Twenty years from now you will be more disappointed by the things that you didn't do than by the ones you did do. So throw off the bowlines. Sail away from the safe harbor. Catch the trade winds in your sails. Explore. Dream. Discover.

Saturday, 24 March 2012

gabung jadi satu

23 MARCH 2012 .

semua rasa gabung jadi satu . happy + sedih + rindu + terharu + excited . agak agak kalau boleh test ngan lidah , rasa apa eh ? ohh Mr Hati aku bisik tadi " MANIS " . 
goodjob Mr Hati . kau memang organ  paling cekap-lincah-aktif-ohsem-sampaikan-kat-situlah-kau-nak-simpan-semua-benda-kan kat tubuh badan aku ni . tadi paper last sepanjang asasi ; CTU . 


tengah jawab tu sempat lagi kau Mr Hati pikir benda lain . kalau setakat pikir saja takpe . ni haa yang kau pegi degup cepat cepat tu pehall ? kau buat aku bergelut gelut ngan perasaan sendiri tau tak ? cuma aku tak bangun pastu golek golek dari belakang ke depan , depan ke belakang balik sampai habis exam . *okayy aku mengarut . 


ni haa nak cerita apa sebab my Mr Hati tu buat hal masa kat exam hall tadi XD


#happy
harini hampa bulih nak panggil aku EX ; ex-palamian :) mana tak happy baq hang ! dua sem aku kat sini perghh hidup tunggang langgang . yang kiri ke kanan , kanan ke kiri , atas ke bawah , depan ke belakang . HAIHH . 


bangun pagi  5.30 am  6.30 am . solat subuh , tido balik ,  7.40 bangun ,  mandi , 8.15 turun pegi fakulti . pungpangpungpang belajar-yang-tak-berapa-nak-belajar , 6.30 petang balik . malam study , 2 am masuk tidur dan kau pusing pusing macam tu lah hari hari sampai genaplah 10 bulan iaitu hari ini ! dan itu bermakna aku akan beronggeng ronggeng sakan sampai lah september says hye lina jumm masuk degree jumm !!
selagi dia tak panggil , HEAVEN hoii hidup .


#sedih
kalau nak tau , penghuni R5608 UiTM Puncak Alam 93' ni 7/8 asal MRSM Kuantan . so, memang masa hari first kami kat sini takdelah macam penghuni rumah lain yang macam kena hai, nama saya peah saya asal indonesia blablablabla tu kan . memang kami dah dua tahun kenal masing2 . cuma ada sorang bilik D datag dari machang . sorang tu jelah nak kena kenalkan diri pun XD . 


maktab 2 tahun + asasi 1 tahun jadilah 3 tahun kami bersama . bila berpisah camni , mestilah rasa sedih sangat . mula mula aku macam takmau rasa sedih pun sebab aku macam pikir okay nanti boleh jumpa lagi kat kelantan memandangkan kami semua cek mek klate . 


pastu tadi bila baca ucapan yang roomate aku , Tikah bagi kat aku , zapppp ! air mata turun laju laju . 


" walau apapun cabaran atau masalah yang datang , sabar dan tabahkan hati . ingat ! Allah pasti ada sebab untuk bagi cabaran kerana dia tahu kita boleh atasinya :- jangan sebab terlalu banyak masalah , kita jadi lemah . berdoa kat Allah sokmo . pengalaman mengajar kita ". 


mungkin sebelum ni dia tau aku ada masalah tapi dia tak berani nak tegur kot . aku pun tak sangka dia nak cakap macam ni kat aku . sebab aku macam segan nak cerita kat dia masalah aku . tak sangka pulak dia perasan apa yang berlaku kat roomate dia sorang ni . thanks Tikah :) 

E9 Asasi Sains UiTM Puncak Alam 93' . 
yang ni memang buat aku sedih macam apa lagi . sebab negeri lain2 . taktau lepas ni boleh jumpa ke tak lagi . dulu masa sem 1 , takde la sangka boleh rapat macam sem 2 ni . 


semusim bersama , seabad terasa :) 
betul kata Dinie . aku sokong 200 percent . walaupun 1 tahun je kat sini , aku dapat rasa bond yang terbina tu sangat kuat . pakailah pisau paling tajam atas dunia ni ke , gunting paling gedabak atas alam semesta ni ke , takkan putus punya bond tu . tapi taktau lah kat hati orang lain . kalau kat hati aku , insyaAllah TAK . 


rasa macam baru semalam aku jejak palam and say hye nama saya blablablabla . saya asal penang tapi sekarang duk kelantan and yadha yadha yadha . *ohh teringat Puan Rozana
terasa macam baru semalam aku masuk first lab bio *kat sini punya kenangan indah yang tak mungkin akan aku lupa .
terasa macam baru semalam makan kat pendeta . 
terasa macam baru semalam iftar ngan karok kat Ayam Penyet Best Giant ngan pusat karok Giant . 
terasa macam baru semalam pergi noche de amor . 
terasa macam baru semalam pergi janda baik . 
terasa macam baru semalam pergi belakang FF6 untuk projek ecology bio .  
terasa macam baru semalam buat majlis baca yassin , truth or dare ngan mintak maaf . 


dan harini dah terpaksa berpisah . SAD . SO SAD . Ya Allah , aku berharap sangat aku dapat jumpak depa ni lagi . Amin .

#rindu
bila sebut pasal rindu, bunyi macam dah 10 , 20 tahun tak jumpa kan ? 
hakikatnya jasad ini masih bertapak di palam ! 
tapi dah start nak rindu rindu . 


rindu nak bangun lambat pastu terkejar kejar nak pegi class , rindu nak bangun lambat jugak bila class start lambat ataupun cancel . tambah2 bila class bel yg cancel . tambah pulak haritu hari jumaat . ohh heaven . jumaat dah la dua class je ada . rasa macam nak joget sepanjang hari kalau class bel cancel HAHA . 


rindu nak gelak gossip sakat ngan clah ,syer ngan mesa . keji betul HAHA . 
rindu nak makan nasi ayam makcik bawah FF2 ngan makcik purple kat FSK 1 5 . 
rindu nak dengar member2 class buat lawak .
rindu sir megat dengan perghh nya , miss julie ngan ayamnya , madam tong dengan u need to think nya . RINDU haihh


*untuk terharu ngan excited , tangguh ke next entry ya ! 



E9
inilah E9 yang ohsem itu . sayang mereka <3







No comments: