Twenty years from now you will be more disappointed by the things that you didn't do than by the ones you did do. So throw off the bowlines. Sail away from the safe harbor. Catch the trade winds in your sails. Explore. Dream. Discover.

Sunday, 8 April 2012

Assalamualaikum Cinta , Waalaikumussalam Rindu


Tengok jam . baru 12.30 am . too awal for me untuk masuk tidur . teringat petang tadi ada copy movies daripada cousin . TAPPP terus bukak laptop cari TUJUH PETALA CINTA . 
kalau ada 5 bintang , aku kasi 3 bintang . kira okaylah jugak cerita ni . berunsur islamik .  yang best pasal cerita ni , aku rasa the whole script boleh buat quotes . bagus betul script writer dia . setiap buah bicara  yang dilontarkan pelakon pelakon dia aku rasa sangat mendalam maksud dia .  okay ni haaa aku nak kasi sinopsip sikit pasal cerita TUJUH PETALA CINTA ni .


fizo omar shima anuar diana amir ariel zafrel tujuh petala cinta
yg pakai purdah tu aku la -.-


Cerita ni start dengan pertunangan antara Muhammad Hamka Ibni bin Syed Fadlan lakonan Fizo Omar dengan Siti Saidah lakonan Shima Anuar . lepas beberapa hari pertunangan tu , Hamka telah berangkat ke Yaman untuk menyambung pengajiannya di Universiti Dar Al Mustafa . 


satu hari tu sampailah sepucuk surat dari Hamka buat adiknya , Hilma Aqila lakonan Diana Amir mengatakan dia akan pulang . lalu Hilma pun ajaklah Saida pergi pekan sebab nak beli barang barang untuk sambut kepulangan Hamka nanti . dah habis beli barang kat pekan tu , depa pun balik la rumah . sampai sampai ja kat rumah , depa dengar berita kat tv kata ada letupan berlaku kat bandar raya Yaman yang meragut nyawa 18 orang . 16 orang dah jumpak tapi ada dua orang lagi tak jumpak termasuklah Hamka .


Kawan tu frust lah . siang malam jaa asyik nangis . dalam masa yang sama , Abi ngan Ummi cuba nak satukan Saida ngan Ahmad Fakaruddin Attar , lakonan Ariel Zafrel . 


Attar ni dulu penjenayah . satu hati tu masa dia kena kejar dengan polis , dia lari sembunyi dalam masjid . bila polis tanya Abi yang tengah zikir dalam masjid tu , Abi kata takde orang pun masuk masjid tu . lepas polis tu dah blah , Abi pun nasihatkan Attar supaya berubah . Attar pun menyesal dan bertaubat atas kesilapan lalu dia . lepas pada tu , Attar pun berubah jadi baik dan tinggal kat Madrasah Qal Bunsalin tu  .


Selalu la jugak  bila Attar ngan member member dia nak masuk rumah , mesti ada makanan ngan nota kat bawah pintu . Attar, Soleh ngan Luqman ni ingatkan Saida yang bagi . Soleh ngan Luqman pun pi lah cakap terima kasih kat Saida tanpa check dulu betul ke tak Saida yang masakkan makanan tu . 


waktu berlalu dan pintu hati Saida telah terbukak untuk Attar setelah setahun dia bersedih atas kehilangan Hamka .


tapi tiba tiba muncul pulak watak Nida . Nida ni dia dah susun rancangan nak perangkap Attar . maybe sebab dia nak balas dendam kat bekas suami dia yang jual dia kat bapak ayam kot . aku pun tak berapa nak sure sebab apa dia nak buat camtu kat Attar . Nida buat buat macam dia dah berzina dengan Attar . bila dah kena tangkap tu , Attar kena halau dari madrasah . Nida pun rasa bersalah kat Attar sebab Attar takde tempat tinggal dan saudara mara selain daripada kat madrasah tu . dia pun pergilah cerita hal sebenar kat orang kampung . malam tu jugak Soleh ngan Luqman pergi cari Attar . nasib baik jumpak , tu pun lepas Attar kena belasah teruk dengan Naufal , geng masa dia jadi penjenayah dulu .


