Twenty years from now you will be more disappointed by the things that you didn't do than by the ones you did do. So throw off the bowlines. Sail away from the safe harbor. Catch the trade winds in your sails. Explore. Dream. Discover.

Thursday 29 November 2012

Peristiwa Besar 10 Muharram

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

meskipun 10 Muharram sudah berlalu 5 hari, nak jugak share peristiwa besar yang berlaku pada 10 Muharram. mungkin daripada tak tahu, lepas baca entry ni terus macam, oh peristiwa ni berlaku 10 Muharram rupanya..... *terasa

ni aku kopipes dari blog kawan aku yang dikopipes juga dari wiki. agak agak wiki kopipes dari mana eh? -.-


- Hari pertama Allah menciptakan alam.
- Hari pertama Allah menurunkan rahmat.
- Hari pertama Allah menurunkan hujan.
- Allah menjadikan 'Arasy.
- Allah menjadikan Luh Mahfuz.
- Allah menjadikan Malaikat Jibril.
- Nabi Adam a.s. dicipta.
- Diampunkan dosa Nabi Adam a.s. setelah bertahun-tahun memohon keampunan kerana    

  melanggar larangan Allah.
- Nabi Idris a.s. diangkat darjatnya oleh Allah dan Malaikat Izrail membawanya ke langit.
- Diselamatkan Nabi Nuh a.s. dan pengikutnya dari banjir besar selama enam bulan dan  

  bahtera baginda selamat berlabuh di puncak pergunungan.
- Nabi Ibrahim a.s. dilahirkan di kawasan pedalaman dan terselamat dari buruan Raja Namrud.
- Nabi Ibrahim a.s. diselamatkan Allah dari api Raja Namrud.
- Nabi Yusuf a.s. dibebaskan dari penjara setelah meringkuk di dalamnya selama tujuh tahun.
- Nabi Yaakub a.s. telah sembuh buta matanya ketika kepulangan anaknya Yusuf di hari 

  tersebut.
- Nabi Ayub a.s. disembuhkan dari penyakitnya.
- Nabi Musa a.s. telah diselamatkan daripada tentera Firaun dan berlakunya kejadian 

  terbelahnya Laut Merah.
- Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s..
- Nabi Yunus a.s. selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40  

  hari 40 malam.
- Kesalahan Nabi Daud a.s. diampuni Allah.
- Nabi Sulaiman a.s. dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
- Nabi Isa a.s. diangkat ke syurga ketika diburu oleh tentera Rom untuk menyalib baginda.
- Saidina Hussein ibni Ali telah syahid akibat dibunuh dengan kejam di Karbala oleh kaum 

  Syiah Kufah, dan  mereka kemudiannya memfitnah Khalifah Yazid ra dari Bani Umaiyah 
  membunuh Saiyiduna Hussain ra. Fitnah ini digembar gemburkan oleh kaum Syiah, dan 
  mereka mengelirukan umat manusia dengan menyambut hari Asyura dengan 'pesta 
  menyakiti diri' konon sebagai tanda kesal diatas kewafatan Saiyiduna Hussain ra.

walau sesiapapun anda, kalau apa yang aku nyatakan atas ni ada yang salah, TOLONG TEGUR! 

tambahan satu lagi peristiwa besar yang berlaku pada 10 Muharram 1414 ialah lahirnya seorang bayi sulung kepada pasangan Nordin bin Ahmad dan Nik Rasidah bt Ali. bayi yang comels itu diberi nama Siti Nurlina bt Nordin (^_^)

aku pun sebenarnya baru tahu birthdate aku ikut tahun hijrah bila check kat SINI.

masyaAllah, rasa bertuah teramat bila diberi tumpang lahir pada tarikh ni. Alhamdulilah.

maka Lina ini dah berusia 20 tahun 5 hari. dah boleh dah tu nak berubah sikit sikit Lina oiiii.

p/s: Kita kayuh slow slow :D

3 comments:

Unknown said...

Whooo.. Thanks skang aku da tau tarikh hari lahir aku ikut kalender hijrah ^ ^

Pha Is said...

waaa.. lahir 10 muharram.. best la, sambut birthday dengan bubur asyura.. hehehe

Awan Nina said...

Alep: tu ah, kalau aku tk jumpak benda tu memang aku pun taktau birthdate aku dlm tahun hijrah.

Pha is: haaa jimat en? takyah kek segala bagai >.<