Twenty years from now you will be more disappointed by the things that you didn't do than by the ones you did do. So throw off the bowlines. Sail away from the safe harbor. Catch the trade winds in your sails. Explore. Dream. Discover.

Monday, 9 April 2012

Engkaulah awan itu yang ku mahu


hafiz awan nano
Hafiz - Awan Nano


Lihat ke arah sana
Serakan warna dan berarakan
Awan
Pabila terik panas
Segera hadirnya memayungi diri


Pabila kau dahaga
Sesegera turun hujan melimpahkan kasihnya
Pabila kau katakan
Akulah awan itu yang kau mahu


Begitulah awan nano
Setia melindungi diri
Tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu


Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu


Kasihnya
Kasih tiada banding
Setia tiada tara
Bagaimanapun jua


Awan kekasih sebenarmu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu


Lihat diriku ini
Yang sesekali pernah kau bagaikan awan
Sehingga tak mungkin terlupa
Berikan belas sedari dulu


Sehingga tak mungkin termampu saksi
Setitis pun air matamu kasihku
Sehingga kau katakan
Akulah awan itu yang kau rindu


Akulah awanmu yang sedia
Melindungi dirimu tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu


Akulah awanmu yang sering kau rindu
Dan tak terduga hadirmu walau tak tercapai jejarimu


Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu


Begitulah awan nano
Setia melindungi diri tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu


Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu


okay ni nak tanya . sapa perasan AWAN NANO and AWAN NINA ? put your hands up please ! 
KRIK KRIK KRIK ...
oh okay tak mengapa kalau tak perasan . kesilapan comel yang bisa dimaafkan . sebenarnya memang ada kaitan pun . ramai yang tanya , kenapa AWAN NINA ? *oh memang ramai sangat pun yang tanya -.-*

SATU , sebab aku pencinta awan :) 
sejauh mata memandang

kalaulah ada awan awan yang terbentuk comel depan aku , dan kau ada sebelah aku masa tu , aku boleh jamin kau akan rasa annoying gila dengan tebiat aku yang akan renung awan tu sampai macam boleh tembus awan tu lalu hujan pun mencurah curah ke bumi -.-

okay ni fakta . buktinya fasya dan cousin aku . bila aku snap snap gambar awan , mulalah bising dan buat muka . bukan banyak pun aku amik , setakat 15 keping tu apalah sangat -.-
sampaikan fasya cakap " Lina , nanti dah dapat anak , kalau dia laki , kasi nama Muhammad Awan kalau perempuan kasi nama Nur Awana " tengoklah dulu kalau ayah dia bagi eh :) 

ntah la . kalau aku tengok awan kan , aku rasa sejuk je perut . ceh , bajet macam aku mengandungkan awan tu nak sejuk sejuk perut -.- tapi betul lah . sejuk mata , sejuk hati . geram pun ada . rasa nak pinjam kapal terbang Wright Brothers pastu laju laju pergi kat awan tu dan lompat dari awan ke awan sampai lah awan awan tu semua dah bosan dengan tingkahlaku aku lalu wakilnya berkata " hey you , sepandai pandai kau melompat di atas kami , akhirnya jatuh ke tanah jua taw " imaginasi itu penting -..-

KEDUA , aku rasa lagu Awan Nano ni sedap . 
ddukbokki makanan korea
ddukbokki
ya, awan nano itu sesedap ddukbokki . sedap macam mana tu ? ntah aku pun taktau . aku main taram je cakap sedap sebab dah lama aku teringin nak makan mendalah ni . running man ngan family outing punya pasallah ni .

tak tak . aku merapu saja aduihh kamu ni . bagi aku lah kan , suara Hafiz ni sedap . ditambah pulak lirik lagu tu yang mana bila aku hayati satu satu , boleh buat aku senyum sorang sorang :)

tadi aku google maksud tersirat daripada lirik dia , dan ni yang aku jumpa .


Awan apabila memutih di langit, tak ramai yang menghargai akan kewujudannya. Hadirnya sekecil zarah nano yang halus. Kalau ada, adalah. Kalau tiada, tak mengapa. Hanya apabila terik mentari membakar pipi, ketika itulah kita tercari-cari lindungan redupnya. Hanya apabila mendung menyelubungi hari, ketika itulah kita ternanti-nanti kemunculan lingkaran peraknya.
Sayangilah mereka selama masih mereka di depan mata. Jangan tunggu sehingga awan nano merajuk membawa pergi hujan jauh dari bumi lantas membiarkan mentari membakar kulit.

WHOA . ten thumbs up lah aku kasi kat Budi Hekayat , penulis lirik Awan Nano ni . izinkan kite jadi anak didik awak boleh ? kite pon nak jadi sweet macam awak . kite pun nak tulis lirik ohsem ohsem macam ni jugak . nak kasi kat dia :)

eh japp , Awan apabila memutih di langit, tak ramai yang menghargai akan kewujudannya ?
oh noes . itu kalau tujukan kat orang lain memang boleh pakai . tapi kalau tujukan kat aku , memang aku taruk bawah tilam je sebab AKU SANGATLAH MENYEDARI KEWUJUDAN AWAN WALAU DI MANA SAHAJA SETIAP WAKTU DAN KETIKA SEKIAN TERIMA KASIH . 

okay dan sebab KETIGA , hurmm yang ni tak cerita boleh tak ? biar aku sorang je tawu boleh ? eleh , kalau cerita kat sini pun , aku sorang jugak je yang tawu -_- 
okaylah aku kasi hint sikit . sebabnya ada kaitan dengan kau di laman muka buku :)

mulai hari ini , sesungguhnya diri ini dah reti nak cover cover kat sini sebab adalah dua orang hamba Allah ni dah mintak mintak link blog ni . maka , tapis tapisan dan langkah berjaga jaga akan berkuat kuasa mulai hari ini ! 

eh dah tu kenapa NINA ? kenapa tak letak sejebon NANO ataupun nama sendiri LINA ? 
* again ramai sangat yang bertanyakan perkara ini * -.-

hurmm , aku pun ada akal kan ? takkan lah nak letak nama blog awan nano ? slalunya nama blog mestilah nak kena ada kecenderungan kepada isi isi blog kan ? dah kalau aku letak awan nano , semua entry entry kat sini mestilah nak kena tercenderung kepada cerita pasal adik beradik awan , atuk cucu moyang laki crush dia semua semua lah . contohnya nama blog kau www.gitar.blogspot.com . kau tak rasa ke orang yang bukak blog kau tu espect kau untuk cakap pasal gitar gitar ? kau tak rasa ke dia akan blah dari situ bila dia tengok entry entry kau semua penuh dengan rebana dan takde satu pun pasal gitar ? well , tu just pendapat aku lah kan . 

dahtu kenapa NINA instead of LINA ? okay ni aku nak tanya . AWAN NINA and AWAN LINA mana lagi sedap dan senang sebut ? mestilah AWAN NINA kan ? lagipun nina tu nama aku jugak . cousin aku Izzat panggil aku camtu . lagi satu , hurmm benda ni ada kaitan dengan kau jugak . kau mananya nak perasan . aku kan setakat awan nano je kat mata kau :(

oh ya , sebelum aku lupa , tahniah Hafiz atas kemenangan kau tadi sebagai Penyanyi Lelaki Popular dalam ABPBH . sengih je aku tengok kau naik stage tadi :)

awan bentuk love
engkaulah awan itu yang ku mahu <3

No comments: