“kak lina free dok esok ? teme ore g kb pahtu g wisma
songket”
“free. Okeh bereh”
Makanya petang esoknya , terpacaklah aku kat depan pintu
pagar wisma songket .
Serious aku cakap . sikit pun tak rugi aku teman cousin aku petang
tu . pemilik wisma tu dah buat semangat aku berkobar kobar wooo .
Buat aku terpikir , banyak lagi benda atas dunia ni yang aku
tak tahu .
so , aku takkan lepaskan peluang ni untuk gali banyak banyak pasal
songket .
Ilmu kan apa saja , asalkan tak memberi mudarat maka harus
dituntut .
En Lukman , pemilik
wisma tu dah la ramah plus rajin plus baik plus klakor pastu cara dia berfikir
tu buat aku tertarik * jangan salah faham . dia dah ada anak bini
Apa saja yang aku tanya, confirm dia jawab dengan sedetailnya
siapp taruk ajinamoto pastu tabur bawang goreng dengan daun bawang + pencuci
mulut .
Betul tak tipu .
Niat sebenar datang lain , bila dah jejak kaki dalam wisma
niat pun dah jadi lain .
Mulanya sebab nak teman cousin buat assignment sejarah form
3 .
Pastu tetibaa aku yang semangat lebih .
Atlast aku yang interview pakcik tu dari mulaa sampailah
habis .
Cousin aku kat sebelah senyap membisu kaku beku *bagi
laluan kat cousin dia yang sorang tu tunjuk bakat bercakap kot
songket songket kat situ , semua beliau buat sendiri .
takde istilah import
import songket dalam perniagaan beliau . rupanya nak siap sepasang songket amik
masa cikai cikai pun tiga bulan woo .
Tu pun kalau cuaca okay . kalau dah masuk November December tu
, alamatnya slowlah nak siap songket .
Masa tu kan Kelantan selalu hujan hujan . so , benang akan
bengkak . err maksud aku kembang .
Sebelum nak jadik sepasang songket , benang cotton ataupun
sutera akan melalui 8 proses . selalunya 8 proses , 8 oranglah yang handle . tu
baru satu songket .
okay sapa baru tau rupanya songket tu asalnya daripada benang dan bukan kain * sep sep . aku pun tak terpikir sebelum ni haha
okay sapa baru tau rupanya songket tu asalnya daripada benang dan bukan kain * sep sep . aku pun tak terpikir sebelum ni haha
8 proses tersebut ialah mencelup benang , menerai benang ,
menganing benang , menggulung benang , menyapuk benang , mengarat , menyongket
dan proses terakhir menenun .
Benang putih yang diimport dari China akan dicelup ke dalam
dye . dye ni pulak kena import dari Germany . fakta yang menarik pasal dye ni ni
ialah ianya colourless !
so celah mananya naik kaler merah darah ikan , hijau itik , kelabu taik anjing
semua tuh ?
nanti bila benang yang telah dicelup dengan dye tu kering , warna akan timbul .
unik kan ?
Setiap warna dye tu dia ada code tersendiri . so , pembeli
mesti tahu code untuk setiap warna .
lepas warna dah timbul |
remeh woo kerja buat songket ni . lagi lagi part nak menerai benang . kesabaran amatlah diperlukan . bagi yang hot tempered dan suka dera bini dan amah tu , aku nasihatkan awal awal tak payah nak berangan bukak kedai songket .
dalam segulung benang tu , kau kena cari punca dia . kalau benang tu
putus , pandai pandailah kau nak start cari balik punca tu . nak guna gaya kuak
lentak ke , kupu kupu ke , gaya bebas ke dipersilakan asalkan jangan putus asa
sudah .
Benang diceraikan daripada tungkulan besar dengan menggunakan alat
rahat dan guwing. Bahan-bahan dibahagikan ke dalam pelting buluh yang dinamakan
benang pakan.
Ni pak google yang cakap . aku pun tak dapat bayangkan macam
mana proses ni . tapi aku dapat bayangkan betapa susah perit pedihnya nak
menerai benang atau bahasa mudahnya melerai benang .
cuba kau imagine , kau kena
cari punca daripada selonggok benang lepas tu ceraikan satu satu .
kalau ikutkan kata En Lukman , dulu masa
India dibawah jajahan omputih , Mahatma Ghandi akan menerai benang sambil
memikirkan cara untuk memerdekakan India . di atas sikap sabar beliau menerai
benang , dan sabar itu dipraktikkan dalam pimpinan , lantas chiinggg MERDEKA !!
taktau lah kalau En Lukman tipu aku . tapi aku tau , beliau takkan tipu punyaa
.
Yang proses seterusnya tu takdelah pulak pakcik tu bagitau .
tapi yang aku tau PAYAH for sure .
Harga bagi sepasang songket terletak pada jenis benang yang
digunakan dan patern bunga . kalau pakai benang sutera , mahal lah sikit
daripada cotton dengan nisbah 4 : 1 .
contoh kalau harga untuk cotton seratus , yang sutera akan jadi 400 kalau guna
patern sama .
setakat ni , bunga yang paling popular digunakan ialah tapak
manggis .
pakcik ni cakap sampai bosan dah dia dengan corak ni . yelah , dah 30 tahun woo pakcik ni masuk industry seni songket ni .
tengah borak borak ngan pakcik tu, tetiba aku teringat member kata Che Bidah tu nenek dia . aku pun tanya En Lukman * masa tu aku taktau lagi nama beliau Lukman
pakcik ni cakap sampai bosan dah dia dengan corak ni . yelah , dah 30 tahun woo pakcik ni masuk industry seni songket ni .
ni haa tapak manggis |
tengah borak borak ngan pakcik tu, tetiba aku teringat member kata Che Bidah tu nenek dia . aku pun tanya En Lukman * masa tu aku taktau lagi nama beliau Lukman
“ pakcik kenal tak Lukman . nama anak dia Asmak ?”
Pakcik tu senyum .
“ pakcik la Lukman . Asmak tu anak pakcik .”
K aku malu -____-
Lepas pada tu , bertambah ramah la kami . kantoilah segala
rahsia rahsia asmak , k pelik panggil asmak . kami panggil marky marko :)
Tetiba marky’s superdad bangun dan pegi amik dua pasang
songket .
Satu kaler purple kemerahan . satu oren .
“ yang purple ni RM4,000 . yang oren ni RM15,000 "
WHAT !!!!
15k tuuuuuu
PERGH PERGH PERGHHH .
PERGH PERGH PERGHHH .
laju laju tarik songket tu
“ Auni , tolong amikkan gambar "
Nahhh . no wonder lah kan songket mahal . nak import benang
+ dye . dye tu bukan murah . RM 300 / kg . tak ke mahal tu wehhh . gula sekilo
baru rm 2.30 *haaa pergi lhaa celup benang dalam air gula nak murah .
colourless jugak enn -_-
Pastu 8 proses tu pun bukannya senang . amik masa 3 bulan
kot . nak bayar gaji pekerja lagi . bil air karen sume . kena yang penyongket
tu jenis lemah pundi kencing and selalu nak ke jamban . tak ke meningkat bil
air . pulak dah
jadi , bagi sesiapa yang berminat untuk mendapatkan songket daripada wisma ini , bolehlah berkunjung ke Wisma Songket Che Bidah yang terletak di Kampung Penambang , Kota Bharu Kelantan .
jadi , bagi sesiapa yang berminat untuk mendapatkan songket daripada wisma ini , bolehlah berkunjung ke Wisma Songket Che Bidah yang terletak di Kampung Penambang , Kota Bharu Kelantan .
No fon dia ada bagi tapi ada ngan cousin aku . pastu dia ada
bagi web site , aku bukak tak boleh pun .
cer hampa plak try www.wismasongket.com.my takut boleh ke .
bagi yang minat batik tu , kat sini pun ada ! handmade punya . lukis dan cop .
bagi yang minat batik tu , kat sini pun ada ! handmade punya . lukis dan cop .
Peliharalah warisan seni Malaysia .
Kalau bukan kita , sapa lagi yek .
taktaulah pulak kalau esok esok aku pergi zoo ada mak monyet pakai batik pak monyet pakai songket anak monyet main Wau Bulan .
taktaulah pulak kalau esok esok aku pergi zoo ada mak monyet pakai batik pak monyet pakai songket anak monyet main Wau Bulan .
Akhir kata , saya ingin tinggalkan anda dengan persoalan
“ sudah cukupkah amalan kita selama ini ? ramai orang
memikirkan kahwin muda tapi tak ramai yang memikirkan mati muda . fikir
fikirkan renung renungkan dan selamat beramal ! “
2 comments:
Salam.. jmputlah ke kedai kami untuk membeli songket dan batik.kalau nak tgk2 dulu pon boleh.. mana tahu ade jodoh boleh berjual beli dengan kami..InsyaAllah!
Wassalam. jika ada kelapangan, insyaAllah saya singgah lagi :D
Post a Comment