Twenty years from now you will be more disappointed by the things that you didn't do than by the ones you did do. So throw off the bowlines. Sail away from the safe harbor. Catch the trade winds in your sails. Explore. Dream. Discover.

Thursday 29 November 2012

Peristiwa Besar 10 Muharram

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

meskipun 10 Muharram sudah berlalu 5 hari, nak jugak share peristiwa besar yang berlaku pada 10 Muharram. mungkin daripada tak tahu, lepas baca entry ni terus macam, oh peristiwa ni berlaku 10 Muharram rupanya..... *terasa

ni aku kopipes dari blog kawan aku yang dikopipes juga dari wiki. agak agak wiki kopipes dari mana eh? -.-


- Hari pertama Allah menciptakan alam.
- Hari pertama Allah menurunkan rahmat.
- Hari pertama Allah menurunkan hujan.
- Allah menjadikan 'Arasy.
- Allah menjadikan Luh Mahfuz.
- Allah menjadikan Malaikat Jibril.
- Nabi Adam a.s. dicipta.
- Diampunkan dosa Nabi Adam a.s. setelah bertahun-tahun memohon keampunan kerana    

  melanggar larangan Allah.
- Nabi Idris a.s. diangkat darjatnya oleh Allah dan Malaikat Izrail membawanya ke langit.
- Diselamatkan Nabi Nuh a.s. dan pengikutnya dari banjir besar selama enam bulan dan  

  bahtera baginda selamat berlabuh di puncak pergunungan.
- Nabi Ibrahim a.s. dilahirkan di kawasan pedalaman dan terselamat dari buruan Raja Namrud.
- Nabi Ibrahim a.s. diselamatkan Allah dari api Raja Namrud.
- Nabi Yusuf a.s. dibebaskan dari penjara setelah meringkuk di dalamnya selama tujuh tahun.
- Nabi Yaakub a.s. telah sembuh buta matanya ketika kepulangan anaknya Yusuf di hari 

  tersebut.
- Nabi Ayub a.s. disembuhkan dari penyakitnya.
- Nabi Musa a.s. telah diselamatkan daripada tentera Firaun dan berlakunya kejadian 

  terbelahnya Laut Merah.
- Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s..
- Nabi Yunus a.s. selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40  

  hari 40 malam.
- Kesalahan Nabi Daud a.s. diampuni Allah.
- Nabi Sulaiman a.s. dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
- Nabi Isa a.s. diangkat ke syurga ketika diburu oleh tentera Rom untuk menyalib baginda.
- Saidina Hussein ibni Ali telah syahid akibat dibunuh dengan kejam di Karbala oleh kaum 

  Syiah Kufah, dan  mereka kemudiannya memfitnah Khalifah Yazid ra dari Bani Umaiyah 
  membunuh Saiyiduna Hussain ra. Fitnah ini digembar gemburkan oleh kaum Syiah, dan 
  mereka mengelirukan umat manusia dengan menyambut hari Asyura dengan 'pesta 
  menyakiti diri' konon sebagai tanda kesal diatas kewafatan Saiyiduna Hussain ra.

walau sesiapapun anda, kalau apa yang aku nyatakan atas ni ada yang salah, TOLONG TEGUR! 

tambahan satu lagi peristiwa besar yang berlaku pada 10 Muharram 1414 ialah lahirnya seorang bayi sulung kepada pasangan Nordin bin Ahmad dan Nik Rasidah bt Ali. bayi yang comels itu diberi nama Siti Nurlina bt Nordin (^_^)

aku pun sebenarnya baru tahu birthdate aku ikut tahun hijrah bila check kat SINI.

masyaAllah, rasa bertuah teramat bila diberi tumpang lahir pada tarikh ni. Alhamdulilah.

maka Lina ini dah berusia 20 tahun 5 hari. dah boleh dah tu nak berubah sikit sikit Lina oiiii.

p/s: Kita kayuh slow slow :D

Saturday 24 November 2012

Resepi Jagung Rebus & Tips Menyedapkannya

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

di musim winter ini, sedap jugak ye kiranya makan jagung rebus.

JAGUNG REBUS?

bunyi rebus di situ nampak macam simple.
nampak macam amik air letak jagung.
rebus.
siap.

duhai adik kakok abe weh,
tahukah anda bahawa bukan semua jagung adalah semulajadi manis?
maka, dengan murah hatinya saya ingin mengongsikan tips mendapatkan jagung rebus yang lebih manis, berkilat dan sedap.

Bahan - bahan :
jagung opkos
air (dalam kuantiti yang akan meneggelamkan jagung)
garam
gula
marjerin
susu pekat manis

Cara - cara :
1. jagung dibuang kulit tebal di luar. tinggalkan kulit nipis di dalam.
2. masukkan jagung dan air ke dalam periuk. bukak api yang kuat.
3. masukkan garam dan gula secukup rasa. nak masin lebihkan garam. nak kencing manis, lebihkan gula.
5. biar selama 25 minit dan kemudian angkat.
6. sapu marjerin dan susu pekat manis ke batang jagung.
7. jikalau terlebih rajin, boleh asingkan jagung dari batangnya dan gaul bersama marjerin dan susu pekat. (rasanya SOHIH sama macam makan direct dari batang percayalahh)


siapa perasan tertinggal no. 4 meh nak sep sep bom bom sikit meh!


Tips :
1. bulu dan janggut jagung jangan disepahkan keliling rumah. tak pasal pasal kena bebel kangg guwa tak tanggung. menurut blog NI, bulu dan janggut jagung boleh direbus. ianya baik untuk urination, orang yang mengalami masalah kencing kotor / kencing tak lawas, kencing berdarah, darah tinggi dan kencing manis.

2. kata orang orang tua, gula dan garam JANGAN diletak di awal rebusan. tunggu sehingga jagung hampir empuk baru dimasukkan. hal ini bagi mengelakkan isinya bertambah liat. kang tengah makan jagung ada yang  tertinggal gigi di batang jagung ni.

3. JANGAN rebus lama sangat. kok mawu main farm ville pasanglah alarm ke hape ke. kalau overcooked, ini boleh mengakibatkan jagung berkedut. terus hilang seri. terus rasa macam terbeli jagung tua. terus tak berselera makan. terus sedih. terus mintak crush pujuk. argh melalut pula.

4. garam yang ditambah memberikan rasa lemak lemak masin. gula pula......... aduih manis la, takkan pahit pulok. tu pun nak kena cakap ke eiii. marjerin pula bertujuan memberi kilatan pada jagung selain menambah rasa lemak lemak manis.


HASILNYA?


*
*
*
*
*
*
*
*
*



Sunday 18 November 2012

Ikan Bakar?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

kala sang mata menatap pada gorengan kata kata di hadapan ini, sudah beralas juakah perutmu?
nahh jika belum, silalah mendapatkan apa apa jua yang bisa menembusi tekak sambil teringatkan apalah yang saudara kita kat Palestin sana tu makan agaknya kann?

bagi yang memang hati kering tak makan saman, tengok ikan bakar gaya macam kucing tengok daun kering, dipersilakan meneruskan layaran mata anda pada papan ini.

ini cerita aku.....



'Mak, harini nak makan ikan bakar boleh?'

'Haa, pi lah cari sabut kelapa. lepaih tu pi petik pucuk beluntaih'

'Yayyyy!'.


lepas tu kemain happy nau cepat cepat pi rumah sebelah mintak sabut kelapa.
apa barang bakar atas dapur gas der.
kipas sendiri pakai tangan baru rasa berbaloi baloi makan ikan bakar tersebut iteww.
alang alang gaul ayaiq asam biaq sampai belemoih kata orang kampung aku.

pucuk beluntas pulak untuk dibuat ulam makan dengan ikan bakar.




itu cerita guwa 5-12 tahun lepas lah.
ketika rumah depan laut.
ketika aku masih kanak kanak.
ketika ..............................................................................

argh sebak pulak ingat balik kisah lama.

tapi itulah.
dari kecik suka ikan bakar, sampailah dah besar panjang ni haaa.
mungkin sampai mati.

biarlah nampak lekeh, nampak sakai cerita aku ni.
tapi hanya hati yang tahu betapa aku rindu saat tu lagi.
tapi hati ini tidak sesekali mengharapkan masa berundur,
kerana ........................................................................

SIAPA NAK AMIK UPSR PMR SPM ASASI 2 KALI DERRR??
guwa tak sanggup  -___________________-

 p/s: niat hamba pada awal cerita mahu melampiaskan segala keasyikan nafsu membara bergelojak membuak buak lantas dihambat rasa nan terliur pada ikan bakar. tapi te-insert nada lain pula. apa apa pun, #PrayForGaza!

