Twenty years from now you will be more disappointed by the things that you didn't do than by the ones you did do. So throw off the bowlines. Sail away from the safe harbor. Catch the trade winds in your sails. Explore. Dream. Discover.

Thursday 3 May 2012

Kenapa songket mahal ouh ?

Assalamualaikum .

“kak lina free dok esok ? teme ore g kb pahtu g wisma songket”
“free. Okeh bereh”

Makanya petang esoknya , terpacaklah aku kat depan pintu pagar wisma songket .

Serious aku cakap . sikit pun tak rugi aku teman cousin aku petang tu . pemilik wisma tu dah buat semangat aku berkobar kobar wooo .

Buat aku terpikir , banyak lagi benda atas dunia ni yang aku tak tahu . 
so , aku takkan lepaskan peluang ni untuk gali banyak banyak pasal songket .
Ilmu kan apa saja , asalkan tak memberi mudarat maka harus dituntut .

En Lukman , pemilik wisma tu dah la ramah plus rajin plus baik plus klakor pastu cara dia berfikir tu buat aku tertarik * jangan salah faham . dia dah ada anak bini

Apa saja yang aku tanya, confirm dia jawab dengan sedetailnya siapp taruk ajinamoto pastu tabur bawang goreng dengan daun bawang + pencuci mulut .
Betul tak tipu .

Niat sebenar datang lain , bila dah jejak kaki dalam wisma niat pun dah jadi lain .
Mulanya sebab nak teman cousin buat assignment sejarah form 3 .
Pastu tetibaa aku yang semangat lebih .
Atlast aku yang interview pakcik tu dari mulaa sampailah habis .
Cousin aku kat sebelah senyap membisu kaku beku *bagi laluan kat cousin dia yang sorang tu tunjuk bakat bercakap kot

songket songket kat situ , semua beliau buat sendiri . 
takde istilah import import songket dalam perniagaan beliau . rupanya nak siap sepasang songket amik masa cikai cikai pun tiga bulan woo .

Tu pun kalau cuaca okay . kalau dah masuk November December tu , alamatnya slowlah nak siap songket .
Masa tu kan Kelantan selalu hujan hujan . so , benang akan bengkak . err maksud aku kembang .

Sebelum nak jadik sepasang songket , benang cotton ataupun sutera akan melalui 8 proses . selalunya 8 proses , 8 oranglah yang handle . tu baru satu songket .
okay sapa baru tau rupanya songket tu asalnya daripada benang dan bukan kain * sep sep . aku pun tak terpikir sebelum ni haha

8 proses tersebut ialah mencelup benang , menerai benang , menganing benang , menggulung benang , menyapuk benang , mengarat , menyongket dan proses terakhir menenun .

Benang putih yang diimport dari China akan dicelup ke dalam dye . dye ni pulak kena import dari Germany . fakta yang menarik pasal dye ni ni ialah ianya colourless !
so celah mananya naik kaler merah darah ikan , hijau itik , kelabu taik anjing semua tuh ?
nanti bila benang yang telah dicelup dengan dye tu kering , warna akan timbul . unik kan ?
Setiap warna dye tu dia ada code tersendiri . so , pembeli mesti tahu code untuk setiap warna .



benang songket
lepas warna dah timbul


remeh woo kerja buat songket ni . lagi lagi part nak menerai benang . kesabaran amatlah diperlukan . bagi yang hot tempered dan suka dera bini dan amah tu , aku nasihatkan awal awal tak payah nak berangan bukak kedai songket . 

dalam segulung benang tu , kau kena cari punca dia . kalau benang tu putus , pandai pandailah kau nak start cari balik punca tu . nak guna gaya kuak lentak ke , kupu kupu ke , gaya bebas ke dipersilakan asalkan jangan putus asa sudah .

Benang diceraikan daripada tungkulan besar dengan menggunakan alat rahat dan guwing. Bahan-bahan dibahagikan ke dalam pelting buluh yang dinamakan benang pakan.

