Assalamualaikum dan salam sejahtera .
source
haa kalaulah Malaysia pun amalkan macam ni, aman negara tujuh keturunan .
bila ada salah faham je , doakan yang baik baik untuk musuh instead of caci maki keluar perkataan tak ketahuan tu . kan setiap kata kata adalah doa .
mana lah tau , Allah dengar doa kita , musuh kita dibukakan pintu hati dapat hidayah .
kita pun dapat income lebih bulan tu :)
contoh lah satu hari aku TERcuri barang kemas si Limah . Limah pun bengang .
dia pun datang serang rumah aku .
sambil sepuk sepuk manja , dia pun sembur, " Lina!! Kau dengar sini aku nak cakap!! Aku doakan kau dimurahkan rezeki supaya kau tak mencuri lagi!! Aku nak sangat kau dapat hidayah!! Kau kembali ke jalan yang benar!! Moga kau diberkati dunia akhirat!! eeeiii geramnya aku!! "
dia hold kejap . pastu sambung balik .
" Lina!! Aku doakan kau dapat suami beriman supaya dapat bimbing kau!! Aku doakan kau dapat anak anak soleh solehah!! Aku harap kau berjaya dunia akhirat!! Moga kebahagian milik kauu!! hishh macam mana lagi aku nak cakap ngan kau ni Linaa!! "
wallaweehh . silap silap hari bulan , bulan setakat barang kemas dia aku pulangkan . sekali ngan barang kemas aku pun , aku kasi kat dia semuaa .
bila lah nak ada macam tu kan ? nak amalkan dalam politik pon boleh ni ( perkataan sensitif tu sengaja dikecilkan . kangg tak pasal pasal kena buat press conference pulak . eceh . )
17 comments:
if..... and only if....
kalo suma cmneh, mmg aman dunia kta kn...
Jalan2 melawat blog awak. Jemput join segmen saya :-http://diarisedetiklebihfarisha.blogspot.com/2012/05/segmen-blogwalking-follower-diari.html
diri sendiri pun macam tak terbuat lagi nihh . hee
haaa kann . satu dunia patut amalkan ;)
kena suh cikgu ajar cara ni kt skolah.. hehe.. mmg aman dunia lau cmni :D
aishh aman seaman amannya XDD
tau takpe, hati nie kena bnyk ditarbiah lg...
hahaha.. tapi, ayat macam nak bagi sentap je.. hehehe
sentap ke arah kebaikan takpa kot nohh ? XDD
hmm.. x pe kot.. niat baik.. hehehe
Alangkah bahagianya Malaysia ini kalau semua orang punya mulut ada pakai FILTER macam tu :)
memang bahagia lah kan . lagi rasa nak gaduh ada lah kalau orang nak doakan kita camtu hehe >.<
Ms 1st time tng0k pic tu kat fb, terasa sgt bgus klu kita amalkn.
Mcm sy brtekak dgn adik. Hal kecik je, psl letak bju kat kpla katil dia skjp.. Kami lawan2 ckp. Tp lps 2,ok je, blh senyum2, gelak2..
Kdg2 k0nflik ni baik klu diselesaikn dgn baik.
sapa yang cakap dia tak bergaduh ngan adik beradik dia tu, memang tipu la .
tapi lama2 nanti baik jugak . orang melayu kata air dicincang takkan putus .
betul , kadang2 ada sesetengah benda kena selesai dgn cara lembut ;)
Ya, betul2. Carik2 bulu ayam.. Biduk lalu kiambang bertaut..
hamboih boleh jadi cikgu bahasa nih :)
Post a Comment