Lalu Hospimart Shoppe
Masuk Bendahara
Masuk Mahsuri
Masuk Cempaka
cukup untuk buat kenangan tiga tahun dulu menerpa ingatan
itulah kali terakhir aku menjejak tempat tu
dan harini aku jejak lagi
tempat yang pernah mengundang seribu rasa sedih dalam hati aku
mengunjungi tempat itu umpama memanggil rasa sakit itu datang lagi
dengan hanya memandang orang orang di situ
mampu menjemput kebahasan tubir mata dengan air jernih
aku rasakan tempat itu selayaknya tempat yang sedih
namun dalam diam
aku mendoakan
agar tempat itu juga membawa harapan baru bagi penghuninya
memberi seulas senyuman pada sang keluarga
dan aku tahu
tempat itu banyak mengajar orang menjadi lebih tabah
seperti juga aku
tabah yang datang selepas ujian yang menimpa
moga aku akan terus tabah atas semua ini
AMIN.
No comments:
Post a Comment