Twenty years from now you will be more disappointed by the things that you didn't do than by the ones you did do. So throw off the bowlines. Sail away from the safe harbor. Catch the trade winds in your sails. Explore. Dream. Discover.

Wednesday, 23 January 2013

Bila waktu sesuai berkahwin?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


kahwin marriage



KAWIN SAMBIL BELAJAR ATAUPUN SELEPAS BELAJAR?


"Ustazah, mana lagi baik ya, nikah masa belajar atau nikah lepas belajar?" 


Soalan 'femes' itu ditanya oleh moderator selepas tamat forum.


"Hmm. Ustaz Tengku Rasyid banyak pengalaman. Lebih layak menjawabnya." 



Saya 'pass' soalan itu kepada Pensyarah yang duduk di tepi suami saya. Saya sedia maklum dengan kewibawaannya. 


Wajah kebapaan itu lama terdiam. Di meja makan VIP , moderator menanti-nanti jawapan. 

Saya yakin diamnya berfikir jauh merentas teori dan pengalaman. Ada 'mutiara' yang bakal dia hulurkan.


"Akhi pernah tengok orang lawan bola?" tanya Ustaz Tengku Rasyid.


"Ya."


"Masa lawan tu, dia baru nak berlatih atau masa tu dia dah sedia dengan latihan sebelum perlawanan?" 

  
"Mesti kena berlatih dulu."


"Ya. Perkahwinan itu medan. Ia perlukan 'latihan' dan 'persiapan' sebelum masuk ke medan."

Siapa siapkan diri cepat, bolehlah nikah cepat. Pilihan di tangan anda. Tiada paksaan. :)

{Fatimah Syarha}

5 comments:

pha is said...

sapa rasa ready, kahwin je la... kan..?

so, cik nina dah ready ke belom..? heheheh

Syakir Rahman said...

betul tuh, kdg2 bukan x stuju ngan org yg kawin awal ni..tpi nampak macam ada yg x kene.. maksud awal tuh bukan lah dlm lingkungan 24,25 mcm tuh, tpi yg umur belas2 ni.. kalau perempuan tuh x kisah sgt, tpi kalau laki ni mcm x brapa nk seswai.. bnyk lg bende kt luar sana yg die perlu pelajari sebelum memimpin rumah tgga...

Lazaac said...

laki pompuan sama jer, kalau dah bersedia apa salah nyer.. tp tgk trend skrg ni, mak ayah kahwinkan anak belasan tahun, anak2 tu ntah dah cukup ilmu yg paling basic atau tidak.. wallahualam..

nik ros said...

jawapan yang menarik tu. btol la. dah ready, ada calon yang sesuai. kwen la kan.

Awan Nina said...

pha is: betui. kita bukan nak tunggu waktu bila2 pun. yg ditunggu adalah persediaan tu sendiri. saya? haih lambat laagiiiiii. XD

Syakir Rahman: itulah yg haritu ada juga bertekak dengan member. memang betul dapat elak zina, tapi kalau takda ilmu perkahwinan, hah macam mana kann?

Lazaac: kita bukan takat berkahwin je, tapi nak bina ummah. banyak benda kena dipertimbangkan sebenarnya sebelum berkahwin & dikahwinkan ni...

nik ros: yela, apa tunggu lagi kan? nanti diambil orang kang menyesal huhu :)