Siapakah beliau ?
Anak pak cik jual burger sedap sebab letak sos thai kah ?
Penjaga unta di padang pasir kah ?
Atau bapak mertua kepada seorang penternak penguin di gunung
Himalaya ?
Yang tau tu taulah . yang taktau ni mai cek nak habaq mai kat
hampa .
Aku kan . err . aku . err . sebenarnya aku pun tak kenal siapakah
gerangan si pian ni .
Tetiba jaa dia boleh hadir dalam hidup aku (?)
misteri tak misteri tak ? -..-
isk betul lah aku pun tak kenal . tak pernah pernah setakat
aku hidup ni aku ada member nama pian .
bila first time dengar nama PIAN , isk rasa suka pulak kat
nama tu . well , setakat gedik gedik nak jatuh cinta kat nama orang HAHA . so ,
kat mana aku dengar nama tu ? hurmm act bukanlah dengar , tapi baca . KALAU ADA
JODOH . pian lah pegang watak hero dalam novel ni . kena pulak si pian ni ada
lah jugak tempias ciri ciri lelaki yang aku suka . rambut panjang , pandai main
gitar dan minat lagu lama .
ni haa novel tu ;) |
what ? lina minat lagu lagu lama ? apa barang lagu lama . takde
keelasss lansung .
apa kau cakap ? lagu lama takde keelasss ? ni dengar baik
baik aku nak cakap . takde lama , takde baru tau . cubalah bukak sikit mata tu
. tengok satu satu lirik lagu lagu lama . tak setanding tau dengan lagu lagu
baru yang kononnya up to date sangat lah kan . ohh ya sebelum aku gi lagi jauh
, aku ni tengah cakap dengan insan insan yang buta nak menilai permata yang ada kat depan mata . yang rasa dirinya
tak berkenaan tu , tutuplah mata kejap ye . ni aku nak cerita pasal lagu lagu
lama . yang tanok tutup mata tu aku paham , korang mesti kipas susah mati (die
hard fan ) lagu lagu rock kapak 80 90 an kan . yeay sep sep !
siapalah ku ini untuk
memintal buih yang memutih ,
menjadikan permaidani
seperti mana yang tertulis dalam novel cinta .
juga mustahil bagiku ,
menggapai bintang di
langit menjadikan hantaran
syarat untuk milikimu
semua itu sungguh aku tak termampu .
overlah tu kan nak pintal pintal buih segala .
tu lah kau . kan aku dah kata . bukak mata luas luas .
bahasa orang dulu dulu kita ni unik . berkias kias .
dalam setiap patah kata tu mesti ada seni . hurmm aku
bukanlah nak kata lagu lagu sekarang takde seni . seni tu tetap ada tapi tak
semua dan tak se-ummphh lagu dulu (Y) sebut je penyanyi and band mana . semua
aku tau . awie wings search stings spring screen scoin rahmat nadia olan may
iklim hattan ekamatra damasutra thomas arya BPR AXL mega dan yang ni mesti
semua orang tau amy search . and yadha yadha yadha . aishh kalau semua rakyat
Malaysia macam aku ni , tak lapuk budaya dek zaman nihh haha . bangga nihh
prime minister kita dengan aku -..-
okeh okeh kita berbalik kepada niat asal aku nak cerita
pasal pian tak habis habis lagi nih . tulah , sapa suruh drag aku masuk topic
lagu lama . aku semangat sikit bab bab tu . sampai aku pernah bercita cita nak
jadi sasterawati negara . dah dah stop
gelakkan aku meh kita sambung …
dalam aku tengah angau nak jumpa orang nama pian (eh bukan
orang angau lepas dah jumpak ke ? lantakk ah . aku tak jumpak pun dah angau ) ,
satu hari tu termimpilah aku akan seorang mamat ni . mamat ni buatlah aksi
sekian sekian dalam mimpi aku tu . jangan pikir pelik pelik eh berdosa . yang peliknya , mamat ni aku pernah lah aku
jumpak sekali dua je sebelum tu . esoknya tu , pagi pagi lagi tuppp terjumpa
mamat tu kat depan lab . masa lunch hour , tuppp jumpak lagi kat tangga . arghh
apakah semua ini ?
disebabkan aku tak kenal mamat tu dan masa tu zaman aku
tengah angau nama pian , aku namakanlah mamat tu pian . haha sukati je aku
letak nama orang . dua tiga hari lepas tu aku jumpak gambar gambar mamat tu kat
fb . dua tiga hari lagi lepas tu aku jumpak pulak fb mamat tu . setelah dibelek
belek , ternyata dia bukanlah pian yang ku cari . hampa ;'(
sehinggalah ke hari ini , 29 April 2012 pian yang ku cari
belum muncul muncul . so , kepada pian pian di luar sana , silalah datang
mengadap menyembah duli . walaupun bak kata syer nama pian agak kekampungan ,
tidak mengapa ku tak kisah . dan bak kata clah , pian yang akan muncul dalam
hidup aku tak semestinya nama pian . eh ?
google image "PIAN DAN GITAR" . cingg keluarlah piano dan gitar . pon boleh -,- |
p/s : ada datuk yang nak bagi rumah macam ni tak kat aku ?
10 comments:
nme mmg xglamer!
tp nk buat cam mne kan
rasa cik lina ni mmg agak lain sikit XD
PERGHH si kacak,
rasa anda yang lain.
hurmm lagipun kita tak sama.
awak kacak, saya katang XDD
Mohon share~
argh takyah ngada alep!
Saya rasa awak silap orang ni. Saya Zarif. Yang dari Kedah tuu. Tak ingat dah ke? Sedihnya :'( Tapi saya rasa entry ini sangat bermanfaat untuk dishare ke kawan-kawan saya. Awak tak kisah kan?
ohh ingat dah ingat dah! walaupun sy dh igt awk, awk takleh share jugak!!!!!! cuba awk beri sebab kenapa bermanfaat?
ok2 saya takkan share
opsss identiti terdedah :p
kurang asam punya blogger -.-
haha padan lah mukaaaa!!!!
huargh huargh huargh *gelak samseng*
Post a Comment