ni haa aku nak kongsi gambar gambar yang terendam je dalam folder folder lama .
kat fb pun takde gambar nihh .
so TAHNIAH kepada anda anda semua kerana harini saya berbaik hati untuk berkongsi aktiviti aktivi yang telah dijalankan sepanjang keberadaan saya di emaresem qwan-town selama dua tahun (2010 ~ 2011)
sebelum itu , perkenalkan maktab tercinta saya ten teren terennn *drum rolling*
gambar ni diamik dari DS ( dewan selera ) . court pun takde lagi .
perkenalkan pulak batch saya yang amat dikenali sebagai batch PALING BAIK sebab takde sorang pun yang masuk JDM or JDRM .
bagi yang tak pernah duk maktab tu , jdm tu jawatankuasa disiplin maktab .
jdrm pulak jawatankuasa disiplin dan rayuan maktab .
sebenarnya en en
aku pun baru lepas google maksud dia sebab aku pun tak hengat .
kan dah kata , memory aku berapaa giga je pun .
haa inilah kami ;)
nampak macam laki lagi banyak daripada perempuan en ?
sebenarnya ramai lagi nii .tapi sebab tak sabar , diorang pun blah masuk bilik .
tak sporting lansung enn .
yang sporting sporting ni sume boleh masuk blog aku .
bangga la bangga la -..-
cer cari mana mana aku o.O
okeh jom layan aktiviti aktiviti yang aku join sepanjang keberadaan aku di sini .
1) mock interview
2) menghadiri kenduri kahwin anak Cikgu Mariam
satu tema dengan public phone giteww -.- |
3) graduation day
garang sehh papa homeroom aku |
ehem . kekasih lama . opsss ! |
4) pertandingan teater peringkat negeri pahang di Taman Budaya
kelab Teater Chanang Sari . kami mempertaruhkan monolog Miss J dan juga teater tajuk apa ntah lupa . menang rasanya *kot - again aku lupa ._.*
ntah buang tebiat ke hape aku sensorang je kat belakang *sebenarnya panjat kerusi sebab nak masuk gambar
ntah buang tebiat ke hape aku sensorang je kat belakang *sebenarnya panjat kerusi sebab nak masuk gambar
5) tamat koQ
CHU CHU CHU - kata olan |
6) kem di Duta Village , Beserah Kuantan
japs nak amik feeling malu
k dah malu
japs nak buang balik feeling malu
deleting ...... | | | | | | | | | | | | | | | 100%
sebenarnya masa ni cikgu suruh buat poco poco tapi kena kreatifkan sikit .
aku dengan slumber badaknya bagi cadangan sebelum buat apa apa pergerakan , ada sorang akan bagi arahan macam dalam kawad .
tetibaa semua setuju .
baris , baris menghadap ke kanannnn singggggggg ! *kawad kan takde bunyik pu
pastu mulalah start menari poco poco
~ ~ lenggang patah patah ~ ~
k ayat tu ja yang aku ingat
pastu stop menari . tetiba masuk arahan lagi
baris , yang genap selangkah ke depan yang ganjil selangkah ke belakangggg rakkkkkk ! *kawad kan takde bunyik ge
pastu sambung balik menari poco poco ~ ~ ~
rasanya sapa yang tukang lead ?
orang yang bagi cadangan tu ah -..-malu seyhh masa ni . dah la depan cikgu cikgu pastu depan budak laki . kalau suara sedap takpe jugak .
dah la berterabur tak sama macam lembu berak @.@
7) penggambaran ( ke pergambaran hah ? ) LDP
ldp taiko yawwrrr |
9) pesta type III
nak lekad lekad sticker wana wani kat tudung bebanyak .
kalo laki lekad kat tie .
whoahh RINDU ! *lovesign
ni masa Ezanee datang singgah booth aku . tajuk project : GARAM KRISTAL
okay sebenarnya aku lagi tinggi daripada ezanee okay !
tu aku rendahkan badan . saja nak perli dia * sebenarnya terperli diri sendiri
masa ni aku Form 5 , dia Form 1 .
bagi aku dia comel ouhh .
tapi sayangnya , ramai yang tak suka dia . lagi lagi batch dia .
kesian dia .
selalu kena buli . dan akulah supersenior yang selalu menyelamatkannya !
aku pun tak sure apa masalah dia sebenarnya .
bila aku lepak lepak ngan dia , aku dapat rasa yang dia bukanlah seperti yang orang selalu kutuk kutuk pasal dia .
dia okay je ngan aku .
untuk pengetahuan anda anda , aku memang rapat ngan junior junior * hanya form 1 sebenarnya
supersenior lah katakan !
haritu aku jumpak dia nangis tepi longkang .
then aku pujuk dia ( aku pujuk pakai modal mulut je . tak main ah beli aiskerim )
aku suruh dia cerita apa yang sebenarnya dah berlaku
dia cakap kena belasah ngan batchmates dia
aku pun pergi jumpak ngan bebudak bebudak yang terasa gangster lah konon padahal bulu pun tak tumbuh habis lagi
aku settlekan . warning warning semua . bukan diorang je aku warn . sekali ngan Ezanee kena sembur haha padan muka
dan esok lusanya jadi lagi =,='
dan seperti biasa , here supersenior is cominggg !! #again -..-
baru teringat niat sebenar buat entry nihh . duk ingat nak letak gambar pastu ada caption sikit sikit .
last last terjadi caption banyak banyak .
kira halal lah ehh !
p/s : sorry ah entry takde kena mengena dengan tajuk . sapa suruh baca haha . tapi apapun , allthebest klate ! gomo klate gomo !
2 comments:
Amboi garangnya kakak ni kat adik2 junior
terwaris dari Papa Mie kita. ngehngeh ^_^
Post a Comment