Twenty years from now you will be more disappointed by the things that you didn't do than by the ones you did do. So throw off the bowlines. Sail away from the safe harbor. Catch the trade winds in your sails. Explore. Dream. Discover.

Saturday, 26 January 2013

RENTETAN PENGALAMAN DI HARI HARI TERAKHIR


             Menjelang asar, Hajar mula rasa bahang. Dia minta dimandikan. Panasnya kuat dibahagian dada. Dan terasa semua badan sakit2. Saya terdiam. Saya rasa, dia dah mula nak nazak. Waktu tu saya berdiri membelakangkan tingkap. Dia suruh saya beralih kedudukan. Dia nak pandang keluar tingkap. Saya tanya, nak tengok apa? Katanya : nak tengok Allah. Saya terkedu lagi. Katanya : "Allah marah sebab tak dakwah sungguh2. Tak mahu cari jalan lain, bila dakwah terhalang." Saya jawab “Mintalah ampun dan banyakkan beristigfar pada Allah,” Angguk.Tak lama lepas tu, dia kata, matanya dah mula kabur. Saya membisikkan agar dia terus mengingati Allah. Angguk.

Dalam termengah2 dia berkata "mak, izinkan akak pergi dulu, tapi akak tak nampak jalan" “ Ya, mak izinkan, mak doakan agar Rasulullah datang tunjukkan jalannya. Sekali lagi dia mengejutkan saya, bila dia kata dia dah tak boleh nampak, lalu bola matanya bergerak ke atas. Segera saya talkinkan berulang kali. Doktor dan  nurse mula berkejar datang nak menyelamatkan. Saya disuruh keluar. Mereka mula memasang topeng oksigen, dan  menaikkan tekanan darah.



*****


boleh baca kisah penuh yang ditulis sendiri oleh ibu kepada al-marhumah Siti Hajar Binti Ahmad Sabir di SINI. semoga al-marhumah ditempatkan di kalangan orang orang beriman di sana dan semoga kisahnya menjadi iktibar buat kita semua. AMIN.

6 comments:

iima ❥ said...

semoga roh nye dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan org-org yang beriman :(

Awan Nina said...

AMIN.

iAmCekbolat said...

sedih baca rentetan tu :( semoga arwah ditempatkan dengan orang orang yg beriman

pha is said...

ameen..

nik ros said...

dah baca kisah ni.sedih sgtttt.
Al-fatihah

Awan Nina said...

AMIN. semoga doa doa yang baik diperkenankan.