Assalamualaikum dan salam sejahtera.
from part 2 lets move to part 3 bebeh!
Pierre Andre (Pengarah dan pelakon)
'sejak kecil saya memang menanam minat untuk menjadi seorang pengarah filem. setiap kali bangun tidur memang itu yang saya fikirkan. makan filem, tidur filem, mandi filem. pada umur 21 tahun, setelah dapat menjadi seorang pengarah, saya dapat rasakan eh ini bukan yang saya nak. saya duduk dan berfikir apa sebenarnya yang saya mahu dalam dunia ini.'
'apabila saya menghadiri satu majlis di Markas Petaling, ada satu hamba Allah ini bertanya satu soalan, "Kamu pasti tak esok kamu akan hidup lagi?". detik itulah membawa titik hijrah dalam hidup saya.'
katanya lagi,
'Hidayah itu milik Allah dan saya mendapat inspirasi untuk membuat kebaikan apabila menonton filem filem tertentu contohnya My Name Is Khan'.
ingat tak lagi pada saat ketika Pierre naik ke pentas Anugerah Skrin 2012 dan mengucapkan kalimah 'Lailahaillallah'?
ceritanya,
'selepas berhijrah dengan lebih mendekati Islam, saya terfikir patutkah saya berhenti dari industri seni hiburan? apabila sudah buntu, saya berdoa pada Allah, "Ya Allah, berikanlah aku petunjuk. berikanlah aku kemenangan".'
lebih kurang macam tu laa. hotak aku nih bukan boleh simpan semua data majlis sepanjang 2 jam tu.
sambungnya lagi,
'beberapa minggu kemudian, pihak tv3 menelefon saya dan telah memberitahu bahawa saya telah menang. masa tu saya bersyukur sangat dan menantikan saat 'live' itu untuk mengingatkan kawan kawan saya yang belum sedar tentang kehebatan kalimah Lailahaillallah. bukan anugerah itu yang saya nak, tapi keyakinan di sebalik itu. sepanjang berada dalam majlis itu, saya berasa amat muak melihat ada yang pakai baju tak cukup kain, ada yang terdedah sana sini.'
berkenaan isu tidak solat di lokasi pengambaran, Pierre sering mengajak krew krew nya meninggalkan segala benda duniawi dan solat dahulu apabila masuk waktu dan mengingatkan bahawa pedulikan pangkat apa yang kita pegang, tapi pentingkan
'apa yang Allah lihat di dalam hatinya.'
Oki Setiana Dewi (Pelakon Ketika Cinta Bertasbih)
lafaznya didahului dengan kecek klate. sangat la lawak tapi respect sama effort anda!
katanya Oki,
'bertudung saja tidak cukup. kita perlu menuntut ilmu untuk mendekatkan diri dengan Islam. menjadi selebriti bukan bermakna mereka tidak baik, tetapi mereka mereka inilah yang bertanggungjawab menghasilkan karya karya yang boleh membwa kesedaran dan menarik artis artis lain ke arah Islam.'
masa dia cakap tu, hati aku terdetik,
'eh betul jugak eh. kalau mereka mereka ni meninggalkan industri seni, kang tinggal lah sek sek hanyut tu. siapa yang nak ingatkan mereka?' maaf jika bahasa saya agak kasar errr.
masa Oki cakap tu pun, aku nampak Pierre angguk angguk kepala tanda setuju.
dia juga ada hasilkan 3 buah buku dan otw nak masuk yang keempat dah. bolehlah menerjah mana mana kedai
makan buku untuk mendapatkan MELUKIS PELANGI, SEJUTA PELANGI & CAHAYA DI ATAS CAHAYA.
selepas Ustaz Zamri berbicara (nanti lepas nih aku cerita), Amin Idris telah membuka ruang soal jawab. masa tu aku nampak ada sorang perempuan tak bertudung menapak ke microfon. dan kelihatannya dia seperti non-muslim. aku heran dah ni rupanya ada jugak non-muslim datang ke majlis macam ni.
dia lalu membuka suara,
'Madam Syarifah, let me speak'. aku renung muka dia lama lama,
'Eh BAWANI!'. semorang dah tercengang cengang dah. rupanya slot soal jawab tu cuma gimik nak tunjukkan kemunculan dia la. kemudian dia naik atas stage dan mula bersyarah soal free education.
yang aku sempat ingat, dia ada cakap,
'dah 55 tahun kita merdeka, tetapi suara mahasiswa sentiasa disekat. mahasiswa patut diberi pilihan untuk memilih. kita patut memberi peluang kepada kedua dua pihak iaitu pihak kerajaan dan pihak pakatan tampil dan mendengar suara mahasiswa. dan biar mahasiswa yang memilih.'
pastu dia ada la pumpangpumpang pasal free education. aku malas nak ulas lanjut pasal tu. korang nak tau, bolehlah melawat belambak lagi blog blog yang sudi mengulas isu nih. satu yang aku setuju bilamana dia cakap, 'ramai pihak yang mempersoalkan kenapa kita mahu compare kan Malaysia dengan negara lain. jika kita tidak compare, macam mana kita nak tahu sesuatu benda tu mendatangkan kebaikan atau tak'.