Saturday 10 November 2012

Midsem holiday ~ 10 hari.

ya, aku cuti 10 hari.
eh jeles?
nanti dulu.
ni dah campur cuti raya haji + midsem holiday = 10 hari JE.

tapi saya tak mengeluh, sebab ada orang tu cuti 2 hari je, nanti bulan 1 saya cuti sebulan pun beliau tak cuti lansung.
saya kesian untuk beliau.
heh.

so daripada aku terperam 10 hari berbudu di dalam bilik sahaja, baik aku explore tanah Borneo ni kan.
maka, aku pun berenam jam di dalam bas menuju ke Kota Kinabalu keseorangan.
eh aku ni kalau hati dah nekad, apa saja pun sanggup!
wahahaha prottt wahahaha protttt wahahaha protttt *gelak sambil kentut*

ni nak tunjuk gambar lening sabar sabar!
haih malu sebenarnya nak tunjuk muka kat sini.
biasalah, remaja sedang membesar kan hormon tak menentu asyik nak meracau je.
apa apa jelah.



pasar filipina philippines gelang permata accessories perempuan T shirt earrings keychain gift

Pasar Filipina. 
bergelegak hati nak jejak tempat ni. 
asal jejak pun, terus berbuih mata aku. 
ada dalam lebih 30 kedai yang jual pearl yang sama, baju yang sama, accessories yang sama!
disebabkan juling, pulanglah saya ke rumah dengan dua baju untuk adik adik, 
untuk aku lansung tak beli apa apa.
sekian terima kasih.
eh tetapi hati ingin pergi lagi. mahu! mahu! mahu!




perempuan berehat bawah pokok sinsuran kota kinabalu sabah

di bawah pohon redup kami bercekerama, berasmara, berehat. nampak tak belakang tu ada kedai accessories lagi nampak takkkk? Sinsuran, Kota Kinabalu, Sabah.




perempuan dukung kanak kanak jeti laut sipitang sabah

Raya Haji yang kedua kami balik Sipitang, kampung pakcik aku.
lepas makan sampai boyotnya perut, haruslah mencari initiatif bagi meratakan mereka semula, atas nama perempuan.
LOL.

kebetulan hotel makcik aku tu depan laut, hoih apa tunggu lagi ayuhlah ke sana segera!
hamba pencinta laut tahu?

agak agak jual gambar ni di hospital dapat 5 days MC takk?
(hang tak paham sudahh)



samsung galaxy s3 the magellan sutera resort royal institution of surveyors malaysia rism

malam keberapa ntah makcik belanja dinner kat The Magellen Sutera Resort. nak sambut anniversary Royal Institution of Surveyors Malaysia (RISM). masa cabutan bertuah tu, no KAMI naik. hadiahnya? 
*rujuk gambar atas*




masjid negeri sabah cantik

Masjid Negeri. serious lawa. serious.




masjid terapung kota kinabalu sabah

Masjid Terapung. masa aku lalu tu nampak ada orang tengah main canoe keliling masjid tu.
nampak macam pelik sikit ah.
cuba kau bayang kalau betul la kat situ memang dibuka untuk ber-canoe, macam pelik kuasa namplohnam tak kalau orang gi situ hanya untuk main canoe?
pelik tak pelik tak?
nak paksa jugak semorang cakap pelik!





Perdana Park. masa ni tengah tunggu pukul 9 sebab masa tu air pancut akan keluar.
ramai jugak la orang walaupun bukan hari minggu.
yang bestnya, masuk adalah percuma.
benda free beb sape taknak.
tak silap aku hari hari bukak. eh ntah.
tapi dia memang ada fixed time bila air tu akan dipancutkan (baca dalam nada tak pelik)




perdana park kota kinabalu sabah


yay, air yang ditunggu menjelma sudah!
eh siapa kata air tu keluar steady selamber badak macam tu je?
bukan bukan.
air tu bergerak ikut lagu yang dipasang.
rentak dan lenggok pun memang ikut genre lagu.
keluar lagu rancak, macam jantan kauu menari.
yang paling aku tak tahan bila keluar ragu romantik ala ala P.Ramlee tiup saxophone je, air tu pun menari dengan lemah gemalai. daripada jantan nahh terus jadi pondan tak cukup kasih sayang.
terbahak bahak aku gelak sampai orang  lain dah pandang pandang.
maap ler i jakun.
P.Ramlee ada tiup saxophone eh?
upppsss ahhh owyeahh.




perdana park kota kinabalu sabah

warna air pun menari jugak haa haaa.
woih aku mentipu saja.
yang bertukar warna lampu. warna air tetap macam air paip rumah aku.

eh tu jelah.
thanks sudi baca :)

p/s: siapa perasan kat header ANTARA SORAK DAN AIR MATA? tapi semua entry ANTARA SORAK DAN SORAK je.
habis AIR MATA mana?
air mata dah habis.


