+
=
aku bukan tahap mengidam budu, tahap meroyan tenuk dah ni.
nasib tak collapse sambil mulut berbuih. LULS.
level meroyan tu sampai,
tadi masa tengah lepak lepak, aku cakap kat member aku,
'weh nanti kau balik rumah kan raya haji, tolong beli budu untuk aku'.
DIA- 'palotak hang. sejak bila TAWAU ada budu?'
(dia cakap dalam bahasa sabah dia ah)
-________________________-
tunggu semetar, ni ambo nok tanyo adik kakok nih, tahu ko dok bakpo budu sohor sangat ni?
(tiba tiba tercekek klate bila teringat budu)
1. kandungan budu memiliki Gluthaione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser.
2. berpotensi untuk melawan radikal bebas sehingga dapat menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif seperti aterosklerosis, koroner jantung, diabetes, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal.
3. budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab diare, penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi. Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna, diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain.
4. mampu mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit diare kronis akibat kurang zat pada tubuh.
5. mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diare kronis ini serta menyembuhkannya dalam waktu singkat.
6. dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya, kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron2 yang lemah.
7. bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab utama gejala flatulensi dan kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa.
8. Secara saintifik, budu merupakan penyumbang utama vitamin B12 yang dihasilkan oleh bakteria klebsiella pneumoniae dan Citrobacter frundiin – yang mana Vitamin B12 ini tidak dimiliki dari mana-mana sumber makanan laut, ikan-ikan dan daging-daging lain. Ianya perlu untuk pembentukan sel darah merah, di mana kekurangan vitaman ini mengakibatkan terjadinya penyakit anemia perisiosa (pucat), sakit perut dan berat badan menurun.
#kajian para ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika, Australia, New Zealand dan Jerman#
aku syak apek teguk sebotol budu sebelum turun padang. LULS.
3 comments:
kebetulan, esok pha is dah nk ke kelantan, sambung belajar kat hospital usm... boleh makan budu banyak2.. hehehe
haaa usm kubang kerian tu dekat ja dengan rumah. nanti boleh la singgah rumah makan budu haha.
takpun pi cari seniri budu cap ketereh. murah ja, seringgit sebotoi. mesti cuba!
anyway, all the best kat kelantan nanti! :')
thanks...
Post a Comment