ya, ini guwa setuju! tapi dalam konteks yang luas lah. universal. bukan free education semata mata.
dia ada jugak cakap, dia tak mintak pun Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin minta maaf kat dia dan semua mahasiswa. katanya, kalau setakat minta maaf tapi takda perubahan sistem, nak buat apa. kalau click kat nama Sharifah tu korang boleh tengok satu berita dari Sinar Harian yang menyatakan Sharifah telah memaafkan Bawani dan dia turut memaafkan kenyataan pemimpin-pemimpin politik negara yang mengutuknya dengan pelbagai dakwaan, yang dibuat secara sengaja atau tidak sengaja.
whatt? dia buat lawak agaknya. dan aku tak nampak kaitan video tu dengan dadah, masalah sosial, pembuangan bayi, HIV, Aids, rogol, isu-isu politik semasa seperti isu keagamaan, hak lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dan krisis air di Selangor seperti yang dia cakap dalam dua perenggan terakhir. dia memang suka bagi contoh contoh tak relevan ehh? maaf jika saya terkasar.
dan satu yang aku perasan, kalau kita tengok video listen listen kat youtube tu kan, kita nampak macam nada suara Bawani agak kasar dan meninggi. bila dia dah cakap depan depan ni, aku rasa dia bukan sengaja nak meninggi suara. memang suara dia macam tu. suara bersemangat waja giteww. bila dah habis cakap tu, dia ada laung suruh kami ikut
. 'HIDUP HIDUP! HIDUP RAKYAT!'
aku terasa seperti berada di dalam majlis politik pula errr. kendian terus boleh duduk kat seat vip. wah wah kau Bawani, mentang mentang dah femes kan. aku pun kau lupa. tsk tsk *kesat hingus di lengan baju*
Ustaz Zamri 'Mantop'
'hiburan itu sendiri adalah fitrah. contohnya, ibnu akwa - pelari pecut. kalau lari kaki boleh sampai ke belakang tengkuk, Hassan b. Tsabit - menghasilakn puisi puisi dan karya karya tentang Islam, Syarifah Kassim - alunan Al Quran'.
katanya lagi, jika bacaan Al-Quran itu dihiasi, mesti kita rasa syok nak dengar. titik seni dan hiburan itu berada pada shariah compliance. terdapat 2 konteks Islah. pertama mencari platform yang sesuai. kedua, mengambil kaedah
'selagi tak boleh nak ubah semua, jangan tinggal semua'. dan konteks yang kedua ini lebih sesuai digunapakai.
Ustaz Zamri jugak ada berkongsi bahawa Surah Taha ayat 1-5 dapat melembutkan hati yang keras. contohnya boleh juga ditiup pada anak kecil yang berterusan menangis tanpa henti untuk menenangkannya. bicaranya lagi, dunia glamour bukanlah seindah yang disangka. beliau menyatakan bahawa ada seorang ustaz (tak ingat nama) telah menarik diri daripada satu slot ceramah di IKIM kerana hadith ini :
Daripada Abu Zaid Usamah Bin Zaid Bin Haristah Radhiallahu 'Anhuma berkata: "Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Akan didatangkan seorang lelaki pada hari kiamat nanti lalu dilemparkan ke dalam api neraka sehingga terkeluarlah isi perutnya kemudian lalu ia berpusing (ditengah-tengah unggunan api neraka) seperti berpusingnya seekor keldai di tempat penggilingan gandum. Para penghuni neraka terkejut melihat kejadian ini lalu mereka segera berhimpun di sekelilingnya sambil berkata kepadanya: ''Hai Fulan! Mengapa engkau jadi begini? Bukankah dahulu (sewaktu di dunia) engkau suka menyuruh orang berbuat kebaikan dan melarang mereka daripada kemungkaran?.'' Lalu orang itu menjawab: ''Ya benar, dahulunya saya suka menyuruh orang lain berbuat kebaikan, tetapi saya tidak melakukannya, dan saya suka melarang orang lain daripada kemungkaran. tetapi saya sendiri melakukannya." (Hadith Riwayat Bukhari & Muslim)
baginya, tanggungjawab itu sungguh berat. seperti satu lontaran dialog di dalam cerita Spider Man,
"With great power comes great responsibility"
"memberi adalah syarat menerima", ujar Ustaz Zamri sebagai menutup bicaranya.
last sekali, moderator dan panelis membuat performance masing masing. Pierre baca puisi yang berkisar jangan gugup sekali melangkah. Oki membaca 2 buah sajak yang berkisar kenapa dia suka datang ke kelantan dan mendoakan kesihatan TGNA. Ustaz Zamri mengalunkan ayat Al quran. Amin Idris menyanyi lagu Aku Cinta Allah yang pertama kali dipersembahkan di khalayak. Azizulhasni Awang pula menurunkan tandatangan pada baju dan basikal anak anak muda yang menyertai C4R (Cycling For Royalty).
tak silap aku, diorang berbasikal sejauh 700km ++ dari Kota Bharu sampai KLCC untuk menuntut Royalti. kemon kemon. bukan royalti Kelantan saja, diorang memperjuangkan royalti Terengganu dan Pahang juga.
Bicara Selebriti 7 part 2 >>>>>