Twenty years from now you will be more disappointed by the things that you didn't do than by the ones you did do. So throw off the bowlines. Sail away from the safe harbor. Catch the trade winds in your sails. Explore. Dream. Discover.

Monday 18 February 2013

Cuti ke Penang #2

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

untuk hari kedua pula, kami ke Teluk Tempoyak. 
tempat aku membesar dulu dulu.

teringat kata kata big cousin aku masa makan char koey teow malam tadi,

'ke mana pun kita pergi, kalau laut asal kita, ke laut jugak lah destinasi akhir kita'

berbekalkan akal yang ada, aku cuba fikir apa maksud di sebaliknya.
tetapi, tak tercerna pula.
biarlah, suatu hari nanti aku fahamlah tuu.
hewhew dasar malas nak fikir!

sesampai saja di sana, aktiviti pertama ialah?

pantai teluk tempoyak jeti nelayan jambatan pulau pinang kedua
mestilah snap gambarz barang sekeping dua!

eh salah tuu!
perkara pertama yang selalunya kami buat jika sampai ke Teluk Tempoyak wajib ziarah kubur dahulu!

gambar kubur

di sini saya nak pohon jasa baik kalian untuk sedekahkan Al-Fatihah buat arwah,
Nordin bin Ahmad.
terima kasih, semoga Allah balas jasa baik kalian :)

kemudian baru lah menapak ke pantai.
tempat peberet i poreber <3

pantai teluk tempoyak jeti nelayan jambatan pulau pinang kedua

tetibaa ada seketul (?) perahu jatuh dari langit. (sila compare dengan gambar first)
isk banyak sangat tengok drama kau ni Lina -.-
hey, did you notice the Penang Second Bridge? >.<

kendian saja lepak lepak kat kedai kopi tepi laut tu.
datang sorang pokcik yang memperkenalkan dirinya sebagai kawan abah aku.
banyak betul topik yang dia bukak.
antara yang mampu aku ingat, dia ada kata,

'buat hal dengan manusia lebih payah daripada buat hal dengan Allah. buat hal dengan Allah, kemudian bertaubat, Allah terima, dosa terhapus. buat hal dengan manusia, tak semua hati manusia lembut untuk memaafkan.'

'untung jadi anak solah ni. lepas solat sedekahkan Al-Fatihah untuk kedua ibu bapa kita.'

'semasa Nabi Muhammad masih dalam kandungan, tiba tiba semua pokok boleh bercakap. nampak tak barakah yang dibawa oleh baginda. sebab tu kita kena selalu berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW.'

'istighfar panjang 11 kali setiap hari.'

'selawat shifa selepas solat.'

dan lain lain. eden tak ingat T.T

kendian pula aku gi melawat guru mengaji adik aku, merangkap jiran tok aku, merangkap tok kepada kawan aku. banyak yang tok ndak cerita. dah ramai dah penduduk kampung ni yang dah meninggal termasuklah guru mengaji aku.

innalillahiwainnailaihirojiun
Al-Fatihah buat Mak Njang Milah (tak tau nama penuh herrr)

kendian lagi berkunjung pula ke rumah Bo'on.
dulu kami kira segeng sekali dengan Bodah, Boliya, Boyon ngan Boyah.
dan aku, Bona. cute tak nama kami? harharhar.

satu lagi nama lain aku ialah Dewi.
sebab muka aku nak sama macam makcik jual sayur kat pasar. nama makcik tu Dewi -_-

sembang boleh sekilometer dua, aku pun mintak diri.
dah tahu bukan selalu balik sini pun masih juga tak ingat mahu snap gambar bersama.
oh takpalah.
kan ku simpan mu dalam hatiku.
ewwah.

masa begitu cepat berlalu.
sedar sedar aku dah tengah pening pening dalam kereta pulang ke rumah.
saat detik waktu ketika (?) itu baru aku perasan rupa rupanya kami tiga beradik semuanya mabuk kereta.
mahunya tak rare.
HAHA.

2 comments:

Syazana Zainn said...

eh kat penang ada teluk tempoyak?

OMG. tak pernah tahu pun

sobsob

sia2 je lahir kat BM dulu. hikhik

btw teluk tempoyak ni area belah mana?

Awan Nina said...

of course lah ada!
BM duk area mana? kami ada jugak makcik duk kat kubang semang.

teluk tempoyak ni sebelah Batu Maung(tempat dibina Jambatan Kedua P.Pinang). jalan straight ja dari queens bay mall.

rugi tak datang sini. lawa tempatnya =)