Di dalam sebuah hutan yang dikenali sebagai Hutan Jambulku
bukan Jambulmu, tinggal Nivea, Rexona serta kaum kerabat ayam ayam yang lain.
Sebagai ayam jantan yang sedar hidup mereka bukan untuk sehari dua, tetapi
untuk satu jangka masa yang mengambil tahun juga selagi nyawa mereka belum
ditarik Sang Pencipta, mereka juga mempunyai keperluan keperluan tertentu untuk
hidup.
Antara salah satu keperluan hidup mereka ialah JAMBUL.
Ya, jambul.
Sebagai ayam jantan yang telah melepasi tempoh matang,
mereka perlukan jambul yang berkilat untuk terus mendiami sesebuah kawasan.
Ayam jantan yang lebih berkilat jambulnya lebih berhak
menguasai kawasan yang dikehendakinya.
Beberapa bulan lagi, genaplah umur Nivea dan Rexona untuk
dikira sebagai matang.
Dengan menggunakan masa yang berbaki itu, mereka sentiasa
beriktiar untuk mencari produk yang berkualiti untuk membuatkan jambul mereka
lebih berkilat dan tahan lama.
Pada suatu hari, sedang mereka berjalan jalan, mereka
terjumpa sebotol pengilat jambul berjenama Gucci. Pabila dilihat pada belakang
botol, mereka ternampak label yang tertera “SESEEKOR YANG MENJUMPAI BOTOL INI
DIPERSILAKAN AMBIL BUAT SELAMANYA”.
Pabila
dibelek lagi, ketahuilah mereka pengilat jambul berjenama Gucci tersebut
merupakan latest edition. Wah wah, siapa yang tak mahu nyah!
Untuk pengetahuan penghuni penghuni hutan sekalian, Rexona
telah pun memiliki sebotol pengilat jambul berjenama Gucci second edition yang
tak kurang hebatnya manakala Nivea hanya memiliki pengilat jambul berjenama
Giant di rebannya.
Sudah semestilah Nivea sangat memerlukan pengilat jambul
yang mereka jumpa itu untuk menutup cela cela jambulnya yang tak dapat ditutup oleh
jenama Giant itu tadi. Dia terlalu mengharapkannya kerana jambulnya bukan sesuatu
yang boleh dimain mainkan, malah penentu masa depan kaum kerabat spesiesnya!
Mereka tidak boleh berkongsi pengilat jambul tersebut kerana setelah dibuka penutupnya, ianya hanya available untuk satu user sahaja kerana ia memiliki no siri unik. Sekiranya mereka berkongsi juga, kandungan botol tersebut mengeras dan tidak dapat digunakan lagi. Hal ini membawa berita sedih buat mereka.
Setiap hari pun Nivea sentiasa terdengar ayam ayam lain
menyebut kelebihan Gucci latest edition tersebut.
Tahan lama lah, kalis air lah, lembut di tangan lah, dan
yang penting WANGI :’D
Meronta ronta hati Nivea tak mahu beralah dengan Rexona
kerana mengenangkan Rexona telahpun memiliki sebotol pengilat rambut Gucci.
Namun, mungkin telah tertulis Giant hanya untuk Nivea.
Suratan
takdir membawa dirinya kekal si ayam jantan yang bukanlah paling berkilat
jambulnya.
Dia pasrah….
Nivea berharap, meskipun jambulnya bukanlah paling berkilat
antara mereka, meskipun dia tidak dapat menguasai sesuatu kawasan kegemarannya,
dia berharap moga setiap langkah kakinya yang masih bersisa di bumi ini
beriring restu dan barakah…
p/s: tak lawak? Memang ni bukan entry lawak pun. Terpulanglah nak merungkai cemana pun misteri cerita. Yang penting, ianya kiasan, bukan hiasan :’)
2 comments:
erk.. cerita ni analogy untuk apa yer..? hehehe
cerita pasai diri sendiri jaa nih HAHA. tak payah dok pikiaq la pabenda :')
Post a Comment