Twenty years from now you will be more disappointed by the things that you didn't do than by the ones you did do. So throw off the bowlines. Sail away from the safe harbor. Catch the trade winds in your sails. Explore. Dream. Discover.

Wednesday, 29 August 2012

debaran tak tentu haluan

twenty eight. eight. twenty twelve.

dan itu bermakna tinggal esok je sehari lagi untuk aku rasa apa itu nikmat rumah!
dan enam bulan kemudian baru dapat menelan air paip 843 kampung banggol jalan pantai cahaya bulan 15350 kota bharu kelantan.

*tembak monyet melintas depan aku*

ah ah sebelum tu aku nak tanya,
siapa perasan aku gemar gila guna perkataan 'DAN'?
setiap entry mesti DAN tu nak menyibuk tak pakai helmet.

apaaa tak perasan?
*tembak kau jugak*

tapi tapiiiii,
packing barang tak siap lagi.
jpn tak pegi lagi.
surat pengesahan pendapatan tak buat lagi.
dokumen yang nak dibawa tak susun cantik cantik lagi.
ayah le tak sign lagi.
dan lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.

malam ni dah boleh nak nak tidur tak berapa nak lena.
boleh dah nak start pikir siapa roomate/s aku.
siapa classmates aku.
siapa pemilik nama yang Allah letak di sebelah nama aku di Luh Mahfuz 50,000 tahun sebelum langit diperkenalkan pada laut.

eh?

tingtong!

aku siap listkan ciri ciri yang aku nak pada seorang manusia bergelar roomate/s dan classmates aku baq ang!

tapi tu untuk saja sajalah.

takkan masa daftar kolej nanti, hulur list tu pada ketua kolej mintakkan dia cari manusia sejebon macam yang aku nak.

itu mintak disumbat kueh raya ke lobang hidong namanya.

bukan selalu orang nak sumbat benda ke hidung aku, soooo a aaapaaa sasasalahnyaaaaa.
ihiks.

i will give up this fight.

I'll close my eyes cause then I don't see
The love you don't feel when you're holdin' me
Morning will come and I'll do what's right
Just give me till then to give up this fight
And I will give up this fight.

Friday, 24 August 2012

Raya - III

lansung tak beraya.
mood raya zero bila gelabah pikir UMS.

pikir pikir apa yang boleh di settle kan hari tu.
oh ya, aicee sume tak berfotostat lagi.
mintakkan adik aku fotostat, ada dalam 100 keping lebih. harga pun seploh hengget plus plus.

petang, pegi hantar salinan ke rumah tok penghulu.
dua penghulu aku hantar. sebab salinan tu banyak sangat ouhh. nanti lenguh tercabut pulak tangan dia cop dan sign banyak banyak.

*tanya diri sendiri sampai bila aku nak buat ayat skema berterusan dan berterusannnnnn -.-'*

singgah rumah adlina.
sembang sepam dua.

lepak rumah faiqah pulak.
berpam pam jugak sembang.
dia siap terkezut aku pergi beraya pakai T-shirt, track bottom dan tudung hendon saja.
dah settai tu, ke mana pun pergi, settai lah jugak.

umpama benih dicampak ke laut menjadi pulau, dicampak ke darat menjadi gunung.
dicampak ke tanah gersang menumbuhkan ladang-ladang yang subur.
dicampak ke laut menghasilkan pulau-pulau tempat berlindung.
dicampak ke langit membentuk bintang-bintang baru yang cukup terang.

*err tangan ke depan, kaki ke belakang, kepala geleng geleng, perut goyang goyang*

ntah bila pulak dapat sembang sembang lagi dengan faikah ni, kanda aku forever <3

Raya - I

raya pertama tak banyak keluar.
pegi satu rumaj jep, tu pun rumah sedara yang antara terdekat dengan rumah.

selebihnya, duduk rumah tunggu orang datang.
dan tunggu duit raya jatuh ke riba. eh?

disebabkan rumah aku rumah ibu (tempat berkumpul kalau raya), memang tak menang tangan lah bila semua balik.
yang datang tu bukan datang dengan tangan kosong.
semua pakat bawak lauk masing masing.
sate, nasi beriani, kek coklat, makaroni bakar, nasi beriani, roti jala, macam macam lah!

dan itu antara faktor terbesar kenapa aku tak keluar berjalan.
siapa nak layan tetamu nanti?

adik adik aku doplohpatjam game game game.
apapontaboley~

.....................

em em aku kecewa betei lah dengan penulisan aku sekarang nih.
dah tak reti nak melawak -.-

makin matang mungkin?
mungkin.
err haktuiihh!

