Twenty years from now you will be more disappointed by the things that you didn't do than by the ones you did do. So throw off the bowlines. Sail away from the safe harbor. Catch the trade winds in your sails. Explore. Dream. Discover.

Monday, 30 April 2012

Kisah cinta dua dunia


Perkahwinan antara dua darjat .

Pandangan please .

Bagi aku , tak salah pun dua orang yang berlainan darjat bercinta . dah nama pun cinta . tak kenal erti perbezaan . bahkan perbezaan itulah yang menjadikan mereka saling melengkapi .

TAPI .
ya , ada tapi di situ .

nanti apa kata orang ?

Arghh persetankan kata orang . sampai bila nak hidup dengan cakap orang . yang nak kahwin tu kita . yang nak bina masjid tu kita . bukan diorang .

Okay wait seminit . look kita hidup bermasyarakat kan ? saling bergantung dan memerlukan . tak best ah gaduh gaduh kan . nanti kalau ada apa apa masalah , kat sapa lagi kita nak mintak tolong kalau bukan jiran jiran kita ? kalau kita takde kat rumah , kat sapa lagi kita nak mintak tolong tengok tengokkan rumah tu ?

Tu dah melebih la sampai nak kahwin pun nak kena ikut cakap orang . ni bab kahwin okay . KAHWIN .

Ya , aku pun tau kahwin tu bukan benda main main . kalau boleh kita nak seperfect yang boleh untuk rumahtangga kita . dan aku yakin semorang nak kahwin sekali tu je ,  tak nak cerai cerai dah melainkan cerai mati . tapi kita kena ingat . kita still ada mak ayah . insan mulia yang bertanggungjawab menjaga kita dari kecik lagi . kenalah jugak tanya pendapat diorang . restu mak ayah tu penting . takde restu , jangan harap perkahwinan tu nak bahagia tau .

Okay ni kita cuba tengok dari side yang up sikit family standard diorang . ni bergantung jugak pada tahap ke-kisah-an mak mertua dan ayah mertua anda ye pembaca pembaca sekalian . kalau mak dan ayah dia jenis tak kisah pasal pangkat dan harta , so boleh tadah tangan ucap syukur . bagi diorang , kebahagian anak anak adalah segalanya .

Tapi kalau mak ayah dia jenis kisah pasal pangkat keturunan ni , hurmm paham paham jelah . yang sama standard jelah yang boleh masuk line kan .

Jumm kita tengok pulak dari side yang low sikit family standard . dua benda yang pasti , SETUJU atau TAK SETUJU .

Bagi yang setuju tu , maybe mak ayah dia paham what’s going on dan nak tengok anak anak dia bahagia . mereka faham darjat tak menjadi soal dalam rumahtangga . tapi ada jugak segelintir manusia yang sering menjadikan anak anak mereka sebagai taruhan untuk mengikis harta harta si kaya . segelintir je okay , segelintir . tu pun masyarakat negara lain . aku tau rakyat rakyat Malaysia ni takdenye sikap macam tu . aku percaya . yang dalam tv tu semua drama je . dusta belaka semua tu . heh -.-‘

Bagi yang tak setuju pulak , bukan bermakna mereka tak nak tengok anak anak diorang bahagia . tapi mungkin mereka khuatir pihak sana akan mengambil kesempatan di atas kedaifan mereka ataupun mereka sendiri yang akan  dituduh akan mengambil kesempatan di atas kekayaan pihak sana . dan mungkin juga mereka tidak sanggup berdepan dengan pandangan pandangan sinis masyarakat sekeliling . ya , mungkin juga .

Habis tu kalau dua dua pihak tak setuju , kena putus macam tu jelah ?

Huishh . masa bercinta bukan main janji nak sehidup semati lah . tiada pengganti dan kaulah satu satunya pujaan hati lah bagai . bila ada problem sikit macam ni senang senang nak give up ? come on lah brader . bulat air kerana pembetung , bulat manusia kerana muafakat . bawak berbincang . cakap baik baik dengan dua dua pihak . dan kalau boleh , temukan family si laki dengan si perempuan .

Dan yang penting skali , DOA . solat istikharah . lepas dah betul betul yakin dia lah jodoh kita , cuba yakinkan family kita dan family dia .

Macam mana pulak kalau masyarakat yang tak dapat terima ?

Nanti masa kau kahwin , jangan masak nasik minyak je . kau guna duit si kaya tu buat nasi beriyani paha kambing , tenderloin steak , lamb chop , nasi lemak kepala rusa , unta masak lemak , laksa ikan paus . untuk air pulak kau kutip semua buah buahan yang ada kat alam semesta ni tak kisah la dari marikh sekalipun pun (kalau ada) , kau blend semua skali . nahh jadilah Jus Buah Berasa Rasa (JBBR) . pastu jangan lupa pesan kat makcik makcik kepoh tu takyah bawak hadiah masa datang makan . sebab nanti masa makcik makcik kepoh tu nak balik , kau hulurlah seploh hengget namploh sen sorang . lepas tu aku boleh jamin , senyap ah mulut mulut bising tu (?)

Kalau laki kau jutawan , buat ah camtu . kalau tak , kau buat derk je . lama lama , tutup lah tu mulut orang . gunung pun kalau tarah , rata jugak . sama macam mulut . lama lama cakap , reti jugak lenguh .

Zzz so pehal kau lina tetiba nak cakap pasal kawin tak semena mena takde angin takde ribut takde kemarau ni ?

Hello sapa kata takde ? ada okay . nak tau cerita ? adalah beberapa malam lepas kan kan kan . aku mimpi lah sorang mamat ni . aku kenal lah jugak dia ni . setelah scene yang aku tak ingat tu di cut cut , tiba tiba JENG JENG JENG !!

AYAH DIA KASI AKU 9 RIBU !! . 9 ribu ye kawan kawan .  jumm bukak mata luas luas . dia laki . dan aku perempuan of course . pastu ayah pihak laki kasi 9 ribu kat pihak perempuan . tak ke rasa macam err err … ? okay dah dah . stop kan apa yang berada di fikiran anda semua tu ya . selama ni bila masa lina pernah percaya kat mimpi mimpi karut beliau -.-‘

Well kalau aku tak mimpi macam tu pun , tak salah rasanya aku nak bercakap pasal kahwin kahwin ni meskipun aku tau aku tak layak pun nak cakap pasal benda ni . setiap orang kan ada hak kebebasan bersuara . even baby yang baru lahir kat hospital kerajaan tu pun ada hak nak nangis buat bising tengah tengah malam buta tau . takkan kau nak pi cari kapas sumbat kat mulut baby tu sebab takut kacau baby sebelah yang kononnya senior sebab lahir seploh minit awal dari dia ? haaa merapu lah tu lina ;/

Aku just nak bagi pandangan aku . aku sedar , aku takde pun lagi  ciri ciri isteri solehah ( akan ada ) . aku bukan paksa pun kau orang semua telan sejebon apa yang aku tulis kat sini . hurmm , apalah sangat isi remaja 19 tahun pasal isu kahwin kan . tak matang , tiada huraian lagi membosankan . like I care -__-

aku tau , nanti bila aku dah betul betul layak nak berhujah pasal bina bina masjid ni , aku mesti tergelak baca balik apa yang aku meraban kat atas ni :)


Akhir kata ,
Kalau takut dilambung ombak rindu ,
Jangan mengada nak buat banglo kat tepi pantai .
Dan
Kalau tak reti nak terbang tinggi ,
Jangan gedik nak mimpi terbang dengan si enggang .




No comments: