Bila mana diri serba kekurangan dan tibalah
satu ketika dimana ada insan yang ternampak secebis kelebihannya lantas
memujinya , hati mulalah nak berbunga bunga umpama taman bunga terbesar di
Malaysia yang dipenuhi bunga dari pelbagai species , warna dan saiz .
kalau
suruh lakukan hari hari pun aku sanggup kalau beginilah rasanya dihargai .
kalau disuruhnya buat dari pagi ke petang , petang ke malam , ahh aku sanggup .
bila kita ni yang tak selalu nak berjasa pada orang , dan skali skali dah bagi
tangan , rasa bangga sikit dalam diri tambah tambah bila jasa tu orang tak
boleh nak balas .
bukan bangga apa pun , cuma rasa diri tu ada lah jugak guna
pada orang kan . padahal isunya kecik ja , tapi impak dalam diri tu yang
penting .
Cakap pasal jasa , aku banyak terhutang
jasa . pada mak , abah , adik adik , sedara mara , kawan kawan . satu yang aku
tahu , wang ringgit tak mampu nak balas jasa jasa mereka . insyaAllah selagi
roh masih bersatu jasad , akan ku usaha sehabis baik untuk menabur jasa jasa
aku pada mereka kembali . jika bukan dari segi kudrat atau ilmu , insyaAllah
doa mengiringi .
terima kasih semua kerana pernah hadir dalam hidup ini lantas
melengkapkan hidup ini seperti mana sekarang .
tanpa kalian , siapalah diri ini
.
No comments:
Post a Comment