Raya - II

hari ni Ayah Le buat rumah terbuka.
seperti tahun lepas lepas, aku akan pegi tolong apa yang patut dari awal sampai penutup.
lebih kurang dari seploh pagi sampai maghrib lah.
ada dua menu.
pagi sampai tengah hari, nasi minyak, itik serati, gulai daging dan ayam goreng.
tengah hari sampai maghrib, nasi putih, singgam daging (gila lembut, gila sedap) dan lauk lauk yang dimakan dengan nasi minyak.

petang tu selepas zohor tinggalkan kejap majlis ni dan bergerak ke majlis lain.
ke rumah Ayah Zik pulak.
ada majlis doa selamat dan solat hajat untuk aku pegi Sabah nanti.
semoga segalanya dipermudahkan AMIN.

kat situ makan jugak.
ada nasi putih,singgam daging, makaroni bakar, kek batek dll.
balik tu singgah balik rumah Ayah Le.
buat kerja sikit sikit, sambung lagi makan kekeke.
raya tak makan rugi lah bangg!
entah bila pula dapat rasa makanan semenanjung #tetiba


p/s: lagi ney hari weh.
naling dok ingat doh ni.
sapa mipi kotok hok kawe nok bawok gi saboh tu tinggal dumoh.
doh la banyok lagi bendo dok settle sobs :'(

Cara Mudah Tulis Rujukan Format APA System pada Word 2010


tetiba rasa rajin nak check email.
tengok tengok belambak dari Ana Huna.
sape ntah dia ni.
agak bermanfaat lah jugak document document yang dia create tu.
salah satu macam kat bawah ni haa.
masa asasi dulu palahotak aku selalu serabut nak buat APA style lagi lagi time bel.
hendaknya membantulah kot document yang ni.

Ana Huna created the doc: "Cara Mudah Tulis Rujukan Format APA System pada Word 2010"

Assalamualaikum..Bismillah..
ni musim assignment..aku nok ajor cara buat rujukan APA pakai word..
Jangan risau..tuto bahasa melayu standard.

1. Bukak microsoft word lah dulu kn..
2. Pergi Tab "References"
3. Klik pada "Insert Citation"
4. Lepas tu "Add New Source"
5. Lepas tu akan keluar lah ruangan nak isi macam2..dekat "type of source" korang pilih r book/internet/article atau lain2..
6. Isi lah apa yang patut..nama author, publisher, date..
7. Lepas tu klik "OK"
8. Korang masih lg dekat tab "References" kan..untuk masukkan APA format ni korang click "bibliography" kemudian "insert bibliography"9. Lepas tekan 'insert bibliography' tu..secara automatik, segala rujukan yang telah korang ambil tu ditulis ikut format APA yang sebenarnya. korang tak yah la, sibuk2 nak tekan mana 'space', letak 'koma', letak 'titik'
10. Bereh doh..say Alhamdulillah.

Thursday, 23 August 2012

Raya - V

hari ni celik celik je mata, dah kena layan Tok Su aku yang datang dari Terengganu tu.
every year dia datang and actually kehadirannya lah yang paling ditunggu tunggu skali.
yelah, duit raya masyukk.
opsss!

dia balik je, gelabah siapkan borang zakat yang tak siap isi pon lagi.
shiunggg menapak ke rumah Ayah Le sebelah rumah nak minta sign segala bagai.
siap. recheck. uh nak salinan ic SEMUA tanggungan penjaga.
okay semua orang takde simpan back up.
okay Alif pun takde kat rumah, pegi Terengganu.
okay memang esok jugak lah yang boleh hantar nye pung.

dan.
shiungg patah balik ke rumah.
11.30 nak ikut Ayah Le pegi *bekwoh pulok.
baru teringat tak mandi lagi.
baru teringat baju kurung dan tudung belum bergosok.

