ini hal nak bukak account SSPN punya cerita.
siapa yang ada bukak SSPN mesti tahu kan bukan payah mana pun procedure nya.
tapi bukan untuk kes aku.
dugaannya MasyaAllah Allah saja tahu.
mula mula aku pergi CIMB.
pastu abang tu cakap situ tak boleh buat. kena buat dekat Maybank atau bank islam.
okay aku pun lintas lah jalan besar yang sesak tahap tenggiling takde duri.
masuk bank islam.
kak tu kata, 'sini tak boleh buat. nak buat kena pergi dekat cawangan lain'.
masa nih boleh sabar lagi.
dengan rela hatinya aku keluar. pandang Maybank kat sebelah dan berlalu bila memikirkan aku takde acc.
lintas jalan besar lagi di bawah panas terik dan dalam keadaan berpuasa menuju tempat teksi untuk pulang.
cadangnya nak pegi bank islam yang lagi satu tu dengan adik aku petang tu.
petang tu aku pun meronggeng dengan adik aku ke bank islam yang lain.
sampai sampai, tempat tu dah tutup.
manalah aku nak tau haru khamis tutup awal.
usha jadual kat pintu. hari sabtu buka.
Sabtu, pagi pagi lagi aku dah keluar rumah.
meronggeng sekali lagi dengan adik aku ke bank islam tu.
yes, bukak! (tentulah dah jadualnya gitu)
masuk masuk terus pergi kat kaunter.
bila ditanya, abang tu cakap kat situ tak boleh buat jugak.
haiseymann kena pergi cawangan lain lah pulak.
pastu teringat hari tu hari Sabtu.
mana lah nak ada bank yang gedik nak bukak.
tettttttttttttttttt dugaan -________-
Ahad.
aku gagah jugak pegi Maybank sebab member aku cakap situ boleh buat walaupun takde acc.
masuk je Maybank, dia cakap borang sspn habis.
kena print sendiri ataupun pergi cawangan lain.
pergh dugaan lagi.
aku pun lintas jalan besar pegi cc and print sendiri borang tu.
apa lah salahnya kalau bank tu printkan kan kalau dah tahu habis.
haih.
lepas isi borang semua, lega lah bila ingatkan dah settle.
rupanya tak.
esoknya kena datang lagi untuk amik no acc sspn tu.
orang lain boleh je siap jugak hari tu ~..~
dan dengan hati yang asdfghjkl aku pun keluar bank tu dan hasrat hati nak sambung beli barang untuk degree.
sekali dapat call dari bank dia tak ingat nak mintak aku buat bayaran.
ceitt aku pun patah balik pergi bayar.
keluar je lagi sekali bank tu, hasrat nak pegi tempat lain terus terpadam.
aku straight pergi tempat teksi dan balik!
sabar sabar sabar. moga segala kesabaran itu akan terbayar AMIN.
No comments:
Post a Comment