Twenty years from now you will be more disappointed by the things that you didn't do than by the ones you did do. So throw off the bowlines. Sail away from the safe harbor. Catch the trade winds in your sails. Explore. Dream. Discover.

Friday, 20 July 2012

Salam Ramadhan

kita straight to the point tanpa perlu membungakan pendahuluan yang mana kalau mengarut berjela tanpa ada maksud pun tak guna jugak kan?
ouh dah sejak bila aku reti guna pendahuluan untuk start entry?
bukan selama ni main aci redah tak sempat bilang sampai sepuluh haaa dah jumpa pun isi tersirat!


ouh ouh lupakan segalanya di atas ayuh celikkan mata seluas alam.
tutup mata zahir tak mengapa tapi sudikan buka mata hati.

boleh?


hahaha sebenarnya nak cakap,
esok 1 Ramadhan.



so?

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN DAN SELAMAT BERPUASA!


Tulis apa benda yang kita paling nak cuba buat dalam bulan Ramadhan, berusaha untuk istiqamah!.. Tak mampu buat semua, jangan tinggal semua... semoga Allah mempermudahkan segala urusan kita..Semoga dengan kehadiran Ramadhan pada kali ini, menjadikan kita semakin akrab dengan Pencipta kita.. Amin!


begitulah hendaknya buah nasihat daripada sepupu tercinta aku yang sorang tu.
AMIN.

bytheway, hari ini hati aku senang sebab aku tahu di belakang aku ada yang menyokong.
tak ubah seperti terasa nikmatnya minum air milo ais ketika cuaca panas terik. eh?

dan dan aku dah melaksanakan salah satu tanggunggjawab aku dengan satu rasa yang macam errr...
kira puas hati lah!

haa satu lagi aku saja nak kamu orang tahu, esok aku akan mencipta satu rekod baru..
iaitu berpuasa sambil bekerja!
kali pertama tahu! 
masuk empat petang sampai dua pagi.

dan begitulah setiap hari sampai aku berhenti kerja hujung bulan ini.

psttttt kau masih tersisa di hati aku, so acano nih?

Wednesday, 18 July 2012

dah nak sangat tau kan?

wei, sorry ah aku tak layan segala persoalan 'Lina, kau dapat mana?'

okay sekarang aku cakap.
HORTIKULTUR DAN LANDSKAP DI UNIVERSITI MALAYSIA SABAH!

dah, puas hati?

kau jangan tanya aku hortikultur tu menatang apa.
nanti kau jugak yang rasa nak lempang aku kalau aku tanya kau balik hortikultur tu menatang apa.


Friday, 13 July 2012

:'(

ya, memang pun kalau member mintak nasihat, aku sedia ada ikhlas pujuk dan bagi kata semangat.
aku kasi ayat motivasi sikit, selit keislaman sikit, ceramah berbakul bakul.

cakap memang senang kan?

bilamana datang pada diri sendiri,
gagal.

hati memang dah tak boleh dirayu lagi.
kata lah apa sekalipun, aku tetap dengan rasa yang satu ni.

SEDIH.

Tuesday, 10 July 2012

hormon yang dipanggil adrenaline

kalau kau nak tahu,
akan ada satu masa aku akan rasa macam nak buat sesuatu.
sesuatu yang jarang kaum yang pelengkap tulang rusuk adam akan rasa macam apa aku rasa.
jarang.

kau tahu apa?

hmm bagaimana harus aku katakan.
kau orang semua tak akan mengerti.
sesuatu tu sesuatu yang agak kasar di mata orang.
tak tahu lah alien rasa benda tu kasar jugak ke tak ._.

dia ni macam err...
okay aku kasi contoh.

macam,
panjat pokok tinggi tinggi sampai rasa letih pastu dah takde tenaga nak turun pastu jemput si abang spiderman datang menyelamatkan.
masuk helikopter pergi pada ketinggian yang mampu mengundang muntah lalu terjun sambil menyebut nama musuh sekuat kuat hati sampai hilang suara,
masuk hutan tebal seminggu pastu buat khemah masak semua dalam tu dan bila stok makanan habis mula minum air di celahan daun dan makan buah buahan hutan dan segala mak nenek akar kayu.

