Twenty years from now you will be more disappointed by the things that you didn't do than by the ones you did do. So throw off the bowlines. Sail away from the safe harbor. Catch the trade winds in your sails. Explore. Dream. Discover.

Monday, 21 May 2012

Hari melayan perasaan #Teluk Cempedak

Sun, 20 May 12

ahad kan .
cuti .
ni yang seronok nih bila ada yang nak bawak jalan .
tolong drivekan lagi .
duit minyak pun takyah bayar .
duit makan apatah lagi .

nak dekat maghrib baru gerak .
konon nak tengok sunset .
konon lah .

sampai sampai , baru teringat .
Teluk Cempedak celah mananya nak tengok sunset .
yang aku nampak , selonggok retiss kat sana .
yelah , macam macam fesyen ada .
yang tertutup , yang terbukak .
yang labuh , yang singkat .
brader hensem pun ramai .

pastu feeling feeling nak jadi photographer datang .



masa tengah kuis kuis pasir dengan hujung kaki *insert lagu ombak rindu* , 
nampak pakcik ngan makcik ni SHUWITT je kongsi tunggul kayu lepak depan ombak tu sambil renung jauh sembang sembang tunggu matahari jatuh .
imbau kenangan lama lettew .



woot woot !! buaya pink tuu ..
gambaq tuan dia mana ?
err takyah la . buat spoil entry ni jaa .
jap , ada yang salah sangka kata pompuan yang silang kaki lepak kat bangku bawah pokok kat gambaq first tu aku ka ? *kemain panjang ayat*
OH NOES !!
bukan laa +__________________+

tengah tengah amik mood feeling feeling layan perasaan depan laut tu ,
ada orang datang cuit bahu .
' jom makan '

wahh , burger king !!
ada orang belanja lah !
alahai , happy nya hidup kalau macam nih hari hari .
sambil menketerdarah makan , 
sempat lagi merenung masa depan sambil membuang pandangan jauh ke tengah laut .
hurmm , ntah lah .
aku pun heran jugak .
kalau tengok laut jaa , mesti macam nak berfeeling feelingan .
automatik !!
takdak manual manual punyaa .

lepas makan tu kan kan kan ,
singgah la petronas depan hotel vistana tu .
buat lah apa yang patut sebagai seorang muslim kan .
DAN SESUATU TELAH TERJADI !
maafkan saya kepada pengguna pengguna surau perempuan di situ .
disebabkan saya , malam tu surau tu tak dapat digunakan lagi .
esok dah boleh kot .
the rest ?
RAHSIA ;)

seterusnya , kuantan parade pulak .
banyak kedai nak tutup dah pun masa kami masuk .
dan seperti biasa , 
kedai tudung , baju , accessories perempuan semua aku pandang sepi ja .

aku hanya masuk satu kedai ja .
nice to see nice to hold , once broken considered sold .
aku peduli apa ngan tag tuh .
usha harga , petik sikit sikit , usha brader kedai tuh , blah .
dalam hati ' nanti lah masa degree '

amende lah kan aku cakap nih ?
hurmm tak best lah gebang gebang sebelum dapat .
nanti dah dapat , aku gebang sampai lebam kat sini ;)

dan lokasi seterusnya ,
jeng jeng jeng !!
makan lagi .
dah tu apa yang kecohnya ? makan je pun .

ni makan bukan sebarang makan .
pekena koey teow tomyam sedas ,
sedut kopi jantan ( air orang lain sebenarnya . aku terminum )
sambil angin pantai sepoi sepoi bahasa menerjah muka ku yang halus suci murni .
pastu sampai pulak kerang bakar .
masa tu dah pukul 11 lebih dah .
memang terbaik lah kan . 
hitam kuku kuku nak bukak kerang tu dek abu arang .
tapi aku gagahi jua .
( aku tak sure orang bandar paham ke tak apa yang aku cuba sampaikan nih . eh jap , ke orang kampung tak paham jugak ??)

kenyang .
masuk kereta .
lagu Rindu Serindu Rindunya nyanyian Spoon berkumandang di radio .
buang pandangan ke luar tingkap .
nampak lampu lampu neon yang menerangi bandar Kuantan di sepanjang perjalanan .
sambung balik layan perasaan .

8 comments:

pha is said...

huh.. musykil sungguh cerita kat surau perempuan tuh.. hahaha

Awan Nina said...

hahahaha
rahsia rahsia .
malu seyh nak cerita . tapi mmg takleh guna la malam tu . haha

aRa ❤ aFiq™ said...

bestnye org lanje.. nak jugak.. eh eh apa blaku kt surau tu..

Awan Nina said...

meh la datang kuantan saya belanja ara :D
ehem . rahsia . kalau rahsia mana bole cakap kan ?
hehe

LaLa mhdnor said...

TC best, selalu lepak malam2 kat sana, tidur atas pasir sambil tgk bulan bintang, kul 5 pagi baru balik, hehe

Awan Nina said...

best kann..
berangin je..
fuyoo sampai 5 pagi. tak takut ke ? hehe

BP Boy said...

huiyo.. enjoy sakan ni.. dr TC ke kuantan parade, makan itu ini lagi.. haha

Awan Nina said...

skali skala apa salahnya enn :D