atuk atuk ! cuba citer sikit kisah atuk ngan nenek masa muda muda dulu .
atuk pertama
atuk ngan nenek kamu satu universiti . kami jumpa kat sana lah . sekali pandang , atuk dah jatuh cinta kat nenek kamu . nenek kamu pun sama . disebabkan boleh baca fikiran masing masing , kami buat keputusan berkahwin . dapat anak . dapat cucu .
atuk kedua
atuk ngan nenek kamu satu universiti . kami jumpa kat sana lah . sekali pandang , atuk dah jatuh cinta kat nenek kamu . nenek kamu pun sama . tapi masing masing tak tahu perasaan pihak sana . dua dua pendam rasa.
atuk president club junggle trekking . nenek kamu vise president . kalau ada apa apa program , kami akan buat kerja sama sama . banyak masa kami luangkan sama sama . banyak sifat yang ada pada nenek kamu yang boleh buatkan atuk tertarik . rajin , suka tolong orang , peramah . atas sikap dia yang rajin tu lah , club kami jadi aktif .
makin hari makin dalam perasaan cinta atuk kat dia . tapi atuk tak berani nak luahkan . nanti kangg kena reject pulak . dia tu dah la anak orang berada . atuk ni anak kerani je . mana layak untuk dia . setiap kali ada perjumpaan club , atuk akan buat sedaya upaya untuk buat nenek kamu terpikat pada atuk .
bukak cuti semester , atuk diberitahu bahawa dia dah tunang . luruh jantung atuk masa dengar benda tu . rupanya memang betullah atuk bertepuk sebelah tangan . dia pun dah berhenti daripada universiti tu sebab dia dah bekerja di syarikat perkongsian milik ayah dia dan ayah tunang dia .
empat tahun berlalu ...
atuk still tak boleh nak lupakan dia . selama empat tahun , lansung atuk tak buka hati pada mana mana perempuan . selama empat tahun tu jugalah tiada khabar berita lansung daripada dia .
satu hari , kawan baik dia , Leya datang jumpa atuk . Leya ceritakan segalanya . rupanya lepas tiga bulan , dia mintak putus disebabkan kecurangan tunang dia . mereka tunang pun atas permintaan keluarga . lepas putus , dia dah tak bekerja di syarikat tu lagi . Leya jugak dah bocorkan mengenai perasaan dia kerana tak sanggup melihat kawannya berperang dengan perasaan . rupanya selama ni dia jugak ada menaruh hati pada atuk .
tanpa berlengah , atuk cari dia . atuk luahkan perasaan atuk . dia terima atuk dalam hidup dia .selepas mengharungi banyak dugaan , kami kahwin . dapat anak . dapat cucu .
..................................................................................................................................
haa kalau tengok , kisah mana lagi interesting ?
mestilahh atuk kedua kan .
sebab apa jadi macam tu ?
pernah dengar tak orang selalu kata
" isk kan best kalau kita bolah baca hati orang . boleh la kita puaskan apa yang orang nak "
ohh noess. tak payah mengada nak mintak boleh baca hati orang . tak challenging lansung .
tengok macam atuk satu , tu sebab dapat baca hati oranglah , takde mende sangat nak cerita kat cucu cucu bila dah tua .
agak agak kalau cucu dengar cerita daripada atuk kedua , tak ke dia rasa respect pada atuknya .
tu satu contoh .
cuba kalau ada dua jalan .
satu straight . sepanjang jalan tu takde apa apa pun .
satu jalan lagi bengkang bengkok . tapi sepanjang jalan ada kedai char koey teow , ada masjid , ada konsert Amy Search nyanyi lagu Isabella , ada lombong emas , ada perangkap samar , ada lori sampah .
kalau aku , sah sah aku pilih jalan kedua . boring sehh kalau takdak apa apa walaupun cepat .
apa gunanya cepat kalau kosong .
baik lambat tapi dapat kutip banyak benda . dapat tengok banyak benda . dapat rasa banyak benda .
kes ni samalah jugak macam kes boleh baca tak boleh baca hati orang nihh .
adventure itu perlu dalam mematangkan fikiran seseorang . kalau hari hari menghadap benda yang sama , celah mananya nak matang kan ?
aku bagi contoh lagi .
kalau kau tak boleh nak baca hati dia , but at the same time kau nak penuhi apa yang dia nak , mesti kau akan pujuk dia untuk bagitau . kat situ dah ada proses gedik menggedik .
pastu dia taknak bagitau jugak . kau pun marah . kat situ pulak dah ada proses pujuk memujuk .
kau pun pergi tanya member member dia . tapi takde sorang pun nak bagitau .
kau upah orang cari maklumat ( ni sebenarnya kes apa hah ) .
senang cerita , banyak songeh lah . baru fun . tak bosan hidup .
aku rasa kau orang sume dah dapat tangkap kot apa aku nak cuba sampaikan kan ?
aku pun tak berapa reti nak explain banyak banyak .
some things are meant to be . and they do have a reasons .
dah perfect dah Allah buat sistem kat alam ni .
cuma tinggal kita nak menilai dan menghargai semua tu :)
bye ! Assalamualaikum .
2 comments:
uikkk bahaya kalau boleh baca hati orang... nanti jiwa sendiri yang tak tenteram...
tau takpe .
tak boleh nak pikir pelik2 .
nanti orang tau .haha
Post a Comment