Ni pak google yang cakap . aku pun tak dapat bayangkan macam mana proses ni . tapi aku dapat bayangkan betapa susah perit pedihnya nak menerai benang atau bahasa mudahnya melerai benang . 

cuba kau imagine , kau kena cari punca daripada selonggok benang lepas tu ceraikan satu satu .
kalau ikutkan kata En Lukman ,  dulu masa India dibawah jajahan omputih , Mahatma Ghandi akan menerai benang sambil memikirkan cara untuk memerdekakan India . di atas sikap sabar beliau menerai benang , dan sabar itu dipraktikkan dalam pimpinan , lantas chiinggg MERDEKA !!
taktau lah kalau En Lukman tipu aku . tapi aku tau , beliau takkan tipu punyaa .

Yang proses seterusnya tu takdelah pulak pakcik tu bagitau . tapi yang aku tau PAYAH for sure .

Harga bagi sepasang songket terletak pada jenis benang yang digunakan dan patern bunga . kalau pakai benang sutera , mahal lah sikit daripada cotton dengan nisbah 4 : 1 .
contoh kalau harga untuk cotton seratus , yang sutera akan jadi 400 kalau guna patern sama . 

setakat ni , bunga yang paling popular digunakan ialah tapak manggis .
pakcik ni cakap sampai bosan dah dia dengan corak ni . yelah , dah 30 tahun woo pakcik ni masuk industry seni songket ni .


tapak manggis songket
ni haa tapak manggis




tengah borak borak ngan pakcik tu, tetiba aku teringat member  kata Che Bidah tu nenek dia . aku pun tanya En Lukman * masa tu aku taktau lagi nama beliau Lukman

pakcik kenal tak Lukman . nama anak dia Asmak ?”

Pakcik tu senyum .

“ pakcik la Lukman . Asmak tu anak pakcik .”

K aku malu -____-

Lepas pada tu , bertambah ramah la kami . kantoilah segala rahsia rahsia asmak , k pelik panggil asmak . kami panggil marky marko :)

Tetiba marky’s superdad bangun dan pegi amik dua pasang songket .
Satu kaler purple kemerahan . satu oren .


songket cotton
purple kemerahan *ada campor wana len siked siked

“ yang purple ni RM4,000 . yang oren ni RM15,000 "

WHAT !!!!
15k tuuuuuu


PERGH PERGH PERGHHH . 
laju laju tarik songket tu

“ Auni , tolong amikkan gambar "


songket sutera wisma songket hajah cik bidah
bersama En Lukman dan songket yang PERGHHH 15k tuu

Nahhh . no wonder lah kan songket mahal . nak import benang + dye . dye tu bukan murah . RM 300 / kg . tak ke mahal tu wehhh . gula sekilo baru rm 2.30 *haaa pergi lhaa celup benang dalam air gula nak murah . colourless jugak enn -_-

Pastu 8 proses tu pun bukannya senang . amik masa 3 bulan kot . nak bayar gaji pekerja lagi . bil air karen sume . kena yang penyongket tu jenis lemah pundi kencing and selalu nak ke jamban . tak ke meningkat bil air . pulak dah


jadi , bagi sesiapa yang berminat untuk mendapatkan songket daripada wisma ini , bolehlah berkunjung ke Wisma Songket Che Bidah yang terletak di Kampung Penambang , Kota Bharu Kelantan .
No fon dia ada bagi tapi ada ngan cousin aku . pastu dia ada bagi web site , aku bukak tak boleh pun . 
cer hampa plak try www.wismasongket.com.my takut boleh ke .
bagi yang minat batik tu , kat sini pun ada ! handmade punya . lukis dan cop .

Peliharalah warisan seni Malaysia .
Kalau bukan kita , sapa lagi yek .
taktaulah pulak kalau esok esok aku pergi zoo ada mak monyet pakai batik pak monyet pakai songket anak monyet main Wau Bulan .



Akhir kata , saya ingin tinggalkan anda dengan persoalan


“ sudah cukupkah amalan kita selama ini ? ramai orang memikirkan kahwin muda tapi tak ramai yang memikirkan mati muda . fikir fikirkan renung renungkan dan selamat beramal ! “

2 comments:

Wisma Songket Hjh Che Bidah Chey Yin said...

Salam.. jmputlah ke kedai kami untuk membeli songket dan batik.kalau nak tgk2 dulu pon boleh.. mana tahu ade jodoh boleh berjual beli dengan kami..InsyaAllah!

Awan Nina said...

Wassalam. jika ada kelapangan, insyaAllah saya singgah lagi :D