Wednesday 7 November 2012

Exam oh Exam~

wo de mingzi jiao Lina.
wo laizi Kelantan.
wo jinnian shi jiu sui le.

wo jia you wu liu kou ren.
ba ba,
ma ma,
liang ge didi,
he wo.

duibuqi ~ mei guanxi!
xiexie ~ buyong xie!

MasyaAllah sebenarnya salah nih aku tulis nih.
stroke ke lauttt.
sepatutnya pinyin wajib ada stroke tapi malas aku nak buat semua tu.
habis tu motipp entry nih?
ntah.
HAHA.

cukup lah melagho sini.
tu belum twitter.
belum facebook.
belum tumblr.
eh tumblr?
kbai.

tadi exam Mandarin.
esok Plant Nutrition pula.
semoga sempat habis baca SEMUA!
semoga dipermudahkan AMIN :')

Tuesday 6 November 2012

Rindu Ini.

menganyam sejuta rindu di tengah lautan insan,
mereka lihat, 
mereka dengar,
kurang mengerti.

sekelumit rasa menjengah tanpa bersapa,
memecah tembok yang teguh berkurun lama,
diraba juraian jernih tanpa warna,
menambah suci lagi.



suara itu,
mana mungkin pernah terlintas jemu,
serak namun jelas di halwa telinga,
sejak bukan sejengkal menjadi penghubung.

patahnya dahan bergayut,
menghimpun keserasian rasa,
akur dalam doa,
rebahku dalam rindu ini.

dimohon ketabahan buat mereka,
 mampunya motivasi dijulang sendiri diharap,
betapa dahaganya kami jiwa penyabar,
semuanya pasti akan terbalas.

sungguh, 
sungguh, aku rindu.

Sunday 4 November 2012

'bosan suda aku sama cewek'

Assalamualaikum, salam sayang ditaburkan khas dari Bumi di Bawah Bayu. ececeh.

Alhamdulilah sampai pun aku ke Sandakan Darul Kelapa Sawit. aher aher aher.

10 hari cuti. tak bermanfaat di mata orang. bermanfaat di mata aku. pedulik hape mata orang kan?
mana orang nampak tak bermanfaat. lecture notes setakat sentuh, papercraft berapa je siap janji nak habiskan 21 hero puihh janji kosong.

yang pasal cuti tu nanti lah entry lain. tu pun kalau rajin. tu pun kalau line reti mengelak dari tersepit celah kelapa sawit luls.

ni nak cerita pasal BAS.

hye Budak Kelantan Puncak Alam, kenal saya kan kan kan?
hiks.

asal naik je bas, tak kisah la bas apa, dari mana hendak ke mana, kalau aku naik sensorang,
aku yakin 90% lelaki akan duduk sebelah aku.
dari duluuuuuuuuu sampailah sekarang #Fakta <------ eceh buat style twitter pulok.

daya penarik diri anda mungkin. heh.

dah macam macam jenis lelaki aku lalui (baca macam ayat ni tak pelik)

yang tua :(
yang muda :)  <----- tak payah nak smiley sangat lah -.-
yang suka masuk space seat aku. mencik mencik.
yang bau sangat "WANGI". memang kena duduk sebelah dia 5 minit je pun memang. rasa nak hadiahkan tiket percutian ke spa je huh. (baca ayat ni bukan macam kutuk. takda niat begitu pun)
yang sombong aku offer roti sampai hati dia tolak dem dem. (ingat ingat balik, jatuh maruah aku pelawaan ditolak seorang lelaki. budak palam pulak tu. cisss)

ceritanya tadi,
sebelah aku lelaki jugak!
haa haa mamat nih nasib baik kurus.
takdalah aku terpaksa mengecilkan diri yang sememang kecil nak membesar ni.

yang buatkan beliau in a million nya, pabila beliau memakai shades (kang gua sebut reben sorang je yang paham heh). dua jam pakai. sejam bukak. dua jam pakai. sejam bukak. sampailah tiba ke destinasi.
eh eh dah la sembang dengan member dia kat depan 'bosan suda aku sama cewek' LULS.


tapi en en, malu pulak itew terlentok di bahu awok #double face palm
tapi lebih banyak kali lagi aku terlentok ke dinding. terhantuk to be specific.
gedegang! gedegang! gedegang! sakit woii.
tapi tetap nak membuta sampailah tiba ke Sandakan. nyenyenye.

p/s: tajuknya begitu sebab sepanjang hari aku suka sebut ayat tuh sampai senior dah bosan dengar HAHA.