Twenty years from now you will be more disappointed by the things that you didn't do than by the ones you did do. So throw off the bowlines. Sail away from the safe harbor. Catch the trade winds in your sails. Explore. Dream. Discover.

Thursday, 31 May 2012

tips menghilangkan kotoran pada baju

setelah berkurun abad lamanya aku sering membuat entry merepek , kali nih aku nak kongsi tips yang mungkin berguna untuk insan insan di luar sana yang malu untuk pakai pakaian mereka yang telah terlekat kesan kotoran meskipun telah disental dengan rakusnya sebanyak namplohnam kali . 
don't worry adik kakok , kito ado caro nok suruh tanggal mugo tuh . 

Pakaian Terkena Dakwat 
  1. Bancuh sedikit susu dengan sedikit air. Biarkan ianya pekat. Celup dan rendamkan pakaian yang terkena dakwat tadi ke dalam bancuhan susu tersebut selama 20 hingga 25 minit. Kemudian basuh dan bilas pakaian itu seperti biasa.
  2. Titiskan air limau yang bercampur dengan garam pada tanda dakwat dan gosok-gosoklah dengan tangan. Biarkan ia seketika sebelum membasuhnya seperti biasa.
  3. Picitkan penyembur rambut pada pakaian tersebut. Biarkan ia kering sebentar. Kemudian sapukan pula air yang bercampur cuka. Berus dan basuhlah seperti biasa.
Pakaian Terkena Karat
Potong dua biji limau. Gosokkan pada bahagian yang terkena karat. Kemudian rendamkan dengan air garam. Setelah itu, basuh pakaian itu seperti biasa.


Hilangkan Getah Pisang Pada Pakaian
Sapukan sedikit kapur makan dan biarkan selama beberapa minit. Kemudian barulah dicuci seperti biasa.

Pakaian Terkena Cat
 Rendamkan pakaian itu bersama minyak tanah. Biarkan ia selama beberapa jam. Kemudian basuh dengan air sabun, berus dan bilas seperti biasa.

Menanggalkan Kesan Minyak Hitam Pada Pakaian 
  1. Titiskan beberapa titik minyak tanah dan sapukan pada bahagian yang hitam. Gosok perlahan-lahan supaya ianya tidak merosakkan pakaian tersebut. Biarkan ia sebentar. Kemudian perahkan air limau nipis atau limau kasturi. Setelah itu, basuh dengan air sabun dan bilas seperti biasa.
  2. Basahkan kain dan sapukan sabun mandi di tempat yang ada kesan hitam. Kemudian cucilah seperti biasa dan ulang beberapa kali sehingga kesan hitam itu hilang.
Menghilangkan Darah Pada Pakaian 
  1. Gosokkan sabun mandi pada pakaian, bairkan seketika. Selepas itu basuh pakaian itu seperti biasa. Insya-Allah darah itu akan hilang nanti.
  2. Campurkan garam kasar dengan air. Rendamkan pakaian yang terkena darah ke dalam air tersebut. Biarkan semalaman. Kemudian cucilah seperti biasa.
Menghilangkan Karat Besi Pada Pakaian 
  1. Basuh kain dengan garam yang dicampur dengan air limau nipis. Cuci di tempat yang terkena karat. Kemudian basuh seperti biasa.
  2. Sapukan sabun mandi sehingga menutupi kawasan yang berkarat. Kemudian perahkan limau nipis atau limau kasturi ke atas kesan karat itu. Biarkan ia seketika dan basuh dengan air sabun seperti biasa.
Menghilangkan Minyak di Kain
Basuh kain tersebut dengan air sabun, perah dan jemurkan sehingga kering. Kemudian bilas sekali lagi dan jemur semula. Ulang sehingga anda nampak perubahannya.

Mengekalkan Warna Pakaian
Rebus dua biji kentang, hancurkan dan gaulkan dengan sedikit garam serta sedikit cuka. Selepas itu masukkan pakaian tadi ke dalam campuran tersebut dan biarkan selama 30 minit. Kemudian cuci seperti biasa.

