Twenty years from now you will be more disappointed by the things that you didn't do than by the ones you did do. So throw off the bowlines. Sail away from the safe harbor. Catch the trade winds in your sails. Explore. Dream. Discover.

Thursday, 31 January 2013

10 Tahun Sebelum Merdeka | Fahmi Reza



atas satu rasa yang bukan berpaksi pada idea nak berpolitik atau apa, aku hanya nak share video 10 Tahun Sebelum Merdeka arahan Fahmi Reza ni.

bagi aku, filem dokumentari pendek ni boleh memberi gambaran keseluruhan tentang gerakan yang dibentuk 10 tahun sebelum merdeka. kenapalah aku tak tengok filem ni dari masa 2007 dulu pfttt. sebab lepas aku tengok ni, aku macam baru paham apa yang sebenarnya buku teks sejarah tingkatan 2 dan 3 merepek apa. seriously.

aku bukanlah seorang yang minat sejarah macam si Asilah tuu. tapi lepas tengok ni, baru aku rasa yang orang zaman dulu memang hebat! cuba kau letak diri kau pada zaman sebelum merdeka. kau rasa dengan diri kau yang macam sekarang ni, yang memang takda semangat lansung tu, kau mampu ke lihat betapa 31 Ogos 1957 tu sebagai satu tarikh keramat? kau mampu ke pegang gerakan gerakan nak tuntut merdeka? nak yakinkan orang lain percaya pada apa yang kita fikir?

antara kata kata Yahya Nasim, timbalan bendahari PKMM dalam filem tersebut, 'sesetengahnya takut, sesetengahnya benci, dia tak tahu pun MERDEKA tu apa benda pada dia.' sambung Majid Salleh, Presiden Johor PTU pula, 'awak ni gila ke?' 'nak merdeka ni, awak tahu ke siapa awak ni?' 'orang Melayu ni siapa?' 'tak tahu orang putih kapal terbang ada, kapal laut ada, kapal selam ada, itu nak kita lawan?.' itulah suara yang selalu mereka dengar bila perjuangan mereka diutarakan.

nampak tak, sama kan dengan realiti hari ini? suara yang sama bertempik memekak seisi halwa telinga mempersoalkan kenapa itu tak perlu, kenapa ini tak perlu, kita dah sempurna, kita tak perlu berubah blablabla (nak kaitkan dengan apa sekalipun dipersilakan, tiada bantahan)

ya, mereka dilabel sebagai radikal.
ya, mereka mengamalkan dasar tidak bekerjasama dengan British,
ya, mereka membuat penentangan secara terbuka.
ya, mereka jugalah yang bebaskan Tanah Melayu dari penjajahan British!

benda yang berada di kiri tak semestinya negatif.
ingat tuu!!!

mintak mintak Fahmi Reza tak baca blog guwa.
kang tak pasal dilabel anak muda tak bersemangat hahahaha.
ni pun aku sudah hampir hampir diherdik oleh A Samad Said kerana selalu tweet merapu di twitter. har har har.

baidewei, aku hanya ulas pasal 10 Tahun Sebelum Merdeka, bukan pasal Fahmi Reza. 
aku tau ramai tak suka dia,
tapi dia takda kaitan pun dengan aku.
sekian.

Assalamualaikum.

5 comments:

Syazana Zainn said...

sekarang ni semua benda nak dipolitik kan.


-_-



btw ramai anak muda skrg ni tak reti nak hargai semangat juang orang2 terdahulu. huhu

Awan Nina said...

itulah. kadang ceramah biasa2 ni pun kang ada selit politik. nyampos i.

dia tak minat sejarah la tu kot haha.

Cik Syida said...

ala tak dapat nak tengok, kat opis kena block video-video ni :)

Awan Nina said...

amboi curi curi bw kat opis yee...

O CIKTEDDY said...

skrg pon kalo org tanye mrdeka tu ape,still lmbt nk jwb..haha adeh teruk plak rase :3