dan jangan terkejut kalau aku kata nak cuba buat rumah,
angkut bata bata macam pekerja indon buat tu.
gaul simen dengan pasir guna tangan sendiri, buat syiling, cat rumah bagai.
buatlah aku dengan tekunnya sampai lah satu ketika baru aku teringat,
'oh rupanya nama aku Siti Nurlina Bt Nordin'

banyak lagi ah kerja kasar yang kalau aku cakap pun bukan aku dapat buat jugak kan?

ntah la.
jiwa aku nak semua tu.

kau orang boleh cerna tak apa yang aku cuba sampaikan ni?

sesungguhnya adrenaline terlalu mengasak di dalam salur darah menjadikan aku rasa nak buat buat kerja kasar macam ni.
sebab aku rasa benda macam ni boleh buat segala perasaan gundah gulana bertempiaran lari dari sang tubuh aku ni.

obvious tak yang macam aku ni cuba nak lari dari masalah?

TAK.

kau jangan kata macam tu.
kau jangan tak tahu.
ni bukan lari.
ni caranya melupakan seketika segala danak lumpur yang tenggelam di lubuk jiwa.
paham?

p/s : AKU BUKAN TOMBOY.

oh baru tau

oh okay baru tau result upu keluar jumaat ni.
oh okay i hate this feeling.
oh okay.

bilamana aku kata,
'isk takutnya.'
'isk aku ni dapat ke tak course yang aku nak'

tak kan tak ada yang akan kata,
'rezeki Allah dah atur Lina. tak payah risau lah'
'kalau ada rezeki dapat lah tu'


OKAY.AKU.AKAN.TERIMA.APA.SAHAJA.KEMUNGKINAN.YANG.AKAN.BERLAKU.

ya, apa sahaja.

sebab,

memang dah tak boleh nak buat apa apa dah.
kita tunggu, dan lihat jumaat ni.

sama sama sorak, sama sama joget, sama sama tadah baldi isi air jernih yang keluar dari tubir mata yang selama ini kontang tak berbasah lama (whatthetutt punya bahasa woii)
untuk forever alone macam aku, perkataan sama sama tu sila buang.
konon ada lah yang nak terpekik telolong sekali dengan aku kan lagaknya kalau aku tak dapat apa aku nak.

habis habis belanja aku breakfast kat mcd, lunch kat kfc, dinner kat pizza hut, supper kat starbuck.
eh?

haa weh sebelum tu aku nak tanya ni,
ada yang rindu aku eh bila aku lama tak tunjuk muka kat laman dunia yang tak berapa nak maya yang penuh dengan haktuihh nih?

bukan apa,
orang tua tua kata anak dara kena duduk rumah.
err..

Sunday, 1 July 2012

me turns 19

thanks kepada yang betul betul ingat.
thanks kepada yang wish selepas fb ingatkan awak.
thanks kepada yang ingat ingat ayam.

dan thanks kepada yang tak ingat lansung.
sebab orang macam kau buat aku sedar siapalah aku :'(

k gurau.
sebenarnya aku tak kisah pung. sebenarnyalah.
even aku pun bukan ingat sumorang punya birth date wkwkwkwkwk

dah 19 pun aku.
next year 20.
tok aku pun kahwin umur 15 tahun kekeke.
motip bagitau kat orang? HAHA!

haihh #sigh

banyak lagi tak reti ni!!

30 june juga menjadi saksi genaplah sebulan aku berkhidmat setia buat Puncak Mutiara Cafe.
banyak sudah ragam manusia dari seluruh pelosok Malaysia bahkan dunia (kau ingat foreigner tak makan nasi beriani paha kambing ke?!) yang dah aku jumpa.

rambut tak sama hitam, hati pun lain lain >_<

Bye June. you've been an amazing month. see you next year.
Hi July. happy to see you here. do me a favor and please be good to me. it's a Ramadhan month right?

soalan aku : wei kau cakap dengan siapa ouh Lina?