Twenty years from now you will be more disappointed by the things that you didn't do than by the ones you did do. So throw off the bowlines. Sail away from the safe harbor. Catch the trade winds in your sails. Explore. Dream. Discover.

Friday, 4 May 2012

kalau boleh baca fikiran orang

atuk atuk ! cuba citer sikit kisah atuk ngan nenek masa muda muda dulu .


atuk pertama
atuk ngan nenek kamu satu universiti . kami jumpa kat sana lah . sekali pandang , atuk dah jatuh cinta kat nenek kamu . nenek kamu pun sama . disebabkan boleh baca fikiran masing masing , kami buat keputusan berkahwin . dapat anak . dapat cucu .

atuk kedua
atuk ngan nenek kamu satu universiti . kami jumpa kat sana lah . sekali pandang , atuk dah jatuh cinta kat nenek kamu . nenek kamu pun sama . tapi masing masing tak tahu perasaan pihak sana . dua dua pendam rasa.


atuk president club junggle trekking . nenek kamu vise president . kalau ada apa apa program , kami akan buat kerja sama sama . banyak masa kami luangkan sama sama . banyak sifat yang ada pada nenek kamu yang boleh buatkan atuk tertarik . rajin , suka tolong orang , peramah . atas sikap dia yang rajin tu lah , club kami jadi aktif .

makin hari makin dalam perasaan cinta atuk kat dia . tapi atuk tak berani nak luahkan . nanti kangg kena reject pulak . dia tu dah la anak orang berada . atuk ni anak kerani je . mana layak untuk dia . setiap kali ada perjumpaan club , atuk akan buat sedaya upaya untuk buat nenek kamu terpikat pada atuk .



bukak cuti semester , atuk diberitahu bahawa dia dah tunang . luruh jantung atuk masa dengar benda tu . rupanya memang betullah atuk bertepuk sebelah tangan . dia pun dah berhenti daripada universiti tu sebab dia dah bekerja di syarikat perkongsian milik ayah dia dan ayah tunang dia .


heartbreak atas jalan


empat tahun berlalu ...

atuk still tak boleh nak lupakan dia . selama empat tahun , lansung atuk tak buka hati pada mana mana perempuan . selama empat tahun tu jugalah tiada khabar berita lansung daripada dia .

satu hari , kawan baik dia , Leya datang jumpa atuk . Leya ceritakan segalanya . rupanya lepas tiga bulan , dia mintak putus  disebabkan kecurangan tunang dia . mereka tunang pun atas permintaan keluarga . lepas putus ,  dia dah tak bekerja di syarikat tu lagi . Leya jugak dah bocorkan mengenai perasaan dia kerana tak sanggup melihat kawannya berperang dengan perasaan . rupanya selama ni dia jugak ada menaruh hati pada atuk .

tanpa berlengah , atuk cari dia . atuk luahkan perasaan atuk . dia terima atuk dalam hidup dia .selepas mengharungi banyak dugaan , kami kahwin . dapat anak . dapat cucu .

..................................................................................................................................

haa kalau tengok , kisah mana lagi interesting ?
mestilahh atuk kedua kan . 
sebab apa jadi macam tu ?

pernah dengar tak orang selalu kata 

" isk kan best kalau kita bolah baca hati orang . boleh la kita puaskan apa yang orang nak "

ohh noess. tak payah mengada nak mintak boleh baca hati orang . tak challenging lansung .
tengok macam atuk satu , tu sebab dapat baca hati oranglah , takde mende sangat nak cerita kat cucu cucu bila dah tua .

agak agak kalau cucu dengar cerita daripada atuk kedua , tak ke dia rasa respect pada atuknya .
tu satu contoh .
cuba kalau ada dua jalan .
satu straight . sepanjang jalan tu takde apa apa pun .
satu jalan lagi bengkang bengkok . tapi sepanjang jalan ada kedai char koey teow , ada masjid , ada konsert Amy Search nyanyi lagu Isabella , ada lombong emas , ada perangkap samar , ada lori sampah .

kalau aku , sah sah aku pilih jalan kedua . boring sehh kalau takdak apa apa walaupun cepat .
apa gunanya cepat kalau kosong .
baik lambat tapi dapat kutip banyak benda . dapat tengok banyak benda . dapat rasa banyak benda .

kes ni samalah jugak macam kes boleh baca tak boleh baca hati orang nihh . 

adventure itu perlu dalam mematangkan fikiran seseorang . kalau hari hari menghadap benda yang sama , celah mananya nak matang kan ?
aku bagi contoh lagi .
kalau kau tak boleh nak baca hati dia , but at the same time kau nak penuhi apa yang dia nak , mesti kau akan pujuk dia untuk bagitau . kat situ dah ada proses gedik menggedik . 
pastu dia taknak bagitau jugak . kau pun marah . kat situ pulak dah ada proses pujuk memujuk .
kau pun pergi tanya member member dia . tapi takde sorang pun nak bagitau .
kau upah orang cari maklumat (
ni sebenarnya kes apa hah ) .

senang cerita , banyak songeh lah . baru fun . tak bosan hidup .

aku rasa kau orang sume dah dapat tangkap kot apa aku nak cuba sampaikan kan ?
aku pun tak berapa reti nak explain banyak banyak .

some things are meant to be . and they do have a reasons .
dah perfect dah Allah buat sistem kat alam ni . 

cuma tinggal kita nak menilai dan menghargai semua tu :)


bye ! Assalamualaikum .


2 comments:

Mia Liana said...

uikkk bahaya kalau boleh baca hati orang... nanti jiwa sendiri yang tak tenteram...

Awan Nina said...

tau takpe .
tak boleh nak pikir pelik2 .
nanti orang tau .haha