*pungpang pungpang pungpang*

TARAA DAH SIAPP!
(takde gambar nak insert. kau bayangkan jelah muka aku pakai baju kurung caca marba ada pokadot setepek dua, tudung purple yang aku selalu pakai pegi kuliah tu)

pfttt pun boley suruh orang bayang bayang -.-

makan kat kenduri.
boleh tahan sedap jugak aa sebab ada perut rebus (tak payah nak kerut kening sangat lah wei)

melawat mak Mok Nik yang sakit.
makan lagi. biskut kering cicah teh panas. 

singgah rumah Mok Nik.
makan lagi. segala mak nenek makanan berguling bergelimpangan disedut ke mulut seterusnya menerjah ke perut.

dan ontheway nak balik.
tersekat di dalam jem tanpa roti.
dengan perut, kepala, tekak buat hal.

tapi sempat lagi singgah pulak kedai makan.
yeah, makan lagi.
mee rebus + dua gelas air suam.
ni perut aku punya pasal lah.
kalau tak sakit perut, takde nye aku nak order air suam.
tu kira keajaiban dunia ke patplohpat lah tu aku nak mintak air suam sesaja HARHARHAR.

sampai rumah, boleh pulak tak semena mena terus berlagak baik sang perut.
coii hipokrit betei -.-



drama ntah malam malam takde ribut takde kilat sabung menyabung tetiba si hadi ni kata aku kak yong dia.
siap cakap cara aku type macam essay sejarah lagi.
bila aku bidas, tau pulak senyap.
malu lettew.
seb bek hensem. eh?

Monday, 13 August 2012

sabarlah duhai hati

ini hal nak bukak account SSPN punya cerita.

siapa yang ada bukak SSPN mesti tahu kan bukan payah mana pun procedure nya.
tapi bukan untuk kes aku.

dugaannya MasyaAllah Allah saja tahu.

mula mula aku pergi CIMB.
pastu abang tu cakap situ tak boleh buat. kena buat dekat Maybank atau bank islam.
okay aku pun lintas lah jalan besar yang sesak tahap tenggiling takde duri.

masuk bank islam.
kak tu kata, 'sini tak boleh buat. nak buat kena pergi dekat cawangan lain'.
masa nih boleh sabar lagi.
dengan rela hatinya aku keluar. pandang Maybank kat sebelah dan berlalu bila memikirkan aku takde acc.

lintas jalan besar lagi di bawah panas terik dan dalam keadaan berpuasa menuju tempat teksi untuk pulang.
cadangnya nak pegi bank islam yang lagi satu tu dengan adik aku petang tu.

petang tu aku pun meronggeng dengan adik aku ke bank islam yang lain.
sampai sampai, tempat tu dah tutup.
manalah aku nak tau haru khamis tutup awal.
usha jadual kat pintu. hari sabtu buka.

Sabtu, pagi pagi lagi aku dah keluar rumah.
meronggeng sekali lagi dengan adik aku ke bank islam tu.
yes, bukak! (tentulah dah jadualnya gitu)

masuk masuk terus pergi kat kaunter.
bila ditanya, abang tu cakap kat situ tak boleh buat jugak.
haiseymann kena pergi cawangan lain lah pulak.

pastu teringat hari tu hari Sabtu.
mana lah nak ada bank yang gedik nak bukak.
tettttttttttttttttt dugaan -________-

Ahad.
aku gagah jugak pegi Maybank sebab member aku cakap situ boleh buat walaupun takde acc.
masuk je Maybank, dia cakap borang sspn habis.
kena print sendiri ataupun pergi cawangan lain.
pergh dugaan lagi.
aku pun lintas jalan besar pegi cc and print sendiri borang tu.
apa lah salahnya kalau bank tu printkan kan kalau dah tahu habis.
haih.

lepas isi borang semua, lega lah bila ingatkan dah settle.
rupanya tak.
esoknya kena datang lagi untuk amik no acc sspn tu.
orang lain boleh je siap jugak hari tu ~..~

dan dengan hati yang asdfghjkl aku pun keluar bank tu dan hasrat hati nak sambung beli barang untuk degree.
sekali dapat call dari bank dia tak ingat nak mintak aku buat bayaran.
ceitt aku pun patah balik pergi bayar.

keluar je lagi sekali bank tu, hasrat nak pegi tempat lain terus terpadam.
aku straight pergi tempat teksi dan balik!

sabar sabar sabar. moga segala kesabaran itu akan terbayar AMIN.