly datang daripada Saida kan ? 
jurr apalah kau . dah nama pun Saida main actor ;// 


ohh ya satu lagi . sapa perasan tajuk entry Assalamualaikum Cinta Waalaikumussalam Rindu ? 
ada tak ada tak ?
KRIK KRIK KRIK …
Okayfoine takde . takpe takpe . kalau sapa yang tengok cerita ni , tau la :)

p/s : semalam tengok cinta kura kura . tapi rasa macam malas nak cerita . sebab takde KEPUASAN DIRI SENDIRI kot ? cehh . 
dann lepas tengok cerita tu , setiap masa asyik nak sebut PENYU APAKK KAU !!