Mengekalkan Warna Kain Batik 
  1. Rendamkan kain batik anda yang baru dibeli ke dalam bancuhan air teh selama 20 minit. Kemudian bilas sehingga bersih tanpa menggunakan sabun.
  2. Ramas daun betik dengan air. Kemudian rendamkan kain batik yang baru dalam air tersebut semalaman.
Menaikkan Seri Kain Sutera
Sebelum digosok, masukkan ke dalam peti sejuk dan biarkan semalaman. Keesokkan harinya barulah boleh digosok. Pasti hasilnya nanti sungguh memuaskan. Baju anda akan kelihatan baru dan berseri.

mudah je kan ?
diharap dapat membantu sedikit sebanyak terutama buat suri rumah ;)
haa nak tau tips paling gempak untuk kelihatan hebat dalam berpakaian ?
masa nak sarung pakaian tersebut di tubuh , baca yang ni ,


بسم الله الرحمن الرحيم
اَلْحَمْدُ لِلَّهِ اَّلذِى كَسَانِى مَا أُوَارِى بِهِ عَوْرَاتِى وَأَتَجَمَّلُ بِهِ فِى حَيَاتِى
Segala puji bagi Allah yang telah memberiku pakaian untuk menutup auratku dan memperindah diriku selama hayatku.

insyaAllah nampak gempak dan hebat !
kalau tak hebat di mata manusia , insyaAllah hebat di buku malaikat pada bahu kanan ;)

21 comments:

iEdA said...

Wah...bgos tips neh..bole diamalkn neh klo jd pape kt pakaian ^_^

Anonymous said...

terima kasih utk tips ini.

BidadariBesi [SYAA] said...

Tips ni nak simpan dalam locker. So bila masa ia diperlukan, terus bukak locker! :D

syer said...

guna lah dynamo :)

Awan Nina said...

haa bagus bagus . nak lekat kat dinding keliling rumah pon bolee :P

Awan Nina said...

saya pakai cara tradisional jee ~

Awan Nina said...

selamat beramal! harap membantu =)

Awan Nina said...

sama sama si gadis melayu . harap membantu =)

Anonymous said...

err rasenye entry merepek yg awak maksudkan tu lg best kot dr entry fakta camni.. pd pendapat saye la.. hehe

Awan Nina said...

sekali sekala nak jugak rasanya bagi tips yang berguna kat orang hehe .
well, who likes fact ? haha

Pha Is said...

pergh.. banyak betol tips2 pasai pakaian ni.. mcm dah ada banyak pengalaman je.. dah boleh jadi calon isteri mithali ni.. hahahahaha

Lysa said...

Dalam banyak2 tips kt atas tu,yg hilangkn darah pd pakaian je bg lisa yg senang..hehe klau lisa,slalu amik sabun basuh baju (fab/daia) pastu rendam baju yg kne darah dlm tu..sbb sabun basuh baju lg kuat =)

Ayuni said...

ske tips yg kuarkn darah tu....hm, bnyk guna tu....bg kte pompuan nie....

Awan Nina said...

setakat tau tips nak basuh baju , belum dapat nak jadi isteri mithali lagi pha is oii . banyak lagi aspek lain nak kena tengok . hoho =)

Awan Nina said...

a'ah . kalau rendam dulu, kesan tu akan lebih mudah tanggal . tapi takleh rendam terlalu lama . nanti kotoran tu meresap balik ke dalam baju . =)

Awan Nina said...

sudah semestinya . mudah je pakai sabun mandi . =)

Anonymous said...

kalau kene sos cili mcam mane??

Myra said...

Kalau kena minyak pakaian, just taburkan bedak n biarkan sejam. Lepastu basuh macam biasa. :-)

Myra said...

Kalau kena minyak pakaian, just taburkan bedak n biarkan sejam. Lepastu basuh macam biasa. :-)

yanmaneee said...

yeezy 350
stephen curry shoes
kobe shoes
curry
yeezy boost 350
lebron james shoes
yeezy supply
yeezy 350
pandora
air jordan

thatis said...

j6l52q2p58 o7h42w9o66 y0l05t4s31 f2s94k5n25 o4s62z8e15 k5j96r2e67