nak dijadikan cerita , lepas Attar dah sembuh , dia pergilah jumpak Saidatul Nafisah dan pulangkan balik semua surat surat yang kononnya Saida bagi kat dia yang dihantar skali ngan makanan tu . pastu Saida buat muka heran . aku pun dah jadi double triple heran la kan kenapa yang dia buat muka terkejut camtu . kalau buat muka sedih tu relevan lah jugak kan . bila dia baca surat surat tu rupa rupanya semua surat tu datang daripada Hilma . makanan makanan tu pun . rupa rupanya Hilma ada hati dengan Attar . tapi dia sanggup lepaskan Attar demi Saida .


lepas daripada peristiwa tu , Nida bertaubat dan tinggal kat madrasah tu . pada hari Saida dan Attar nak disatukan , masa Attar baru nak shake hand dengan Abi , 
TIBA TIBA jeng jeng jeng !!! 


kalau nak tau , sila dapatkan TUJUH PETALA CINTA ini !
frust tak ? frust tak ? HAHA . 
sebenarnya part ni masa last last dah . saja tanok cerita . nak kasi saspen sikit . lagipun kalau aku cerita , nanti dah tak saspen la . nanti dah takde orang nak pergi tengok cerita ni . pastu macam mana industri perfileman negara nak laku kalau macam tu . KAN ? 
okayfoine kau cakap dengan siapa lina ? dan kau tulis ni untuk siapa lina ? okfoine -__-


dan sini jugak aku nak kongsi antara script script dia yang menarik yang aku duk gebang gebang sangat kat atas skali tuhh .

1. Setiap wanita mempunyai attar dalam hatinya – Saidatul Nafisah 
     
     2. Ya Allah , peluklah hati ini . di saat aku mulai rasa gelisah . dalam penantian penuh kesabaran ini . rindu ini      keranaMU Ya Ilahi . – Saidatul Nafisah
  
     3. Ilmu itu ibarat haiwan liar . dan tali pengikatnya ialah catatan . – Saidatul Nafisah

     4. Duhai bakal imamku . jangan biarkan hadirmu sekejap mata . dan jangan biarkan kebersamaan kita hanyalah sementara – Saidatul Nafisah
     
     5. Tuhan pernah berjanji . perempuan yang baik untuk lelaki yang baik . macam itu jugak sebaliknya . itukan janji Allah – Attar

     6.  Mana ada penjenayah masuk rumah Allah . yang masuk ke rumah Allah orang yang baik baik , orang yang mencari keredhaan Allah , orang yang menjunjung titah perintah Allah . orang yang masuk ke rumah Allah , orang yang mahu membersihkankan diri dan bertaubat kepada Allah nak . sesiapapun yang masuk ke rumah Allah ini dia sebenarnya adalah tetamu Allah nak –Abi

     7. Sebesar manapun dosa yang kita lakukan , sesungguhnya pengampunan Allah itu seluas langit yang tidak bertepi , seluas lautan yang tidak berpenghujung . dengar ya , kalaulah jalan semua telah tertutup untukmu , carilah jalan Allah . kerana jalan Allah itu seluas 7 petala langit , 7 petala bumi – Abi

     8.  Kau mendakap orang yang mendekatiMU ya Allah . kau sayang orang yang menyayangiMU ya Allah . kau sambut orang yang mendekatiMU ya Allah . terimalah aku menjadi hambaMU ya Allah - Attar
            
    9. Sebab itulah cinta bukanlah melemahkan , tapi menguatkan . cinta juga bukan menyedihkan , tapi menggembirakan kita – Hamka
  
    10.   Apa yang awak tahu tentang diri saya , tak lebih dari satu matan , satu perenggan dalam satu bab . awak tak rasa apa yang saya rasa – Saidatul Nafisah
   
     11.   Kenapa harus menolak untuk berjumpa kekasih abadi – Hilma

     12.   Manusia macam awak ni kalau dah berbau busuk , pakailah wangian banyak mana sekalipun , akan tetap berbau macam bangkai . sayang bukan ? perangai awak sikit pun tak macam nama awak – Saidatul Nafisah
   
     13.   Takkan ada lelaki di dunia ini yang mahu mengorbankan harga diri untuk menjadi suami kepada orang yang telah menolaknya – Abi

     14.   Attar , mungkin saya tidak seperti Saidatina Fatimah – Saidatul Nafisah . 
           aku bukan Saidina Ali – Attar

     15.   Izinkan saya menjadi jindera jiwa buat puteri Abi , Saidatul Nafisah – Attar

     16.   Telah Abi duga , malaikat pun akan tunduk malu dan bidadari akan terasa cemburu dengan kebesaran jiwamu , Attar – Abi

     17.   Kerana cintakan saudara , sahabat menafkahkan jiwa – Hilma

     18.   Di antara tujuh petala langit dan tujuh petala bumi ada tujuh petala cinta – Hamka

     19.   Wahai Engkau yang melumpuhkan hatiku . Tiada yang lebih baik daripada pilihan Tuhan . mungkin kebaikan itu bukan pada yang terpilih , tetapi pada jalan yang Kau pilih . semoga cinta ini bukanlah sebuah nasib . – Hamka


Aku ingat woo satu satu . susunan nombor tu siap ikut story line lagi . hebat tak aku ? hebat tak ? 
BOOOO !! 
padahal aku pasang cerita tu pastu bila datang part yang dia nak cakap ayat best tu , aku pun pause . 
sampai cousin aku pun dah tanya tak letih ke ulang cerita ni banyak banyak kali . HAHA . 


biarlah lah aku . asalkan ada benda nak buat . nanti aku pergi rempit kang ramai yang risaukan aku pulak :P 
tapi sebenarnya ni semua untuk KEPUASAN DIRI SENDIRI . 
dah nama pun diri sendiri , kau mana paham kan ? heh -.- 


oh btw aku paling suka ayat keempat  and second last :)
and and kalau perasan mostly datang daripada Saida kan ? 
jurr apalah kau . dah nama pun Saida main actor ;// 


ohh ya satu lagi . sapa perasan tajuk entry Assalamualaikum Cinta Waalaikumussalam Rindu ? 
ada tak ada tak ?
KRIK KRIK KRIK …
Okayfoine takde . takpe takpe . kalau sapa yang tengok cerita ni , tau la :)

p/s : semalam tengok cinta kura kura . tapi rasa macam malas nak cerita . sebab takde KEPUASAN DIRI SENDIRI kot ? cehh . 
dann lepas tengok cerita tu , setiap masa asyik nak sebut PENYU APAKK KAU !!



5 comments:

kacak said...

cerita malay! hmmm~
oke!! saya dh bca tajuk n bbrapa ayat di paragrph pertama
bhahaa~ pnjang doe nk bca -___-

Awan Nina said...

malay's movie pun okay what.

Bolbol Hayran said...

Saya setuju ngan Zack.

Maaf jika benda ni tak menyenangkan Awan Nina tapi; cerita tu agak kureng bagi saya. Banyak aspek lemah. *Saya panadi komen je,buat filem xpandai

Awan Nina said...

Bolbol Hayran. oh siapa Zack?
untuk pengetahuan saudara, saya tak ingat dah pun jalan cerita ni melainkan saya terpaksa baca balik apa yang saya tulis ni atau tengok balik cerita ni hihi.

ac comforter king size said...

Kawan tu frust lah . siang malam jaa asyik nangis . dalam masa yang sama , Abi ngan Ummi cuba nak satukan Saida ngan Ahmad Fakaruddin Attar , lakonan Ariel Zafrel .
black fitted sheet ,
antibacterial sheets ,