Twenty years from now you will be more disappointed by the things that you didn't do than by the ones you did do. So throw off the bowlines. Sail away from the safe harbor. Catch the trade winds in your sails. Explore. Dream. Discover.

Friday, 25 January 2013

Aku dan Sukan (episod 3)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

di sekolah pulak,
aku suka join pertandingan lumba lari.
aku tau bahawa aku bukanlah anak tiri Usain Bolt, tapi aku nak jugak lari!
selalunya aku join lari pecut 100m.
takpun pass baton.

bagi yang kenal aku selepas tahun 2006 (tingkatan 1) mesti tak percaya dengan apa yang aku cerita sejak episod 1.
sukahati lah nak percaya ke tidak.
tak effect aku punn *buat muka sedo*

so, pengalaman aku masa lumba lari amatlah menarik.
eceh claim cerita sendiri sebagai menarik itu umpama buat status sendiri like. heh.
kalau kau tengok ada sekumpulan manusia tengah lari tengah padang,
tiba tiba ada sorang budak nih tertinggal kasut sekolah tengah padang usah kau tanya lagi siapa!
akulah tu orangnya hiuhiuhiu.

bukan sekali dua, tapi selalu!
sampai aku dah lali dengan gelak ketawa budak budak nih (termasuk junior. cisss)

sebabnya,
kasut sekolah aku tiap tiap tahun pun longgar macam apa lagi.
eh itu tak bermakna aku tukar kasut tiap tiap tahun.
kaki aku tak membesar maybe?

sejajar dengan fizikal aku yang kecil ini, sebab tu lah kasut selalu tak kena dengan saiz kaki.

selain itu (penanda wacana itu penting ye anak anak)
aku aktif bola baling.
petang petang rela jalan kaki (jarak dari rumah 1 km) sebab nak praktis bola baling.
sampai sekarang ingat lagi muka muka yang selalu main dengan aku dulu.
Nabilah Azhar, Afikah Hizan, Arif Zakuan (yes, main campur dengan budak laki).

kokurikulum pun aku aktif jugak.
dulu aku join Puteri Islam (sukan ke ni?)
anggap jelah sukan sebab ada kawad bagai.
aku tak pernah miss perjumpaan sampaikan masa hujung tahun aku dapat Hadiah Kedatangan daripada Ustazah.
lupa pulak aku nama ustazah tu.
yang aku ingat, ada sorang ni jealous dan mempertikaikan kenapa aku yang dapat.
kenapa kenapaaaaaaaaa?
tak perlu kot aku sebut nama dia heh heh.

masuk sekolah menengah,




bersambung....


Aku dan Sukan (episod 1) >>>>
Aku dan Sukan (episod 2) >>>>

3 comments:

iima ❥ said...

aktif sg tuh sampai tertanggal kasut hehe

iima lagi suka bola jaring size bola dia besar sket kalau bola baling mmg tak reti size bola plk kecik tak selesa pgg..

iima dulu main bola jrg ngn bola tmpar dr Drjah 4 sampai ting 5 :)
spe lgi aktif awak ke kita ? ;p

nik ros said...

sis lak tak suka sukan.huhu
mmg kalau ari sukan sekolah pun, mmg tak join apa2 aktvt

Awan Nina said...

iima: yela2 imma aktif lagi. saya kalah *tarik muka* HAHA :)

nik ros: ni mesti yang jenis duduk bawah khemah pegang botol sorak sorak tu kann? hoho