Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Suara Latar : Kota Bharu - KL hanya 5 minit?
biar betik?
ya, BETUL!
Suara Latar : eh kenapa anda kata begitu?
na na na.
kisahnya begini.
tadi saya menaiki flight dari KB ke LCCT.
dalam tiket ya memang perjalanan mengambil masa sejam.
dan ya, perjalanan nya memang sejam pun.
eh sejam ke 5 minit ni? baik awak cakap betul betul. saya tumbuk kangg.
nanti dulu. baik awak peram tumbuk awak tu sampai berulat. tak pun buat tumbuk masak lemak. nampak gayanya, drama wajib bas dah merebak ke drama airbus pula.
heronya ialah pasti mana mana pokcik.
heroin pastilah aku.
pegang watak sampingan kang tak cukup lah gaji i nak tanggung you nanti. kekeke.
perjalanan terasa amat singkat kerana pokcik kat sebelah aku begitu ramah sekali.
tak lah terasa poreber elon sangat. oh abang sebenarnya. sebab umur dia 36. tapi muka baya dah 50 opsss. eh dia sendiri yang mengaku okayy.
abang ni ada company sendiri. dia datang kelantan sebab ada kerja kat hospital. katanya company dia membekalkan alat alat khas untuk pembedahan jantung. dan company tu adalah antara sebilangan kecil yang membekalkan alat alat untuk jantung ni. so dia kena ada dalam bilik bedah terbabit untuk make sure yang doktor pakai alat yang betul. LOL.
katanya lagi, agak kerap jugak dia datang kelantan. dalam sebulan ada 2 kali. dan dia jugak ada pi negeri negeri lain. bercerita mengenai keluarga, dia dah ada 5 orang anak weii! tak koser aku nak ngorat. bhahahaha. kadang aku ni pesen lagi stranger lagi lah best layan. tak perlu drama drama sebab nanti bukan jumpa dah pun. YES!
universal betul topik yang kami bincangkan.
nurse-sister-medical.
juru ukur bangunan.
politik!
facilities di kelantan, terengganu, penang.
tiket flight.
stewardess.
facebook.
anak.
uban LOL.
anak buah.
baja-foliar.
praktikal & teori.
student nowadays.
dan banyak laaagiiiiiiiii!
seminit pun mulut dan telinga aku ni tak rest tauuu.
buat gaya macam pakcik sendiri dah. eh abang. LOL.
sebab aku nampak dia ni jenis yang banyak experience, aku tanya laa cemana nak terjun masuk dalam sesuatu bidang tuu. dia cakap kita kena pandai cari peluang. takleh teori saja. kena praktikal sama. tapi kena sedar kemampuan diri lah. dah aku tak reti nak explain cemana pakcik abang tu cakap. tapi aku paham lah apa dia cakap. tak tau you olls paham ke idok.
bila ditanya apa nama company dia, beratus alasan diberi. bila diminta business card berdalih sana sini. kau tipu aku ke ni pokcik? nahh terus aku panggil pokcik. dalam hati jelah.
Suara Latar : motip entry nih?
hye pokcik pokcik yang baik di luar sana, kalau jumpa saya, jom buat drama?