Twenty years from now you will be more disappointed by the things that you didn't do than by the ones you did do. So throw off the bowlines. Sail away from the safe harbor. Catch the trade winds in your sails. Explore. Dream. Discover.

Friday 8 February 2013

Kenapa harga dan keberkesanan hanya 99?


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pernah tengok tak iklan produk kecantikan atau ikut lah produk baja tahi ayam sekalipun, dia nanti cakap, “DIJAMIN BERKESAN 99 PERATUS!”

Tipulah kalau tak pernah tengok kan. 
Sebab kalau boleh semua jenama pun nak beriya berkempen berkesan 99% tu.
Kau pernah terfikir tak kenapa bukan 100%? 
Ala lagi satu nombor je nak kena tambah. 
Apahal la kau kedekut sangat nombor weii. Haktuihpuih *lap balik*

Macam poyo je kan sikit sikit 99. Sikit sikit 99. 100 kang jeles tak pasal lah sebab dia lagi tinggi, tapi market takda. Sad life is sad, katanya.

Wait.
Mari kita ambil satu jenis produk kecantikan rambut. 
Contohlah syampoo anti-kelemumur. 

Bayangkan ni, dia berkempen, “BERKESAN 100%”. 
Kau pakai sekali je pastu terus lesap kelemumur kat kepalahotak kau 100%. Rasa rasa bulan depan kau beli lagi ke tak syampoo tu? Memang tak arr kan sebab rambut kau dah takda pun kelemumur. Aku mampu keluar rumah dengan daya keyakinan yang unggul *flips hair*

Kalau sekali pakai pastu dah takda orang nak beli, kang bankrupt lah kan syarikat tu.

Tahukah anda, jika benar sekalipun syampoo itu dapat menghapuskan 99% kelemumur pada waktu itu, 1 percent yang tinggal di kepala kamu itu agak agak apa jadi? Kelemumur adalah sejenis kulat yang mampu merebak. 1% akan bertukar menjadi 100% kelemumur dalam sekelip mata sahaja. Maka, kaya lah syarikat itu yang tak pernah putus putus orang membeli produk mereka kahkahkahkahakah eden kayo!! 





Beralih kepada harga pula, pernah kan anda tengok harga sesuatu barang tu berakhir dengan 99 cent. jangan marah saya jika saya katakan ini semua ada agenda tersembunyi. Mari kita hayati teori yang akan saya bentangkan. Cececeh.

Contohnya barang X berharga RM3.99. bagi yang prihatin, ya mungkin mereka akan perasan harganya adalah RM4 (setelah diburdarkan). 
Bagi mereka yang tengok-harga-depan-terus-masuk-troli  tu, memang diorang takkan perasan punya. Pastu bila member ke , sanak saudara ke, ex bf ke tanya, 

‘Eh Joyah, X tu berapa harga dia eh? Macam gojes je aku tengok muka ngko lepas pakai produk tu. minggu lepas aku datang muka kau berpasir lagi’  

Katanya Joyah, ‘oh X ni 3 riyar lebih jah abe dio wehh.’

Banyaklah kau punya 3 ringgit lebih Joyah oii.
RM3.10 pun 3 ringgit lebih jugak.

Walaupun bezanya macam tak ketara, kalau masuk bab bab harga barang macam ni ramai yang tak boleh compromi. Kedai A jual barang sama kualiti sama dengan harga RM3.50. kedai B RM4. Sejujurnya aku pergi akan kedai A weh tak tipu!

Ketiga, pernah masuk laman web dan tetiba popped out something lebih kurang gini, “CONGRATULATION! YOU ARE THE 999999TH VISITOR! CLICK HERE”.

Banyaklah kau punya 999999th. Aku masuk tahun depan karang pun 999999th lagi.
Kenapa? Mengapa?

Kerana nak menonjolkan sesuatu iklan tersebut. Konon nak nampak unik, rare dan outstanding.
apa apa jelah jemah.

itu saja kot? 
bye!

No comments: